Anda di halaman 1dari 19

Tugasan 2:

Huraikan lima (5) aspek ciri-ciri guru yang berkesan dalam pengajaran berdasarkan nilai-nilai
Bitara.

Mempersiapkan generasi pelajar hari ini bagi menghadapi dan menangani cabaran-
cabaran baru terutama tuntutan-tuntutan sebagai "knowledge worker" dalam era revolusi
informasi abad ke-21 terletak di tangan dan dibahu seluruh kaum guru dan pendidik di pelbagai
peringkat lebih-lebih lagi peringkat persekolahan rendah, amat memerlukan kesedaran yang
tinggi bagi memperkembangkan dan mempertingkatkan setiap aspek profesionalisme keguruan
ke suatu tahap yang tidak mungkin lagi dipertikai dan diperlekehkan oleh masyarakat dan
Negara. Profesionn perguruan adalah antara profesion yang diiktiraf dan dihormati di
Malaysia.Guru dianggap sebagai individu yang kaya dengan sumber maklumat,berperanan
mendidik dan membimbing pelajar dengan ilmu pengertahuan. Namun begitu, terdapat beberapa
aspek yang dapat mempengaruhi keberkesanan guru ketiaka dalam pengajaran. Antara ciri- ciri
guru yang berkesan dalam pengajaran berdasarkan nilai-nilai Bitara ialah seperti berikut.

Bitara membawa maksud unik,unggul, tiada tolok bandingnya dan lain darti yang
lain.Terdapat enam teras dalam nilai Bitara, iaitu berintergriti, profesional, semangat berpasukan,
berorientasikan pelanggan, prihatin kebajikan anggota dan kreatif &inovatif.Nilai-nilai Bitara ini
berkait rapat dengan

Bagi teras nilai Bitara berintergriti, terdapat empat penunjang bagi teras ini, iaitu amanah,
telus, akauntabiliti dan juga adil. Di bawah teras ini, guru yang berksan secara tidak langsung
mempunyai dan menjalankan tanggungjawanya secara adil kepada para pelajarnya. Contohnya
dengan memulakan dan menamatkan sesi pengajaran tepat pada waktunya. Masa yang ada
digunakan dengan sebaiknya seperti yang telah diamanahkan. Selain itu, guru yang berkesan
juga akan lebih berdisiplin, masuk awal ke kelas, mempunyai teknik pengajaran yang berkesan
dan juga mudah difahami oleh pelajar.Adil di sini juga membawa maksud guru yang seboleh-
bolehnya tidak memilih kasih hanya kepada pelajar yang disukai sahaja dan akan memberikan
hukuman yang sama kepada mama-mana pelajar yang membuat kesalahan. Guru mempunyai
akauntabiliti terhadap pencapaian, kemajuan dan kecemerlangan murid-murid dalam bidang
pelajaran dan juga dari segi moral serta akhlak. Di samping melaksnakan tanggungjawab
mendidik murid-murid, guru juga bertanggungjawab untuk memelihara imej dan tingkah laku
diri sendiri. Faktor ini amat penting kerana guru hendaklah menunjukkan teladan yang terbaik
kepada murid-murid. Guru hendaklah sentiasa mempamerkan imej yang terbaik dengan
berpakaian kemas dan sederhana, lemah lembut dan mesra, rajin dan tegas serta amanah dalam
menjalankan tugas. Dengan penerapan nilai-nilai ini, guru akan sentiasa dihormati oleh murid-
murid.Guru merupakan orang yang kedua penting dalam kehidupan setiap murid. Apabila ibu
bapa memasukkan anak mereka ke sekolah, maka ibu bapa menaruh harapan yang besar ke atas
guru untuk mendidik anak-anak mereka supaya menjadi orang yang berilmu dan berguna kepada
nusa dan bangsa. Harapan ibu bapa ini menjadi amanah dan tanggungjawab bagi guru-guru dan
wajib dilaksanakan. Kita hendaklah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dalam bilik
darjah iaitu dengan mematuhi jadual, menepati masa, serta menjalankan tugas dengan teknik
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Dengan pelaksanaan Akta Pendidikan 1996,
Perintah Pendidikan ( Pendidikan Wajib ) 2002, maka guru-guru dipertanggungjawab untuk
menjalankan tugas dengan mengajar dengan penuh dedikasi dan berbakti demi kemajuan murid-
murid, berbakti demi kebajikan, keselamatan, kemajuan dan masa depan murid-murid seperti
yang diharapkan oleh ibu bapa pelajar. Di samping seorang guru yang berkesan di bawah teras
ini juga perlu bersikap adil dan saksama kepada setiap murid tanpa mengira bangsa, agama,
kedudukan ekonami dan sosial para pelajar mahupun keluarga mereka selain perlu mengasuh,
mengajar dan membimbing murid-murid dengan ikhlas dan jujur tanpa sebarang ganjaran
daripada ibu bapa murid-murid. Justeru, guru perlu menunujukkan contoh teladan yang baik dan
mesra kepada murid-murid dan ibu bapa mereka serta berbincang dengan ikhlas dengan setiap
ibu bapa mengenai sebarang masalah yang dihadapi oleh murid-murid. Bagi melaksanakan
kebertanggungjawab atau akauntabiliti terhadap program pendidikan dengan cemerlang, guru-
guru hendaklah mengamalkan perkara-perkara seperti membaca buku yang lebih banyak
mengenai mata pelajaran yang terkandung dalam kurikulum dan mata pelajaran yang akan diajar
kepada para pelajar selain perlu memahami terlebih dahulu dengan lebih mendalam tentang ilmu
pengetahuan yang berkaitan dengan subjek pelajaran yang akan diajar kepada para pelajar di
dalam kelas. Merancang dan melaksanakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
dan mudah difahami oleh murid-murid juga haruslah diterapkan selain mengajar dan
menyampaikan ilmu pengetahuan yang tepat dan fakta yang betul supaya kedua- dua pihak
mendapat manfaat yang sewajarnya.

