Anda di halaman 1dari 3

ISL 15

Mencari bahan-bahan tentang isu-isu yang berlaku dalam kalangan


murid-murid dan masyarakat melalui internet tentang identiti gender,
kebimbangan, kemurungan, kelangsangan dan keganasan serta
kecelaruan personaliti

Kelangsangan dan keganasan


Pelbagai definisi diberikan kepada maksud kelangsangan. Kebanyakan
ahli psikologi mendefinisikan kelangsangan sebagai sebarang corak tingkah
laku yang bertujuan membinasakan dan mencederakan orang lain, objekobjek tertentu atau diri sendiri (Baron dan Byrne, 2000). Terdapat juga tingkah
laku yang dianggap langsang li tetapi tidak bertujuan mencederakan orang
lain. Contohnya seorang pemain hoki memukul bola dengan sekuat hati, bola
tersebut terkena dan mencederakan orang lain. Tingkah laku tadi dianggap
langsang, tetapi tidak bertujuan mencederakan orang lain.
Tingkah laku langsang juga dapat dibezakan dalam dua keadaan iaitu
bertindak langsang dengan tujuan menyakitkan dan tingkah laku yang
bertujuan menyakitkan. Dengan kata lain, sebarang tindakan tingkah laku
yang mempunyai motif mencederakan orang lain dikenali sebagai tindakan
langsang. Tetapi tindakan langsang yang tidak bertujuan mencederakan
orang lain dianggap tidak langsang walau pun tindakan tersebut
mencederakan orang lain. Secara keseluruhan kelangsangan dapat
didefinasikan sebagai sebarang tingkah laku yang boleh mencederakan diri
sendiri, orang lain atau objek di sekitar pelangsang itu sendiri. Kecederaan
yang dialami ini boleh berlaku secara fizikal ( luaran ) atau pun afektif
( perasaan ).
Menurut Olweus (1978), kelangsangan ialah tingkah laku yang
dirangsang oleh kemarahan, keganasan atau sifat bersaing, yang diarahkan
terhadap orang atau objek lain mahupun terhadap diri sendiri dan boleh
dianggap bertujuan untuk membahayakan, mengganggu atau memusnahkan.
Tingkah laku agresif merupakan tingkah laku yang bertujuan untuk
mencederakan orang lain secara fizikal atau psikologi.
Menurut Azizi Yahaya et al. (2005), terdapat 3 perkara yang perlu
difahamkan maksudnya berkaitan dengan kelangsangan iaitu:
i.
ii.
iii.

Pelangsang: Individu yang melakukan tindakan langsang.


Tindakan langsang: Tingkah laku langsang yang dilakukan.
Kelangsangan: Bagaimana proses kelangsangan itu berlaku.

Menurut pengasas Teori Psikoanalisa Freud (1956), manusia terdorong


untuk bertindak langsang adalah disebabkan oleh naluri kematian thanatos.
Freud (1956) mempercayai semua manusia memiliki naluri ini. Naluri
kematian ini pada asalnya ditujukan kepada diri sendiri seperti membunuh diri
tetapi manusia menyalurkannya keluar dari dalam diri dengan pelbagai cara.
Kelangsangan dilihat sebagai sesuatu yang tidak dapat dielakkan kerana ia
bersifat naluri. Menurut Freud (1956), tingkah laku langsang juga dilihat
sebagai tenaga yang dihasilkan dari proses tubuh manusia. Proses tubuh ini
menghasilkan tenaga yang mesti diluahkan sama ada melalui perdebatan,
sukan atau melalui cara lain yang tidak dapat diterima oleh masyarakat
seperti pergaduhan dan peperangan. Menurut pengikut fahaman Freud
(1956) yang dikenali sebagai neo-Freudian, mereka melihat kelangsangan
sebagai proses yang rasional dan bukan sesuatu yang negatif. Dorongan
kelangsangan adalah sesuatu yang sihat. Kelangsangan merupakan proses
adaptasi manusia kepada realiti persekitaran.
Menurut Konrad ( 1960 ), kelangsangan adalah naluri semulajadi yang
diwarisi oleh manusia yang juga dikenali sebagai naluri perkelahian (fighting
instinc). Naluri ini wujud bukan sahaja dalam kalangan manusia tetapi juga
binatang bertujuan untuk mempertahan dan mengekalkan spesis. Konrad
berpendapat kelangsangan tidak semestinya menyebabkan kecederaan,
kematian atau kemusnahan tetapi ia bertindak menenangkan situasi
khususnya di pihak yang kalah.
Menurut Dollard et al. (1939), dalam Baron, Bryne dan Suls ( 1991 )
mereka memperkenalkan hipotesis kekecewaan-kelangsangan. Individu
bertingkah laku langsang disebabkan oleh kekecewaan yang dialaminya.
Tetapi pandangan ini telah dikritik oleh Miller (1941) dalam Baron, Bryne dan
Suls ( 1991 ) yang menyatakan tidak semua kekecewaan menghasilkan
kelangsangan. Oleh itu, kekecewaan dalam teori ini lebih merujuk kepada
apabila usaha untuk memenuhi sesuatu keinginan tidak tercapai individu akan
bertingkah laku langsang. Walau bagaimanapun, hasil kajian eksperimental
mendapati kelangsangan tidak meningkat hasil daripada darjah kekecewaan
(Deaux dan Wrightman, 1984 ). Kesimpulannya kekecewaan bukan
merupakan faktor utama yang menyebabkan kelangsangan tetapi ia juga
dipengaruhi liii oleh faktor persekitaran dan kesediaan untuk melakukan
kelangsangan. Kekecewaan hanya menghasilkan kesediaan untuk bertindak
langsang dan tandasaran persekitaran meningkatkan kekuatan gerak balas
kelangsangan.
Menurut Zillman (1981) dalam Teori Pemindahan Kebangkitan,
ekspresi atau luahan kelangsangan bergantung kepada tiga faktor iaitu
kebiasaan yang dipelajari, sumber kebangkitan dan interpretasi individu

