Anda di halaman 1dari 5

Krisis Pendidikan Negara Zairil Khir

Johari
7 Februari 2014
E-mail
Tweet
1
Like
444

Kini sudah ternyata bahawa sistem pendidikan Malaysia berada dalam


keadaan krisis ekoran keputusan kajian Program Penilaian Pelajar
Antarabangsa (PISA) 2012 yang dikeluarkan pada awal Disember lepas.

Laporan PISA merupakan sebuah kajian yang dijalankan tiga tahun sekali
oleh badan antarabangsa Organisation for Economic Cooperation and
Development (OECD) yang melibatkan 510,000 murid berusia 15 tahun dari
65 buah negara dari seluruh dunia.

Dalam edisi terkini, Malaysia mendapat tempat ke-55 secara keseluruhan,


lantas meletakkan Malaysia dalam kelompok 20 peratus tercorot daripada 65
buah negara yang dikaji. Lebih teruk lagi, prestasi murid kita adalah lebih
rendah berbanding dengan negara jiran seperti Singapura (ke-2), Vietnam
(ke-17) dan juga Thailand (ke-53).

Walaupun murid Malaysia mencatatkan peningkatan dalam Matematik


berbanding kajian 2009, namun peningkatan skor hanya sedikit, daripada
404 kepada 421, dan masih jauh di bawah paras 494, iaitu skor purata bagi
negara-negara OECD.

Sementara itu, Vietnam yang jauh ketinggalan dari segi pembangunan fizikal
dan ekonomi, berjaya mencapai skor purata 511 dalam Matematik, sekaligus
membuktikan bahawa reformasi pendidikan yang dilaksanakan di negara itu
beberapa tahun yang lalu telah berjaya mengasah kebolehan kognitif murid
mereka sehingga setanding dengan negara-negara maju seperti Jerman dan
Australia.

Pelajar Vietnam juga menunjukkan keputusan cemerlang dalam Bacaan


(508) dan Sains (528), yang masing-masing melebihi purata negara OECD,
iaitu 496 dan 501. Malangnya, hal yang sama tidak ditunjukkan oleh murid
kita. Misalnya, skor Bacaan kita mencatatkan keputusan yang memalukan
398 (Thailand mencatatkan 441) iaitu lebih rendah daripada keputusan kita
pada tahun 2009 apabila kita mencapai 414. Hal ini juga sama bagi Sains, di
mana murid Malaysia hanya mencatat 420, sekali lagi menunjukkan
penurunan berbanding tiga tahun lalu.

Lebih mendukacitakan lagi, prestasi murid kita yang lemah ini bukanlah
sesuatu yang terpencil, tetapi sebenarnya sebahagian daripada corak
penurunan yang jelas dilihat dalam kajian-kajian lain seperti Trend in
International Maths and Science Study (TIMSS) yang dilakukan empat tahun
sekali.

Belanja melebih, prestasi mengurang


Keputusan murid negara kita dalam kajian-kajian antarabangsa seperti PISA
dan TIMSS tidaklah terlalu mencolok mata sekiranya tidak dilihat bersama
jumlah besar yang dilaburkan dalam sektor pendidikan sejak kebelakangan
ini.

Dalam belanjawan terbaru Persekutuan, RM54 billion atau 21 peratus


daripada jumlah perbelanjaan negara telah diperuntukkan kepada
Kementerian Pendidikan (MOE) bagi tahun 2014, iaitu peruntukan
kementerian yang paling besar. Malah, Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025 telah mengakui bahawa perbelanjaan pendidikan awam
di negara kita dari segi peratusan KDNK adalah lebih dua kali ganda purata
negara-negara ASEAN, serta melebihi negara-negara OECD dan Harimau-
harimau Asia seperti Korea, Hong Kong, Jepun dan Singapura.
Hal ini jelas menunjukkan bahawa pelaburan yang besar dalam pendidikan
tidak semestinya diterjemahkan kepada hasil yang lebih baik. Misalnya,
keputusan peperiksaan UPSR yang diumumkan baru-baru ini menunjukkan
penurunan prestasi dalam kertas Bahasa Inggeris meskipun MOE
menghabiskan RM270 juta untuk melantik tiga firma perunding selama
tempoh tiga tahun yang lalu untuk menyediakan mentor asing Bahasa
Inggeris bagi meningkatkan kualiti pengajaran Bahasa Inggeris di sekolah-
sekolah kebangsaan.

Maka, persoalannya bukan apakah kita cukup berbelanja, tetapi apakah


perbelanjaan kita itu berbaloi dengan harga.

Pada tahun-tahun akan datang, kerajaan akan melabur berbilion-bilion


ringgit dalam pelbagai projek besar seperti 1BestariNet, yang melibatkan
pemasangan jalur lebar berkelajuan tinggi di semua 10,000 sekolah di
seluruh negara, penubuhan sistem Pelantar Pembelajaran Maya (Virtual
Learning Environment) untuk membawa murid kita ke zaman siber, serta
projek 1 Murid 1 Peranti yang akan membekalkan kesemua murid kita
dengan peralatan komputer.