Bagi teras profesional pula, juga terdapat empat penunjang bagi teras ini, antaranya ialah
iltizam,cinta ilmu,kompeten dan beretika. Iltizam adalah satu sikap yang perlu ada pada seorang
guru yang berkesan.Iltizam dalam pengajaran dan pembelajaran hendaklah direalisasikan oleh
guru bagi memantapkan lagi profesion keguruan. Ilmu pengetahuan yang tinggi penting untuk
melahirkan guru yang berkesan,kerana dengan adanya ilmu guru dapat mempelbagaikan vasiari
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Di samping itu guru boleh mengajar murid dengan
memberikan contoh-contoh yang banyak untuk memudahkan murid memahami pengajaran yang
di sampaikan oleh guru.Guru perlu di beri latihan yang banyak untuk mendedahkan guru kepada
ilmu-ilmu yang baru untuk meneroka dunia baru dalam bidang pendidikan.Kita boleh lihat
negara-negara yang sudah maju sebagai contoh dan kita akan buat perbandingan sejauh mana
Malaysia telah maju, sejauh mana sistem pendidikan kita telah maju. Kita tidak boleh menilai
tahap kita dari segi penanda aras nasional sahaja. Ada mengatakan mutu pelajaran belum sampai
ke tahapnya dan ini memerlukan guru yang cemerlang untuk meningkatkan pencapaian anak
murid. Biar pun itu tanggapan dan persepsi tetapi kita tidak boleh menolak atau ketepikan. Lebih
penting lagi kajian-kajian yang dijalankan mesti lebih saintifik, objektif dalam membuat
penilaian. Contohnya dalam soal penguasaan bahasa Inggeris, sains, matematik dan dalam
bidang profesional yang dianggap penting. Malahan kita menghadapi masalah melahirkan modal
insan dalam bidang teknikal dan vokasional. Tuntutan dan cabaran profesion perguruan
sememangnya semakin hari semakin meningkat. Oleh itu guru perlu bersikap profesionalisme
dalam proses pengajaran. Guru perlu pandai menguruskan murid-murid samaada di bilik darjah
atau di luar bilik darjah. Guru hendaklah sentiasa mengutamakan kepentingan sesebuah
organisasi seperti sekolah. Seorang guru perlu mempunyai etika kerja yang tinggi seperti
amanah kepada murid-murid. Guru tidak boleh menghebahkan markah mereka di kalangan
umum dan tidak mengata di belakang mereka.sikap murid yang mengaibkan hendaklah di
simpan dan jangan di ketahui umum.Komited dalam bidang tugas dan menjalankan tugas dengan
penuh semangat. Tugasan untuk pengajaran dan pembelajaran hendaklah dirancang dengan teliti.

Bagi teras ini, guru yang profesional akan mempamerkan keyakinan dalam perkara atau
pengajaran yang hendak diajar.Guru ini akan menunjukkan kesungguhan semasa mengajar
melalui nada suara dan juga gerak geri selain sentiasa kelihatan bertenaga dan gembira semasa
mengajar baik di dalam kelas mahupun di luar kelas. Selain itu, guru yang profesional juga
mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang mendalam dalam bidangnya yang seterusnya
membolehkannya mengajar dengan penuh yakin, mengawal kelas dengan baik dan merancang
dengan baik apa yang akan diajar kepada para pelajarnya.Hal ini kerana guru ini mencintai ilmu
dan suka denga kerjayanya sebagai seorang guru.Guru ini akan sentiasa mencari kaedah atau pun
teknik teknik terbaru yang lebih berkesan dalam P&P dan sentiasa memastikan diri selalu
membaca dan meningkatkan martabat serta meningkatkan kualiti diri sebagai seorang guru.
Guru ini juga akan sentiasa komited terhadap tugas ataupun tanggungjawab yang telah
diamanahkan oleh pihak sekolah tidak mengira masa dan dengan sepenuh hati kerana tahu ianya
adaha sebahagian daripada tugas sebagai guru iaitu menyampaikan ilmu kepada para pelajarnya
disamping menjaga etika sebagai seorang guru.

Seterusnya, penunjang bagi teras Bitara semangat berpasukan pula ialah muafakat,fokus
matlamat dan hormat Pihak pengurusan telah lama mengamalkan kerja berpasukan di sekolah
tetapi masih tidak begitu ketara dan terdapat sebahagian guru masih kurang memahami
konsepnya. Dekad ke 21 ini menampakkan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) amat
menggalakkan amalan pengurusan yang berkualiti di organisasi di bawahnya.Antara penekanan
yang diberikan adalah kerja berpasukan. Melalui kerja berpasukan dalam semua sektor akan
dapat meningkatkan produktiviti, interaksi antara ahli dalam pasukan, memberi kepuasan kerja
serta dapat bersama menyelesaikan sesuatu masalah yang kompleks. Kerja berpasukan ini sangat
penting di laksanakan diperingkat sekolah. Guru-guru tidak boleh bekerja secara individu,
terutamanya bagi menyelesaikan kerja-kerja yang rumit. Melalui kerja berpasukan dapat
menggalakkan penyataan perasaan, inovasi dan perkembangan fikiran ke arah penciptaan yang
lebih kreatif. Malahan, kerja berpasukan juga merupakan salah satu dimensi yang boleh
menyumbang ke arah peningkatan kualiti pendidikan. Menurut Hadyn and Mc Donnel (1996)
pasukan yang efektif adalah terdiri daripada dua atau lebih individu yang mempunyai matlamat
khusus untuk dicapai dan semua ahli terlibat secara aktif untuk merealisasikan matlamat secara
usahasama. Kerja berpasukan merupakan suatu unit dalam organisasi yang berinteraksi untuk
berkongsi maklumat dan keputusan bagi membantu ahli-ahli pasukan menjalankan tugas dalam
ruang sempadan tanggungjawab yang ditetapkan. Ia juga merupakan gabungan usaha,
pengetahuan, kemahiran dan kebolehan yang dilakukan secara sinergi untuk menghasilkan
prestasi kerja melebihi input yang dilakukan secara bersendirian. Melalui kerja berpasukan akan
membolehkan organisasi meningkatkan hasil tanpa meningkatkan sumber.Kerja berpasukan juga
akan dapat menyatupadukan seluruh kakitangan jabatan atau panitia dalam menjayakan
peningkatan kualiti kerja. Kerja berpasukan di sekolah terutamanya di kalangan Ketua Bidang
dan Ketua Panitia akan menentukan keberkesanan jabatan berkenaan dan seterusnya
menyumbang ke arah peningkatan kualiti kerja dan kualiti pendidikan di kalangan guru serta
memberi kepuasan kerja kepada mereka. Kerja berpasukan akan memudahkan pertukaran
maklumat dan idea di kalangan Guru Kanan dan Ketua Panitia, mewujudkan perasaan saling
mempercayai, mengukuhkan komunikasi dalam jabatan serta menuju ke arah peningkatan kualiti
yang berterusan dalam organisasi sekolah.Kajian-kajian yang lepas telah membuktikan bahawa
kerja berpasukan boleh memberi input kepada organisasi sekolah untuk mencapai kejayaan
sekolah berasaskan visi dan misi sekolah. Contohnya, kajian Weller (1998) membuktikan
peranan kerja berpasukan adalah menuju ke arah kejayaan dalam organisasi sekolah.Manusia
mengharapkan adanya kepuasan dalam kerjanya, kerana kepuasan kerja dapat memberikan kesan
yang positif kepada produktiviti, perlakuan kooperatif, kepuasan hidup, dan kesihatan pekerja.
