Anda di halaman 1dari 5

TEKS PIDATO SPONTAN

KEPENTINGAN KEBERSIHAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh


dan salam satu Malaysia. Sekalung apresiasi saya ucapkan buat pemimpin
dewan yang budiman, kombinasi panel hakim yang arif lagi bijaksana,
penjaga masa yang setia dengan masanya, guru-guru pendidik anak
bangsa, dan seterusnya, hadirin hadirat sekalian.

Andai patah sayap rajawali, bertongkat jua saya kemari,

Bukan sekadar ingin bermimpi, tetapi ingin kalian menyelami wacana


berbunyi:

KEPENTINGAN KEBERSIHAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN.

Terlebih dahulu definisi pidato saya jelaskanWarga dewan budiman,

Kebersihan bermaksud terhidar daripada sebarang kekotoran sama ada


kekotoran yang nampak seperti najis-najis dan juga kekotoran dalaman
seperti perbuatan serta sikap negatif termasuk sombong, bongkak, iri hati
dan sebagainya.

Idea pertama :

Antara kepentingan kebersihan dalam kehidupan seharian ialah menjaga


kebersihan fizikal termasuk kebersihan diri. Contohnya kebersihan kuku,
rambut, pakaian dan sebagainya. Seseorang yang selalu tampil bersih
pasti akan disenangi oleh rakan dan taulan. Orang yang mementingkan
kebersihan akan tehindar daripada sebarang penyakit seperti wabak
H1N1, denggi, chikukunya dan lain-lain.

Warga dewan budiman,

Idea kedua saya,

Selain kebersihan fizikal, kebersihan hati, minda dan rohani juga


memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian. Contohnya
seorang pelajar yang rajin, tekun, sering menunaikan perintah Allah,
sentiasa bersedia belajar di dalam kelas serta menghormati ibu bapa,
guru-guru dan rakan-rakan pasti akan mencapai kejayaan cemerlang
dalam kehidupannya.

Warga dewan budiman,

Kesimpulannya Kesimpulannya, kebersihan itu amat penting dalam


kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan cabang iman. Oleh itu
marilah kita sama-sama menjaga kebersihan kerana kebersihan lambang
ketamadunan seseorang. Sekian, terima kasih.

Sekian, puteri pemidato mengundurkan diri. Wabillahitaufik walhidayah


wassalamualikum..

TEKS PIDATO SPONTAN

KEBERSIHAN ALAM SEKITAR TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh


dan salam satu Malaysia. Sekalung apresiasi saya ucapkan buat pemimpin
dewan yang budiman, kombinasi panel hakim yang arif lagi bijaksana,
penjaga masa yang setia dengan masanya, guru-guru pendidik anak
bangsa, dan seterusnya, hadirin hadirat sekalian.

Andai patah sayap rajawali, bertongkat jua saya kemari,

Bukan sekadar ingin bermimpi, tetapi ingin kalian menyelami wacana


berbunyi:

KEBERSIHAN ALAM SEKITAR TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Terlebih dahulu definisi pidato saya jelaskan, Warga dewan budiman,

Alam sekitar ditakrifkan sebagai segala yang ada di bumi dan di langit.
Alam sekitar adalah anugerah tuhan yang amat bernilai kepada
kesejahteraan kehidupan Negara kita.Oleh itu adalah menjadi amanah
seluruh warga Malaysia untuk memelihara alam sekitar. Ssesuai dengan
pepatah, Bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana mafakat, maka
memastikan kebersihan dan keindahan alam sekitar merupakan usaha
kita bersama.
Idea pertama :

Menjaga alam sekitar supaya tidak tercemar,ini sudah cukup menandakan


kita bersyukur dengan kurniaan yang diberikan kepada kita seterusnya
membolehkan kita semua untuk menghirup udara dan bekalan air yang
bersih.Penglibatan Jabatan alam sekitar dalam melaksanakan
tanggungjawab hanya akan tercapai dengan kerjasama dan kefahaman
masyarakat umum akan betapa pentingnya penjagaan alam sekitar.
Kesedaran sivik rakyat dapat dibuat melalui kempen menjaga kebersihan
dan keindahan alam sekitar ataupun melalui media massa. Sebagai
contoh, orang ramai hendaklah cukup terdidik agar tidak tidak membuang
sampah dengan sesuka hati. Tindakan begini mencemari nama baik
negara dalam kalangan pelancong asing. Longgokan sampah sarap boleh
mengundang tikus dan lalat sehingga menerbitkan bau busuk yang
mencemari udara.

