Anda di halaman 1dari 8

Kaedah Penilaian Bahasa

1. Penilaian Melalui Portfolio.

2. Penilaian Melalui Pemerhatian.

3. Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran.

4. Penilaian Melalui Soal Jawab.

5. Penilaian Melalui Projek.

6. Penilaian Melalui Kertas Kerja.

Penilaian Melalui Portfolio.


Apakah portfolio?

Satu kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan merekodkan bukti pencapaian
pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui.

Ciri-ciri portfolio.

Dokumentasi berstruktur yang memerlukan pelaksanaan perancangan dan


penilaian yang teliti.

Proses pembelajaran secara portfolio dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai


kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif serta
pemilihan maklumat dari fakta dari peringkat awal hingga akhir.

Menggalakkan pembelajaran secara interaktif melalui kerjasama dan bantuan


daripada pelbagai pihak.

Kandungan portfolio terdiri daripada maklumat secara urutan dan mestilah logik.

Portfolio bersifat reflektif yang dirangsang melalui persoalan.

Penilaian Portfolio
Penilaian berbentuk lebih terbuka (broad based) dan seimbang.

Tugasan portfolio dapat dipantau melalui peta perkembangan pelajar yang boleh
dinilai melalui bukti-bukti lain.

Proses penilaian perlu dijalankan secara berterusan supaya dapat mencerminkan


perkembangan pelajar dari semasa ke semasa mengikut kriteria yang telah
dipersetujui bersama.

Jenis-jenis Portfolio yang boleh dibina.

1. Porfolio kerja harian

2. Portfolio hasil terbaik

3. Portfolio dokumen.

1. Portfolio Kerja Harian

Bahan yang dikumpul untuk menghasilkan tugasan dalam satu jangka waktu yang
diberikan.

Contohnya;

Proses perkembangan idea dijalankan secara harian untuk menghasilkan


lukisan yang mempunyai ciri-ciri berikut.

2. Portfolio Hasil Terbaik

Dipilih bersumberkan hasil terbaik daripada portfolio kerja harian.

Berbentuk sumatif

Contohnya;

Hasil lukisan yang terbaik daripada bebrapa lukisan yang dibuat dan
dikumpulkan di dalam folio kerja terbaik.
3. Portfolio Dokumen

Hasil tugasan kecil yang dijalankan semasa mengumpul bahan pada satu jangka
masa tertentu untuk menyempurnakan kerja tugasan.
Contohnya;

Hasil lukisan daripada warna tersebut.

Kegunaan Portfolio

Membolehkan guru menggunakan bukti portfolio bersama rekod anekdot guru


untuk membuat penilaian secara holistik.

Mengekalkan galakkan pelajar untuk mengawal dan memantau perkembangan


pelajar

Membolehkan guru memantau perkembangan pembelajaran pelajar dengan


menggunakan peta perkembangan.

Mempelbagaikan bukti penilaian seperti rekod pemerhatian dan penilaian, nota


anekdot, rekod pelaksanaan tugaan dan kadar pencapaian hasil kerja pelajar.

Membolehkan penilaian dalam bidang afaktif tentang usaha dan aplikasi dapatan
melalui pemerhatian tingkahlaku, pengelibatan dalam kelas, inisiatif, kerjasama,
ketabahan dan komitmen sewaktu membina portfolio.

Perancangan Portfolio

Menyenaraikan beberapa perkara penting sebelum membuat portfolio:

1. Tentukan tujuan pembinaan, ciri-ciri portfolio dan jenis portfolio yang dikehendaki.

2. Kenalpasti isi kandungan portfolio.

3. Pemilihan isi kandungan dan bahan isi kandungan portfolio.

4. Penilaian portfolio dari segi kaedah penilaian samada secara keseluruhan,


kumpulan, individu, termasuklah kriteria yang dipakai untuk menilai portfolio.

Bagaimana Portfolio dinilai?


Portfolio dinilai berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang
berterusan.

Fokus kepada aspek perkembangan pengetahuan dan perkembangan kefahaman.

Peta perkembangan pelajar boleh digunakan bagi memberi gambaran


perkembangan yang lebih menyeluruh bermula awal pembinaan portfolio
sehingga tugasan tersebut selesai.

Merekod Penilaian Portfolio

Terdapat dua cara merekod penilaian portfolio iaitu menggunakan skala dan
menggunakan kaedah senarai semak.

Penilaian awal penilaian merentasi tugasan bertulis mengikut kriteria dengan


skala senarai ciri-ciri paling penting penetuaan gred.

Kriteria penilaian

I. Struktur dan organisani

II. Strategi pengurusan

III. Variasi isi yang sesuai

IV. Struktur ayat dan gaya bahasa

V. Senaraikan ciri. Ini akan menentukan markah portfolio, tentukan wajaran markah
bagi setiap ciri.

VI. Mengambil kira markah yang diberikan kepada tiap-tiap peringkat dan bukti-bukti
lain setiap nota anekdot dan refleksi pelajar.

