Anda di halaman 1dari 155
GARIS PANDUAN PENGURUSAN PEMBINAAN PROJEK REKA & BINA Ketua Pengarah Kerja Raya, Ibu Pejabat JKR

GARIS PANDUAN PENGURUSAN PEMBINAAN PROJEK REKA & BINA

Ketua Pengarah Kerja Raya, Ibu Pejabat JKR Malaysia Kuala Lumpur

Tarikh: 5 Mac 2007

Kandungan

KANDUNGAN

Muka Surat

Kandungan

.i

Penghargaan

.

ii

Singkatan

.iii

1.0

Pendahuluan ………………………………………………………………….1

2.0

Definisi …………………………………… .……………………………… .…. 6

3.0

Peranan JKR Dalam Pengurusan Pembinaan Projek R&B

11

 

4.0

Peringkat Persediaan Awalan & Dokumen

…… ………………

15

5.0

Peringkat Perancangan Pembinaan.………

……….……

21

6.0

Peringkat

Pelaksanaan Pembinaan ……………………………… .….…2 6

7.0

Peringkat Pengujian dan Pentauliahan ……………….………… . …… 31

8.0

Peringkat

Pemeriks aan Pra Penyerahan & Penyerahan .….… .…

32

9.0

Latihan Untuk Pengguna Fasiliti(End User) …………………….…

33

 

10.0

Peringkat Tempoh Tanggungan Kecacatan …………………

……

34

11.0

Pentadbiran Kontrak ……………………………… …………….….………35

12.0

Kawalan Produk dan Pre stasi Kontraktor……………………

……6

3

13.0

Lampiran

66

JKR Malaysia: 5 Mac 2007

i / iv

PENGHARGAAN

Pengurusan Atasan JKR merakamkan penghargaan yang tinggi atas sumbangan dan usaha

dalam menyedia dan menyiapkan garis panduan ini kepada semua ahli Pasukan Penggubal

bagi Garis Panduan Pengurusan Pembinaan Projek Reka dan Bina yang terdiri dari:

1. Ar. Dr. Amer Hamzah bin Yunus (JUSA C) Cawangan Arkitek

2. Ir. Hj. Mohd. Aminudin bin Md. Amin

3. Ir. Hj. Sallehuddin bin Md. Isa

4. Tn. Syed Abdullah b. Syed Ab. Rahman

5. Ir. Hj. Abd. Aziz bin Ahmad

6. Tn. Hj. Haron bin Kassim

7. Pn. Zainab binti Ahmad (J52) Caw. Kontrak & Ukur Bahan

8. Tn. Hj. Kamaruddin b. Omar

9. Tn. Hj. Mohd. Zohadi bin Romli

10. Ir. Mohd. Sabri bin Mat Deris

11. Ir. Adnan Shukri bin Musa

12. Ir. Hamidon bin Abd. Hamid (J48) JKR Perak

13. Ir. Abdul Rahman bin Salleh (J48) Cawangan Jalan

14. Ir. Rahmat bin Hj. Abd. Rahman (J48) Cawangan Arkitek

15. Ir. Hj. Mohd Noor Azuddin bin Mansor

16. Ir. Wan Ibrahim bin Wan Yusoff

17. Ar. Rosila binti Mohamad

18. En. Amran bin Majid (J48) Caw. Kontrak & Ukur Bahan

19. En. Ramli b. Yusuf (J48) Cawangan Kej. Mekanikal

20. Ir. Gnana Sekaran a/l Doraisamy

21. Ar. Azman bin Abd. Manaf (J48) Cawangan Kerja Kesihatan

22. Pn. Ruaidah bt. Idris (J48) Cawangan Kerja Kesihatan

23. En. Aminuddin b. Johari (J48) Cawangan Kerja Kesihatan

24. Cik Selmah bt. Ahmad

25. Pn. Hasnah bt. Yun (J48) Cawangan Kerja Kesihatan

26. Pn. Sharina Intan binti Abdullah

27. En. Abdul Latif bin Shariff

28. En. Ismail bin Abdullah

29. Pn. Rosmawati bt Ismail Effendi

(J54) Caw. Pakar & Kej. Awam (J54) Caw. Kerja Pendidikan

(J54) Cawangan Pengurusan Korporat

(J52) Caw. Mekanikal, JKR Selangor

(J52) Caw. Mekanikal, JKR Pahang

(J52) Bahagian Keselamatan, JPA

(J52) Cawangan Kej. Elektrik

(J48) Cawangan Pengurusan Korporat

(J48) Cawangan Pengurusan Korporat

(J48) Cawangan Pakar & Kej. Awam

(J48) Caw. Pengkalan Udara & Maritim

(J48) Cawangan Kerja Bangunan Am

(J48) Cawangan Kerja Keselamatan

(J48) Cawangan Kerja Kesihatan

(J44) Cawangan Kerja Kesihatan

(J41) Cawangan Pengurusan Korporat

(J41) Cawangan Pengurusan Korporat

(J41) Cawangan Pengurusan Korporat

JKR Malaysia: 5 Mac 2007

ii / iv

SINGKATAN

Bil.

Singkatan

Keterangan

1.

ACDA

As Conract Detail Abstract

2.

AP

Arahan Perbendaharaan

3.

APK

Arahan Perubahan Kerja.

4.

C-Plan

Pelan Kualiti Pembinaan ( Construction Quality Plan )

5.

C&S

Civil and Structural

6.

CMGD

Sijil Perakuan Siap Membaiki Kecacatan (Certificate of Making Good Defects)

7.

CPC

Certificate of Practical Completion

8.

CPM

Critical Path Method

9.

COC

Condition of Contract

10.

DO

Kelulusan Kebenaran Merancang ( Development Order ) /

11.

D-Plan

Pelan Kualiti Rekabentuk ( Design Quality Plan)

12.

DLP/ TTK

Tempuh Tanggungan Kecacatan ( Defect Liability Period)

13.

EIA

Penilaian Impak Alam Sekeliling (Environmental Impact Assessment )

14.

GMTO

Government Multimodal Transport Operators

15.

HODT

Ketua Pasukan Rekabentuk/Perolehan (Head of Design Team )

16.

HOPT

Ketua Pasukan Projek (Head of Project Team)

17.

IPS

Jadual Bayaran Interim ( Interim Payment Schedule )

18.

ISO

International Organization for Standards

19.

ITP

Inspection & Testing Plan

20.

JHK

Jumlah Harga Kontrak

21.

KISB

Kumpulan Ikram Sdn Bhd

22.

KPKR

Ketua Pengarah Kerja Raya

23.

LM

Lanjutan Masa

24.

M&E

Mechanical and Electrical

25.

MITI

Ministry of International Trade & Industry

26.

MS

Malaysian Standards

27.

NCP

Produk Yang Tidak Memenuhi Spesifikasi(Non Compliance Product )

28.

NCR

Laporan Ketidakpatuhan

JKR Malaysia: 5 Mac 2007

iii / iv

Bil.

Singkatan

Keterangan

29.

O&M

Operation and Maintenance

30.

PB

Pengarah Berkenaan

31.

PBT

Pihak Berkuasa Tempatan

32.

PD

Pengarah

Projek ( Project Director)

33.

PHK

Perakuan Pelarasan Harga Kontrak.

34.

PK

Perubahan Kerja

35.

PKK

Pelan Kepastian Kualiti

36.

PKLM

Perakuan Kelambatan dan Lanjutan Masa

37.

PKTS

Perakuan Kerja Tidak Siap

38.

PPP

Pasukan Pengurusan Pembinaan JKR

39.

PPT

Pelan Pengurusan Trafik

40.

PTB

Penyelia Tapak Bina yang dilantik oleh PP/WPP/ PD/WPD.

41.

PYDK

Pegawai Yang Diberi Kuasa

42.

QA

Quality Assurance

43.

QAP

Pelan Kepastian Kualiti ( Quality Assurance Plan )

44.

QAS

Sistem Kepastian Kualiti (Quality Assurance System )

45.

QC

Quality Control

46.

QP

Quality Planning

47.

Q-Plan

Pelan Kualiti Projek ( Project Quality Plan )

48.

R&B

Reka dan Bina

49.

SKALA

Sistem berkomputer untuk pengurusan Projek JKR.

50.

SPK

Sistem Pengurusan Kualiti

51.

SPP

Surat Pekeliling Perbendaharaan

52.

SPKPKR

Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kerja Raya

53.

SST

Surat Setuju Terima ( Letter of Acceptance)

54.

T&C

Testing And Commissioning

55.

VOP

Variation of Price (Pelarasan Turun Naik Harga)

56.

WBS

Work Breakdown Structure

57.

WPD

Wakil Pengarah Projek

58.

WPS

Wang Peruntukan Sementara

JKR Malaysia: 5 Mac 2007

iv / iv

1.0

PENDAHULUAN

1.1 Keperluan Garispanduan

Pelaksanaan projek kerajaan melibatkan kerjasama banyak pihak seperti agensi pelanggan, JKR, perunding, kontraktor dan pembekal.

Peranan dan tanggungjawab pihak yang terlibat dengan pelaksanaan secara reka & bina berbeza dengan pelaksanan secara konvensional.

Garis panduan ini memberi penjelasan peranan dan tanggungjawab pihak yang terlibat dalam pelaksanaan projek secara reka & bina.

1.2 Objektif

Objektif garis panduan ini ialah untuk :

1. menyeragamkan amalan dan kaedah pengurusan projek Reka & Bina (R&B) JKR.

2. menjelaskan peranan dan tanggungjawab JKR dan kontraktor dalam pelaksanaan projek R&B.

3. pelaksanaan

memastikan

setiap

projek

R&B

JKR

mencapai

objektif

yang

ditetapkan.

1.3 Konsep Projek Reka- Bina

Sistem penyampaian projek R&B yang dilaksanakan oleh JKR adalah sebagaimana rajah 1.

JKR Malaysia: 5 Mac 2007

1/ 150

Pelaksanaan projek JKR secara kaedah R&B adalah merupakan sistem penyampaian projek dimana satu entiti iaitu
Pelaksanaan projek JKR secara kaedah R&B adalah merupakan sistem penyampaian projek dimana satu entiti iaitu

Pelaksanaan projek JKR secara kaedah R&B adalah merupakan sistem penyampaian projek dimana satu entiti iaitu kontraktor bertanggungjawab sepenuhnya ke atas merekabentuk, pembinaan, pengawasan, pengujian dan pentauliahan, penyiapan dan menyenggara semasa tempoh penyenggaraan sebagaimana yang diperuntukan dalam kontrak.

Pelaksanaan kaedah konvensional dimana tanggungjawab pelaksanaan projek dikongsi oleh pemilik, perekabentuk dan kontraktor dan memerlukan penyelarasan dan komunikasi yang berkesan. Manakala kaedah R&B kontraktor perlu melantik atau mempunyai kelayakan sebagai perunding rekabentuk untuk mengurus dan mengambil tanggungjawab profesional dalam rekabentuk dan penyeliaan pembinaan.

Pelaksanaan projek secara R&B pada konsepnya menawarkan beberapa kelebihan di segi kawalan terhadap tempoh pelaksanaan, integrasi diantara pereka dan pembina, peningkatan perhubungan, keputusan dibuat lebih cepat dan pasukan projek R&B mempunyai insentif untuk mengawal kos keseluruhan.

