Model pengurusan pendidikan yang terakhir adalah cultural models. Cultural models adalah model yang
menekankan budaya sekolah. Cultural model ini juga berkait rapat dengan nilai-nilai dan norma-norma,
corak tingkah laku dan tanggapan yang sama. Elemen-elemen yang terdapat dalam model ini seperti
kreatif, inovatif dan sebagainya. Kebiasaannya kegunaan cultural model ini boleh mengubah persekitaran
melalui ekologi iaitu keadaan fizikal, milleu iaitu orang-orang di dalam organisasi, system social iaitu
struktur organisasi dan pentadbiran serta budaya iaitu nilai, kepercayaan dan norma.
Contoh bagi kegunaan cultural model ini adalah sesebuah sekolah yang mempunyai budaya mereka yang
tersendiri. Contohnya sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Peel di Kuala Lumpur didapati
pihak pengurusan sekolah tersebut begitu mementingkan keceriaan sekolah. Oleh demikian pihak
pengurusan sekolah tersebut sentiasa mempunyai idea untuk melaksanakan projek-projek yang berkaitan
dengan keceriaaan sekolah seperti mengadakan gotong-royong sebulan sekali, mengadakan ceriathon
iaitu mengutip derma untuk dana keceriaan sekolah tersebut. Secara tidak langsung juga pelajar di
sekolah ini dibudayakan seperti menjaga kebersihan kelas dan ada dibuat pertandingan keceriaan kelas
pada setiap yang mana hadiahnya diberi pada perhimpunan mingguan sekolah. Selain itu, pelajar
sentiasa digalakkan menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah dan banyak tong-tong sampah disediakan.
Pada pendapat pentadbir sekolah ini, sekiranya sekolah tersebut ceria dan bersih maka proses pengajaran
dan pembelajaran dapat berjalan dengan mudah. Ini kerana pelajar sekolah tersebut boleh belajar dalam
keadaan yang selesa. Di samping itu pihak pentadbir sekolah juga sentiasa memastikan ruang pejabat dan
bilik-bilik pentadbir berada dalam keadaan yang kemas dan cantik. Ini kerana pada pendapat mereka
pelawat akan memberikan tanggapan awal yang baik mengenai keseluruhan sekolah tersebut sekiranya
suasana sekolah seperti demikian. Biasanya bagi budaya seperti ini kebanyakan pentadbirnya adalah dari
kalangan golongan wanita.
Contoh lain pula ialah sebuah sekolah kebangsaan yang terdapat di Nilai, Negeri Sembilan. Budaya
sekolah ini adalah berbeza sekali dengan budaya sekolah di atas. Ini kerana pihak pentadbir sekolah ini
yang terdiri dari kalangan kaum lelaki langsung tidak mementingkan keceriaan sekolah tetapi budaya
sekolah ini lebih kepada mengembangkan potensi pelajar sama ada dari segi akademik atau ko
kurikulum. Oleh sebab itu walaupun persekitaran sekolah ini tidak ceria tetapi tidak pernah mengalami
masalah disiplin yang serius. Guru-guru sekolah ini juga tidak merasa terbeban dengan kerja-kerja
sampingan yang lain. Pendek kata, memang seronoklah mengajar di sekolah ini. Guru hanya menjadi
pembimbing atau penasihat sekiranya terdapat pertandingan yang akan diwakili oleh pelajar tersebut.
Salah satu budaya sekolah ini mengadakan aktiviti ko kurikulum pada sesi pagi dan ini terbukti berkesan
apabila banyak pertandingan yang disertai oleh pelajar sekolah ini mencapai kemenangan yang
membanggakan. Begitu juga dengan akademik, sekolah ini juga adalah antara yang baik. Namun begitu
jika dilihat kepada persekitaran pejabat dan bilik-bilik pentadbirnya, sememangnya tiada apa yang
diperlukan kerana keceriaannya tidak terserlah langsung. Itulah dua contoh tentang penggunaan cultural
model ini dalam pengurusan sekolah. Sememangnya setiap sekolah itu mempunyai budaya yang
tersendiri yang menjadikan sesebuah sekolah itu lebih unik lagi.