Anda di halaman 1dari 6

Karangan Fakta : Faedah Bergotong-Royong

Tulis sebuah karangan mengenai faedah bergotong-royong.

Gotong royong merupakan satu amalan yang baik. Terdapat


banyak faedah amalan bergotong-royong.

Antara faedah bergotong-royong ialahkerja yang sukar dapat


dilaksanakan dengan lebih mudah. ini kerana sesuatu kerja itu dilakukan
secara beramai-ramai. Selain itu, kerja dapat disiapkan dengan lebih
cepat.

Faedah gotong-royong yang kedua adalah dapat mengeratkan


hubungan silaturahim. Semasa bergotong-royong, kita dapat berbual-bual
dan bertukar fikiran antara satu sama lain. Malahan kita juga dapat
menambah kenalan.

Di samping itu, amalan bergotong-royong juga dapat


menyihatkan badan. Apabila kita melakukan aktiviti bergotong-royong
seperti membersihkan surau, sudah tentu kita ada mengeluarkan peluh.
Badan yang sihat juga dapat mengelakkan seseorang tiu terkena
penyakit.

Seterusnya, amalan bergotong-royong dapat mengisi masa


lapang seseorang. Dengan ini, kita dapat mengelakkan diri daripada
melakukan perkara yang tidak berfaedah umpapanya bergaul dengan
budak nakal.

Jelaslah kepada kita bahawa amalan bergotong royong banyak


faedahnya. Oleh itu kita hendaklah menjadikan gotong-royong sebagai
amalan.

Karangan Fakta : Jiran


Jiran ialah orang yang paling hampir dengan tempat tinggal kita.
Jiran kita termasuklah mereka yang tinggal di sebelah, depan dan
belakang rumah kita. Saya tinggal di rumah teres dan mempunyai ramai
jiran yang baik.

Jiran jiran saya sangat peramah.


Mereka sering bertegur sapa sekiranya berada di luar rumah. Jiran saya
juga datang menziarahi rumah ketika ayas saya sakit dan ketika ibu
melahirkan adik-adik saya.

Jiran saya juga suka menghantar


makanan ke rumah saya. apabila mereka memasak sesuatu yang
istimewa seperti nasi beriani dan kuih tradisional. Ini dapat mengeratkan
lagi silaturrahim antara jiran.

Jiran saya akan memaklumkan


kepada keluarga saya apabila mereka tiada di rumah. Kami sekeluarga
akan menjenguk ke rumah mereka untuk memastikan rumah mereka
selamat. Ini akan mewujudkan kawasan kejiranan yang lebih selamat.

Sekiranya berlaku kecemasan, kita


boleh memohon bantuan dari jiran. Suatu ketika adik saya sakit dan ayah
saya tiada di rumah. Ibu terpaksa membawa adik ke hospital manakala
saya tinggal sementara di rumah jiran.

Jiran-jiran saya turut membantu


sekiranya terdapat majlis atau jamuan. Mereka bergotong-royong
menjayakan acara tersebut dengan gembira. Jiran-jiran turut bergotong-
royong membersihkan persekitaran surau dan kawasan perumahan.

Saya mempunyai jiran yang sebaya


dan belajar di sekolah yang sama dengan saya. Kami sering belajar dan
mengulang kaji pelajaran beramai-ramai. Kami juga sering bertukar
pendapat untuk meningkatkan penegetahuan.

Hidup kejiranan membawa banyak


manfaat kepada kita. Kita mestilah berbuat baik sesama jiran. Saya
bersyukur kerana mempunyai jiran-jiran yang baik.

Soalan : Sekolah kamu mempunyai perpustakaan.


Tulis kebaikan-kebaikan menggunakan perpustakaan.

Perpustakaan merupakan sebuah tempat untuk membaca buku


ilmiah, buku cerita, majalah dan sebagainya. Perpustakaan juga
dikenali sebagai pusat sumber atau kutubkhanah. Semua sekolah
mempunyai perpustakaan sendiri.Terdapat banyak bahan rujukan
dan bacaan di perpustakaan sekolah. Banyak kebaikan jika kita
menggunakan perpustakaan sekolah.

Perpustakaan berguna sebagai tempat membaca. Perpustakaan akan


memupuk semangat membaca kita.
Di perpustakaan disediakan pelbagai bahan bacaan seperti buku
ilmiah, buku cerita, majalah dan surat khabar. Kita juga dapat
menambahkan ilmu pengetahuan seperti ilmu bahasa, ilmu sains dan
sebagainya.