Tanggungan pelaksanaan projek secara keseluruhan adalah terletak ke atas kontraktor. Kontraktor menjamin kepada Kerajaan bahawa rekabentuk dan kerja yang disiapkan adalah lengkap dan bebas dari sebarang ketidakcukupan, kegagalan

JKR Malaysia: 5 Mac 2007

2/ 150

atau/ dan kecacatan. Sebarang kos atau kelewatan disebabkan oleh ketidaksempurnaan rekabentuk akan ditanggung oleh kontraktor.

Peranan dan tanggunjawab JKR dalam projek ini sebagai pemaju dan pengawas projek kepada jabatan pelanggan sahaja. Manakala tanggungjawab professional adalah pihak kontraktor sepenuhnya.

Perkaitan fungsi dan sistem penyampaian dalam pelaksanaan projek R&B oleh JKR adalah sebagaimana rajah 2.

Rajah 2: Perkaitan fungsi & sistem penyampaian projek R&B [ DESIGN AND BUILD CONTRACT WITH *PROJECT MANAGEMENT BY CONTRACTOR ]

!"#$%& $' 9%$:"/& ;2'2+"8"'& *<" 932''*'+,
!"#$%& $' 9%$:"/&
;2'2+"8"'& *<"
932''*'+, =>"/.&*$',
;$'*&$%*'+ 2'(
/$'&%$3 $?
/$')&%./&*$'
JKR
(Project Director)
DESIGN & BUILD*
CONTRACTOR
!"#$%& $' (")*+',
-$')&%./&*$'
).#"%0*)*$',
Design, Construct,
Maintain and Handover
1.23*&4,)/5"(.3",
6$%782')5*#
SUB-CONTRACTORS
Construction
CONSULTANT
Design & Supervision
INDEPENDENT CHECKER
!"#$%& $' A")*+' -5"/7)
Design Checks
-$'&%2/&.23

1.4 Pembahagian Peranan Dan Risiko

@.'/&*$'23-$'&%2/&.23 1.4 Pembahagian Peranan Dan Risiko Pembahagian risiko yang bersesuaian bergantung kepada projek

Pembahagian risiko yang bersesuaian bergantung kepada projek dan pihak yang terlibat, oleh itu tiap-tiap kes perlu dikaji dengan teliti. Perbandingan risiko yang ditanggung oleh pemilik/jabatan pelaksanaan projek secara konvensional dan R&B seperti Jadual 1.

JKR Malaysia: 5 Mac 2007

3/ 150

Jadual 1-Perbandingan agihan risiko di antara R&B dan konvensional

Kategori Tanggungjawab/Risiko

Konvensional

Reka-

Bina

 

Pm

Prb

K

P

m

K

RB

Design Reviews

x

   

1

 

x

Difference between design criteria and detail design

x

       

x

Errors or omissions arise during

x

2

     

x

construction

 

Project site safety

   

x

   

x

Constructibility of design

x

       

x

Redesign if required

x

       

x

Site supervision

   

x

   

x

Testing and commissioning

   

x

   

x

Coordination of construction

   

x

   

x

Permits and approval

3

 

4

5

 

6

Environment Management Plan

x

     

7

 

7

Coordination with other works

x

 

8

   

x

Quality control and Quality assurance

9

 

10

11

 

x

Differing subsurface conditions

x

 

12

13

 

14

Design defects

x

15

     

x

Construction defects

   

x

   

x

Unidentified utilities affecting sites

x

     

7

 

x

Inflation

   

x

   

x

Warranty for facility performance

   

16

 

7

 

17

Maintenance during DLP

         

x

As built drawing

   

x

   

x

 

4/ 150

JKR Malaysia: 5 Mac 2007

Legend:

Pihak yang terlibat:

Pm = Pemilik (Bermaksud jabatan pelanggan yang membiayai kos pembinaan),

Prb= Perekabentuk,

K = Kontraktor konvensional, KRB = Kontraktor R&B

Skop tanggungjawab / risiko:

x – Responsibi lity

1 – Reviews of compliance with design criteria

2 – Only if negligent

3 – Obtains overall approvals

4 – Obtains most permits

5 – Limited to major approvals

6 – Obtains most approva ls

7 – Negotiable

8 – Coordinates subcontractors only

9 – Significant inspection and testing

10 – Responsible for quality of workmanship

11 – Oversight only

12 – Responsible for conditions inherent in type of work

13 – Negotiable, responsible for inf ormation given

14 – Negotiable, but typically responsible for most conditions

15 – Only if negligent

16 – Typically responsible for materials & workmanship for 1 year

17 – Supplying design & product; performance warranties negotiable

JKR Malaysia: 5 Mac 2007

5/ 150

2.0

DEFINISI

2.1 Pernyataan Kehendak (Needs Statement)

Needs Statement adalah kenyataan kehendak, keperluan dan skop yang ditetapkan bagi maksud asas dalam pelaksanaan sesuatu projek.

Satu pra-syarat yang amat penting dalam R&B ialah pernyataan kehendak kerajaan hendaklah dinyatakan dengan lengkap dan jelas yang boleh dinilai tahap kualitinya dalam bentuk petunjuk prestasi yang boleh diukur.

2.2 Program Kerja

Program Kerja merupakan perancangan kerja harian di tapak bina bagi mempastikan projek dapat disiapkan dalam tempoh kontrak.

Program Kerja hendaklah mengambilkira semua aktiviti yang terlibat dalam penghasilan semua deliverable dalam skop kontrak. Contoh aktiviti ialah pemasangan acuan, pemasangan besi tetulang dan penuangan konkrit. Contoh deliverable adalah tiang, rasuk dan papak.

Program Kerja hendaklah disediakan dengan menggunakan perisian pengurusan

projek yang merangkumi ( incorporate) Critical Path Method ( CPM). Perkara utama yang perlu diambil kira dalam penyediaannya adalah:

i. Kaedah pembinaan dan turutan kerja

ii. Kadar produktiviti bagi aktiviti

iii. Sumber yang diperuntukan

iv. Kalendar projek dan sumber

Program Kerja digunakan dalam aktiviti pemantauan dan pengawalan kemajuan kerja dapat dijalankan dengan berkesan. Kerja pembinaan hendaklah berdasarkan Program Kerja yang diluluskan. Pemantauan dan kawalan kemajuan kerja hendaklah dilaksana melalui kemudahan pengesanan projek ( project tracking) yang terdapat dalam perisian pengurusan projek dan menggunakan format yang diluluskan oleh Pasukan Pengurusan Pembinaan JKR (PPP).

JKR Malaysia: 5 Mac 2007

6/ 150

2.3

Sistem Kepastian Kualiti/ Quality Assurance System (QAS)

Dokumen Sistem Kepastian Kualiti (QAS) adalah melibatkan semua proses kerja seperti perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan pengawalan kualiti bagi semua skop kerja. Sebagai contoh, pihak Konsultan akan membuat perancangan, menjalankan pemeriksaan dan pengujian serta penerimaan sesuatu produk berdasarkan berdasarkan Pelan Pemeriksaan & Pengujian.

Konsep Sistem Pengurusan Kualiti Projek (Project Quality Management System ) QAS hendaklah mengandungi ciri asas kepada pengurusan kualiti iaitu :

i. Perancangan Kualiti (Quality Planning )(QP),

ii. Kepastian Kualiti (Quality Assurance )

iii. Kawalan Kualiti (Quality Control) (QC)

(QA)

Perancangan Kualiti (QP) merupakan perancangan aktiviti, kriteria dan sumber- sumber dalam mengurus pencapaian objektif dan keperluan kualiti produk yang didokumenkan sebagai panduan semasa pelaksanaan sesuatu projek.

Kepastian Kualiti (QA) ialah satu program terancang yang merangkumi polisi, prosedur, tanggungjawab, tindakan sistematik termasuk pemeriksaan, ujian dan audit yang perlu untuk memastikan program pengurusan kualiti dan keputusan memenuhi syarat kontrak.

Kawalan Kualiti (QC) adalah tindakan yang diambil oleh kontraktor R&B untuk memeriksa, menyaksi, menyelia dan menguji semua proses pembinaan dan pemasangan menentukan kepatuhan kepada spesifikasi dan pelan pengurusan kualiti.

Pelan Kepastian Kualiti / Quality Assurance Plan (QAP) adalah pelan yang menetapkan rangka kerja bagi proses pengurusan kualiti. QAP terbahagi kepada dua: Pelan Pengurusan K ualiti R ekabentuk dan Pelan Pengurusan Kualiti Pembinaan.

Dokumen QAS ini akan digunakan oleh pihak Kontraktor dan perunding untuk merancang, melaksana, memantau dan mengawal kerja pembinaan bagi memastikan objektif kualiti dapat dicapai.

JKR Malaysia: 5 Mac 2007

7/ 150

2.4

Audit Pembinaan Dan Audit Pematuhan

Audit Pembinaan merupakan aktiviti pemeriksaan yang dilaksanakan untuk

menverifikasi dan mempastikan proses atau produk pembinaan dilaksanakan oleh

kontraktor mematuhi semua syarat, spesifikasi dan pernyataan yang ditetapkan

dalam kontrak.

Tujuan audit pematuhan adalah untuk memastikan dan mengawal pematuhan pelaksanaan projek terhadap:

Kehendak Penyataan

Dokumen Kontrak

Sistem Kepastian Kualiti

Audit pematuhan hendaklah dijalankan secara sistematik mengikut sistem kepastian

kualiti yang diluluskan.

Setiap ketidakpatuhan hendaklah dimaklumkan secara rasmi kepada kontraktor

untuk tindakan pembetulan dan mesti dipantau sehingga tindakan diambil dengan

sempurna.

Ketidakpatuhan adalah percanggahan atau perlanggaran ke atas mana-mana

kehendak dalam arahan, spesifikasi, prosedur, pekeliling, piawaian dan perundangan

yang ditetapkan dalam kontrak.

2.5 Kawalan Produk Yang Tidak Memenu hi Spesifikasi

Produk ialah hasil daripada perkhidmatan yang diberi, termasuk hasil diperingkat

pemprosesan seperti lukisan, rekabentuk, dokumen tender, dokumen kontrak,

komponen-komponen produk projek semasa pembinaan dan produk akhir sesuatu

projek.

Produk Yang Tidak Memenuhi Spesifikasi ( Non Co mpliance Product) (NCP) adalah

produk yang tidak mematuhi keperluan yang dinyatakan dalam spesifikasi, kod,

piawaian, brif projek dan perundangan yang mana berkaitan yang ditetapkan dalam

kontrak.

JKR Malaysia: 5 Mac 2007

8/ 150

Kawalan Produk Yang Tidak Memenohi Spesifikasi adalah prosedur untuk memastikan produk yang tidak memenuhi spesifikasi dikenalpasti, dikawal, diasingkan dan diambil tindakan pembetulan supaya produk yang diterima sahaja yang diserahkan kepada pelanggan.

2.6 Pengujian Dan Pentauliahan /Testing And Commissioning (T&C)

Pengujian adalah proses yang dijalankan bagi memeriksa, mengukur dan menguji untuk memastikan fungsi sesuatu pemasangan/ peralatan/ sistem dapat beroperasi mengikut rekabentuk asal tercapai dan keputusan pengujian direkodkan. Rekod ini merupakan maklumat datum (asas) yang perlu untuk memantau keupayaan sistem berkenaan disepanjang hayatnya.

