Anda di halaman 1dari 4

Teks Bengkel U Kaedah Membaca Ekspress-I

ALUAN PENGERUSI

Assalamualaikum wa Rahmatulahi wabarakatuh

Sirih berlipat sirih pinang,


Sirih dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara

Yang berusaha, Pn. Umi Khaltum Bt Abu Bakar, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid, Sekolah Kebangsaan Kangkar Pulai,
Yang berbahagia Pn. Faridah Bt. Salleh, selaku penceramah jemputan pada hari ini,
En. Ayatul Kauthar B. Basemin, Guru Penolong Kanan Petang
barisan guru-guru, para ibu bapa yang sudi hadir pada hari ini, seterusnya anak-anak
didik yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan


limpah kurnia dan Inayah Nya, kita dapat berkumpul pada pagi yang berbahagia ini
dalam majlis ilmu iaitu Bengkel U Kaedah Membaca Ekspress-I

DOA
Teratak buluh panjang sepuluh,
Mari jolok sarang penyengat,
Angkat tangan jari sepuluh,
Doa diminta biar selamat.

Bagi menambah keberkatan majlis kita pada pagi ini,marilah sama-sama kita menadah
tangan mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh Al-Fadhil Ust. Mohd Hafizi B.
Abdul Rahman.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin amin ya rabbal alamin.


Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Al-Fadhil Ust. Mohd Hafizi B. Abdul
Rahman.
atas bacaan doa itu tadi.

UCAPAN ALU-ALUAN

Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan yang akan disampaikan oleh En. Ayatul
Kauthar B. Basemin, selaku Guru Penolong Kanan Petang Sekolah Kebangsaan
Kangkar Pulai,

Majlis dengan segala hormatnya memperspilakan...

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En. Ayatul Kauthar B. Basemin,
atas ucapan itu tadi.

PENYAMPAIAN CERAMAH

Kini, tibalah kita ke acara kemuncak Bengkel U Kaedah Membaca Ekspress-I

pada pagi ini iaitu ceramah yang akan disampaikan oleh penceramah jemputan kita.

Untuk itu, izinkan saya membacakan sedikit biodata penceramah jemputan kita pada

pagi ini.
Nama diberi: Pn. Faridah Bt. Salleh
Beliau berasal dari Kluang, Johor,
Merupakan anak ketiga daripada 6 beradik
Kini menetap di Felda Bukit Aping Timur,
Beliau telah menabur bakti selama 12 tahun
Mendapat pendidikan diploma pengajian melayu di Maktab Sultan Mizan
Seterusnya melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Open

University Malaysia dan sekarang sedang menyambung pengajian ke peringkat

sarjana di UTM, Skudai.

Beliau mempunyai pengalaman sebagai Jurulatih Utama Linus Daerah selain

merupakan Penanda Kertas UPSR, dan sering kali dijemput menjadi Penceramah

Kaedah Membaca Ekspress-I

Majlis diteruskan dengan menjemput Pn. Faridah Bt. Salleh untuk menyampaikan
Kaedah Membaca Ekspress-I.Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Pn. Faridah Bt. Salleh atas ceramah
yang telah disampaikan sebentar tadi. Diharapkan agar semua murid dapat memahami
dan menguasai input penting yang telah disampaikan oleh beliau sekaligus untuk
membantu anak-anak kita nanti InsyaALLAH

PENYAMPAIAN CENDERAMATA

Majlis pada pagi ini diteruskan dengan menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha
En. Ayatul Kauthar B. Basemin, untuk menyampaikan cenderamata sebagai tanda
kenang-kenangan kepada penceramah jemputan kita pada pagi ini. Untuk itu
dipersilakan, Pn. Faridah Bt. Salleh untuk menerima cenderamata daripada pihak
sekolah.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En. Ayatul Kauthar B. Basemin, di
atas

penyampaian cenderamata itu tadi.


PENUTUP

Dengan berakhirnya penyampaian cenderamata itu tadi, maka berakhirlah sudah

bengkel Kaedah Membaca Ekspress-I

kita pada pagi ini. Saya bagi pihak majlis sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan ucapan terima kasih di atas kesudian Pn. Faridah Bt. Salleh
melapangkan masa bagi menjayakan majlis pada pagi ini. Dikesempatan ini juga, saya
memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang mengacarakan majlis
ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa

Kelapa muda si kelapa barli

Jari disusun maaf dipinta

Panjang usia bersua kembali.

Sekian sahaja, salam hormat, wa billahit Taufiq walHidayah wassalamu `alaikum wa

Rahmatullahi wa Barakatuh.

Anda mungkin juga menyukai