Anda di halaman 1dari 2

10.1.

0 TUJUAN PENYIASATAN TAPAK DAN TANAH

10.1.1 KEPENTINGAN PENYIASATAN TAPAK;

Penyiasatan tapak adalah merupakan proses yang sangat penting di dalam


sesuatu pembangunan projek.Ini adalah kerana ia membolehkan pihak yang
terlibat dalam rekabentuk dan pembinaan dapat mengenalpasti perkara sebenar
di tapak dan segala masalah yang mungkin dihadapi agar struktur yang
baik,ekonomi dan selamat dapat dibina.

Penyiasatan tapak yang tidak dijalankan dengan sewajarnya kebiasaannya akan


mengakibatkan kerosakkan kepada struktur seperti keretakkan pada bahagian
dinding,lantai,struktur terbenam dan sebagainya.Ini menyebabkan struktur yang
telah siap dibina atau hampir siap terpaksa dirobohkan dan dibina semula.Ini
mengakibatkan kerugian dari segi kewangan,masa dan tenaga di samping
membahayakan keselamatan bangunan dan orang ramai yang
menggunakannya.

Di samping itu juga kesesuaian sesuatu jenis bangunan /projek pembangunan


dengan kedudukan tapak mestilah difikirkan dengan teliti.Ini akan melibatkan
kemudahan awam yang terdapat, penduduk sekitar,faktor sejarah, keadaan
sekeliling dan sebagainya.Ini adalah untuk mengelakkan daripada sesuatu projek
mengalami masalah seperti kesukaran perhubungan,masalah sosial dan
sebagainya.

Sebagai contoh, penyiasatan penting bagi membuktikan kebenaran dan


mengembangkan maklumat yang ada.Dalam kerja pembinaan,bagi kerja
pengorekkan,perlulah diketahui tentang lapisan bawah tanah dan keadaan air di
dalam tanah bagi tujuan kesukaran untuk mengeluarkan bahan korekan,tebing
korekan perlu sokongan atau tidak,aras air dalam

tanah perlu direndahkan serta keadaan semulajadi bahan yang dikorek akan
berubah atau tidak.

10.1.2 OBJEKTIF PENYIASATAN TAPAK


Objektif utama penyiasatan tapak adalah seperti berikut:

a) Kesesuaian (suitability)-menentukan kesesuaian tapak dan keadaan sekililing


dengan kerja yang dicadangkan.

b) Rekabentuk (design)-membolehkan rekabentuk yang sesuai dan ekonomi


disediakan termasuk rekabentuk kerja sementara (temporary work) dan teknik
baikpulih tanah (soil improvement).

c) Pembinaan (Construction)-merancang kaedah pembinaan yang terbaik sekali


dan mengenalpasti segala kesulitan dan kelewatan yang mungkin tejadi
disebabkan keadaan tanah dan keadaan sekeliling.Dalam keadaan-keadaan
tertentu,untuk mencari punca bahan-bahan yang boleh digunakan untuk
pembinaan dan memilih tapak untuk bahan-bahan buangan.

d) Kesan perubahan (effect of changes)-menentukan perubahan yang mungkin


terjadi pada tanah dan kawasan setempat samada terjadi dengan sendirinya
atau disebabkan kerjakerja baru yang dijalankan disamping menentukan kesan
perubahan ini pada kerja-kerja yang sedang dijalankan dan kerja-kerja
berhampiran.

e) Pemilihan tapak(choice of side)-jika terdapat tapak yang lain,perbandingan


kesesuainya di antara satu sama lain hendaklah dipertimbangkan.

f) Mengumpul maklumat berkenaan tanah dan persekitaran untuk menentukan


kesesuain projek.