Pentauliahan ialah proses menjalankan sistem dan membuktikan aspek kefungsian dan keupayaan sesuatu sistem tercapai mengikut kehendak reka bentuk asal. Ianya merangkumi rekod lengkap prosedur dan keputusan pentauliahan.

Aktiviti T&C bermula dari siapnya kerja-kerja fizikal dan melibatkan semua pemasangan/ peralatan/ sistem mekanikal, elektrikal dan sistem kejuruteraan awam seperti sistem kumbahan dll. sehingga terhasilnya Rekod Pengujian & Pentauliahan (T&C Documents )

Kontraktor perlu memasukkan jadual T&C di dalam program kerja (CPM) bagi keseluruhan projek. Tempoh yang munasabah dan praktikal hendaklah di peruntukan bagi tujuan T&C.

Kerja-kerja menyiapkan dan menjalankan peralatan / sistem dibuat oleh kontraktor. Kehadiran juruperunding / wakil adalah wajib bagi menyaksikan dan merekodkan segala data dan prosedur ke atas borang T&C. Wakil juruperunding perlu mendapatkan persetujuan PD terlebih dahulu. Tanggungjawab mengesahkan (verify) T&C ini terletak kepada juruperunding bertauliah dan deklarasi oleh perunding perlu diperolehi ke atas keseluruhan T&C yang dijalankan.

JKR Malaysia: 5 Mac 2007

9/ 150

2.7

Pemeriksaan Pra Penyerahan & Penyerahan

Pemeriksaan pra penyerahan adalah satu proses untuk memastikan produk yang

diterima JKR mematuhi kontrak.

Skop pemeriksaan

menyeluruh, pemeriksaan inventori; penyediaan senarai-senarai kecacatan dan

kerja-kerja

yang

ini

merangkumi

pemeriksaan

ini

perlu

komponen

disahkan

produk

oleh

tertangguh;

Senarai-senarai

arkitek/

jurutera/professional yang bertauliah dimana berkaitan.

Penyerahan pula satu proses di mana produk disiapkan mengikut kontrak yang

diserahkan oleh kontraktor kepada JKR setelah pengeluaran Sijil Siap Praktikal

(Certificate of Practic al Completion) (CPC) dan JKR seterusnya menyerahkannya

kepada pelanggan.

2.8 Tempoh Tangggungan Kecacatan / Defect Liability Period (DLP)

Tempuh Tanggungan Kecacatan (DLP) adalah tempuh tanggungjawab kontraktor

menyenggara atau membaiki kecacatan/kerosakan produk selepas pembinaan yang

ditetapkan dalam kontrak.

Aktiviti DLP bermula dari tarikh CPC dikeluarkan berjalan sehingga pada tarikh akhir

dalam tempoh DLP yang ditetapkan di dalam kontrak.

Skop aktiviti JKR di peringkat DLP adalah meliputi proses pemantauan ke atas kerja-

kerja pembaikan Kecacatan (Defects List ) sepertimana yang telah dikenalpasti dalam

Senarai Kecacatan dan pemantauan ke atas kerja-kerja pembaikan kecacatan

(defects ) selepas CPC, kerja penyenggaraan ( Planned Preventive Maintenance &

Breakdown Maintenance) dan pengurusan aduan dari pelanggan. Selepas tempoh

DLP tamat dan segala syarat-syarat yang ditetapkan di dalam kontrak dipenuhi JKR

hendaklah memproses pengeluaran Sijil Perakuan Siap Membaiki Kecacatan

(Certificate of Making Goo d Defects ) (CMGD) dan penyediaan Perakuan Muktamad.

JKR Malaysia: 5 Mac 2007

10/ 150

3.0

PERANAN JKR DALAM PENGURUSAN PEMBINAAN

3.1 Skop Pengurusan Pembinaan

Proses kerja pengurusan pembinaan bermula bila mana Pengarah Cawangan yang berkenaan (atau pihak yang lebih tinggi) (PB) mengeluarkan Surat Penurunan / Perwakilan Kuasa kepada Pengarah Projek (PD) yang dilantik sebaik sahaja Surat Setuju Terima (SST) dikeluarkan. Semasa penyerahan tugasan ini, penyelarasan antara pihak PB dan Ketua Pasukan Projek / Head of Project Team (HOPT) dengan pihak PD dan Pasukan Pengurusan Pembinaan JKR (PPP) perlu dilaksanakan secara berkesan dan jelas.

Skop pengurusan pembinaan projek R&B secara umumnya merangkumi aktiviti diperingkat rekabentuk, pembinaan sehingga penyerahan kepada pelanggan dan penutupan projek, dimana peringkat aktiviti asas seperti berikut (sila lihat rajah 3):

i. Peringkat Persediaan Awalan

ii. Peringkat Perancangan Pembinaan

iii. Peringkat Pelaksanaan Pembinaan

iv. Peringkat Pengujian dan Pentauliahan

v. Peringkat Penerimaan Produk & Serahan

vi. Peringkat Tempoh Tanggungan Kecacatan

!2:25 KJ B7&*0*&* 9"'+.%.)2' HI! A2328 9"327)2'22' 9%$:"7 !"72 D L*'2

!2:25 KJ B7&*0*&* 9"'+.%.)2' HI! A2328 9"327)2'22' 9%$:"7 !"72 D L*'2
23!01 !"#$%&'() * E.%2& #"%32'&*72' 9"%)"(*22' !"#$%&'() ,
23!01
!"#$%&'() *
E.%2&
#"%32'&*72'
9"%)"(*22'
!"#$%&'() ,
9A D 999 ,
EEF, G""()
B6232'
9"%2'/2'+2'
!"#$%&'() +
E&2&"8"'&
9"8C*'22'
9"327)2'22'
!"#$%&'() -
9"8C*'22'
9"'+.:*2' D
!"#$%&'() .
9"'&2.3*252'
/01!01
9"'"%*822' D
!"#$%&'() 4
E"%252'
F"8#.5
@.'+)* HI!J
9%$:"7 42'+
F2'++.'+2'
(*)*2#72'
9"'4"32%2)2'
I"/2/2&2'
9"82'&2.2'
9"'+2.(*&2'
I26232'
9"'&2(C*%2'
7$'&%27
B.(*& 9%$(.7

11/ 150

B.(*& A$7.8"'&2)* JKR Malaysia: 5 Mac 2007 B.(*& 9"82&.52'
B.(*& A$7.8"'&2)* JKR Malaysia: 5 Mac 2007 B.(*& 9"82&.52'

B.(*& A$7.8"'&2)*

B.(*& A$7.8"'&2)* JKR Malaysia: 5 Mac 2007 B.(*& 9"82&.52'

JKR Malaysia: 5 Mac 2007

B.(*& 9"82&.52'

B.(*& A$7.8"'&2)* JKR Malaysia: 5 Mac 2007 B.(*& 9"82&.52'

Dalam setiap peringkat aktiviti pembinaan projek R&B yang dipertanggungjawabkan kepada kontraktor, pihak JKR khususnya PD dan PPP perlu memberi penekanan kepada pemantauan pelaksanaan mengikut program kerja dan kawalan kualiti produk bagi memastikan projek yang disiapkan oleh kontraktor mencapai objektif yang ditetapkan dan kepuasan pihak pelanggan.

Fungsi utama PD dan PPP dalam pengurusan pembinaan projek R&B ini antara lain adalah:

1. Penyelarasan

2. Pemantauan

3. Pengauditan

4. Kawalan

5. Pentadbiran kontrak

3.2

Penyelarasan

PD bertanggungjawab menjalankan penyelarasan di antara HOPT, PPP, JKR Negeri, JKR Daerah, Pelanggan, Pihak Berkuasa Tempatan dan Agensi-agensi Kerajaan yang mempunyai input kepada pelaksanaan projek.

Penyelarasan antara lain merangkumi perkara-perkara berikut:-

i

Rekabentuk & nasihat teknikal

ii

Peruntukan projek

iii

Pengambilan balik tanah dan pampasan

vi

Kelulusan Pelan Perancangan/ Pembangunan

vii

Pengalihan / perlindungan kemudahan awam.

Tindakan–tindakan susulan dalam urusan penyelarasan yang perlu dilaksanakan oleh Kontraktor ialah :-

i Persetujuan rekabentuk, lukisan dan spesifikasi kerja dari pihak HOPT.

ii Kelulusan pelan dan permohonan pengambilan balik tanah

iii Kelulusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan atau Agensi-agensi Kerajaan seperti JKR Daerah, Jabatan Peparitan & Saliran, Majilis Perbandaran, Pejabat Daerah atau Jabatan Alam Sekitar berhubung dengan pematuhan peraturan atau undang-undang yang berkaitan dengan pembangunan .

JKR Malaysia: 5 Mac 2007

12/ 150

iv

Pengalihan, penyambungan atau bekalan utiliti seperti paip bekalan air, talian

telekomunikasi, talian elektrik dan paip bekalan gas

v Kelulusan Penilaian Impak Alam Sekeliling (EIA) jika perlu

3.3 Pemantauan Dan Kawalan

PPP hendaklah memantau dan mengawal projek supaya Kontraktor mematuhi Syarat-syarat Kontrak, Need Statement, Spesifikasi, Lukisan Pembinaan / Lukisan

Kerja. Disamping itu kerja-kerja pembinaan hendaklah mengikut piawaian kualiti,

garis panduan dan amalan kejuruteraan terbaik.

Pemantauan

pengurusan projek iaitu :-

i Kemajuan Kerja

ii Kualiti

iii Kos

dan

kawalan

dilakukan

3.4 Pengauditan Dan Laporan

ke

atas

tiga

(3)

elemen

utama

dalam

Audit dilaksanakan oleh PPP untuk memastikan sistem pengurusan kualiti wujud,

digunapakai dan berkesan mencapai objektif projek.

Ada tiga bentuk audit yang dilaksanakan terhadap kontraktor dan pembinaan projek

R&B mengikut peringkat aktiviti/ proses pelaksanaan sesuatu projek:

1. Audit Dokumentasi ( Adequacy Audit/Documentation Audit )

2. Audit Pelaksanaan ( Compliance Audit/ Process Audit )

3. Audit Produk ( Performance Audit / Product Audit )

Audit dilakukan berpandukan senarai semakan melalui pemeriksaan dokumen, fizikal

atau/dan temuduga bagi mendapatkan bukti objektif terhadap aktiviti dan proses

pelaksanaan projek yang berkaitan. Bukti objektif antara lain seperti Laporan Projek,

Laporan Kemajuan Kerja dan Laporan Kawalan Kualiti (seperti sijil kalibrasi, sijil

pengeluaran, laporan ketidakpatuhan, gambar, analisis data-data yang berkaitan,

dan sebagainya).

JKR Malaysia: 5 Mac 2007

13/ 150

Sampel yang diaudit ditentukan secara rawak atau/dan terpilih. Kekerapan audit

tertakluk kepada keperluan aktiviti pembinaan yang terlibat atau dasar jabatan

ditetapkan.

Laporan Ketidakpatuhan (NCR) dikeluarkan kepada Kontraktor sekiranya terdapat

ketidakpatuhan untuk tindakan pembetulan dan penambahbaikan.

Kegagalan kontraktor mengambil tindakan yang wajar hendaklah dilaporkan kepada PD untuk tindakan kontrak dan perundangan yang berkaitan sebagaimana dijelaskan

pada perkara 11.

