Anda di halaman 1dari 4

SKRIP PENTOMIN RAMADAN

Babak 1
(Syair 1)
Tersebutlah kisah di suatu masa
Kisah terjadi di bulan puasa
Ahmad Ramadan empunya nama
Setiap lakunya ganjaran utama
(Latar di ruang tamu. Ahmad Ramadan sedang menonton televisyen. Ibu Ahmad
Ramadan datang dari arah dapur)
Ibu : Adan, tolong ibu pergi ke kedai kejap?
Hitam : Tak payah pergi Adan. Ibu kau saja nak dera kau tu. Kau kan puasa nanti
letih macam mana? baik kau tengok tv lagi bagus.
Ramadan : Ala ibu ni Adan tengah tengok cerita Laksamana Ha Hi Hu ni.
Ibu : Tolonglah ibu kejap. Ibu nak masak untuk berbuka puasa petang ni.
Ramadan : Ibu, Adan kan puasa. Kalau Adan penat macam mana? Ibu jugak yang
susah nak bawa Adan ke hospital. Ibu pergilah sendiri.
Putih : Astafirullah al azim. Tak baik kau lawan cakap ibu kau. berdosa.
Hitam : Jangan kau dengar cakap si putih tu. Dia pun tak puasa. Ada hati nak
nasihat orang.
Putih : Adan. Ikutlah kata imanmu. Jangan kau tunduk pada nafsu yang palsu lagi
menipu itu.
Hitam : Eleh si putih ni menyibuk pulak. Kau pergilah ke kedai tu Adan. Tapi kau
mesti mintak upah dengan ibu kau.
Ramadan : Adan boleh pergi ke kedai tapi ibu mesti bagi upah ye.
Ibu : Adan. Adan. Asyik mintak upah aje. Puasa pun berupah. Tolong ibu pun nak
upah jugak.
Babak 2
(Syair 2)
Pergi ke kedai diarah si ibu
Niat tak ikhlas akal berlagu
Upah dambaan hala dan tuju
Buat ganjaran pada si nafsu
(Latar di jalan. Perjalanan Ramadan menuju ke kedai Pak Suib. Dalam perjalanan
Ramadan terserempak dengan seorang budak sedang makan aiskrim)
Ramadan : Ish, Panasnya. Menyesal pulak aku setuju tadi. Kalau aku tahu macam ni
lebih baik aku tengok tv aje.
Hitam : Kau tak payah risau sangat. Nanti balik kau akan dapat upah. Ingat, upah!
upah!

Ramadan : Betul juga tu. Aku akan dapat upah dari ibu. Bolehlah aku beli mercun.
Wah! untungnya..
Hitam : Betul tu. Kau akan untung. Untung besar habaq hang.
Putih : Jangan begitu Adan. Kau mesti ikhlas bila buat sesuatu.
Hitam : Kalau kau ikhlas apa yang kau dapat? Tarapapa hey..
Ramadan : Dahaganya aku. Kalau dapat makan aiskrim kan bagus.
Hitam : Kau nampak tak budak yang tengah makan aiskrim tu? Kau belilah satu.
Kau kan dahaga tu.
Putih : jangan!
Babak 3
(Syair 3)
Tibalah dia ke destinasi
Dugaan perangkap masih menanti
Tersilap langkah puasanya mati
Hapus amalan pahala ukhrawi
(Latar di kedai Pak Suib. Ahmad Ramadan membeli barang yang disenaraikan oleh
ibunya. Hitam masih menggoda Ahmad Ramadan dan Putih masih setia menasihati
Ahmad Ramadan supaya tidak tergelincir puasanya)
Hitam : Kau Nampak tak aiskirim tu? Sedap. Kau tak nak cuba ke aiskrim
metrobot yang terbaru ni?
Putih : Sabar Adan. Kau jangan dengar cakap si hitam. Kau kan dah janji nak
puasa penuh tahun ni.
Hitam : Ala kau ambik je satu. Ibu kau bukan tahu pun kalau kau tak puasa.
Putih : Ibu kau memang tak tahu. Tapi kalau Pak Suib cakap dengan ibu kau
macam mana? Lagipun Allah nampak apa yang kau buat tu.
Ramadan : Betul jugak tu. Kalau Pak Suib mengadu dekat ibu aku matilah aku tak
dapat upah puasa.
Ramadan : Berapa semua ni Pak Cik?
Pak Suib : Gula, minyak, bawang, garam semuanya RM 10.
Babak 4
(Syair 4)
Dugaan ditepis berjaya hindari
Tapi sayangnya demi nafsi
Upah matlamat setia dihati
Jauh lagi keiklasan diri
(Latar di jalanan. Perjalanan Ramadan pulang ke rumah samil membimbit barang
pesanan ibunya. Tiba di kawasan lapang dua orang sedang bergaduh)
Saudara 1 : Eh, kau buat apa di sini. Ini bukan tempat kau. Kau tak layak berada

