Anda di halaman 1dari 3

ARAH MATA ANGIN DAN KOMPAS

Kompas orienteering

Kompas

Apakah Kompas
Kompas merupakan lat yang kedua penting yang digunakan dalam sukan
orienteering selain dari peta. Jenis kompas yang digunakan untuk
orienteering ialah campuran kompas dengan pengukur jangka sudut. Ia
mula-mula dicipta pada tahun tiga puluhan oleh tiga adik beradik
keluarga Kjellstrom Bjorn, Alver dan Arvid dari negara Sweden. Kompas
jenis ini mengandungi satu kapsul yang diisi cecair dan dipasang dengan
plat tapak dan boleh digunakan untuk mengukur sudut serta jarak jauh. Di
dalam kapsul ialah satu jarum magnetik.

Kegunaan Kompas
Kompas hanya digunakan untuk tujuan-tujuan seperti berikut:
2.1 Menentukan arah perjalanan
2.2 Menyelaraskan peta
2.3 Mengira jarak jauh
2.4 Menentukan arah laluan balik (semasa mengtasi halangan)
2.5 Membantu menentukan tempat anda berada dalam peta (digunakan
bersama peta). Bila menggunakan kompas, kesilapan antara 5 darjah
adalah dibenarkan, kerana ia bukan senang untuk mendapatkan
ketepatan seratus peratus. Lebih pentingkan kemahiran membaca peta
dengan tepat daripada menggunakan kompas hanya alat tambahan
kepada peta.
Menjaga Kompas
Kompas ialah alat yang tepat dan mesti digunakan dengan baik. Ia mesti
dijauhkan dari alat-alat besi yang berkuasa elektromegnet kerana jarum
magnetik itu akan lari dari arah utara mengnet yang ditunjukkan.(Jarum
kompas mengnetik tidak menunjukkan arah utara benar tetapi utara
mengnetik). Bila menggunakan kompas, ia mesti dipegang mendatar.
Semasa menyimpan atau meletak kompas, jauhkan kompas dari
pembesar suara kerana pembesar suara mempunyai kuasa magnetik
yang kuat.

Bahagian Kompas
Kompas orienteering mengandungi tiga bahagian utama iaitu
a) Plat tapak yang lut sinar
b) Perumah kompas yang boleh berputar
c) Jarum magnetik (di dalam perumah kompas)

VIDEO LINK:
https://www.youtube.com/watch?v=lNpHlmh_TBc#t=15
https://www.youtube.com/watch?v=4O8DmkAC2wI

Anda mungkin juga menyukai