3.5 Pengurusan Kontrak

Seperti pengurusan projek konvensional, bagi pengurusan projek R&B, PD dan PPP

perlu melaksanakan perkara-perkara yang berkaitan dengan urusan pentadbiran

kontrak seperti bayaran pendahuluan & bayaran interim, perubahan kerja, lanjutan

masa & perakuan tidak siap, pematuhan kepada dasar perolehan kerajaan,

pemasuhan kontrak, perakuan siap kerja, penutupan akaun dan lain-lain.

PPP hendaklah memastikan pihak kontraktor menjalankan kerja yang berkaitan

dengan projek R&B sentiasa mematuhi segala kehendak kontrak yang ditetapkan.

PPP hendaklah sentiasa memantau, menilai dan mengambil tindakan terhadap

kemungkiran kontraktor mengikut peruntukan-peruntukan yang ditetapkan.

JKR Malaysia: 5 Mac 2007

14/ 150

4.0

PERINGKAT PERSEDIAAN AWALAN DAN DOKUMEN

4.1 Penyerahan Tanggungjawab Pengurusan Pembinaan

Penyerahan tangungjawab pengurusan pembinaan oleh Pengarah Cawangan berkenaan (PB) kepada PD dibuat melalui surat perwakilan kuasa.

PD

pelaksanaan projek.

perlu

menubuhkan

PPP

bagi

menyelaras,

memantau

dan

mengawal

Mesyuarat/taklimat penyerahan tanggungjawab hendaklah diadakan oleh Pengarah Cawangan/ HOPT kepada PD dan PPP untuk menjelaskan latarbelakang projek dengan agenda-agenda berikut :

i

Butir-butir kontrak,

ii

Skop kerja,

iii

Keperluan teknikal (rekabentuk dan turutan kerja),

iv

Maklumat Kontraktor dan perunding-perunding,

iv

Dokumen Kontrak; SST, Arahan kepada Kontraktor, Need Statements, Lukisan Kontrak, spesifikasi kerja, dll.

v

Pasukan Pengurusan Projek,

vi

Peruntukan kewangan projek,

vii

Status pengambilan tanah atau kelulusan pelan pembangunan,

viii

Tarikh memasuki tapak, fasa pelaksanaan jika ada

ix

Masalah-masalah yang dijangka akan memberi kesan kepada objektif kualiti projek dan pelan tindakan.

Rekod-rekod yang perlu disimpan dan senggara bagi aktiviti ini adalah:

i. Surat penyerahan tugas/ Surat perwakilan kuasa,

ii. Surat perlantikan PPP,

iii. Surat jemputan dan agenda mesyuarat penyerahan tanggungjawab,

iv. Minit mesyuarat penyerahan tanggungjawab

v. Dokumen-dokumen yang berkaitan.

Semua rekod-rekod yang berkaitan hendaklah disimpan, dikemaskini dan disenggara dari masa kesemasa.

JKR Malaysia: 5 Mac 2007

15/ 150

4.2

Pengurusan Sumber Kepada Pasukan Projek JKR

PD hendaklah mengenalpasti keperluan dan menyediakan sumber-sumber yang mencukupi bagi pembentukan PPP, antara lain adalah:

a) Kecukupan & Kemahiran Staf.

b) Pengurusan Bajet & Kewangan

c) Kelengkapan & Peralatan Kerja

PD hendaklah menentukan PPP terdiri daripada anggota-anggota yang kompeten bagi menjamin kualiti kerja yang konsisten. Keperluan sumber manusia hendaklah dirancang, dilaksana dan dinilaikan selaras dengan skop dan objektif projek sebagaimana yang ditetapkan dalam Prosedur SPK JKR.

PD hendaklah memastikan keperluan infrastruktur yang sesuai kepada staf bagi menghasilkan produk. Kemudahan infrastruktur termasuklah;-

a) Bangunan, ruang kerja dan utiliti berkaitan.

b) Peralatan proses seperti perkakasan dan perisian komputer.

c) Produk sokongan yang diperlukan seperti pengangkutan dan perhubungan.

Kemudahan infrastruktur di atas adalah disedia dan disenggarakan mengikut arahan- arahan kerajaan yang berkaitan dan keperluan pejabat masing-masing

PD hendaklah memastikan persekitaran kerja yang sesuai, selesa dan selamat serta dilaksanakan mengikut arahan-arahan jabatan yang ditetapkan bagi staf menghasilkan produk selaras dengan Dasar dan Objektif Kualiti JKR.

Secara khusus, PD hendaklah mematuhi keperluan dalam Manual Kualiti (JKR.MK.01) dan prosedur SPK JKR yang berkaitan dengan pengurusan sumber antara lain Prosedur JKR.PK(P).09.

4.3 Dokumen Rujukan Awalan

PPP perlu mendapatkan dan memahami beberapa dokumen rujukan awalan sebelum penerimaan Dokumen Kontrak, antara lain seperti:

- Minit mesyuarat interaksi teknikal / kontraktual,

- Minit mesyuarat rundingan harga,

JKR Malaysia: 5 Mac 2007

16/ 150

- Dokumen pra-tawaran.

- Salinan cadangan lukisan awalan kontraktor yang disetujuterima.

- Salinan analisis harga kontrak ( Contract Sum Analysis) yang telah dipersetujui

- Salinan Bon Pelaksanaan (jika sudah ada)

- Nota liputan polisi insurans ( cover notes for insurance policies )

- Salinan spesifikasi kerja,

- Maklumat dan keperluan awal dalam penyediaan C-Plan pihak PD/PPP.

PPP pastikan kontraktor serahkan dokumen rujukan awalan kepada JKR.

4.4 Dokumen Kontrak, Bon Pelaksanaan dan Polisi -polisi Insurans

Dokumen Kontrak disediakan oleh Kontraktor dan disemak oleh pejabat yang mengeluarkan dokumen pre-bid atau pejabat yang membuat pemanggilan tender atau rundingan harga sebelum dijilid dan ditandatangani.

Dokumen Kontrak (Asal dan Salinan) dan Bon Pelaksanaan hendaklah ditandatangani secepat mungkin selepas SST dikeluarkan oleh pegawai yang diberi kuasa oleh Menteri Kerja Raya mengikut Akta Kontrak Kerajaan 1949 (disemak

1973).

Dokumen Kontrak Asal hendaklah dimati-setemkan dengan kos ditanggung oleh kontraktor. Dokumen Kontrak Asal akan disimpan oleh pejabat yang menguruskan pemanggilan tender, manakala salinan diserahkan kepada Kontraktor. Salinan dokumen kontrak yang diakui sah perlu diedarkan kepada pihak-pihak berkenaan untuk rujukan.

Dokumen Kontrak hendaklah mengandungi antara lainnya:

a. Borang Tender, SST, surat menyurat ya ng mengandungi persetujuan pematuhan syarat dan sebagainya sebelum SST dikeluarkan, Syarat-syarat Kontrak, addenda (jika ada), Kehendak Kerajaan ( Government’s Requirement ), lukisan konsep dan dokumen-dokumen yang sama dengan Dokumen Meja Tender,

JKR Malaysia: 5 Mac 2007

17/ 150

b. ‘Contract Sum Analysis’ yang telah diselaraskan,

c. dokumen cadangan Kontraktor yang dipersetujui termasuk lukisan-lukisan,

spesifikasi, katalog/ broser, senarai tawaran ( offer list) bagi peralatan/

kemasan, Jadual Kadar Harga yang telah diselaraskan, ‘ loaded drawings’

dan lain-lain,

d. Pelan Kualiti Pembinaan Kontraktor yang telah diluluskan termasuk Program Kerja, Jadual Bayaran (jika berkenan), ‘Method Statement ’ dan Carta

Organisasi pejabat tapak/ibu pejabat Kontraktor,

e. salinan minit-minit mesyuarat ‘technical & financial interaction ’.

f. salinan perjanjian usahasama (joint- venture agreement) - jika berkenaan

g. salinan perjanjian Perunding-perunding,

h. salinan polisi insurans dan Bon Pelaksanaan yang telah disahkan.

Dokumen Kontrak hendaklah dijilid dalam satu dokumen tetapi jika tebal, boleh dijilid

mengikut disiplin kerja. Semua jilid hendaklah dinyatakan di dalam Perkara 4 dalam

Perkara-Perkara Perjanjian (Article 4 of Articles of Agreement ) .

Proses audit:

Proses Audit

Tindakan

Rujukan/ Rekod

1. Pastikan satu set dokumen

PD

Borang JKR/RB/1

kontrak berada di pejabat tapak.

2. Pastikan salinan Bon

PD

Borang JKR/RB/2

Pelaksanaan, polisi insuran dan

pengesahan dari pihak yang

mengeluarkannya disimpan

dalam fail di pejabat tapak.

3. Pastikan tempoh sahlaku

PD

Borang JKR/RB/2

sentiasa terkini (up- to-date )

sejajar dengan tempoh kontrak.

JKR Malaysia: 5 Mac 2007

18/ 150

4.5

Mesyuarat Pra-Pembinaan

Mesyuarat pra-pembinaan perlu diadakan selepas SST dikeluarkan dan sebelum tarikh milik tapak dan dipengerusikan oleh PD.

Agenda

mesyuarat

perlu

mengandungi

sekurang-kurangnya

perbincangan

mengenai:

i. Skop Kontrak

ii. Pengenalan Pasukan Pengurusan Pembinaan

iii. Taklimat projek mengenai latar belakang projek, butir-butir kontrak dan ‘Need Statement’ oleh HOPT/Wakil HOPT/Wakil PD

iv. Taklimat teknikal oleh HODT/Wakil HODT

v. Status pengambilan tanah & status verifikasi harta pelanggan

vi. Status kelulusan Pelan Pembangunan oleh Kontraktor

vii. Pengenalan organisasi kontraktor.

viii. Keperluan-keperluan Kontrak (contoh – Bon Pelaksanaan, Nota liputan polisi insuans, dsbnya)

ix. Pembentangan oleh kontraktor bagi:

a. Program Kerja

b. Pelan Kualiti Pembinaan

c. Pelan Sistem Kualiti

x. Permohonan bayaran terus kepada pembekal dan sub-kontraktor Bumiputera (jika ada).

xi. Dasar perolehan Kerajaan yang berkaitan seperti kelulusan MITI untuk barangan import, penyertaan bumiputera dan penggunaan pengangkutan nasional MULTIMODAL Transportation agencies.

xii. Penyelarasan Kerja antara pihak JKR, Kontraktor, Perunding dan Pihak Berkuasa Tempatan /JBA / TNB.

xiii. Masalah-masalah yang dijangka wujud (termasuk harta pelanggan, contoh – masalah terdapat setinggan di tapak projek)

JKR Malaysia: 5 Mac 2007

19/ 150

xiv.

Penerangan keperluan pelaksanaan SPK JKR (termasuk objektif kualiti,

penggunaan borang-borang Kontraktor).

semakan,

Kehadiran ahli mesyuarat adalah termasuk:

penyelarasan

fungsi

pihak

JKR,

i. Pengarah Cawangan/ HOPT/ Wakil HOPT/HODT/Wakil HODT / Wakil-wakil Cawangan

ii. PPP JKR

iii. Kontraktor & Perunding-perunding

iv. Pihak Pelanggan

v. Pihak Berkuasa Tempatan / JBA / TNB / Pejabat Tanah (jika berkaitan)

Rekod-rekod yang perlu disimpan dan disenggara bagi aktiviti ini adalah:

i. Surat jemputan dan agenda mesyuarat pra-pembinaan,

ii. Minit mesyuarat pra-pembinaan.

iii. Dokumen-dokumen yang berkaitan.