Menurut Whether dan Davis dalam Safrizal (2004), kepuasan akan dapat ditingkatkan melalui
kerja berpasukan yang berkesan. Salah satu faktor yang dapat mempengaruhi kepuasan kerja
guru adalah kepimpinan yang efektif dalam kerja berpasukan, tetapi kualiti seseorang pemimpin
tidak menjamin memberi kepuasan kerja kepada orang bawahannya kerana ia amat bergantung
pada persepsi dan penerimaan gaya kepimpinan daripada orang bawahannya. Semangat kerja
berpasukan untuk menjadikan seorang guru yang berkesan dalam pengajaran dan
pembelajaran.Dengan kata lain team work adalah penting untuk seorang guru memajukan
dirinya.guru hendaklah saling bantu membantu diantara satu sama lain dalam melakukan tugasan
seharian di sekolah.Contohnya program yang diadakan di sekolah tidak akan berjalan dengan
lancar jika dilakukan seorang diri tanpa bantuan rakan rakan sekerja yang lain.seorang guru
perlu menghormati pendapat dan pandangan rakan sekerja yang lain.bertukar-tukar pandangan
dan pendapat boleh memantapkan lagi sesebuah institusi pendidikan. Tugas guru bukan setakat
mengajar murid-murid mengenai mata pelajaran yang telah ditetapkan dalam kurikulam, tetapi
menyampaikan pelbagai ilmu pengetahuan yang bermanfaat bagi perkembangan mental murid-
murid. Bahkan guru dipertanggungjawabkan untuk membentuk akhlak dan sahsiah murid-murid
supaya mereka menjadi insan yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia dan berguna kepada
negara.

Bagi menjamin P&P yang berkesan, guru perlu berfikir cara untuk melibatkan semua
pelajar. Penglibatan pelajar akan dapat membnatu meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar,
contohnya Contohnya melalui teknik penyoalan, melibatkan pelajar dalam aktiviti, permainan,
kuiz, kerja kumpulan dan sebagainya. Hal ini dapat memupuk atau menanam sikap muafakat di
kalangan para pelajar.Juga digalakkan untuk melibatkan pelajar tanpa mengira agama mahu pun
bangsa. Sikap hormat- menghormati yang menjadi penunjang kepada teras ini juga harus lah
diaplikasikan.Guru yang berkesan akan menghormati para pelajarnya dengan menggunakan
bahasa yang sesuai, tidak menyalahgunakan kuasa dan memberikan penilaian yang sewajarnya
terhadap semua pelajarnya.Sesi pengajaran akan menjadi lebih berkesan sekiranya sikap hormat
menghormati diterapkan di antara guru dan pelajar dan juga antara pelajar dengan pelajar.Guru
yang menghormati para pelajarnya dengan sendirinya akan lebih disukai oleh para pelajar. Hal
ini akan menjadikann sesi pengajaran lebih seronok dan berkesan.
Teras Bitara yang keempat pula berorientasikan pelanggan. Dibawah teras Bitara ini,
responsif, proaktif, mesra dan berkualiti menjadi penunjang. Ini bermakna, guru yang berkesan
haruslah memiliki semua ciri seperti yang disebutkan di atas. Pelanggan bagi seorang guru ialah
para pelajarnya. Justeru, guru sewajarnya menjadi seorang yang responsif terhadap pelajar.
Maksud responsif di sini ialah cepat dan segera. Guru perlu cepat bertindak sekiranya pelajar
memerlukan sebarang bantuan atau pun tunjuk ajar.Begitu juga sekiranya pelajar tidak faham
dan bertanyakan soalan kepada gur.Guru perlu segera mencari jawapan atau pun penyelesaian
kepada soalan pelajar tersebut.Hal ini dapat menjadikan sesi pengajaran lebih berkesan. Selain
itu, berorientasikan pelanggan juga boleh ditafsirkan sebagai berpusatkan murid atau
pelajar.Antara strategi ke arah pembelajaran yang berpusatkan murid atau pelajar ialah dengan
mewujudkan pengalaman pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar serta menggalakkan
penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Selain memberi peluang kepada
pelajar belajar secara individu, kumpulan dan kelas, melibatkan pelajar dalam membentuk proses
pembelajaran melalui rundingan berasaskan kekuatan dan kelemahan pelajar. Disamping itu,
guru juga boleh memberikan pelajar kebebasan membuat pilihan tentang bahan sumber dan
aktiviti pembelajaran yang seterusnya dapat mewujudkan prosedur pemantauan agar pelajar
bertanggungjawab ke atas apa yang mereka pelajari. Di sini, guru akan dapat menentukan
kriteria penilaian secara kolaboratif antara guru dan pelajar serta merancang penilaian berterusan
secara kolaboratif. Bagi pelajar sekolah, guru yang mesra akan lebih disukai kerana lebih mudah
didekati. Pelajar akan berasa kurang takut untuk meluahkan masalah atau pun sekiranya tidak
faham ketika guru mengajar. Seringkali kita senagai guru, bila ditanya kepada pelajar adakah
mereka faham tentang apa yang dipelajari hari ini? Rata- rata satu kelas akan menjawab faham.
Namun pada saya, mereka tidak bercakap jujur. Tapi adakah kita sebagai guru tahu kenapa
mereka bersikap demikian? Pada pendapat saya, pelajar ini mungkin takut untuk berkata benar
mungkin kerana guru ini garang dan akan dimarah sekiranya mereka bertanya atau tidak faham.
Namun, sekiranya guru merupakan seorang yang mesra, peramah, lembut, saya yakin pelajar
pun akan bersikap demikian terhadap guru.Guru yang mesra akan menjamin kepada pengajaran
yang lebih berkesan. Kemahiran berkomunikasi boleh dikuasai melalui proses pembelajaran
(Rosli Abd. Rahman, 1997). Melalui interaksi, seseorang itu dapat bertukar pendapat dan
berkongsi pengalaman dengan individu lain. Individu yang mempunyai kemahiran
berkomunikasi mempunyai peluang lebih baik untuk menyesuaikan dirinya dengan
persekitarannya. Dalam proses komunikasi, salah satu bidang yang mempunyai pengaruh yang
paling kuat ke atas tingkah laku seseorang ialah persepsi diri seseorang atau konsep kendirinya.
Keberkesanan berkomunikasi interpersonal berkait rapat dengan persepsi diri. Brooks dan
Emmert (1976), menyatakan konsep kendiri ialah suatu faktor penting dalam komunikasi
interpersonal. Hamachek (1990), berpendapat konsep kendiri dan personaliti sebagai sinonim.