disini. Tempat kau kat sana tu. Tempat sampah!


Saudara 2 : Ini tempat awam. Apa hak kau nak halang aku?
Saudara 1 : Eleh berlagak pulak budak miskin ni. Dahlah baju bertampal-tampal,
ada hati nak lawan aku. Sedih la kau ni. Sedih!
Saudara 2 : Kenapa kau tak puasa? Kau sihat lagi bukannya sakit.
Saudara 1 : Suka hati aku lah. Aku mampu nak beli aiskrim ni. Bapak aku kayaraya. Bukan macam kau kutip sampah je. Nah ambik kau makan sisa aku ni. (sambil
mencampakkan asikrim ke tanah)
Saudara 2 : Tak elok kau membazir makanan. Kau tahu tak dekat palestin sana
susah betul nak dapat makanan. Kau ni tak bersyukur langsung bila Allah dah bagi
nikmat.
Saudara 1 : Malaslah aku nak layan kau budak sampah, lebih baik aku balik main
permainan video menembak lagi seronok daripada layan cerita palestin mengarut
kau tu.
Saudara 2 : Ya Allah. Bukakanlah pintu hati hamba-Mu yang seorang ini untuk
kembali ke jalan-Mu. Sesungguhnya Engkau yang Maha Berkuasa.
Babak 5
(syair 5)
Satu peristiwa dua saudara
Menjadi saksi mata telinga
Bertunas insaf terbit dijiwa
Ganjaran ditolak ikhlas berbunga
(Latar rumah. Ahmad Ramadan pulang ke rumah dengan penuh keinsafan)
Ibu : Nah, ambillah upah kamu ni.
Hitam : Apa lagi Adan. Kebas aje la. Untung besar ma.
Putih : Ingat Adan. Kau dah cukup untung hidup aman. Sedangkan di palestin nak
makan pun susah. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah telah engkau dustakan.
Ramadan : Tak apalah ibu. Adan tak nak upah tu. Adan ikhlas tolong ibu. Satu lagi
Adan janji akan puasa penuh bukan semata-mata untuk upah tetapi ikhlas kerana
Allah.
Ibu :Baguslah macam tu Adan. Mak bangga ada anak macam Adan.
(Hitam keluar perlahan-lahan kecewa hampa. Putih tersenyum riang gembira)

(Sajak)
Terlalu mudah aku
Melepaskan ramadhan berlalu
Tanpa walau secubit rasa sayu
Kerinduan di qalbu
Pernah ku abai nikmat
Damai yang hadir hinggap
Kini ku singkap tirai dan tingkap
Perbetul tiap silap
Kan ku pastikan ramadhan
Berlalu dengan penuh makna

Tergamak kamu membunuh semua


Puaskah kamu menghancur bahagia
Anak-anak kecil tidak lagi bernyawa
Angkara tangan durjana rakus gila kuasa
Kekejaman pasti akan jatuh
Kerna Allah itu sandaran teguh
Ayuh kaum percaya teguhkan iman
Dibawah panji perjuangan
Jangan biarkan diri terkunci dibawah sang zalimi
Ayuh bersatu bebaskan diri ke wilayah impi

Anda mungkin juga menyukai