Semua rekod-rekod yang berkaitan hendaklah disimpan, dikemaskini dan disenggara dari masa kesemasa.

JKR Malaysia: 5 Mac 2007

20/ 150

5.0

PERINGKAT PERANCANGAN PEMBINAAN

5.1 Penyediaan Sistem Kepastian Kualiti

Pihak Kontraktor bertanggungjawab untuk menyediakan Sistem Kepastian Kualiti

(QAS). Penyediaan QAS boleh berdasarkan piawai ISO 9000 atau mana-mana

spesifikasi QAS berkaitan yang mengambilkira semua skop kontrak.

Dokumen QAS terdiri dari Manual Kualiti dan Pelan Kepastian Kualiti (PKK).

PKK mengandungi:

a. Prosedur Kualiti

b. Pelan Pemeriksaan dan Pengujian

c. Kenyataan Kaedah Kerja

PD bertanggungjawab untuk meluluskan QAS yang dikemukakan oleh pihak

Kontraktor. QAS digunakan oleh pihak kontraktor dan perunding untuk kawalan

kualiti projek.

Proses audit :

Proses audit

Tindakan

Rujukan/ Rekod

1. Terima & semak kecukupan

PPP

Piawai Penyediaan QAS

dokumentasi QAS

Borang JKR/RB/3

2. Hadir & nilai pembentangan QAS

PPP/PD

Borang JKR/RB/3

3. Kelulusan QAS

PD

Terma Kontrak Klausa 2.4.1

5.2 Perlantikan Personel Pasukan Projek Kontraktor

PD bertanggungjawab menyemak tahap kelayakan dan pengalaman personel utama

yang akan ditempatkan di tapak bina oleh pihak kontraktor. Antaranya pengurus

projek, perancang program kerja, pengurus pembinaan, pegawai kepastian kualiti,

pegawai keselamatan pekerja, jurutera tempatan dan penyelia tapak.

JKR Malaysia: 5 Mac 2007

21/ 150

Penyemakan boleh dilakukan melalui temuduga dan menyemak kelayakan, kompetensi dan pengalaman personel yang berkaitan.

Proses audit :

Proses audit

Tindakan

Rujukan/ Rekod

1. Terima cadangan personel.

PD/PPP

Borang JKR/RB/4

2. Laksana proses penyemakan.

PD

Borang JKR/RB/4

3. Keluarkan surat persetujuan.

PD

Borang JKR/RB/4

5.3 Penyediaan Program Kerja

Pihak Kontraktor bertanggungjawab untuk menyediakan program kerja pelaksanaan projek yang berupaya mempastikan perancangan kerja harian dan aktiviti pemantauan dan pengawalan kemajuan kerja dapat dijalankan dengan berkesan.

Penyediaan program kerja hendaklah menggunakan perisian pengurusan projek yang berdasarkan kaedah Critical Path Method (CPM). Perkara utama yang perlu perlu diambil kira dalam penyediaanya adalah:

i. Kaedah pembinaan dan turutan kerja

ii. Kadar produktiviti bagi aktiviti

iii. Sumber yang diperuntukan

iv. Kalendar projek dan sumber

PD bertanggungjawab untuk meluluskan Program Kerja yang dikemukakan.

Proses audit :

Proses audit

Tindakan

Rujukan/ Rekod

1. Terima cadangan program kerja

PPP

Borang JKR/RB/5

2. Hadir & nilai pembentangan program kerja

PPP

Borang JKR/RB/5

3. Lulus program kerja

PD

Terma Kontrak Klausa 2.7

JKR Malaysia: 5 Mac 2007

22/ 150

5.4

Penyediaan Pelan Pengurusan Trafik (Projek Jalan)

Pelan Pengurusan Trafik (PPT) perlu dikemukakan oleh Kontraktor supaya

pelaksanaan projek jalan/ jambatan/ projek yang berkaitan tidak mengganggu dan

membahayakan pengguna jalan raya dikawasan yang terlibat.

PPT hendaklah meliputi aspek-aspek seperti penutupan jalan, lencongan jalan,

kenderaan keluar-masuk kawasan pembinaan, mengangkat / memasang komponen jambatan / jejantas, papan tanda dan tanda jalan yang berkaitan, peralatan dan

personel kawalan trafik, dan lain-lain.

PD bertanggungjawab untuk menentukan PPT yang dikemukakan oleh pihak

Kontraktor memenuhi peruntukan dalam kontrak.

Proses audit :

Proses audit

Tindakan

Rujukan/ Rekod

1. Terima & semak dokumentasi PPT

PPP

Borang JKR/RB/6

2. Hadir & nilai pembentangan PPT

PPP/PD

Arahan Teknik(Jalan) RSA 3

3. Persetujuan PPT

PD

 

5.5 Penyediaan Spesifikasi, Rekabentuk Terperinci & Lukisan Pembinaan

HOPT/PD hendaklah mengaudit spesifikasi, rekabentuk terperinci dan lukisan

pembinaan bagi menentukan ianya menepati konsep rekabentuk dalam ’needs

statement’ yang diperuntukan dalam kontrak.

Bagi projek bangunan, proses ini dilaksana selepas SST dikeluarkan.

Bagi projek

jalan/ projek yang kompleks, proses ini dilaksana selepas Surat Niat dikeluarkan.

PPP hendaklah memastikan lukisan pembinaan hendaklah disediakan untuk semua

kerja dalam skop kontrak.

JKR Malaysia: 5 Mac 2007

23/ 150

Proses audit :

Proses Audit

Tindakan

Rujukan/Rekod

1. Semak & kemuka cadangan

PPP

SPK JKR.-Prosedur

spesifikasi, rekabentuk & lukisan

JKR.PK(O).02

terperinci kepada HOPT/PD.

2. Audit & tentukan dokumen

HOPT/

Borang JKR/RB/7

memenuhi kehendak ’Need

HODT

Borang

Statement’.

JKR/RB/7C1,C2,C3

3. Keluarkan surat persetujuan.

PD

Artikel Perjanjian

Recital 4 & Terma

Kontrak Klausa 2.2

5.6 Kelulusan Pelan Pembangunan/ Kelulusan Pelan Bangunan

Bagi projek bangunan, kontraktor perlu mendapatkan:

- kelulusan kebenaran merancang (DO).

- kelulusan pelan bangunan

daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebelum kerja pembinaan dimulakan.

Antara lain pihak berkuasa berkenaan yang terlibat seperti :

- Majlis Daerah/Dewan Bandar Raya,

- Bomba,

- Tenaga Nasional Berhad,

- Telekom,

- JKR Daerah/Negeri,

- Jabatan Kesihatan,

- Jabatan Pengairan dan Saliran,

- Jabatan Bekalan Air/Syarikat Pengurusan Air Negeri,

- Pejabat Tanah dan Galian Persekutuan/ Negeri/ Pejabat Tanah Daerah

- Pejabat Penilaian Harta dan sebagainya.

Dimana perlu, PPP adakan penyelarasan atau mesyuarat bersama PBT bagi

menyelesaikan sebarang masalah.

JKR Malaysia: 5 Mac 2007

24/ 150

PPP hendaklah pantau status kemajuan permohonan dan kelulusan Pelan Pembangunan daripada PBT.

Bagi projek jalan, Pelan Pembangunan tidak diperlukan.

Proses audit :

 

Proses audit

Tindakan

Rujukan/Rekod

Projek Bangunan

   

1. Pastikan Kontraktor kemukakan Pelan Pembangunan kepada PBT/Agensi berkenaan.

PPP

Borang JKR/RB/8

Jadual

Pengemukaan.

Pelan Pembangunan untuk kebenaran merancang.

Pelan Bangunan untuk kelulusan dan bertujuan untuk mendapatkan Sijil Layak Menduduki.

2. Pastikan tarikh kelulusan PBT direkodkan.

PPP

Surat kelulusan PBT

3. Pastikan syarat yang dikenakan oleh PBT dicatatkan dan diambil tindakan oleh Kontraktor.

PPP

Pengesahan dari Perunding berkaitan.

Projek Jalan

   

1. Pastikan Kontraktor sediakan Pelan Pengambilan Tanah dan permohonan melalui KKR.

PPP

Borang JKR/RB/9

Pelan Pengambilan Tanah

2. Pastikan Borang G telah diluluskan.

PPP

Borang G

JKR Malaysia: 5 Mac 2007

25/ 150

6.0

PERINGKAT PELAKSANAAN PEMBINAAN

6.1 Sistem Kepastian Kualiti

PPP bertanggungjawab mengaudit aktiviti-aktiviti pembinaan oleh Kontraktor untuk menentukan pematuhan kepada QAS yang diluluskan.

Proses audit :

Proses audit

Tindakan

Rujukan/Rekod

1. Pastikan dokumen QAS yang diluluskan ada di pejabat tapak.

PPP

-

2. Audit pemakaian QAS dalam aktiviti pemantauan, pengawalan kualiti dan kemajuan projek.

PPP

Borang JKR/RB/10

6.2 Kawalan Kualiti Produk

Tanggungjawab terhadap kualiti kerja terletak pada pihak Kontraktor sebagaimana dalam Klausa 2 Syarat-syarat Kontrak PWD DB/T Edition 2002.

PPP hendaklah menjalankan audit bagi menentukan kawalan kualiti oleh pihak Kontraktor dan perunding mematuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan dalam QAS.

Kaedah audit adalah secara pemeriksaan rambang terhadap rekod berikut:

1.

penerimaan bahan,

2.

proses pembinaan ( in- process )

3.

penerimaan produk oleh Perunding.

Sekiranya terdapat keraguan ke atas rekod kualiti/ kualiti produk, ujian berasingan perlu dilaksanakan oleh pihak PPP.

JKR Malaysia: 5 Mac 2007

26/ 150

Proses audit :

Proses audit

Tindakan

Rujukan/Rekod

Penerimaan Bahan

PPP

Borang:

1. Periksa rekod kualiti / bahan binaan

JKR/RB/11a,

secara rambang bagi menentukan

JKR/RB/11b,

pematuhan kepada kontrak dan QAS.

JKR/RB/11c,

2. Semak kelayakan personel yang

JKR/RB/11d.

ditetapkan untuk menjalankan proses

Borang

diatas.

JKR/RB/12a &12b

Proses pembinaan

PPP

Method Statement,

3. Semak rekod pemeriksaan secara

Spesifikasi kerja,

rambang bagi mempastikan kerja

Borang:

dilaksana mengikut Method Statement dan

JKR/RB/13C1,

spesifikasi.

JKR/RB/13C2,

4. Periksa kerja di tapak secara rambang

JKR/RB/13J1,

untuk pastikan apa yang dicatat dalam

JKR/RB/13M1,

rekod pemeriksaan adalah tepat dan

JKR/RB/13M&E.

benar.

5. Semak kelayakan personel yang

JKR/RB/12a &12b

ditetapkan untuk menjalankan proses

diatas.