Jelas di sini, individu yang mempunyai konsep kendiri positif biasanya dapat berinteraksi dengan
orang lain dengan cara yang lebih baik. Kurang kemahiran berkomunikasi dan konsep kendiri di
sekolah boleh menyebabkan pelajar sukar membuat penyesuaian diri dan sukar menyelesaikan
masalah. Sesi pengajaran akan menjadi lebih seronok dan santai kerana pelajar dan guru sama-
sama gembira dan horamat-menghormati di antara satu sama lain. Selain itu, bagi tunjang
berkualiti pula, kualiti merupakan sesuatu yang subjektif dan ia merujuk kepada darjah
kecemerlangan, mutu atau sifat keunggulan. Dalam konteks membangunkan pendidikan
berkualiti bertaraf dunia dan untuk membolehkan negara kekal kompetitif di persada
antarabangsa maka kualiti perlu dibudayakan dalam sistem pendidika negara secara berterusan
dan menyeluruh. Dalam sistem persekolahan ia bermula dengan guru. Guru berkualiti ialah guru
berwawasan dan bermatlamat. Guru yang rajin akan berusaha untuk meningkatkan
kompetensinya dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan, dan kemahiran. Guru ini memilih
untuk mencapai darjah cemerlang, gemilang dan terbilang dalam kerjayanya. Sesungguhnya
guru yang berkualiti akan membentuk murid yang berkualiti, dan murid yang berkualiti akan
menjadi warganegara yang akan membentuk negara yang juga berkualiti.

Teras kelima nilai Bitara pula ialah kreatif dan inovatif. Terdapat empat penunjang bagi
teras ini iaitu berdaya cipta, penambahbaikan berterusan, rebut peluang dan nilai tambah. Bagi
mencapai hasrat untuk menjadi guru yang kreatif dan inovatifi, guru seharusnya menghadapi
cabaran secara positif dengan mengambil langkah menimba ilmu dan kemahiran untuk
penyuburan dan pemantapan diri dalam usaha mengaplikasikan kemahiran-kemahiran ini di
dalam bilik darjah. Antara strategi yang boleh digunakan ke arah melahirkan guru yang kreatif
dan inovatif ketika melalui proses P&P dalam bilik darjah ialah seperti melalui daya imaginasi.
Daya imaginasi memainkan peranan yang penting dalam proses mencerna minda pelajar.
Apabila seseorang guru memulakan pengajarannya seharusnya dimulakan dengan soalan yang
umum atau apa yang disebut sebagai essential questions (Project-based-learning, Intel Teach
Program, ver. 10, 2007). Soalan ini mampu merentas subjek dan kurikulum. Ia bertujuan untuk
membuka minda pelajar dan berfikir di luar kotak (think outside the box) di mana pelajar boleh
memberi pandangan atau pendapat seluas mungkin tanpa dihadkan. Seterusnya guru akan
membimbing ke soalan yang berkaitan dengan unit pembelajaran (unit questions) dan diikuti
soalan yang menjurus kepada isi pelajaran (content questions). Di sini pelajar dilatih untuk
berfikir secara global dan akhirnya dapat mengaitkan dengan isu yang hendak diperbincangkan
dalam isi pembelajaran seperti mana yang dihasratkan dalam hasilan pembelajaran.

Selain itu, bagi teras kreatif dan inovatif juga, guru perlu kreatif dan bijak dalam
pemilihan dan pengaplikasian media pengajaran ketika sesi pengajaran. Media memainkan
peranan yang penting dalam proses menjana minda pelajar. Media ini berbentuk visual (video),
audio, teks atau grafik. Ia boleh digunakan mengikut klasifikasi masing-masing atau digabung
dalam bahan perisian dalam bentuk persembahan multimedia. Dalam hal ini guru harus
mempunyai ilmu dalam bidang teknologi maklumat di mana ia memerlukan kemahiran
mengaplikasikan media ini melalui perkakasan dan perisian komputer. Melalui media pengajaran
pelajar boleh dibawa mengembara atau menerokai tempat yang mungkin mustahil dilawati oleh
pelajar-pelajar seperti di planet atau di dasar lautan di mana tedapat seribu satu macam misteri di
dalamnya. Pengaplikasian media ini harus juga digandingkan dengan strategi pedagogi yang
sesuai agar hasilan pembelajaran dapat dicapai di akhir pelajaran.

Kesimpulannya, dapat saya rumuskan golongan guru merupakan anggota sekolah yang
terlibat secara langsung dalam pelaksanaa kurikulum dan pendidikan di sekolah. Peranan yang
dimainkan guru dalam sesebuah sekolah amat penting dari segi pencapaian aspirasi dan
matlamat sekolah dan negara. Aspirasi dan falsafah dalam dasar pendidikan negara kita adalah
untuk memastikan semua rakyat sebagai bangsa yang bersatu. Kita sudah maklum bahawa
manusia memainkan peranan penting dslsm menggerakkan sesuatu sistem. Sekiranya manusia
tidak mempunyai kecekapan yang diperlukan, sesuatu sistem tersebut tidak akan berjaya
mencapai objektifnya walaui sebaik mana sistem itu. Dalam konteks ini, sebuah institusi
persekolahan tidak akan maju sekiranya barisan gurunya tidak mempunyai kecekapan dan
kemahiran yang diperlukan. Melalui teras nilai Bitara, ciri- ciri guru yang berkesan dapai
dicapai sekiranya difahai dan diaplikasikan.

Tugasan 2.
Perkataan keguruan diambil dari perkataan dasarnya iaitu guru. Mengikut Kamus Dewan, guru
bermaksud pengajar, pendidik atau pengasuh manakala perkataan keguruan pula berkaitan
dengan guru, berkaitan dengan peranan (tugas dan kelayakan) sebagai guru. Pada asasnya tugas
utama guru di sekolah ialah untuk mengajar dan mendidik para pelajar agar menjadi insan yang
syumul selain daripada memberikan ilmu selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Sebenarnya tanggungjawab mendidik anak bangsa bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Bila
kita menandatangani perjanjian sebagai sebagai seorang pendidik, jatuh bangun sesuatu bangsa
terletak di atas bahu kita. Oleh yang demikian dalam memberi pengajaran yang berkesan lima
aspek nilai-nilai bitara UPSI perlu diambil penekanan iaitu berintegriti, profesional, semangat
berpasukan, berorientasikan pelanggan dan kreatif dan inovatif.
Integriti adalah suatu kualiti yang dimiliki secara konsisten bagi mendokong prinsip
moral tinggi atau tahap profesionalisma. Ianya merupakan satu kesatuan yang tidak boleh
dipisahkan, yang sempurna dan tidak boleh dirosakkan. Secara ringkasnya, ia adalah suatu
pemilikan kualiti yang konsisten. Sebagai contoh, amalan belajar adalah sebahagian daripada
ibadah kita umat Islam di mana sesungguhnya setiap amal itu bermula dengan niat. Segala
pemikiran, amalan dan tingkah laku ialah ibadah jika dilakukan dengan niat kerana Allah S.W.T.
