Anda di halaman 1dari 2

OK, ini 10 sebab kenapa kita patut beli DSLR.

1.

2.

3.

4.
5.

6.

7.
8.
9.
10.

Kualiti imej -- DSLR dengan sensor lebih besar menghasilkan gambar yang kurang
hingar. Dengan PnS, hingar akan kelihatan pada setiap setting ISO, malah pada setting
terendah. Dengan DSLR, kita boleh menghasilkan gambar yang boleh tahan walau pun pada
setting ISO yang tinggi.
Kawalan kreatif -- DSLR mempunyai banyak setting yang boleh diubahsuai: kelajuan
shutter, aperture, imbangan putih, ketajaman, kontras, sinkronisasi flash, dan banyak lagi... Pada
DSLR mahal, terdapat banyak butang di hujung jari membolehkan kita menukar setting tanpa
masuk ke menu.
Aksesori -- DSLR boleh menggunakan pelbagai lensa dan akseori membolehkan
banyak kemungkinan. Kebanyakan PnS hanya mempunyai zum optikal 3x, tetapi DSLR boleh
dipasang dengan lensa sudut luas ke super telephoto bergantung keperluan dan bajet. Tambah
lagi aksesori lain seperti flash, filter, remote control etc menjadikan DSLR sesuai untuk pelbagai
situasi. Jangan lupa terdapat pelbagai tahap kualiti lensa, dan kualiti imej bergantung sangat
kepada kualiti lensa.
Pantas -- 'Shutter lag' ialah lengah antara masa memetik shutter dan masa imej
sebenarnya dirakam. Dengan DSLR, boleh dikatakan tiada shutter lag.
Kualiti Badan -- Kebanyakan PnS dibuat dari plastik, plastik dan lagi lagi plastik.
Rasanya macam tak kukuh dan memang mudah pecah. DSLR dibina dengan standard lebih
tinggi. Terdapat DSLR murah yang dibuat dengan plastik tetapi lebih tahan dari PnS yang
berharga sama. DSLR berharga RM5000 mempunyai badan berteraskan logam (Nikon D300,
Canon 40D, dsb). Badan profesional paling mahal adalah yang paling tahan lasak dan tahan air.
Mana ada jurufoto perang menggunakan PnS?
Viewfinder -- Ramai pengguna PnS menganggapnya suatu kelemahan apabila melihat
imej melalui viewfinder sebelum memetik. Pada hakikatnya ini suatu kelebihan. Melihat gambar
melalui viewfinder membolehkan kita melihat bahagian imej yang dalam fokus, tanpa silau pada
LCD. Barulah WYSIWYG (what you see is what you get)!
Bokeh yang cantik -- Disebabkan sensor imej lebih besar, depth-of-field lebih sempit. Ini
membolehkan kita mengambil gambar dengan latar belakang yang kabur (bokeh) yang cantik.
Ergonomik -- DSLR lebih besar dan ada tempat genggam tangan membolehkan kita
memegang kamera pada tempoh yang lama dengan selesa. Kamera murah tempat
genggamnya kecil.
Tak jatuh harga -- DSLR amnya tak jatuh harga berbanding PnS. Model-model DSLR
kurang diganti berbanding PnS.
Lensa berkualiti -- Amnya lensa DSLR lebih baik berbanding lensa PnS. Lensa DSLR
lebih besar, dan terdapat lebih kaca untuk meningkatkan kualiti. Belilah lensa terbaik yang
termampu. Jika ada dana lebih, belilah lensa bukan badan DSLR. Lensa tahan lebih lama dan
harganya kurang jatuh berbanding badan DSLR. Untuk menjimatkan kos, beli saja lensa terpakai
dan layarilah lelaman jualbeli seperti FTZ, Mudah.my dan forum PhotoMalaysia.

4. Nikon D3300 + 18 -55mm kitlens ( RM1,961.00 )


Spesifikasi:

24.2 Mp DX-Format CMOS Sensor

EXPEED 4 Image Processor

No Optical Low-Pass Filter

3.0 921k-Dot LCD Monitor

Full HD 1080p Video Recording

11-Point Multi-CAM 1000 AF Sensor

Expandable ISO 25600 and 5 fps Shooting

Nikon D5300 + 18 -55mm kitlens ( RM2,479.34 )

24.1MP DX CMOS Sensor

EXPEED 3 Image Processing Engine

3.0 921k-Dot Vari-Angle LCD Monitor

39-Point AF System with 9 Cross-Type

Full HD Video with Full-Time Servo AF

Expandable ISO from 100-25600

5fps Continuous Shooting Rate

Anda mungkin juga menyukai