Anda di halaman 1dari 1

PERNYATAAN PROFESSIONAL

Sebelum Tempoh Praktikum

Bermula November 2014. 06.02.2017 sehingga 05 Mei 2017 ini, saya Siti Fazielah
Binti Che Omar telah menjalani kursus Diploma Perguruan bagi kumpulan Sekolah
Agama Bantuan Kerajaan (Menengah) dan kini saya akan menjalani praktikum di
sekolah selama 12 minggu. Tempoh praktikum merupakan satu latihan amali untuk
saya mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai keguruan secara reflektif
dalam situasi sebenar bilik darjah. Walaupun saya pernah mengajar sebelum ini,
tetapi praktikum ini akan memberi satu kelainan dalam gaya pengajaran dan
pembelajaran saya hasil daripada teori yang saya dapati ketika menjalani kursus.

Sepanjang tempoh praktikum ini, saya berazam untuk :

i. Menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang lengkap


sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia.

ii. Menyediakan pelbagai bahan sumber pengajaran untuk proses pengajaran


dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

iii. Menyediakan diri untuk berhadapan dengan murid setiap hari.

iv. Menulis jurnal praktikum setiap minggu untuk mengenalpasti masalah di


dalam kelas dan menangani masalah-masalah tersebut dengan baik.

v. Memberi kerjasama yang baik kepada guru pembimbing dan pensyarah


pembimbing yang akan menilai saya.

vi. Menerima teguran pensyarah pembimbing, guru pembimbing dan rakan-


rakan guru yang lain untuk meningkatkan mutu perkhidmatan saya.

vii. Menyediakan diri untuk melakukan tugas-tugas praktikum dan tugas-tugas


sekolah dengan baik.

Anda mungkin juga menyukai