Penerimaan Produk

PPP

Spesifikasi Kerja,

6. Semak rekod ujian secara rambang bagi

rekod ujian, ITP &

menentukan produk yang dihasilkan

Borang :

memenuhi kriteria yang ditetapkan dalam

JKR/RB/14C1,

spesifikasi.

JKR/RB/14E1,

JKR/RB/14E2,

JKR/RB/14E3,

JKR/RB/14M1,

JKR/RB/14M2,

7. Semak kelayakan personel yang

JKR/RB/14M3.

ditetapkan untuk menjalankan proses

JKR/RB/12a &12b

diatas.

JKR Malaysia: 5 Mac 2007

27/ 150

6.3

Penetapan Penanda Aras Mutu Kerja , Mock- up dan Performa Peralatan

Bagi kerja yang kriteria penerimaan tidak dapat diterangkan dengan jelas melalui perkataan, tanda aras penerimaan produk hendaklah disediakan. Sebagai contoh, tanda aras untuk kerja lepaan hendaklah disediakan bagi menetapkan tahap mutu kerja yang boleh diterima agar tidak timbul perselisihan pendapat mengenai mutu kerja yang boleh diterima.

Ujian performa hendaklah dijalankan ke atas peralatan yang akan dihantar ke tapak bina untuk pemasangan bagi mempastikan ianya memenuhi kehendak “Need s Statement”.

PPP hendaklah melaksana audit bagi menentukan aktitviti di atas dilaksana dan diluluskan oleh personel yang ditetapkan dalam QAS dan mematuhi Kontrak.

Proses audit :

Proses audit

Tindakan

Rujukan/ Rekod

Tanda Aras

   

1. Semak samada senarai kerja yang memerlukan tanda aras disediakan.

PPP

PKK

2. Semak samada sampel tanda aras dipamerkan di pejabat tapak.

3. Laksana pemeriksaan rambang di tapak untuk pastikan mutu kerja yang diterima setanding dengan tanda aras.

Ujian Performa

   

1. Semak samada senarai kerja yang memerlukan tanda aras disediakan.

PPP

PKK

2. Semak samada ujian telah dilaksana dan performa disahkan oleh perunding menepati Need Statement. Butiran yang perlu disemak adalah seperti Senarai Semak berkenaan.

Senarai Semakan Kontraktor.

JKR Malaysia: 5 Mac 2007

28/ 150

6.4

Kawalan Kemajuan Kerja

PPP hendaklah melaksana pemantauan bagi menentukan kemajuan kerja mematuhi

Program Kerja yang diluluskan.

Kaedah pemantauan adalah dengan membuat penyemakan ke atas Laporan

Kemajuan Kerja, pengesanan kemajuan dan pemeriksaan rambang ke atas

kemajuan sebenar di tapak bina.

Proses audit :

Proses audit

Tindakan

Rujukan/ Rekod

1. Tentukan pelaksanaan kerja mengikut

PPP

Need Statement

program kerja yang diluluskan

Borang JKR/RB/15

2. Semak pengesanan kemajuan kerja

PPP

Borang JKR/RB/15

mengikut format yang diluluskan

3. Semak laporan kemajuan kerja &

PPP

Borang JKR/RB/15

pengesanan kemajuan yang disahkan

oleh perunding

6.5 Mesyuarat Tapak/ Teknikal/ Penyelarasan

Mesyuarat Tapak merupakan platfom komunikasi antara stakeholder utama bagi

membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan projek. Antara perkara-perkara yang

perlu dibincangkan :

i Perubahan kepada skop kerja

ii Pembentangan laporan kemajuan fizikal dan kewangan oleh Pengurus Projek

iii Perbincangan mengenai aktiviti kerja yang terlewat atau menjadi kritikal

iv Perbincangan mengenai isu tertangguh yang akan menjejaskan objektif

kualiti projek

v Mengenalpasti isu-isu yang boleh mendatangkan masalah kepada

pelaksanaan projek

vi Aduan orang awam/pihak yang terjejas akibat kerja-kerja pembinaan

vii Laporan kawalan kualiti termasuk NCR, tindakan pembetulan, tindakan

pencegahan oleh pihak Kontraktor (perunding)

JKR Malaysia: 5 Mac 2007

29/ 150

viii Laporan audit kualiti oleh PPP.

Kehadiran ahli mesyuarat adalah termasuk:

i. PD/ PPP / HOPT/ HODT

ii. Kontraktor, Perunding

iii. Pihak Pelanggan

iv. Pihak Berkuasa Tempatan / JBA / TNB / Pejabat Tanah (jika berkaitan)

Mesyuarat Penyelarasan bertujuan melicinkan kerja-kerja yang melibatkan pihak ketiga seperti PBT dan agensi kerajaan/swasta yang berkaitan.

Mesyuarat Teknikal diadakan bertujuan untuk menyelesaikan isu-isu teknikal yang melibatkan rekabentuk dan masalah pembinaan yang akan memberikan kesan kepada pencapaian objektif projek.

6.6 Pengurusan Trafik (Projek Jalan/Infrastruktur)

PPP hendaklah melaksanakan pemantauan bagi menentukan pematuhan kepada PPT yang diluluskan.

Kaedah pelaksanaan audit adalah melalui lawatan ke tapak projek, membuat pemeriksaan ke atas rekod, aduan awam, laporan pematuhan audit keselamatan jalan dan lain-lain dokumen berkenaan.

Proses audit :

Proses audit

Tindakan

Rujukan/Rekod

1. Pantau pelaksanaan PPT

PPP

Borang JKR/RB/16a

2. Semak pengurusan aduan awam dan tindakan susulan.

PPP

Borang JKR/RB/16a

3. Urus laporan kemalangan jalan raya dan semak tindakan susulan.

PPP

Borang JKR/RB/16a

4. Tentukan kontraktor laksana pengesyoran dalam laporan RSA 4 & RSA 5.

PPP

Borang JKR/RB/16b

JKR Malaysia: 5 Mac 2007

30/ 150

7.0

PERINGKAT PEN GUJIAN DAN PENTAULIAHAN

Kontraktor hendaklah mengambil kira jadual T&C di dalam program kerja bagi

keseluruhan projek. Tempoh yang munasabah dan praktikal hendaklah diperuntukan

bagi tujuan T&C.

Kontraktor hendaklah menyiapkan kerja-kerja yang berkaitan dan menguji peralatan /

sistem. Perunding wajib menyaksi dan merekod kan keputusan T&C. Keputusan keseluruhan T&C hendaklah ditentusahkan oleh jurutera bertauliah.

Proses audit:

Proses audit

Tindakan

Rujukan / Rekod

1. Semak & kendali Mesyuarat Pra T&C

PPP

Borang JKR/RB/17a

2. Pastikan penggunaan borang T&C

PPP

Borang JKR/RB/17b

yang diluluskan.

3. Pantau T&C yang dijalankan oleh

PPP

 

Kontraktor

4. Audit dokumen T&C

PPP

Borang JKR/RB/17c

5. Tentukan sistem / komponen yang

PPP

 

hendak audit fizikal

6. Audit fizikal T&C bersama kontraktor

PPP

Borang JKR/RB/17d

dan perunding untuk pengesahan &

keluar NCR jika gagal

7. Pastikan tindakan pembetulan

PPP

 

terhadap NCR dan ujian semula T&C.

8. Sediakan laporan audit T&C dimana

PPP

 

berkaitan.

9. Rujuk Senarai semak Ujian &

PPP

Rujuk JKR.PK(O).04-9

Pentauliahan SPK

JKR Malaysia: 5 Mac 2007

31/ 150

8.0

PERINGKAT PEMERIKSAAN PRA PENYERAHAN & PENY ERAHAN

Kontraktor hendaklah menjalankan pemeriksaan pra penyerahan untuk memastikan produk yang diterima JKR mematuhi kontrak. Laporan pemeriksaan hendaklah disahkan oleh arkitek/ jurutera/ profesional yang bertauliah dimana berkaitan

PPP hendaklah melaksanakan audit terhadap laporan pemeriksaan dari kontraktor dan kemudian laksanakan pemeriksaan fizikal bersama kontraktor.

Proses Audit:

Proses audit

Tindakan

Rujukan/ Rekod

1. Pastikan perunding/kontraktor laksanakan pemeriksaan bagi setiap bilik dan ruang.

PPP

Laporan senarai

kecacatan

2. Pastikan perunding/kontraktor kemukakan laporan senarai kecacatan.

PPP

Laporan senarai

kecacatan

3. Pastikan perunding/ kontraktor baiki kecacatan.

PPP

Laporan senarai

kecacatan

4. Terima & semak laporan pemeriksaan dari

PPP

 

kontraktor.

5. Laksana audit bilik/ ruangan/ inventori barangan mudah alih bersama kontraktor dan perunding ( Komponen arkitek sahaja ).

PPP

Rujuk JKR.PK(O) 04-4, 6-8 , SRA. 5

6. Pastikan senarai kecacatan dikemukakan.

PPP

Rujuk JKR.PK(O)

04-SRA.10

7. Pastikan semua dokumen untuk proses penyerahan sempurna

PPP

Borang JKR/RB/18

8. Pastikan dokumentasi O&M, As-Built Drawing, T&C Results, etc.

PPP

Borang JKR/RB/18

9. Pastikan Start Up Kit / Consumable dibekalkan dimana berkaitan

PPP

Borang JKR/RB/18

10. Penyediaan Perakuan Siap Kerja

PPP

Rujuk

JKR.PK(0).04-10-

12

JKR Malaysia: 5 Mac 2007

32/ 150

9.0

LATIHAN UNTUK PENGGUNA FASILITI (END USER)

Dalam Projek R&B, skop kerja menyediakan peralatan mekanikal dan elektrikal yang tertentu seperti mesin-mesin, kenderaan, dan aplikasi-aplikasi komputer hendaklah termasuk latihan penggunaan kepada pengguna akhir. Proses latihan boleh bermula sebaik sahaja sesuatu serbis itu sedia diguna sehingga selepas projek diserahguna kepada pelanggan atau sepanjang tempoh penyenggaraan. Pecahan kos bagi tujuan latihan mungkin diperlukan supaya ia dapat dikawal.

Kontraktor perlu menyediakan perancangan latihan terdiri dari:

i. Pengurus latihan dan carta organisasi latihan

ii. Tenaga jurulatih/pengajar yang kompeten.

iii. Jadual Latihan

iv. Tempat latihan.

v. Nota latihan/rujukan

vi. Keperluan peralatan latihan

vii. Penilaian latihan/kajian keberkesanan

viii. Bilangan pengguna yang perlu dilatih dan tahap pengetahuan.

Program latihan hendaklah disediakan dalam bentuk Gant C hart dan merupakan sebahagian dari WBS yang perlu mendapat kelulusan dari PPP dan persetujuan

pengguna.

PPP hendaklah memantau sepanjang proses latihan dengan mengkaji laporan keberkesanan yang disediakan oleh kontraktor atau wakilnya.

