Anda di halaman 1dari 2

Teks Pidato Spontan

Tajuk : Sekolah Penyayang Murid Cemerlang

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh


dan salam satu Malaysia. Sekalung apresiasi saya ucapkan buat pemimpin
dewan yang budiman, kombinasi panel hakim yang arif lagi bijaksana,
penjaga masa yang setia dengan masanya, guru-guru pendidik anak
bangsa, dan seterusnya, hadirin hadirat sekalian.

Andai patah sayap rajawali, bertongkat jua saya kemari,

Bukan sekadar ingin bermimpi, tetapi ingin kalian menyelami wacana


berbunyi:

Sekolah Penyayang Murid Cemerlang.

Terlebih dahulu definisi pidato saya jelaskan.

Kementerian Pelajaran memperkenalkan konsep Sekolah


Penyayang untuk melahirkan pelajar berketrampilan, sekali gus
membendung salah laku murid.Matlamat utama Sekolah
Penyayang adalah menjana generasi pelajar yang seimbang dari
segi emosi, rohani, intelek, jasmani dan mempunyai disiplin diri
yang tinggi.Tuntasnya ini akan membantu persekitaran yang
berkesan untuk melahirkan pelajar yang cemerlang.

Persoalannya bagaimanakah Sekolah Penyayang mampu melahirkan


murid cemerlang? Saya rungkaikan persoalan ini dengan dua idea.
Warga dewan budiman,
Idea pertama :Membendung gejala sosial
Sekolah penyayang melahirkan pelajar yang cemerlang bukan
sahaja dari segi akademik malah sahsiah. Sekolah Penyayang jika
diperkasakan mampu menjadi satu pendekatan berkesan untuk
membendung masalah sosial murid dan menangani gejala ponteng
sekolah. Sebagaimana diketahui umum, kes pelanggaran disiplin di
sekolah biasanya berkisar dari masalah ponteng sekolah dalam
kalangan murid. Oleh itu, satu mekanisma efektif mesti diambil
untuk menarik kembali para murid agar mereka sentiasa seronok,
suka dan sayang untuk meninggalkan kawasan sekolah serta
tertunggu-tunggu untuk datang semula esoknya. Sebagaimana
amalan sambutan pagi oleh guru dalam program Guru Penyayang
yang telah dilaksanakan dengan murid disambut guru di sekolah.
Warga dewan budiman,
Idea kedua saya, penerapan nilai positif
Sekolah Penyayang adalah institusi yang indah dan murni.
Keindahan dan kemurniannya perlukan kepada pengorbanan semua
warga pendidik, pelajar, ibubapa dan komuniti setempat. Dengan
sekolah penyayang kita membina pelajar yang bukan sahaja
cemerlang dalam akademik malah mempunyai disiplin diri yang
tinggi,, tidak bersikap individualistik sebaliknya mempunyai
semangat kerjasama berpasukan serta mampu memain peranan
dalam masyarakat . Amalan inilah yang akan dipupuk dan
dibudayakan di sekolah penyayang. Natijahnya, lahirlah murid yang
tinggi jati dirinya, cemerlang peribadinya.

Warga dewan budiman,


Kesimpulannya prakarsa membendung gejala social dan
Penerapan nilai positif, merupakan impak dari pembudayaan
Sekolah Penyayang seterusnya melahirkan murid yang cemerlang.
Sekian, puteri pemidato mengundurkan diri. Wabillahitaufik
walhidayah wassalamualikum..