Anda di halaman 1dari 2

Contoh Karangan UPSR

Temubual ini adalah antara Kumaran A/L Krishnan, Tokoh Murid 2017 SK TTDI
Jaya dengan editor majalah sekolah

Arveen : Selamat Pagi kumar.Apa khabar?Saya dapat tahu kamu terpilih


sebagai Murid
Cemerlang baru-baru ini.

Kumar : Khabar baik. Ya, betul. Saya sungguh bersyukur kepada tuhan atas
kurniaanNya ini.

Arveen : Tahniah saya ucapkan kerana kejayaan kamu mendapat 5A


dan dipilih sebagai
Murid Cemerlang UPSR sekolah tahun 2013. Oleh sebab itu,
saya ingin menemu
ramah awak untuk dimuatkan ke dalam majalah di sekolah
kita.

Kumar : Boleh, saya akan memberi kerjasama sepenuhnya. Terima kasih


juga atas ucapan
tahniah.

Arveen : Bagaimanakah perasaan kamu Kumar apabila terpilih


sebagai pelajar terbaik?

Kumar : Saya tentunya berasa gembira dan bersyukur kerana saya tidak
menyangka saya
terpilih sebagai pelajar terbaik.

Arveen : Apakah rahsia kejayaan kamu Kumar?

Kumar : Setelah saya telah membahagikan masa untuk belajar dan aktiviti-
aktiviti lain.
Selain itu, setiap hari saya belajar secara berkumpulan
bersama rakan-rakan
saya. Akhirnya setelah berusaha kita kenalah banyak-banyak
berdoa.

Arveen : Apakah hadiah yang kamu terima Kumar?

Kumar : Saya telah menerima sekeping sijil penghargaan dan sebuah piala
iringan.

Arveen : Siapakah yang memberi dorongan kepada kamu kumar?

Kumar : Selain guru-guru,ibu bapa , kakak saya dan rakan-rakan telah


banyak mendorong
saya.

Arveen : Soalan saya yang terakhir, apakah cita-cita kamu Kumar?

Kumar : Saya bercita-cita ingin menjadi pelajar yang cemerlang dan


dapat membanggakan
kedua ibu bapa serta dapat mengharumkan nama sekolah ini.

Arveen : Terima kasih, Kumar kerana sudi ditemu ramah. Saya


berharap agar saudara akan
terus gigih berusaha dan saya doakan semoga saudara
berjaya.

Kumar : Sama-sama.