Sama ada pelaburan infrastruktur yang mewah ini dapat meningkatkan


prestasi murid kita masih menjadi tanda tanya. Namun yang pasti, jika
sejarah lampau boleh dijadikan sebagai petunjuk, kita boleh yakin bahawa
lebih banyak dana awam akan dibazirkan manakala masa depan anak-anak
kita dikorbankan.

Apabila yang terbaik tidak cukup baik


Sebagai cubaan menyedapkan hati, ada pihak telah mencadangkan bahawa
walaupun skor purata murid Malaysia tidak cemerlang, masih ada golongan
tertentu yang mencapai keputusan yang baik. Sebagai contoh, Ketua
Pengarah Pelajaran Datuk Dr Khair Mohamad Yusof pernah dipetik sebagai
berkata bahawa terdapat segelintir sekolah dan murid kita yang mampu
bersaing dengan yang terbaik di dunia.

Oleh itu, masalah yang dihadapi negara kita boleh dianggap sebagai
masalah jurang antara bandar dan luar bandar, di mana sekolah-sekolah
bandar yang lebih lengkap prasarananya, dengan guru yang lebih cekap dan
persekitaran pembelajaran yang lebih sesuai untuk menelaah pembelajaran,
mampu menghasilkan keputusan yang lebih baik. Walaupun ini adalah satu
kesimpulan yang agak nyata, namun adakah murid yang paling
berkemampuan ini benar-benar berdaya saing?

Menurut analisis keputusan PISA oleh portal berita antarabangsa The


Huffington Post, apabila skor Matematik dibandingkan dengan latar belakang
sosio-ekonomi murid tersebut, adalah didapati bahawa, secara umum,
andaian ini adalah benar: lebih kaya murid, lebih baik keputusan.

Hal ini tampaknya benar di Malaysia, di mana keputusan menunjukkan


jurang yang ketara antara prestasi 10 peratus murid terkaya dengan baki
murid yang lain. Ini tidak mengejutkan kerana murid dari latar belakang
sosio-ekonomi atasan dapat menikmati kemudahan sekolah yang lebih
moden, guru yang lebih berkualiti, kelas tambahan dan sebagainya. Mereka
juga berkemungkinan besar berpendidikan swasta atau mendaftar di sekolah
berasrama elit.

Namun, ukuran sebenar dilihat dalam perbandingan dengan negara-negara


lain. Daripada analisis, didapati bahwa skor purata bagi 10 peratus murid
yang terkaya di Malaysia sebenarnya lebih rendah daripada skor purata
murid termiskin dari berbagai negara Asia seperti Singapura, Hong Kong,
Korea dan Macau (lihat Rajah 1).

Rajah 1: Pencapaian Matematik PISA 2012

Sumber: The Huffington Post (terj.)


Lebih mengejutkan lagi, didapati bahawa 10 peratus murid terkaya Malaysia
hanya berupaya untuk melebihi sedikit prestasi 20 peratus murid termiskin
Vietnam, iaitu sebuah negara yang mempunyai KDNK per kapita enam kali
lebih rendah berbanding kita.

Dalam erti kata lain, kemerosotan murid negara kita bukan sahaja berlaku
dalam kalangan murid kebanyakan, bahkan murid dari keluarga
berpendapatan tertinggi yang mempunyai segala kemewahan dan
kemampuan juga masih jauh ketinggalan berbanding rakan-rakan serantau
mereka yang berasal dari keluarga-keluarga yang termiskin.

Masa depan yang suram


Prestasi lemah pelajar Malaysia, khususnya dalam Matematik, amat
membimbangkan memandangkan penguasaan dalam mata pelajaran ini
dianggap oleh OECD sebagai kunci kepada masa depan yang positif, kerana
ia mempengaruhi keupayaan remaja untuk mengambil bahagian dalam
pengajian tinggi di samping mencapai pendapatan yang diingini. Tambahan
pula, Kajian Kemahiran Dewasa oleh OECD juga menunjukkan bahawa
kemahiran matematik yang lemah akan menghalang ketercapaian
masyarakat kepada gaji yang lebih tinggi serta pekerjaan yang lebih
memuaskan.

Hal ini bermaksud Malaysia sedang menghadapi krisis yang


membimbangkan dalam pendidikan dan sekiranya tidak ditangani, maka ia
akan membawa kepada kesan jangka panjang yang negatif ke atas
pembangunan ekonomi.

Dalam dunia yang global dan penuh cabaran ini, kegagalan untuk bersaing
akan melumpuhkan harapan Malaysia untuk menjadi ekonomi
berpengetahuan tinggi, serta menakdirkan negara kita untuk terus terjerat
dalam perangkap pendapatan sederhana buat selama-lamanya.
Roketkini.com

Anda mungkin juga menyukai