terhadap keadaan kebangkitan tersebut. Antara ketiga-tiga faktor di atas,


yang penting ialah bagaimana manusia menginterpretasikan kepentingan
sesuatu peristiwa dalam menentukan kelangsangan dan bagaimana tingkah
laku langsang itu dapat dipindahkan dari satu situasi ke situasi lain.
Menurut Berkowitz (1984) dalam Teori Neoassosiasi Kognitif melihat
pengalaman perasaan negatif memberikan kesan untuk bertindak langsang.
Terdapat hubungan antara perasaan negatif yang tidak menyenangkan
dengan tingkah laku kelangsangan. Teori ini memerihalkan pendedahan
kepada peristiwa aversif di mana kita lebih suka untuk mengelak
menghasilkan perasaan yang tidak menyenangkan. Perasaan ini secara
automatik menggerakkan kecenderungan untuk bertindak langsang, flight
(usaha untuk melarikan diri dari situasi yang tidak menyenangkan) serta
reaksi fisiologi dan pemikiran atau ingatan yang dapat dikaitkan dengan
pengalaman tersebut. Kelangsangan pula dilihat akan terhasil bergantung
kepada beberapa faktor seperti tahap pemikiran dan kognisi. Kajian
menunjukkan individu yang didedahkan dengan pelbagai pengalaman negatif
lebih mudah bertindak langsang kerana mereka tidak dapat menghapuskan
perasaan negatif yang dialami oleh mereka.
Menurut Scott (1985) dalam Deaux dan Wrightsman (1988), dalam
beberapa kajiannya merumuskan tidak terdapat bukti yang menunjukkan
faktor dalaman atau fisiologi yang menyebabkan kelangsangan. Tingkah laku
kelangsangan datangnya daripada persekitaran dan dipelajari melalui
pembelajaran instrumental dan pembelajaran pemerhatian. Prinsip
pembelajaran instrumental menekankan setiap tindak balas yang diteguhkan
atau diberi ganjaran berkecenderungan untuk diulangi liv pada masa
hadapan. Individu yang langsang dan diteguhkan atau diberi ganjaran,
cenderung melakukannya semula tingkah laku langsang. Ganjaran yang
diterima boleh bersifat penerimaan masyarakat terhadap tingkah laku
langsang atau mendapat status yang lebih tinggi, wang dalam kalangan orang
dewasa ataupun gula-gula dalam kalangan kanak-kanak. Pada tahap yang
melampau, mangsa yang mengalami kesakitan yang amat sangat boleh
merupakan satu bentuk ganjaran.
Bandura (1973) mendapati pembelajaran melalui pemerhatian atau
modeling merupakan teknik yang utama dalam membentuk tindak balas
langsang. Dengan memerhati tindak balas model, berlaku dua bentuk gerak
balas iaitu mempelajarinya dan melakukannya. Apabila melihat tingkah laku
model, pelajar mempelajari dan gerakbalasnya ialah sewaktu berinteraksi
dengan orang lain di mana kita melakukan tindakan langsang hasil daripada
gerakbalas yang dipelajari. Dalam kalangan orang dewasa, kesediaan untuk
bertindak langsang selalunya berdasarkan kehadiran model yang langsang.
Model tersebut mungkin tidak bertindak sebagai sumber arahan atau boleh
bertindak sebagai penyebab kelangsangan.