Proses Audit:

Proses audit

Tindakan

Rujukan/Rekod

1. Pastikan kontraktor kemukakan program latihan untuk pengguna dan disahkan.

PPP

Draf CPC

2. Kendali mesyuarat latihan untuk pengguna.

PPP

 

3. Pantau dan kawal pelaksanaan latihan untuk pengguna.

PPP

 

4. Audit pelaksanaan latihan untuk pengguna,

PPP

 

JKR Malaysia: 5 Mac 2007

33/ 150

10.0

PERINGKAT TEMPOH TAN GGUNGAN KECACATAN

Kontraktor hendaklah menguruskan dan melaksanakan segala:

i. kerja-kerja pembaikan kecacatan ( Defects List),

ii. kerja-kerja penyenggaraan yang ditetapkan dalam kontrak sama ada Planned Preventive Maintenance atau Breakdown Maintenance ,

iii. pembaikan aduan kerosakan dari pelanggan selepas CPC.

PPP hendaklah memantau pelaksanaan penyenggaraan dan kerja-kerja pembaikan kecacatan/ aduan kerosakan oleh kontraktor selepas CPC.

PPP mengadakan lawatan pemeriksaan dan pengerusikan mesyuarat DLP dengan dihadiri oleh kontraktor, pelanggan dan perunding (dimana perlu). PPP menyemak laporan dan status pembaikan kecacatan, penyenggaraan dan aduan pelanggan.

PD keluarkan CMGD dan Perakuan Muktamad setelah semua tindakan pembaikan dilaksanakan dengan sempurna dan disahkan oleh perunding.

Proses audit

Proses audit

Tindakan

Rujukan/Rekod

1. Pastikan kontraktor kemukakan dokumentasi CPC & penyerahan yang lengkap dan disahkan.

PPP

Draf CPC

2. Kendali Mesyuarat DLP / Penyenggaraan

PPP

Borang JKR/RB/19a

3. Pantau penyenggaraan semasa DLP

PPP

Borang JKR/RB/19b

4. Laksana pemeriksaan akhir bersama kontraktor & pelanggan diakhir tarikh DLP

PPP

 

5. Pastikan pihak kontraktor menyediakan laporan/ senarai kecacatan akhir & pastikan kecacatan siap dibaiki serta diperakukan oleh PD.

PPP

Laporan / senarai Kecacatan

6. Keluarkan Sijil CMGD

PD

CMGD

7. Keluarkan perakuan muktamad

PD

 

JKR Malaysia: 5 Mac 2007

34/ 150

11.0

PENTADBIRAN KONTRAK

11.1 Bayaran Pendahuluan Dan Bayaran Interim

11.1.1 Bayaran Pendahuluan

Bayaran pendahuluan boleh dipohon dengan syarat Kontraktor telah

mengembalikan SST yang telah ditandatangani, polisi-polisi insurans, pengesahan SOCSO, resit bayaran premium serta Gerenti Bank/ Insurans

yang dileuarkan oleh Syarikat Kewangan dalam format yang diluluskan

dengan nilai pendahuluan yang dipohon, tertakluk kepada had maksimum

RM10 juta atau 25% dari nilai kerja pembina.

Pemotongan semula bayaran pendahuluan dibuat melalui bayaran interim

dengan menggunakan formula tertentu, bermula apabila nilai kerja melebihi

25% dan akan selesai apabila kerja mencapai 75%.

11.1.2 Bayaran Interim

Permohonan dari Kontraktor mesti dikemukakan bersama dokumen

sokongan yang telah disediakan dan mempunyai perakuan dari Perunding-

perunding Kontraktor yang mengesahkan bahawa kerja telah dilaksanakan

sejajar dengan peruntukan kontrak.

Bayaran interim boleh dibuat mengikut :

Jadual Bayaran Interim (IPS) yang disediakan berasaskan ‘Work

Breakdown Structures’ (WBS) yang diluluskan oleh PD, atau

penilaian sebenar di Tapak Bina.

Bagi penilaian sebenar di tapak bina, bayaran interim boleh disediakan setiap

bulan atau lebih kerap mengikut pertimbangan PD.

Penyediaan, kelulusan dan pembayaran mesti dibuat dalam tempoh yang

ditetapkan di dalam Fasal 50 syarat-syarat kontrak. Jika perkara ini tidak

dipatuhi, di khuatiri akan menyebabkan pecah kontrak dpikul oleh kerajaan.

JKR Malaysia: 5 Mac 2007

35/ 150

Proses Kerja yang melibatkan:

a. Bayaran Pendahuluan

b. Bayaran Interim

11.1.3 Proses B ayaran Pendahuluan

Proses

kerja

untuk

bayaran

pendahuluan

adalah

sama

seperti

projek

konvensional

dalam

SPK

(JKR.PK(0).04A-6.1.1)

dan

senarai

semakan

Borang JKR/RB/20.

11.1.4 Proses B ayaran Interim

Proses kerja untuk bayaran interim adalah seperti berikut :-

Proses Audit

Proses Audit

Tindakan

Rujukan/Rekod

1. Pastikan ada permohonan tuntutan

PPP

Bayaran interim no.1:

bayaran dari kontraktor lengkap

Borang JKR/RB/21a

dengan dokumen sokongan kiraan

Bayaran interim

& perakuan oleh kontraktor &

berikut:

Perunding.

Borang JKR/RB/21b

2. Semak dokumen penilaian kerja.

PPP

 

Pastikan ada perakuan Jurutera

(PPP) berkaitan.

3. Pastikan nilai perubahan kerja dan

PPP

 

tuntutan kontrak yang diluluskan

dimasukkan ke dalam penilaian.

4. Pastikan nilai kerja yang masih

PPP

 

mempunyai NCR perlu ditolak dari

penilaian.

5. Pastikan bayaran dibuat dalam

PPP

 

tempoh 30 hari dari tarikh perakuan

diluluskan.

JKR Malaysia: 5 Mac 2007

36/ 150

11.2

Perubahan Kerja.

11.2.1 Definisi

Pada dasarnya tiada perubahan kerja dalam kontrak R&B. Walau

bagaimanapun syarat-syarat kontrak memperuntukkan tiga keadaan yang

membolehkan perubahan kerja yang akan melibatkan pelarasan harga

kontrak seperti berikut:

Perubahan yang disebabkan oleh keadaan fizikal atau halangan yang

bukan sedia ada yang mana tidak dapat dijangka secara munasabah oleh

Perubahan kepada Kehendak Kerajaan.

seorang kontraktor yang berpengalaman.

Perubahan kerja kekurangan ke atas rekabentuk kontraktor yang mana

perlu dibuat di atas sebab kesesuaian, kefungsian dan keselamatan kerja tersebut.

Di mana perubahan kerja yang melibatkan pertukaran bahan/ peralatan /

komponen/ jenis/ jenama yang setara, faktor-faktor berikut perlu diambilkira:

Spesifikasi bahan

Performance Specification

Kelas bahan/ peralatan / komponen

Kontraktor hendaklah menyediakan pengukuran dan penilaian perubahan- perubahan kerja.

PPP hendaklah menyemak dokumen yang menyokong penilaian perubahan

kerja. [Sekiranya kontraktor gagal berbuat demikian, PD masih bertanggung

jawab untuk menyediakan dan membuat penilaian perubahan kerja untuk

tujuan penutupan akaun].

11.2.2 Penyediaan Arahan Perubahan Kerja ( APK )

Klausa 27.2 syarat-syarat kontrak antara lain memperuntukkan PD boleh

mengeluarkan APK dengan meminda penyata kehendak ( need s statement).

JKR Malaysia: 5 Mac 2007

37/ 150

APK berkaitan rekabentuk seperti kesesuaian, kefungsian, keselamatan atau ketidakcukupan sebagaimana kehendak kontrak bukanlah merupakan

tanggungan kos oleh Kerajaan. Sekiranya perubahan kerja tersebut

melibatkan kekurangan Jumlah Harga Kontrak (JHK), maka ini perlulah

diselaraskan kepada JHK.

Perubahan Kerja melibatkan tambahan kos kepada JHK boleh dipertimbangkan sekiranya perubahan disebabkan oleh keadaan fizikal

diluarjangka atau/dan halangan diluarjangka ( artificial obstruction ) oleh

kontraktor yang berpengalaman kecuali perkara-perkara berikut:

Keadaan iklim atau keadaan yang disebabkan oleh iklim

Keadaan/sifat/tahap tempatan di tapak bina.

Kemudahan utiliti seperti bekalan air dan elektrik.

Keadaan dan geologi tanah, sub-soil,sub-marine, hidrologikal

Bentuk, keadaan dan kesesuaian semulajadi tapak bina

Keadaan bekalan buruh dan bahan-bahan

PD perlu pastikan perubahan yang dipohon adalah termasuk dalam skop

penyata kehendak. PD perlu meneliti sama ada keperluan perubahan

tersebut adalah disebabkan oleh ketidakcukupan dan ketidaksempurnaan

pembangunan rekabentuk yang perlu diambil kira oleh kontraktor.

Kontraktor hendaklah menepati keperluan statutori dalam pembangunan

rekabentuk

dikeluarkan, maka ini bukanlah kos tambahan kepada Kerajaan.

SST

dan

sebarang

perubahan

keperluan

statutori

sebelum

Permohonan APK kepada Jawatankuasa Perubahan Kerja hendaklah

menggunakan Borang JKR-KPK [Pind. 2/2003] bertajuk “Permohonan Untuk

Mendapat Kelulusan Perubahan Kerja”.

Sekiranya APK yang dikeluarkan oleh PD adalah diluar skop kerja asal, maka

ia adalah satu kerja yang berasingan yang memerlukan satu kontrak yang

berasingan. PD hanya boleh mengeluarkan arahan yang mana bertujuan

JKR Malaysia: 5 Mac 2007

38/ 150

untuk melengkapkan serta menganjurkan bidang kerja yang dikontrakkan tersebut sahaja.

Sekiranya perubahan kerja tersebut melibatkan satu tambahan kos yang tinggi maka ia bukan lagi tergulung dalam skop asal kerja kontrak, dan ianya merupakan satu perlaksanaan kontak yang berasingan.

11.2.3 Penilaian perubahan kerja

Penilaian perubahan kerja sama ada tambahan kos kasar atau kos bersih disebabkan oleh gantian hendaklah berdasarkan kepada Harga Kontrak Analisa ataupun Jadual Kadar Harga Kontrak setakat mana ia adalah serupa sifat kerjanya. Sekiranya terdapat perbezaan di dalam keadaan melaksanakan kerja atau perbezaan yang ketara kepada kuantiti kerja di dalam kontrak maka satu penilaian yang saksama perlulah dibuat oleh PD.

11.2.4 Proses Audit

a) Untuk APK (Tambahan)

Proses Audit

Tindakan

Rujukan/ Rekod

1. Pastikan permohonan perubahan kerja di dalam skop kerja yang dibenarkan.

PD

1.Kehendak

Kerajaan,

Cadangan

 

Kontraktor.

2.Fasal 27

2. Pastikan perubahan kerja bukanlah sebahagian daripada tanggungjawab asal kontraktor yang dinyata secara tersurat/ tersirat di dalam pembangunan rekabentuk sejajar dengan keperluan statutori & Kehendak Kerajaan.

PD

1.Kehendak

Kerajaan,

Cadangan

Kontraktor.

2.Fasal 27

3. Pastikan perubahan kerja bukanlah disebabkan oleh keperluan

PD

1.Kehendak

Kerajaan,

JKR Malaysia: 5 Mac 2007

39/ 150

Proses Audit

Tindakan

Rujukan/ Rekod

kesesuaian, keselamatan atau kefungsian cadangan rekabentuk sejajar dengan kehendak kerajaan.

 

Cadangan

Kontraktor.