Warga dewan budiman,

Idea kedua saya,

Kerajaan sendiri amat prihatin tentang penjagaan alam sekitar melalui


penggubalan undang-undang serta kempen kesedaran yang konsisten.
Kerajaan telah mewajibkan pemaju hartanah memperuntuk beberapa
peratus kawasan pembangunan mereka sebagai medan hijau untuk
rekreasi atau sebagai kawasan tadahan air. Kerajaan turut berbelanja
besar bagi membina sebuah insinertor hijau di Broga untuk mengatasi
masalah pelupusan sampah khususnya di Lembah Kelang. Kejadian tanah
runtuh, gempa bumi, banjir lumpur, dan dikemuncaki dengan ombak
besar tsunami pada akhir Disember 2004 sepatutnya menjadi pengajaran
kepada umat manusia akan perlunya mereka menjaga keseimbangan
ekosistem yang diwujudkan oleh Allah. Segala usaha pihak berwajib perlu
mendapat sokongan tiap-tiap individu yang cinta akan alam sekitar.
Mereka seharusnya terdidik supaya tahu mencintai dan menghargai serta
ada rasa tanggungjawab terhadap alam sekitar. Rasa tanggungjawab ini
patut disemai dan dipupuk sejak masih rebung lagi.

Kesimpulannya

Kesedaran sivik oleh seluruh warga di Malaysia dan segala


penguatkuasaan oleh pihak berwajib akan tercapai sekiranya usaha ini
digembleng bersama-sama. Maka benarlah bahawa Kebersihan Alam
Sekitar TAnggungjawab bersama.

Sekian, puteri pemidato mengundurkan diri. Wabillahitaufik walhidayah


wassalamualikum..

TEKS PIDATO SPONTAN

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh


dan salam satu Malaysia. Sekalung apresiasi saya ucapkan buat pemimpin
dewan yang budiman, kombinasi panel hakim yang arif lagi bijaksana,
penjaga masa yang setia dengan masanya, guru-guru pendidik anak
bangsa, dan seterusnya, hadirin hadirat sekalian.

Andai patah sayap rajawali, bertongkat jua saya kemari,

Bukan sekadar ingin bermimpi, tetapi ingin kalian menyelami wacana


berbunyi:

KESELAMATAN JALAN RAYA TANGGUNGJAWAB BERSAMA.

Terlebih dahulu definisi pidato saya jelaskan, Warga dewan budiman,

Negara kita Malaysia mempunyai sistem perhubungan jalan raya yang sangat baik. Namun, kadar
kemalangan jalan raya di negara kita tidak setanding dengan kemudahan infastruktur yang ada di
negara kita. Mengapa ini terjadi?? Persoalannya bagaimana kita sebagai pengguna jalan raya
bertanggungjawab untuk memastikan jalan raya selamat digunakan??

Idea pertama :

Sebagai seorang pengguna, kita seharusnya sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
Antaranya memandu mengikut had laju yang ditetapkan, memakai tali pinggang keledar, mematuhi
lampu isyarat, memandu di lorong yang betul dan banyak lagi. Jika semua pengguna mematuhi
pertauran yang ditetapkan, maka keselamatan di jalan raya sudah pasti dapat ditingkatkan. Warga
dewan budiman,
Idea kedua saya,

Selain itu, para penggun jalan raya patut mengamalkan sikap bertolak-ansur, saling menghormati
antara satu sama lain dan berhemah ketika memandu. Sikap ini akan sentiasa diaplikasikan
pengguna ketika di jalan raya, pasti tahap keselamatan dapat dipelihara malahan nyawa dapat
diselamatkan.Warga dewan budiman,

Kesimpulannya, keselamatan di jalan raya adalah menjadi tanggungjawab bersama baik pejalan kaki,
penunggang basikal mahupun pemandu kenderaan. Keselamatan semua pengguna bergantung
kepada keperihatian dan komitmen tinggi para pengguna. Oleh itu, berhati-hati di jalan raya, nyawa
pengguna di tangan kita. Sekian, terima kasih. Sekian,
puteri pemidato mengundurkan
diri. Wabillahitaufik walhidayah wassalamualikum..