VII. Skala berkadar atau berkala boleh digunakan.


Penilaian Melalui Pemerhatian
Pemerhatian secara berterusan dan mengikut jangka masa waktu yang diperlukan
atau ditentukan bagi membantu guru dalam mendapatkan maklumbalas tentang
keberkesanan P&P.

Meliputi aspek kognitif , afaktif dan psikomotor.

Boleh guna senarai semak, rekod anekdot, dan rekod profile.

Pemerhatian berlaku antara guru, dan antara pelajar dengan pelajar.

Pemerhatian juga dibuat oleh guru terhadap keberkesanan bahan dan komunikasi
pelajar dengan bahan dan pelbagai situasi persekitaran.

Perkara yang perlu diambil semasa dibuat pemerhatian;

1. Kualiti Pemerhatian

2. Bentuk perancangan

3. Merekod penilaian pemerhatian

4. Jenis Pemerhatian

5. Strategi pelaksanaan

6. Fungsi penilaian melalui pemerhatian.

Kualiti Pemerhatian

Pengetahuan mendalam dalam bidang tugasnya dan perihatin dengan


persekitarannya.

Guru perlu peka terhadap perubahan yang berkaitan dengan bahan.

Yakin dengan keputusan yang dibuat dan keputusan yang diambil.

Ikhlas dan jujur serta adil dalam membuat keputusan yang diambil terhadap
sesuatu.

Tekal dan stabil dalam penilaiannya.


Bentuk Perancangan

Menyediakan alat yang releven dan menentukan kaedah untuk mentadbirnya.

Menetukan teknik menganalisis, mentafsir, merekod dan melapor.

Merangka tindaksusul yang akan dijalankan mengikut konsekuan yang dijalankan


daripada pemerhatian.

Merekod penilaian pemerhatian

Rekod pemerhatian harus menggambarkan perubahan tingkahlaku secara


tersusun dari segi:

a) Pendekatan, kaedah individu atau berkumpulan

Semasa menjalankan pemerhatian dan hasil pendekatan atau


pengubahsuaian cara pelaksanaan perlu direkod dengan jelas

b) Menjalankan Tugasan

Cara individu mengendalikan tugasannya dan setiap hasil yang


diperoleh dihurai dengan tepat .

c) Cara merekodkan dapatan dan rumusan

Dapatan dan rumusan hendaklah direkod mengikut urutan yang


betul.

d) Tindakan Susulan

Rekod pemerhatian hendaklah juga jelaskan tindakkan susulan hasil


yang akan dicapai.

Rekod anekdot

Boleh digunakan untuk menialai kecekapan atau kecerdasan individu dalam


bidang tertentu seperti berikut:

1. Kecekapan linguistik (bidang bahasa)

2. Melihat kecekapan dalam bidang-bidang tertentu

3. Muzik
4. Kecekapan (body khanisthetic)

5. Kecekapan intrapersonal

6. Kecekapan interpersonal

Kecekapan Linguistik

Keupayaan menggunakan bahasa untuk memperoleh sesuatu , untuk menambat


hati, menyakinkan dan merangsang.

Melihat Kecekapan dalam bidang-bidang tertentu.

Keupayaan memanipulasikan objek atau simbol untuk meneroka corak, kategori


dan perkaitan dan kebolehan membuat eksperimen secara terkawal dan
terancang.

Muzik

Keupayaan mencipta muzik dan mengubah lagu.

Kecekapan (body khanisthetic)

Berkemahiran sukan, seni lakon, seni tari atau seni lukis.

Kecekapan Intrapersonal

Keupayaan memahami perasaan dan emosi diri.

Kecekapan interpersonal

Keupayaan memahami dan bergaul dengan orang lain.

Jenis pemerhatian

Mengikut tujuan dan aspek yang hendak diperhatikan atau dinilai iaitu:

I. Memerhati sesuatu perlakuan tanpa mebuat tafsian (interpretation) dab tanggapan


(judgement). Melaporkan apa saja yang dilihat. Tafsiran bukan untuk penilaian
semasa.

II. Memerhati apa-apa yang telah dirancang dan secara open ended. Menilai
kemahiran, pengetahuan dan perlakuan.
III. Memerhati untuk jangka pendek atau jangka panjang. Penilaian dalam bentuk
sekuense.

Strategi Pelaksanaan.

I. Secara berterusan mengikut keperluan yangbtelah dikenalpasti/ dirancang.

II. Menggunakan senarai semak.

III. Tindakkan susulan terhadap hasil pemerhatian

IV. Jangka masa pemerhatian hendaklah sesuai dengan kaedah dan keperluan

V. Maklum balas diperolehi daripada guru dan pelajar.

VI. Refleksi tentang pengalaman bahan dikategorikan sebagai pemerhatian.

Fungsi Pemerhatian

Guru berpeluang memerhati perkembangan psikomotor, kognitif dan objektif


pelajar.

Guru membuat penilaian kendiri terhadap keberkesanan p&p sebagai penyampai


maklumat, tutor, pemudah cara dan pendidik.

Anda mungkin juga menyukai