Intailah keredhaan Tuhan setiap masa. Ini juga termaktub di dalam perkara pertama Rukun
Negara kita iaitu Kepercayaan kepada Tuhan yang perlu dipatuhi oleh semua rakyat Malaysia.
Ibadah juga membawa maksud membuat segala perkara yang baik dalam kehidupan seharian.
Kita mestilah ingat bahawa Tuhan melihat kita setiap masa, oleh itu kita jangan sekali-kali
melakukan perbuatan yang mungkar. Didiklah diri kita untuk meredhai semua ketentuan-Nya
dan mengaturkan kehidupan mengikut sunnah nabi. Hindari segala keburukan, maksiat,
kejahatan dan segala perlakuan yang merosakkan diri kita dan juga orang lain. Sebagai ahli
akademik dan guru, personaliti Bitara memainkan peranan penting untuk menjamin masa depan
yang cemerlang . Dalam membentuk personaliti Bitara ini, nilai integriti mempunyai empat
petunjuk iaitu bersikap adil, amanah, akauntabiliti dan telus.
Petunjuk adil bermaksud guru memulakan dan menamatkan pengajaran dan
pembelajaran tepat pada masanya dan dalam tempoh yang telah ditetapkan. Guru tidak
menggunakan masa yang sepatutnya untuk mencuri tulang atau membuang masa dengan
melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak berkaitan dengan hal akademik. Dalam hal ini kita sebagai
guru perlu menggunakan peruntukan masa yang diberikan dengan baik supaya pengajaran yang
diberikan dapat disampaikan kepada murid-murid. Seterusnya petunjuk amanah dimana sikap
amanah dalam menyampaikan fakta yang benar dalam pembelajaran. Guru juga menjalankan
perundingan dengan murid-murid mengikut jadual yang ditetapkan. Guru digalakkan supaya
membuat jadual waktu mengandungi masa konsultasi yang telah ditetapkan dan memaklumkan
masa tersebut kepada murid-murid. Dengan demikian, pihak guru dan murid-murid dapat
mengaturkan sistem perundingan dengan lebih berkesan melalui perancangan yang telah
ditetapkan. Guru juga tidak menciplak harta intelek orang lain dan menjaga serta
menyayangi harta dan kemudahan sekolah dengan amanah. Di Malaysia, menciplak harta
intelek orang lain masih lagi dipandang remeh dan sekiranya dikenakan tindakan, hukuman yang
dikenakan sangat minimum. Di negara yang sudah maju sistem akademiknya, menciplak harta
intelek orang lain boleh dikenakan hukuman berat dan boleh digantung status profesion
akademik seseorang.
Selain daripada itu petunjuk telus merupakan petunjuk seterusnya untuk nilai integriti
ialah bersikap telus. Telus juga Tidak ada tindakan akademik yang perlu disembunyikan daripada
pihak berkepentingan (stakeholders). Setiap keputusan dicapai menerusi proses yang jelas
strukturnya dan dapat dibuktikan kesahihannya. Guru mestilah melaksanakan proses
pelaksanaan (kursus dan praktikum) secara adil dan telus mengikut skema dalam tempoh masa
yang ditetapkan.
Petunjuk Akauntabiliti merupakan kaedah dimana guru mempamerkan sikap akauntabiliti
dengan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran mengikut rancangan instruksi
yang ditetapkan. Sekiranya guru diarah menjalankan penyelidikan, ianya haruslah
disempurnakan mengikut masa yang ditetapkan. Segala arahan dan peraturan daripada pihak
institusi haruslah dipatuhi dan anda mestilah bertanggungjawab ke atas kesalahan yang
dilakukan oleh diri sendiri dan tidak menyalahkan mana-mana pihak.
Profesional merujuk kepada kemampuan dan kemahiran dalam profesion serta melibatkan
kemahiran dan kecekapan. Nilai ini membawa maksud melatih diri agar mencapai tahap
kompetensi yang dikehendaki. Apakah tahap kompetensi yang dikehendaki dalam
profesion anda? Tidak kiralah sebagai guru sekolah, anda haruslah menunjukkan minat yang
mendalam untuk mempelajari perkara baru dan mengikuti sesi pembelajaran dan pengajaran
dengan sepenuhnya. Hasil tugasan perlu meningkat secara berterusan. Tahukah anda bahawa
hampir semua syarikat swasta kini memastikan setiap pekerja menghasilkan tugasan yang
berterusan dan sekiranya tidak memenuhi piawaiannya, pekerja tersebut akan ditamatkan
kontrak. Ini juga berlaku di syarikat-syarikat besar dunia seperti Google dan rangkaian
terbesar Facebook. Facebook sebagai contohnya memerlukan setiap pekerja berfikiran kreatif
dan inovatif dengan menghasilkan idea pada aplikasi dan paparan yang bernas dari masa ke
semasa. Hal ini demikian kerana mereka sedar bahawa dunia internet bertambah maju dan para
pengguna akan berasa bosan sekiranya menggunakan aplikasi yang sama. Tentu anda
sedar apabila laman sesawang Facebook anda kerap berubah dan aplikasinya juga makin
bertambah Anda juga harus mahirkan diri anda dengan setiap tugasan. Ajar dan latih rakan-rakan
anda yang belum mahir. Ajak mereka supaya kemahiran dapat ditingkatkan untuk
memperkemaskan diri mereka dalam mengharungi dunia globalisasi kini. Rancang juga
peningkatan usaha anda berterusan. Sekiranya hasil tugasan adalah di bawah standard,
hentikan segera dan cuba baiki kesilapan dan kelemahan yang dilakukan. Kita diajar supaya
tidak iri hati terhadap kelebihan orang lain. Tetapi, perasaan iri hati secara positif boleh
meningkatkan kemahiran dan kecekapan kita. Tiada apa yang mustahil pada masa kini,
semuanya dapat dicipta dengan berbekalkan usaha yang lebih dan semangat yang jitu. Nilai
profesional mempunyai empat petunjuk iaitu beretika, iltizam, cinta ilmu dan kompeten.
Dalam nilai professional petunjuk beretika bermaksud guru mestilah sentiasa mengutamakan
kepentingan organisasi. Berdasarkan konteks ini, organisasi adalah sekolah kita. Maruah guru
yang lain sebagai rakan sekerja dan murid-murid juga mesti dijaga. Ini termasuk tidak
mengaibkan markah murid-murid kepada umum dan tidak bercakap sumbang di belakang
mereka. Ingatlah bahawa kita juga pernah menjadi seorang pelajar dan sudah pasti, segala
maklumat peribadi yang memalukan kita, tidak mahu diketahui umum. Apa yang tidak mahu
berlaku kepada orang lain, janganlah kita sekali-kali membuatnya.