2.Fasal 27

4. Pastikan permohonan perubahan kerja adalah disebabkan perubahan yang ketara kepada Kehendak Kerajaan.

PD

1.Kehendak

Kerajaan,

Cadangan

Kontraktor.

 

2.Fasal 27

5. Pastikan permohonan perubahan kerja menggunakan borang JKR-KPK (Pind. 2/2003) dan lengkap dengan semua lukisan/ perkiraan/ dokumen sokongan yang perlu.

PD

1.Borang JKR-

KPK [Pind.

2/2003]

2.Fasal 27

6. Pastikan permohonan perubahan kerja dipohon ke jawatankuasa perubahan kerja berdasarkan had nilai kewangan.

PD

1.Surat SPKPKR bil. (9)dlm. JKR.KPKR.

020.050/03 Klt. 6 bertarikh

 

30.11.2004.

2. AP 202.2

7. Pastikan kelulusan diperolehi daripada Jawatankuasa Perubahan kerja sebelum APK dikeluarkan.

PD

Seperti diatas.

b) Untuk APK (Kurangan)

Proses Audit

Tindakan

Rujukan/Rekod

1.

Pastikan APK adalah berkaitan dengan kesesuaian, keselamatan atau kefungsian cadangan rekabentuk kontraktor yang mana pindaan tersebut akan melibatkan

PD

1.

Surat SPKPKR bil.

(9)dlm. JKR. KPKR. 020.050/03 Klt. 6 bertarikh 30.11.2004.

2.

AP 202.2

JKR Malaysia: 5 Mac 2007

40/ 150

Proses Audit

Tindakan

Rujukan/Rekod

kekurangan kepada harga kontrak.

 

3.

Fasal 27

2. Pastikan APK kekurangan beserta nilai perubahan kerja (kekurangan sementara) disediakan dan dikeluarkan

PD

1.Surat SPKPKR bil. (9)dlm. JKR. KPKR. 020.050/03 Klt. 6 bertarikh 30.11.2004.

2. AP 202.2

3. Fasal 27

3. Pastikan Perakuan Pelarasan Harga Kontrak (kekurangan) disedia dan dikeluarkan bagi memuktamadkan nilai perubahan kekurangan (sementara) pada borang APK yang telah dikeluarkan.

PD

1.Surat SPKPKR bil. (9)dlm. JKR. KPKR. 020.050/03 Klt. 6 bertarikh 30.11.2004.

2. AP 202.2

3. Fasal 27

11.3

Lanjutan Masa.

11.3.1 Definisi

Lanjutan masa di dalam perundangan dan syarat-syarat kontrak secara amnya boleh diberikan berlandaskan dua sebab berikut:

Kelewatan oleh sebab-sebab neutral contohnya cuaca luar biasa, force majure ataupun kekurangan bahan-bahan binaan yang tidak dapat dijangkakan secara munasabah.

Kelewatan yang disumbangkan oleh pihak Kerajaan atau mana-mana pihak yang mana Kerajaan bertanggung jawab.

Sejajar dengan perundangan dan syarat-syarat kontrak, bukan semua arahan perubahan kerja atau sebab-sebab di atas boleh menyebabkan lanjutan masa. Isu-isu yang perlu dipertimbangkan dalam menilai lanjutan masa ialah:

JKR Malaysia: 5 Mac 2007

41/ 150

Adakah APK ataupun sebab-sebab di atas sebenarnya melewatkan kemajuan kerja kontraktor di tapak bina?

PD juga perlu mengambilkira kemungkiran pihak kontraktor, contohnya kelewatan yang disebabkan oleh kontraktor.

Penilaian lanjutan masa tidak seharusnya dibuat semata-mata berdasarkan program kerja asal sahaja, tetapi hendaklah juga mengambilkira tahap kemajuan kerja sebenar di tapak bina.

Kontraktor hendaklah mengambil langkah-langkah wajar untuk membendung kelewatan kemajuan kerja di tapak bina.

11.3.2 Bilakah Lanjutan Masa Sepatutnya Diluluskan ?

Sekiranya lanjutan masa diluluskan atas sebab-sebab yang disumbangkan oleh kerajaan, PD hendaklah mengeluarkan Perakuan Kelambatan dan Lanjutan Masa (PKLM) sebelum tamat tempoh kontrak yang dibenarkan.

Jika PKLM atau Perakuan Kerja Tidak Siap (PKTS) tidak dikeluarkan oleh PD sebelum tempoh kontrak yang dibenarkan berakhir, maka kerajaan akan hilang hak ke atas kontraktor untuk menyiapkan kerja mengikut tempoh yang telah ditetapkan. Di dalam perundangan ini dikenali sebagai “ time is at large”. Jika ini berlaku maka kontraktor hanya perlu menyiapkan dalam tempoh yang munasabah.

Sekiranya benar Kerajaan menyumbangkan kepada kelewatan tersebut dan satu lanjutan masa tidak diberikan sebelum tempoh kontrak berakhir; maka sejajar dengan prinsip perundangan; ‘masa’ bukan lagi menjadi teras ( time is of no essence) kepada kontrak itu; dan hak Kerajaan untuk mengenakan LAD akan hilang. Maka PD perlu menilai dan membuat keputusan berkaitan dengan Lanjutan Masa tersebut di dalam tempoh kontrak yang dibenarkan.

Apabila PD menilai lanjutan masa perkara-perkara berikut perlu diambil kira:

Kemajuan kerja kontraktor sebenar di tapak bina

Kelewatan yang disumbangkan sendiri oleh kontraktor

Tempoh kelewatan berdasarkan perkiraan “ Net Effective Delay

JKR Malaysia: 5 Mac 2007

42/ 150

Sama ada perkara-perkara yang didakwa oleh kontraktor sememangnya melewatkan kemajuan kerja di tapak bina.

11.3.3 Klasifikasi Sebab- sebab Lanjutan Masa

Sebab-sebab lanjutan masa mengikut klausa 45, syarat-syarat kontrak diklasifikasikan sebagaimana berikut:

a) Sebab - sebab kelewatan yang dis umbangkan oleh Kerajaan atau mana- mana pihak yang di bawah kawalan Kerajaan

45.1(b)

Arahan-arahan oleh PD berbangkit dari pertikaian dengan tuan-tuan punya berjiran.

45.1(d)

Arahan-arahan oleh PD yang disebabkan oleh:

(i)

kesamaran atau percanggahan terhadap Kehendak kerajaan

(ii)

pendedahan untuk pemeriksaan apa-apa kerja yang tertutup, atau mengaturkan bagi mengadakan atau menjalankan apa-apa ujian ke atas apa-apa bahan atau barang-barang atau ke atas apa-apa kerja terlaksana yang mungkin dikehendakki oleh PD dengan syarat bahawa kerja-kerja yang terlaksana tersebut adalah sejajar dengan peruntukkan kontrak.

(iii)

Arahan-arahan berkaitan dengan fosil ataupun antikuiti

(iv)

Arahan perubahan kepada Kehendak Kerajaan

(v)

Penangguhan mana-mana bahagian kerja atau keseluruhan kerja

45.1(e)

Kontraktor tidak menerima arahan, maklumat, atau persetujuan dalam masa yang wajar daripada PD

45.1(f) Kelewatan penerimaan kelulusan daripada badan statutori atau pihak berkuasa tempatan yang mana kontraktor telah mengambil semua langkah sewajarnya.

45.1(g)

JKR Malaysia: 5 Mac 2007

Kelewatan kerajaan memberi milikan tapak bina

43/ 150

45.1(h) Kelambatan pihak artisan, tukang-tukang atau orang-orang

lain yang ditugaskan oleh kerajaan bagi melaksanakan kerja

yang bukan sebahagian dari Kontrak.

b) K elewatan atas sebab- sebab neutral

45.1(a)

“force majure”, Kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh perkara luar

jangka,

45.1(i) Perkara di luar kawalan dan ramalan kontraktor secara

munasabah pada tarikh penutupan tender untuk mendapatkan

barang dan/atau bahan yang diperlukan.

11.3.4 Langkah-langkah Perlu Bagi Meluluskan PKLM

1. Semak Pegawai yang berkuasa untuk bertindak bagi pihak Kerajaan

(rujuk kepada Lampiran Kepada Syarat-syarat Kontrak). Pegawai

yang dinamakan di dalam Lampiran sahaja yang berhak untuk

meluluskan Lanjutan Masa.

2. Pastikan kesemua sebab-sebab yang dipertimbangkan hendaklah

dinyatakan dalam perakuan mengikut klausa yang berkaitan, dan

diiringi dengan tempoh hari yang diluluskan. Amalan dengan hanya

memperuntukkan sebab utama sahaja (dominant reason ) adalah tidak

sejajar dengan peruntukkan kontrak dan perundangan.

3. Penilaian tempoh lanjutan masa yang diluluskan hendaklah

berdasarkan tempoh kelambatan sebenar ( net effective delay) dengan

mengambil kira pertindihan tempoh kelambatan untuk kesemua

sebab-sebab tersebut.

4. Kontraktor hendaklah melanjutkan liputan insurans yang memadai

dengan mengambil kira tempoh siap dijangkakan olehnya. Jika

kontraktor gagal berbuat demikian, maka PD perlulah melanjutkannya

sejajar dengan peruntukkan syarat-syarat kontrak. Apabila PD telah

melanjutkan polisi tersebut maka semua kos yang ditanggung oleh

JKR Malaysia: 5 Mac 2007

44/ 150

Kerajaan hendaklah dikenakan bayarannya terhadap kontraktor

dengan mencampurkan 5% caj on kos 1 kepada bayaran premium

yang terlibat tersebut.

11.3.5 Proses Audit Perakuan Kelambatan dan Lanjutan Masa

Proses Audit:

Proses Audit

Tindakan

Rujukan/Rekod

1. Pastikan kontraktor ada memohon

Kontraktor/

1. Kluasa 45

lanjutan masa atau PD

PD

mempunyai pengetahuan bahawa

kontraktor mempunyai sebab yang

sahih untuk lanjutan masa

2. Semak sama ada alasan-alasan

Kontraktor/

1. Kluasa 45

yang telah diajukan tersebut

PD

benar-benar melewatkan kerja.

PD perlulah mengambil kira

faktor-faktor yang dinyatakan

pada perkara 11.3.3.

3. Rujuk klausa yang berkaitan

PD

1.Klausa 45

dengan sebab-sebab lanjutan

masa yang dipertimbangkan

4. Pastikan deraf PKLM disediakan.

PD

1.

Klausa 45

Senaraikan semua sebab-sebab

2.Perakuan

dan klausa-klausa yang berkaitan

Kelambatan

serta nyatakan sama ada sebab- sebab tersebut adalah serentak

dan Lanjutan

Masa

atau berturut-turut.

Nyatakan tempoh lanjutan masa

sebenar (net effective delay ) yang

merangkumi kesemua sebab-

sebab lanjutan masa yang

dipertimbangkan.

1 Surat Kementerian Kewangan ruj. (K&B)(8.09) 735/10/1 Jld. 3 (44) bertarikh 5.4.89

JKR Malaysia: 5 Mac 2007

45/ 150

Proses Audit

Tindakan

Rujukan/Rekod

5. Pastikan pegawai yang

PD/PYDK.

1.Klausa 3(i)

meluluskan PKLM adalah

2.

Klausa 45