Perpustakaan merupakan tempat untuk mengisi masa lapang


dengan perkara yang berfaedah. Kita boleh membaca pelbagai bahan
bacaan di perpustakaan. Masa kita tidak dibazirkan dengan sia-sia. Ini
juga boleh mencegah kita daripada terlibat dengan aktiviti yang tidak
sihat sperti merokok, merempit, melepak dan sebagainya.

Kita boleh menjimatkan wang jika kita membaca buku di


perpustakaan. Bahan bacaan di perpustakaan tidak perlu dibayar untuk
membacanya. Kita tidak perlu membeli buku rujukan atau buku cerita.
Kita juga tidak perlu membeli buku yang mahal-mahal, contohnya buku
'Harry Potter' kerana ia terdapat di perpustakaan.

Kita boleh mengulang kaji pelajaran di perpustakaan. Kita membuat


kerja sekolah yang belum siap di perpustakaan. Kita booleh membuat
perbincangan berkumpulan dan mencari bahan pembelajaran di
perpustakaan. Ini akan meningkatkan kemahiran belajar kita.

Perpustakaan adalah gedung ilmu yang menyediakan pelbagai


keperluan pembelajaran. Gunakanlah perpustakaan dengan sebaik
mungkin.

Karangan Fakta : Cara-cara menjadi murid berdisiplin


Soalan : Disiplin amat penting untuk mencapai kejayaan.
Tulis sebuah karangan "Cara-cara menjadi murid berdisiplin".

Ramai antara murid yang mempunyai masalah disiplin.Oleh


itu,pelbagai pihak perlu mencari jalan untuk mengatasi masalah ini.
Antara cara-cara menjadi murid yang berdisiplin ialah dengan
menghormati dan taat kepada guru.Guru-guru wajar dihormati kerana
merekalah mendidik kita sehingga menjadi manusia yang berguna.Selain
itu, kita sewajarnya membantu guru pada masa-masa yang perlu.
Selain itu,murid-murid yang berdisiplin akan mematuhi semua
peraturan sekolah.Mematuhi peraturan ini akan akan membentuk peribadi
murid-murid agar lebih berdisiplin.Contohnya seperti memakai pakaian
seragam sekolah yang lengkap,berambut pendek,beratur dan
sebagainya.
Seterusnya, untuk menjadi murid yang berdisiplin ,kita hendaklah
sentiasa menepati masa.Kita tidak boleh datang lewat ke sekolah, ke
kelas atau mengikuti aktiviti kokurikulum.Orang yang sentiasa menepati
masa akan sentiasa dihormati.Tambahan pula, masa itu amat berharga.
Di samping itu, murid yang berdisiplin akan menumpukan perhatian
semasa belajar.Mereka tidak akan membuang masa dengan berbual-bual
kosong atau menganggu guru semasa mengajar.Melalui cara ini, murid-
murid lebih disayangi oleh guru dan akan sentiasa diberi perhatian.

Kesimpulanya, semua murid mestilah berdisiplin .Melalui didikan


agama juga dapat melahirkan murid-murid yang berakhlak dan
berdisiplin.

Karangan Fakta : Faedah Menyertai Kokurikulum


Soalan : Setiap pelajar seharusnya melibatkan diri dalam aktiviti
kokurikulum.
Tulis tentang faedah-faedah menyertai kegiatan tersebut selengkapnya.

Kokurikulum ialah aktiviti di luar kelas. Contoh aktiviti kokurikulum


ialah perkhemahan, bersukan, berpesatuan dan sebagainya. Aktiviti
kokurikulum mengajar kita untuk berdikari.

Kokurikulum dapat menambahkan pengetahuan dan pengalaman.


Kita akan belajar tentang latar belakang sukan atau persatuan, matlamat
ia ditubuhkan, dan sebagainya. Aktiviti yang disertai seperti pekhemahan,
dan lawatan dapat menambahkan pengetahuan dan pengalaman hidup.

Kokurikulum dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah. Kita


tidak membuang masa dengan melakukan perkara sia-sia. Aktiviti
kokurikulum yang diadakan diluar waktu sekolah menghindakan murid
dari terdedah kepada unsur negatif yang terdapat di persekitaran.

Selain itu, aktiviti kokurikulum boleh menyihatkan badan dengan


melalui aktiviti sukan. Bersukan akan membuatkan badan kita sihat dan
otak kita cerdas. Bersukan juga boleh meningkatkan pretasi diri.