Seterusnya ialah petunjuk iltizam yang bermaksud bersikap iltizam atau komited adalah
menjalankan tugasan dengan penuh semangat dan dedikasi. Skop tugasan guru adalah
pengajaran dan pembelajaran. Tugasan ini perlu dirancang dan dilaksanakan dengan terperinci
dan teliti. Guru perlu melaksanakan tugasan dan tanggungjawab dengan sepenuh hati tanpa
mengira masa. Sebagai contoh, guru mungkin dikehendaki menjalankan aktiviti pada hujung
minggu atau pada masa cuti persekolahan. Usahlah menganggapnya sebagai beban yang amat
berat tetapi fikirkannya sebagai bukan selalu dan adalah sebahagian daripada tugas guru untuk
menyampaikan ilmu kepada murid-murid. Pastikan juga potensi diri dapat dipupuk dan
direalisasikan. Jadikan diri kita sebagai contoh dan teladan kepada rakan sekerja terutamanya
murid-murid.
Petunjuk Cinta Ilmu pula ialah petunjuk yang memerlukan guru kini dikehendaki
menjalankan penyelidikan dalam bidang tugas mereka. Maka penyelidikan haruslah dijalankan
dengan sempurna di samping menghadiri wacana ilmu yang diadakan oleh pihak
Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri atau organisasi swasta untuk menghasilkan
tugasan dalam pelbagai bentuk. Kaedah tugasan yang digunakan mestilah mengutamakan
sumber maklumat. Berdasarkan cara ini, guru dapat melaksanakan strategi yang boleh
membangunkan minda murid-murid dan diri sendiri. Pada era globalisasi ini, kita adalah pelajar
sepanjang hayat. Tidak kiralah sama ada di pihak pelajar ataupun pengajar, kita perlu
menerapkan amalan ini dalam setiap langkah pekerjaan yang dilakukan. Hubungan dan
rangkaian dengan rakan sekerja dan murid-murid juga perlu dibina dan pastikan diri selalu
membuat pembacaan dan mencari sendiri maklumat. Guru perlu meningkatkan kualiti
pencapaian dan menganggap tempat berkhidmat sebagai tempat yang sempurna dalam mencari
ilmu pengetahuan.
Selain daripada itu petunjuk seterusnya ialah petunjuk kompeten. Dalam petunjuk ini
menerangkan berkenaan seorang guru perlu mempunyai sikap kompeten iaitu dengan
menyiapkan tugasan yang berkualiti dan efisyen dalam jangka masa yang ditetapkan. Sebagai
seorang guru harus mencapai tahap kecekapan dalam tempoh yang ditentukan. Sebagai contoh,
memastikan pembelajaran yang disampai kepada murid-murid, dapat difahami dengan baik
dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka. Sebagai guru juga digalakkan
menyampaikan ilmu dan kemahiran baru kepada rakan sekerja dan murid-murid. Untuk
memastikan pembelajaran bersifat kontemporari dan sepanjang zaman, guru harus
meningkatkan dan memperkemas diri dengan ilmu dan kemahiran baru yang relevan dengan
tajuk pembelajaran yang akan diajar.
Nilai bitara seterusnya ialah semangat berpasukan. Dalam nilai ini membincangkan
bekenaan sekelompok modal insan yang bekerja tolong-menolong di bawah satu kepimpinan,
untuk mencapai suatu matlamat dalam jangka masa tertentu dan menggunakan kaedah tertentu.
Setiap ahli kumpulan mestilah saling menghormati dan mengelak daripada bercakap buruk
atau fitnah dibelakang antara satu sama lain. Amalkan sikap bekerjasama dalam membuat
sesuatu keputusan dan bertolak-ansur antara ahli kumpulan. Dengan menganggap mereka
sebagai ahli keluarga sendiri, ianya menjadi mudah untuk menegur secara hikmah rakan yang
terpesong daripada norma kumpulan. Sebagai seorang guru, kita juga perlu mengingati setiap
kebaikan rakan sekerja dan sumbangan yang telah mereka berikan. Di dalam elemen ini terdapat
empat petunjuk untuk nilai semangat berpasukan iaitu muafakat, fokus matlamat, hormat-
menghormati dan bangga UPSI.
Petunjuk Muafakat merujuk kepada sikap muafakat dalam kerja berkumpulan dapat
menyelesaikan masalah secara bersama. Dalam kalangan ahli rakan sekerja, salah faham dan
prasangka dapat dielakkan. Galakkan dan bantuan juga dapat diberikan kepada rakan sekerja
dalam meningkatkan pencapaian akademik. Selain itu, murid baru yang kurang pengalaman
juga dapat dibimbing serta diberi peluang kepada mereka untuk turut serta dalam kegiatan
akademik. Walaupun murid baru tiada di dalam sesuatu kelas, kita sebagai guru boleh membantu
murid-murid yang kurang pengalaman untuk terlibat dalam kumpulan yang lebih
berpengalaman. Guru juga digalakkan untuk menyatukan murid-murid yang berlainan agama,
bangsa dan budaya supaya persefahaman, budaya ilmu dan corak pemikiran dapat diintegrasikan
seperti konsep 1 Malaysia yang sedang dilaksanakan oleh pihak kerajaan.
Seterusnya ialah petunjuk fokus matlamat, dimana dalam petunjuk ini warga sekolah
mestilah berkerjasama dalam melaksanakan tugas demi menaikkan reputasi dan prestasi
sekolah. Visi dan misi sekolah seperti yang telah direncanakan, haruslah dipegang dan
dilaksanakan oleh setiap guru,staf sokongan dan murid-murid. Matlamat jangka masa pendek
dan panjang perlu dirancang dan ditetapkan sebagai satu langkah keberkesanan dalam
pencapaian.
Dalam petunjuk hormat-menghormati menerangkan berkenaan sikap hormat-
menghormati haruslah ditanamkan di dalam setiap rakan sekerja untuk memupuk dan
mengamalkan sikap saling mempercayai dalam kalangan rakan sekerja. Berikan
penghormatan yang selayaknya kepada rakan sekerja tanpa mengira usia, seniority dan
tahun pengajian. Menghormati hak dan keistimewaan orang lain adalah sikap utama yang dapat
menangani masalah konflik dan salah faham di dalam sesuatu organisasi. Sebagai guru juga,
harus menghormati murid-murid dengan menggunakan bahasa yang sesuai, tidak
menyalahgunakan kuasa dan memberikan penilaian yang sewajarnya. Sebagai contoh kita
sendiri perlulah mengucapkan maaf apabila kesalahan secara tidak sengaja dilakukan dan
bertukar pendapat dengan murid-murid dalam menjalankan aktiviti pembelajaran yang lebih
efektif dan bermakna kepada murid-murid. Perlu diingatkan bahawa murid-murid adalah
pelanggan kita dan menjadi kewajipan kita untuk menyediakan perkhidmatan yang berkesan
kepada mereka.
