Anda di halaman 1dari 2

Bissmillahirahmanirahim

Alhamdullilahirobbil Alamin, Wasolatu Wasallamu Ala Saidina Muhammad


Wa ala Alihi Wasobbihi Ajmain.

Pada hari yang penuh barokah ini, kami bersyukur kepada Mu Ya Allah, kerana
mengizinkan dan memberikan kesempatan kepada kami untuk mengadakan majlis
perpisahan ini.

Ya Allah Ya Tuhan Kami,

Sesungguhnya pada hari ini juga kami berkumpul bagi menyatakan komitmen dan
iltizam kami untuk mencapai kecemerlangan sama ada dalam bidang akademik
mahupun dalam aspek pembinaan sahsiah insan. Bentuklah kami Ya Allah sebagai
pelajar yang berilmu, beriman dan bertaqwa kepada Mu. Hiasilah akhlak kami
dengan akhlak yang terpuji dan hindarilah kami dari sifat-sifat keji dan tercela.

Ya Allah Ya Tuhan Kami,

Pada kesempatan ini juga kami hulurkan tangan pengharapan memohon ihsan dan
pimpinanmu agar Engkau anugerahkan kasih sayang Mu yang tidak terhingga
kepada guru-guru kami yang telah mendidik kami selama ini seperti mana mereka
mendidik anak-anak mereka sendiri. Ya Allah limpahkan lah rahmat dan rahim Mu ke
atas mereka . Sesungguhnya mereka selama ini telah banyak berkorban demi
kejayaan kami Ya Allah. Mereka korbankan masa, tenaga dan harta demi mendidik
kami untuk menjadi insan yang berguna Ya Allah. Ya Allah, kurniakanlah kepada
mereka kebahagian, kesejahteraan, kesihatan dan segala kebaikan di dunia ini
mahupun di akhirat Ya Allah.

Ya Allah Tuhan Semesta Alam

Dengan Rahmat Mu yang Maha Luas, Engkau limpahkan kesejahteraan kepada


warga SK. Liau, khususnya kami yang akan meninggalkan alam persekolahan di SK.
Liau yang amat kami cintai ini Ya Allah demi meneruskan perjuangan kami di alam
persekolahan menengah nanti. Engkau berikanlah bimbingan dan petunjuk kepada
kami agar kami dapat meneruskan kehidupan yang penuh cabaran ini. Hindarkan
hati kami dari melakukan perkara yang bertentangan dengan agama dan undang-
undang negara. Berilah kami kekuatan untuk menghayati segala ilmu, peraturan
serta nasihat dari guru-guru agar menjadi insan yang beriman dan bertaqwa,
berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Berkatilah usaha-usaha kami, mudah-mudahan dengan usaha kami ini, kami akan
menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang, pelajar yang disegani lagi
dihormati. Seterusnya mampu menjadi genarasi pelajar yang berjaya di dunia dan
akhirat.

Ya Hayyu Ya Qoyyum
Jadikanlah perhimpunan kami ini perhimpunan yang dirahmati dan perpisahan kami
selepas ini perpisahan yang engkau redhai.

Rob bana atina pid dunia hasana wa fil akhirati hasana taw wakina aza
bannar. Walhamdullilahi robil alamin.

Anda mungkin juga menyukai