Anda di halaman 1dari 2

AQIDAH YANG BENAR

Pengertian Iman
Meyakini dan membenarkan sesuatu di dalam hati, mengaku dengan lidah dan
mengamalkannya dengan seluruh anggota.
Dasar-dasar Iman ialah percaya kepada Allah, para malaikat, kitab-kitab, rasul-rasul,
hari akhirat dan qadha dan qadar.
Rasulullah s.a.w. telah bersabda bermaksud: "Iman itu ialah bahawa kamu percaya
kepada Allah, malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, hari Akhirat dan qadar baik
dan buruk." (Riwayat Muslim). Aqidah merupakan kepercayaan teguh kepada prinsipprinsip agama iaitu beriman kepada Allah, malaikat, kitab-kitab, rasul, hari qiamat dan
qada qadar Allah S.W.T. Kepercayaan ini dinamakan kepercayaan kepada Rukun
Iman. Mereka yang percaya kepada keenam-enam rukun ini dipanggil mukmin.
Aqidah seseorang tidak cukup hanya sekadar lafaz dan ucapan semata-mata kerana
aqidah yang sebenar memerlukan keyakinan yang teguh dan amal soleh yang
menggambarkan sifat orang yang beriman sebenar-benarnya.
Firman Allah S.W.T
Maksudnya : Di antara manusia itu ada yang mengatakan, Kami beriman kepada
Allah dan hari kemudian, padahal mereka itu sesungguhnya bukan orang beriman.
(Surah al-Baqarah : 8)
Beriman kepada Allah
Beriman kepada Allah bererti seseorang muslim itu beriman dengan kewujudan Allah
berserta dengan segala sifat-sifat dan nama-namaNya iaitu benar benar mengenali
Allah supaya keimanannya itu merupakan iman yang betul, kuat serta yakin.
Bukti Kewujudan Allah
1. Allah wajib wujud
Ini bermakna Allah sedia wujud semenjak azali. Buktinya Allah wujud apabila
alam ini seluruhnya amat bergantung kepadaNya. Tidak tergambar oleh akal
kalau Allah tidak wujud.
2. Wujud (ada) Allah secara zat (tidak bergantung kepada pihak lain)
Adanya Allah tidak bersebab tidak seperti adanya kita kerana adanya kita tidak
terjadi dengan sendirinya, tetapi dicipta oleh Allah.
3. Bukti-Bukti Kewujudan Allah
Melalui al-Quran banyak ayat-ayat yang membuktikan adanya Allah Para rasul
dan nabi yang dipilih oleh Allah untuk menyampaikan risalahNya dan melalui
mereka diturunkan wahyu. Ini bukti tentang adanya Allah. Ramai manusia
beriman kepada Allah di sepanjang masa dan zaman di seluruh pelusuk alam
juga merupakan bukti adanya Allah.

ADAB DENGAN GURU


Guru Menurut Perspektif Islam
Guru adalah orang-orang berilmu yang menyampaikan ilmunya kepada orang lain.
Sebenarnya golongan orang yang berilmu ditafsirkan sebagai ulama. Mereka
mempunyai kedudukan tinggi dalam Islam malah dianggap sebagai orang yang
bertaqwa di antara hamba-hamba Allah.
Firman Allah S.W.T.
Maksudnya :
Sesungguhnya orang yang takut kepada Allah di kalangan hamba-hamb-Nya
ialah orang-orang berilmu.
(Surah Fathir : 28)
Tatacara adab pelajar dengan guru
1. Menghormati guru sepanjang masa.
2. Masuk kelas sebelum guru datang dan berdiri apabila guru masuk ke kelas.
3. Sentiasa mengucapkan salam dan mendoakan kesejahteraannya.
4. Bercakap dengan penuh sopan santun.
5. Sentiasa meminta izin untuk membuat sesuatu seperti hendak keluar kelas, hendak
minum dan sebagainya.
6. Tidak bercakap / berbual-bual ketika guru sedang mengajar.
7. Tidak terus mencelah ketika guru sedang bercakap / mengajar tetapi sebaliknya
meminta izin terlebih dahulu.
8. Elakkan daripada perbuatan dan perkataan yang boleh menimbulkan kemarahan
guru.
9. Tidak memusuhi guru kerana perbuatan itu dibimbangi akan menghilangkan
keberkatan ilmu.