Petunjuk Bangga UPSI membicarakan bekenaan dengan sikap rasa bangga terhadap
UPSI dengan mempromosi kehebatan dan pencapaian UPSI di bidang akademik kepada umum.
Sebagai contoh, pelajar menguar - uarkan zaman kegemilangan Sultan Idris Teaching College
pada tahun 1924 yang terkenal sebagai sebuah maktab yang melahirkan ramai tokoh-tokoh guru
terkemuka seperti Zainal Abidin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Zaba. Usaha membina
peradaban bangsa menerusi penggunaan bahasa Melayu yang meninggikan bahasa ibunda juga
dimulakan pada era ini. Sebagai guru dan pelajar UPSI juga harus memelihara dan
mempertahankan imej nama baik UPSI dan berkongsi kejayan dan kegagalan dengan UPSI.
Sebagai seorang pelajar universiti dan guru yang mendidik anak bangsa perlu ingat dan sedar
bahawa guru merupakan aset yang sangat bernilai kepada diri sendiri, keluarga, bangsa, agama
dan negara. Setiap perkhidmatan yang akan berikan perlulah sentiasa berorientasikan
kepada kepuasan orang lain terutamanya dengan siapa kita akan berjumpa atau berhadapan. Jika
di universiti, guru akan berhadapan dengan pensyarah, rakan-rakan dan staf-staf sokongan.
Apabila kita berada dalam persekitaran pekerjaan sebagai seorang guru, kita akan
berhadapan dengan murid dan guru-guru di sekolah. Jadi setiap perkhidmatan yang kita berikan
perlu berorientasikan pelanggan. Ertinya di sini, kepuasan pelanggan adalah melandaskan suatu
perkhidmatan ke arah kepuasan orang lain atau pelanggan yang mendapat perkhidmatan.
Pelanggan yang dimaksudkan adalah pensyarah di universiti dan murid di sekolah tempat
seseorang guru berkhidmat. Nilai Bitara berorientasikan pelanggan dibahagikan kepada
empat bahagian iaitu responsif, berkualti, mesra dan proaktif.
Dalam petunjuk responsif kita akan membincangkan gambaran tentang tindakan yang
cepat dan segera. Pelajar yang responsif adalah pelajar yang cepat mencari maklumat, segera
bertindak dan tidak menunggu arahan. Jika dikaitkan dengan pembelajaran di sekolah,
seorang pelajar yang responsif merupakan pelajar yang bertindak segera mencari maklumat
sebelum guru mengajar subjek tersebut, tidak menunggu arahan tarikh menghantar tugasan
tetapi menyiapkan tugasan sebelum tarikh serahan dan mengulangkaji pelajaran selepas sesi
pengajaran dan pembelajaran.
Petunjuk Proaktif membincangkan berkaitan dengan penyediaan strategi atau
perancangan bagi menghindari sebarang halangan dalam setiap tindakan dan tugas yang
dilakukan. . Contohnya apabila kita sebagai guru, kita telah merancang dan merangka
keperluan murid anda berdasarkan apa yang diperlukan dalam pasaran pekerjaan. Selain itu,
sistem maklumat yang sistematik dapat membantu kita dan pelanggan iaitu murid-murid dalam
memberi petunjuk kepada mereka dalam merangka dan merancang kerjaya dan masa depan
mereka.
Responsif dan Proaktif sangat penting dalam melakukan sesuatu tugas sama ada tugas
ketika kita sebagai guru di sekolah atau bekerja dalam sesebuah organisasi. Dalam
menjalankan tanggungjawab kita tidak kira dimana kita berada terutama sekolah, kita perlu
sentiasa berjaga-jaga dalam menjalankan tugasan. Kita perlu sentiasa memperbaiki kelemahan
tugasan yang kita lakukan dan tidak boleh berdiam diri serta membiarkan kelemahan dalam
sesuatu tugasan berterusan.Semangat yang tinggi juga perlu ada sebagai seorang guru dan modal
insan yang unggul. Semangat yang tinggi perlu ditunjukkan dalam proses pembelajaran,
mendidik anak bangsa dan memperkasakan bidang pendidikan di negara kita. Semangat yang
kuat mampu memberi kekuatan kepada murid iaitu pelanggan utama kita dalam bidang
pendidikan. Semangat yang membara dapat membantu diri kita dalam menimba ilmu dan
seterusnya menyampaikan ilmu kepada anak bangsa dalam kerjaya sebagai guru. Semangat yang
tinggi perlu disusuli dengan tenaga yang mantap agar apa sahaja yang kita lakukan akan berjalan
dengan lancar.
Selain daripada itu petunjuk mesra merujuk kepada perwatakan jika kita sebagai guru sering
dipuji murid sebagai guru paling mesra, rapat dengan murid, pandai mengajar, terlibat dengan
aktiviti murid dan memahami pelajar. Kita pasti akan merasa gembira berada di sekolah jika kita
disukai murid. Sebaliknya, jika kita dilabel sebagai guru paling garang, dengan pelbagai gelaran
seperti cikgu skema , pasti tidak disukai murid dan diri sendiri tidak gembira berada di sekolah.
Kemesraan merupakan satu aspek penting dalam menjadi seorang guru. Guru yang mesra akan
mewujudkan persekitaran yang juga mesra dan menimbulkan suasana yang gembira di sekolah.
Pasti kita juga akan gembira untuk datang ke sekolah berjumpa dengan murid dan berjumpa
rakan- rakan sekerja yang lain. Sentiasa mengamalkan senyuman, mengangguk kepala apabila
berjumpa rakan sekerja, menyapa rakan-rakan dan murid apabila berjumpa dan perlu
mengamalkannya secara konsisten. Jika kita seorang yang mudah mesra, murid dan rakan-rakan
guru yang lain juga akan mesra dengan kita. Jika tadi perbincangan berkisar kepada
persekitaran di sekolah, sama juga jika kita semua sebagai pelajar universiti. Kita perlu
sentiasa menunjukkan expresi positif seperti senyum, kontak mata yang baik, berjabat tangan
dengan rakan-rakan sekelas yang mempunyai jantina yang sama dan duduk dengan cara yang
menyandar ke hadapan. Kita juga perlu mempunyai hubungan baik dengan rakan- rakan dan
pensyarah dan sentiasa menegur rakan-rakan universiti dan pensyarah apabila berjumpa.
mengangguk sahaja boleh menyebabkan rakan-rakan merasakan diri mereka dihargai.