Akhir sekali, kokurikulum mampu mendisiplinkan serta membentuk


peribadi diri yang mulia untuk diri kita. Ia mengajar murid menepati masa,
bantu membantu antara satu sama lain, bertanggungjawab dan amanah
dalam melakukan tugas.
Setiap murid harus menyertai aktiviti kokurikulum kerana ia
membentuk murid berakhlak mulia dan memupuk jati diri. Aktiviti
kokurikulum juga harus diperluas bagi memberikan lebih banyak faedah
kepada murid-murid.

Karangan Fakta : Faedah Menabung


Soalan : Kita sentiasa digalakkan menabung.

Tulis sebuah karangan mengenai faedah menabung.

Menabung bermakna menyimpan sebahagian wang untuk masa


hadapan. Sikap suka menabung perlu perlu dipupuk sejak kecil.

Antara kebaikan menabung ialah kita dapat mengamalkan sikap


berjimat-cermat. Oleh sebab itu kita perlu merancang segala perbelanjaan
harian. Kita hendaklah membawa bekalan air dan makanan ke sekolah.
Justeru baki duit yang diberi oleh ibu bapa dapat disimpan didalam
tabung.

Apabila kita menabung, kita mempunyai wang simpanan. Wang


simpanan ini boleh digunakan untuk menampung wang perbelanjaan kita
untuk melanjutkan pelajaran ke univesiti.

Menabung juga dapat membantu keluarga apabila ditimpa


kesusahan. Jika kita sakit wang itu juga boleh digunakan untu
mendapatkan rawatan. Selain itu, wang ini juga boleh digunakan apabila
keluarga ditimpa musibah.

Menabung juga boleh menambahkan wang simpanan kita. Jika kita


menyimpan wang didalam bank, kita akan mendapat sebahagian
keuntungan bank. Wang ini boleh digunakan untuk kehidupan masa
hadapan.

Sesungguhnya menabung adalah amalan yang mulia. Oleh itu


mulalah menabung dari sekarang kerana sedikit-sedikit lama-lama jadi
bukit.

Karangan Pengalaman : Pengalaman Semasa Cuti Sekolah


Soalan : Tuliskan pengalaman anda semasa cuti sekolah baru-baru ini.

Pada cuti sekolah yang lalu, saya telah pergi ke Legoland. Legoland
terletak di Nusajaya, Johor. Saya pergi ke sana bersama keluarga saya
dengan menaiki kereta.

Ketika sampai di Legoland, keadaan di situ riuh rendah. Banyak orang


sedang berbaris untuk membeli tiket di kaunter. Kami bergambar untuk
kenang-kenangan di pintu masuk Legoland.

Kami memulakan aktiviti dengan pergi ke Legoland Waterpark. Saya dan


adik syaa bermain air di kolam. Kami meluangkan masa selama tiga jam.
Selepas itu kami makan tengah hari di sebuah restoran yang terdapat di
Legoland.

Selepas solat Zohor, kami mula menerokai Legoland. Saya dan adik saya
mencuba aktiviti memandu kereta. Kami juga memandu bot yang mudah
dibawa dan dikendalikan.

Kemudian kami pergi ke 'Lego Star Wars Miniland'. Banyak karakter Star
Wars yang dipamerkan. Karakter di situ dibuat menggunakan lego.
Terdapat lego Star Wars yang dijual tetapi saya tidak membelinya kerana
harganya sangat mahal.

Selepas itu kami ke 'Lego Mindstorm'. Kami belajar tentang robotik. Saya
dan adik saya berjaya membuat robot menggunakan bahan yang
disediakan. Namun kami gagal untuk menggerakkan robot itu secara
automatik. Seorang kakitangan Legoland membantu kami menggerakkan
robot yang kami bina.

Apabila menjelang Maghrib, kami mendaftar masuk ke Hotel Legoland.


Bilik Hotel Legoland amat besar, luas dan cantik. Selepas mandi kami
terus tidur kerana kepenatan.

Selepas bangun pagi, kami mandi,solat dan bersarapan pagi. Kami


mendaftar keluar dari Hotel Legoland. Kami bergambar di hadapan Hotel
Legoland. Kami melihat Legoland untuk kali terakhir.

Kami bertolak balik dari Legoland ke kediaman kami di Kemaman,


Terengganu. Kami merasa sedih kerana terpaksa meninggalkan Legoland
tetapi gembira dapat pergi ke Legoland.

Anda mungkin juga menyukai