Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
2. Ganjaran
Pelajar yang tidak mempunyai motivasi dalaman yang kuat boleh dimotivasikan secara
luaran dengan menyediakan pelbagai bentuk ganjaran. Lihat apa kebaikan dan kelebihan
pelajar dan suburkannya, mereka pasti mengulangi kebaikan ini di lain masa. Pelbagai
bentuk ganjaran boleh diberikan seperti hadiah, puji-pujian, pelepasan dari tugas harian
dan sebagainya.
3. Tetapkan Matlamat
Setiap pelajar mestilah disuruh menetapkan matlamat untuk setiap mata pelajaran yang
diambil. Ikuti perkembangan pelajar dan pastikan setiap pelajar mampu merealisasikan
matlamat masing-masing.
4. Ambil Berat
Pelajar akan memberikan tindakbalas yang positif terhadap guru yang ambil berat tentang
diri dan masalah mereka. Memahami adalah lebih baik dari menghukum. Ada ketikanya
guru perlu bercerita kisah lampau, memberitahu kesilapan-kesilapan yang pernah mereka
lakukan, dan lain-lain sebagai suatu teladan untuk pelajar. Ini penting untuk mewujudkan
jambatan emosi, saling mempercayai dan saling bertanggungjawab. Sekiranya mereka
melakukan kesilapan, pastikan mereka faham semua orang boleh lakukan kesilapan tetapi
jelaskan kepada pelajar iaitu manusia yang berjaya ialah yang belajar dari kesilapan.
Sentiasa tanya apa matlamat mereka? Apa perancangan mereka? Sejauh mana progress
mereka? Apa minat mereka? Apa kerjaya pilihan mereka? Dan sebagainya. Pelajar tidak
prihatin sejauh mana anda tahu sehinggalah mereka tahu sejauh mana anda prihatin
terhadap mereka. Ada ketikanya guru perlu bertemu pelajar pelajar secara personal
untuk membuktikan yang mereka benar-benar ambil berat tentang mereka. Malah
usahakanlah dari semasa ke semasa mengatur sesi perbincangan personal ini dengan
semua pelajar.
5. Penglibatan Pelajar
Salah satu kunci motivasi diri ialah penglibatan aktif pelajar dalam pembelajaran. Berdiri
di depan kelas dan memberi syarahan untuk memotivasikan mereka lambat laun tidak
akan meninggalkan sebarang kesan. Rangsang pelajar untuk terlibat dalam aktiviti seperti
perbincangan kumpulan, penyelesaian masalah, aktiviti luar, interaksi antara pelajar dan
saling membantu. Pelajar akan lebih bermotivasi apabila mereka berasa diri mereka
penting dan diperlukan. Oleh itu libatkan setiap pelajar dalam pelbagai kerja guru seperti
mencari biografi orang tertentu, menyusun atur bilik darjah, mengangkat buku dan
sebagainya.
6. Penuhi Keperluan
Pelajar Guru mestilah sedar bahawa setiap pelajar memerlukan daya hidup, kasih sayang,
kuasa memilih, keseronokan dan kebebasan. Misalnya memberikan peluang pelajar
memilih satu dari dua tiga tajuk untuk disiapkan, atau satu daripada beberapa aktiviti
untuk mereka terlibat, memberikan mereka kuasa memilih. Adakan juga aktiviti
pembelajaran yang mereka rasa seronok kerana bebas menyumbang sebarang idea.
Berikan penerangan dalam bentuk visual agar pelajar mampu memahami dan mengingati
dengan lebih berkesan. Gunakan bahasa visual, gambar, lakarann, graf, carta, imej 3D
dan sebagainya. Berikan gambaran jelas dengan peta konsep agar pelajar tahu apa
kandungan penting sesuatu bab dan dapat melihat kaitan antara satu bahagian dengan
bahagian yang lain dalam bab tersebut. Ini membolehkan pelajar membentuk rangka asas
terhadap satu-satu topic baru dan seterusnya menimbulkan minat dan meningkatkan
pemahaman mereka.
Kekuatan memori ada kaitannya dengan tahap emosi yang membentuk pengalaman
seseorang. Pelajar akan lebih mudah mengingat dan memahami sesuatu yang disertai
dengan pendekatan emosi. Pelajar akan lebih bersedia untuk belajar apabila ada unsure-
unsur kepelbagaian emosi kerana mereka tidak akan bosan. Jangan malu untuk
mempelbagaikan watak, gaya dan pendekatan anda demi menarik minat pelajar terhadap
apa yang mahu anda sampaikan. Sebagai guru, hakikat siapa anda tidak penting. Yang
penting ialah siapa mereka 10-15 tahun yang akan datang.
Ramai guru yang berkata bahawa mereka lebih suka sekiranya pelajar mereka semuanya
rajin, pandai, gigih, tekun dan berdisiplin. Mereka tidak sanggup terima kenyataan
bahawa tidak semua pelajar begitu. Mereka memandang pelajar yang bermasalah ini
dengan sebelah mata. Pelajar ini tidak dipedulikan sebab mereka rasa pelajar ini sukar
dibentuk. Di snilah berbezanya antara guru biasa dengan guru cemerlang. Guru
cemerlang akan terima pelajar seadanya dan menjangkakan kejayaan untuk setiap pelajar
ini. Hanya dengan memberikan yang terbaik sahaja maka seorang guru akan berasa puas
dengan kariernya. Ramai pelajar gagal kerana guru telah meramalkan kegagalan mereka.
Guru mesti sentiasa faham, mengajar bukan sekadar memberikan maklumat dan
penerangan semata-mata. Mereka juga perlu mempengaruhi pelajar dari segi budaya,
pemikiran dan tingkahlaku. Guru juga perlu berhati-hati dengan ucapan dan pandangan
yang dilontarkan kepada pelajar kerana kesannya sangat besar dalam hidup pelajar. Anda
hanya ada dua cara untuk membuatkan anda sentiasa diingati oleh pelajar sebagai
seorang guru yang disayangi ; atau sebagai seorang guru yang dibenci. Mana-mana guru
yang berada di antara dua kategori ini akan dilupakan. Apa pilihan anda?
Cipta beberapa kata jaya yang menjadi perangsang kepada pelajar anda. Ulangi kata-kata
ini. Lekatkan kata-kata ini dalam kelas supaya ia lazim dalam pemikiran pelajar.
Contohnya : Doing the best at this moment puts you in the best place for the next
moment Nobody plan to fail but many fail to plan. So, lets plan our work and work our
plan Problems and difficulties give us the chance to become stronger and better
and tougher.
Guru-guru juga boleh menimbulkan minat dalam kalangan murid mengenai topik
yang diajar seperti mengarahkan perhatian mereka membaca bahan yang relevan,
memasang poster dan gambar rajah berkaitan di dinding bilik darjah atau membawa
barang-barang untuk dipamerkan. Untuk menggalakkan dan memotivasikan
menggunakan kemahiran teknologi maklumat (ICT), maka guru-guru perlu menyusun
penggunaan makmal agar memastikan kesemua murid dapat menggunakan komputer.
Sikap prihatin juga perlu diberikan kepada murid-murid yang tidak mempunyai
keperluan asas yang mencukupi seperti mereka yang pergi ke sekolah tanpa buku dan
alatan tulis atau tidak mempunyai makanan yang sihat di rumah. Justeru, guru-guru
perlu mengambil langkah yang sewajarnya untuk membantu murid-murid terbabit.
Contohnya, memasukkan mereka dalam skim makanan tambahan, bekalkan buku dan
alat tulis serta menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan murid agar tidak menghina
murid yang miskin.