Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

JAMUAN AKHIR TAHUN DAN SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK

PRASEKOLAH BESTARI

SK BANDAR BARU SUNGAI LALANG

Pengenalan

Jamuan akhir tahun adalah aktiviti tahunan yang diadakan bagi meraikan murid-
murid yang bakal tamat bersekolah di Prasekolah, manakala sambutan hari kanak-
kanak adalah sebagai menghargai murid sebagai kanak-kanak.

Matlamat

Jamuan akhir tahun sebagai sambutan terakhir pihak sekolah dengan murid-murid
prasekolah. Sambutan ini bermatlamat memupuk bakat dan kebolehan murid di
samping mewujudkan hubungan erat antara murid, ibu bapa dan warga kerja
sekolah dan memupuk kerjasama dan perpaduan.

Objektif

Sambutan hari kanak-kanak sedunia adalah satu acara penghormatan dan


pengiktirafan oleh pihak kerajaan dan masyarakat kepada generasi kanak-kanak
dan acara sambutan juga diharapkan dapat memberi kesedaran kepada masyarakat
keseluruhan akan peranan dan tanggungjawab untuk memelihara hak serta masa
depan kanak-kanak di Malaysia.
Rasional

Perasan disayangi dan dihargai akan membina satu situasi yang kondusif bagi
kanak-kanak membesar. Kestabilan emosi akan membolehkan kanak-kanak
membesar dengan ceria dan menjadi individu yang bersyukur dan hidup berkasih
sayang.

Sasaran

Aktiviti yang dirancang ini adalah melibatkan 25 orang murid Prasekolah SK Bandar
Baru Sungai Lalang, guru prasekolah dan pembantu pengurusan murid serta ibu
bapa.

Tarikh

22 November 2016 (Selasa)

Anggaran Perbelanjaan

Bil Perkara Unit Jumlah

1 Makanan untuk jamuan akhir 25 x RM 12.00 RM 300.00


tahun

2 Hamper Makanan 25 x RM 17.00 RM 425.00


Jumlah RM 725.00

Tentatif Program

Tarikh : 22 NOVEMBER 2016

Hari : Selasa

Masa : 7.30 Pagi - 12.00 tengah hari

Tempat : Prasekolah, SK Bandar Baru Sungai Lalang.

Penutup

Diharapkan melalui aktiviti ini, murid-murid dapat merasai kegembiraan dan


bersyukur dengan penghargaan yang diberikan kepada mereka. Murid-murid
diharapkan dapat mengingati kenangan manis mengharungi peringkat awal
persekolahan. Semoga murid-murid ini dapat menjadikan insan yang berguna dan
berjaya untuk nusa, bangsa dan agama hendaknya dan dapat memberi manfaat
kepada semua orang di sekeliling mereka.

Disediakan oleh, Disahkan Oleh,

________________________

( FARIDAH BINTI MUHAMAD) (RAZALI BIN AWANG)

Guru Prasekolah, Guru Besar


SK Bandar Baru Sungai Lalang SK Bandar Baru Sungai Lalang

Anda mungkin juga menyukai