Seterusnya petunjuk berkualiti merupakan petunjuk terakhir dalam nilai bitara berorientasikan
pelanggan dimana dalam petunjuk ini akan membincangkan sesuatu kerja atau tugasan dengan
berkualiti . Kerja yang berkualiti merupakan kerja yang telah dilakukan dan memberi kepuasan
dan menepati kehendak pelanggan. Kerja atau tugasan tersebut juga dikatakan berkualiti apabila
ianya menepati kriteria sesuatu kerja atau standard tertentu. Jika kita sebagai guru
menyampaikan sesuatu maklumat kepada pelanggan iaitu murid-murid contohnya ketika sesi
pengajaran dan pembelajaran, maklumat yang diberikan perlulah tepat, sumber yang betul dan
lengkap. Jangan memberi maklumat yang tidak betul atau tidak tepat kerana ia akan memberikan
kesan buruk kepada murid-murid. Terutamanya dalam kontek sekolah, ia akan medatangkan
salah faham kepada murid terhadap maklumat tersebut. Dengan adanya teknologi yang semakin
canggih seperti komputer riba, kemudahan internet, telefon bimbit dan media massa yang
pelbagai, kita juga boleh memberi maklumat dalam bentuk pelbagai media. Contohnya kita
memuat turun nota-nota kuliah melalui portal, blog atau menerusi email dan ini akan
memudahkan akses murid terhadap maklumat yang kita perolehi. Selain itu persekitaran yang
selamat dan kondusif juga perlu diambil perhatian agar murid-murid kita di sekolah tidak
merasa terancam untuk belajar. Standard yang tepat perlu diambil kira dalam menetapkan kualiti
sesuatu kerja atau tugasan. Jika dalam bidang pendidikan, standard ISO perlu diikuti agar
selari dengan standard yang disediakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kita sebagai
guru perlu mengikuti kehendak ISO dalam menyampaikan maklumat kepada pelanggan anda
iaitu murid-murid kita agar standard yang diajar tepat dan berkualiti.
Nilai-nilai Bitara yang seterusnya ialah kreativit dan inovatif. Kreatif bermaksud
kebolehan atau keupayaan untuk mencipta, mewujud dan menghasilkan sesuatu yang baru atau
dalam bentuk baru melalui kemahiran imaginasi. Ia melibatkan keupayaan berfikir yang dapat
melahirkan idea baru yang unik dan menarik, keupayaan berfikir secara kritikal dan membuat
penilaian secara analitikal terhadap idea dan seterusnya mengemukakan cadangan penyelesaian
dan keupayaan berfikir secara praktikal yang dapat menterjemahkan idea dan teori kepada
bentuk aplikasi. Manakala inovasi ialah kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk atau
perkhidmatan yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan. Ia adalah
hasil cetusan idea-idea yang kreatif dan inovatif dalam mana-mana aspek kerja yang dapat
meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi. Idea-idea ini boleh merangkumi apa-apa
perubahan dalam bentuk sistem dan prosedur, kaedah dan cara bekerja mahupun pengenalan
teknologi. Kreatif dan inovatif dibahagikan kepada beberapa petunjuk iaitu berdaya cipta,
penambahbaikan berterusan, rebut peluang dan tambah nilai.
Petunjuk Berdaya Cipta merupakan penunjuk kepadaa keberanian diri untuk mencuba
sesuatu yang baru. Sebagai seorang guru, kita perlu mempunyai daya cipta yang kreatif dan
inovatif agar kita sentiasa akses kepada ilmu baru. Kita sentiasa perlu meneroka ilmu baru dari
semasa ke semasa dan jangan terlalu selesa dengan ilmu yang diajar di kelas sahaja dan perlu
mencari pelbagai ilmu untuk menambah ilmu yang dipelajari di kelas. Guru juga perlu sentiasa
bijak dan kreatif untuk meneroka dan mencari ilmu tambahan bagi menyampaikan
maklumat yang betul, terkini dan mantap kepada murid-murid di kelas. Sebagai guru, kita juga
boleh mengambil bahagian dalam pelbagai pertandingan, peraduan dan sebagainya bagi
merangsang kreativiti dan daya rekacipta dalam pelbagai bidang khususnya bidang pendidikan.
Petunjuk seterusnya ialah petunjuk penambahbaikan berterusan. Dalam penunjuk ini kita
semestinya akan merasa jemu dan bosan apabila melakukan sesuatu kerja yang sama sahaja
setiap hari. Oleh itu, kita perlu melakukan penambahbaikan secara berterusan. Jika di dalam
proses pengajaran dan pembelajaran, kita sebagai guru perlu membuat pembaikan berkenaan
dengan kaedah yang digunakan untuk pengajaran. Mungkin kaedah yang kita gunakan seharian
akan menyebabkan murid-murid berasa bosan dan tidak bersemangat untuk belajar.
Selain daripada itu penunjuk seterusnya ialah petunjuk rebut peluang. Di dalam bidang
pendidikan, kita sentiasa merebut peluang yang ada bukanlah bermakna kita tamak untuk
mendapatkan sesuatu tetapi peluang yang ada sudah semestinya untuk diambil, bukannya
untuk dibiarkan sahaja. Kita perlu bijak merebut peluang yang ada terutamanya apabila
berkaitan dengan cara mendapat dan menyebarkan ilmu, sebagai contoh jika terdapat iklan
mengenai seminar yang berkaitan bidang pendidikan untuk kita sebagai guru , kita perlu merebut
peluang yang ada untuk menimba ilmu baru. Peluang tidak selalunya datang, jadi kita perlu bijak
merebutnya . Jika di sekolah, seringkali terdapat banyak tawaran hebat untuk kita sebagai guru
menunjukkan kreativiti. Ambil peluang yang ada sebagai meningkatkan kreativiti sebagai guru.
Sebagai contoh, jika terdapat tawaran untuk berkursus di luar Negara atau pun di bawah kelolaan
Kementerian Pelajaran jangan anggap tawaran tersebut sebagai beban tugas tetapi anggaplah
peluang tersebut sebagai cara untuk kita meluaskan jaringan kita dengan pihak guru di
sekolah lain atau menambahkan kenalan dengan pihak lain. Peluang ini tidak akan datang
sekiranya kita sebagai guru hanya berada di sekolah untuk mengajar sahaja.
Akhir sekali dalam nilai Bitara Kreatif dan Inovatif ialah petunjuk nilai tambah. Dimana
nilai ini membincangkan berkenaan dengan penggunaan kemudahan media dan teknologi seperti
kemudahan internet tanpa wayar, kemudahan sistem portal murid ( Data Emis ) dan kemudahan
lain berorientasikan teknologi. Kemudahan kemudahan ini sangat berguna kepada kita sebagai
seorang guru untuk mengakses ilmu dan maklumat baru untuk kita sebarkan ilmu yang
diperolehi kepada murid-murid dan rakan sekerja.
Kesimpulannya, nilai-nilai Bitara ini banyak memberikan kesan dalam pengajaran guru
dimana melalui

Anda mungkin juga menyukai