Anda di halaman 1dari 12

1.

0 PENGENALAN
Sistem pendidikan kebangsaan yang sentiasa berubah dari awal hingga kini untuk
mencapai hasrat pendidikan yang berkualiti dan kemajuan dalam ekonomi dan
sosial. Sehubungan dengan itu seharusnya kita menyorot kembali sejarah
perkembangan pendidikan di zaman silam, zaman penjajahan British, sebelum
merdeka dan selepas merdeka. Sistem pendidikan penjajah telah digantikan dengan
sistem pendidikan kebangsaan. Sistem yang terdahulu tidak mengambil kira
pembangunan, pembentukan identiti kebangsaan dan perpaduan negara. Lantaran
itu kesedaran dikalangan pemimpin dan rakyat Malaysia timbul bahawa betapa
mustahaknya satu bentuk sistem pendidikan mengikut acuan kita sendiri.

Maka dengan itu, Penyata Razak (1956) dan Laporan Rahman Talib ( 1960 ) menjadi
asas pembentukan sistem dan Dasar Pendidikan ( Pelajaran ) Kebangsaan seperti
termaktub dalam Akta Pelajaran Kebangsaan 1961. Kemudian sebuah
Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974 untuk mengkaji semula
Dasar Pendidikan Kebangsaan. Tujuan untuk memperbaiki perlaksanaannya supaya
matlamat melahirkan satu masyarakat yang bersatu padu dan berdisipilin serta
memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara dapat
dicapai. Laporan Jawatankuasa ini telah diterbitkan dalam tahuan 1976. Seterusnya
untuk mencapai wawasan 2020, dasar liberalisasi pendidikan dikemukakan. Selepas
pelaksanaan Akta Pendidikan 1996 yang memberi kelonggaran kepada sektor
swasta menubuhkan kolej, institut dan universiti telah meningkatkan jumlah
pengeluaran sumber manusia yang mahir.

1.1 Sejarah Awal Pendidikan Di Tanah Melayu Sebelum Kedatangan British


Sebenarnya sebelum kedatangan kuasa-kuasa asing ke Tanah Melayu, orang
Melayu telah pun memiliki sistem pendidikan tersendiri. Sistem pendidikan yang
wujud pada masa tersebut adalah bersifat tidak formal dan tidak menitikberatkan
perkembangan kognitif atau pemikiran pelajar-pelajar. Corak pendidikan yang ada
pada ketika itu berjalan seperti biasa dengan pengajaran Al-Quran, tingkah laku, dan
akhlak yang baik, pengetahuan kerohanian dan seni mempertahankan diri. Isi
pelajaran yang di ajar termasuklah pelajaran awal dalam bidang kraftangan serta
perintis dalam bidang pertanian, perikanan dan perburuan. Pada peringkat lebih
teratur terdapat satu sistem pendidikan agama yang disebut 'sekolah pondok ' yang
ditubuhkan dan dikendalikan oleh ulama-ulama Islam yang terkenal. Pelajar-pelajar
3
menuntut di madrasah agama dan tinggal di pondok yang dibina di sekelilingnya.
Menurut Wilkinson, murid di pondok-pondok mula belajar perkataan-perkatan Arab
dan selepas sudah menguasainya, mereka akan terus mempelajari dengan cara
menghafal abjad arab supaya menjadi sebagai panduan membaca doa dan teks
Arab (Mok Soon Sang, 2000). Perkembangan pendidikan tidak formal di Tanah
Melayu di percayai berkembang sejajar dengan penyebaran agama Islam di Tanah
Melayu dan Kepulauan Melayu yang lain pada abad ke-14.(Ruslan Zainuddin, 2003).

Walau bagaimanapun, kedatangan penjajah asing ke Tanah Melayu sejak


penjajahan Portugis ke atas Melaka pada tahun 1511, telah merubah landskap
sistem pendidikan di Tanah Melayu. Selepas Portugis menjajah Melaka, agama
Kristian telah diajar untuk orang Portugis dan penduduk Melaka yang beragama
Kristian. Apabila Belanda mengambil alih Kerajaan Melaka daripada Portugis,
mereka juga turut mengaitkan soal pelajaran agama Kristian.

2.0 PENDIDKAN SEMASA PENJAJAHAN BRITISH ( 1800 - 1956 )


Sebenarnya pendidikan pada masa sekarang merupakan warisan daripada
pendidikan sejak zaman pemerintahan Inggeris di Tanah Melayu pada suatu masa
dahulu. Amalan dan dasar pendidikan British yang telah mengongkong selama lebih
daripada satu abad didapati sukar diubah corak dan strukturnya. Dasar laissez-faire
yang diamalkan oleh British dalam pendidikan telah menyebabkan wujudnya lima
jenis sistem persekolahan di Tanah Melayu yang berbeza hala tuju dan alirannya.
Jenis persekolahan tersebut ialah sekolah vernakular Melayu, sekolah vernakular
Cina, sekolah vernakular Tamil, sekolah Inggeris dan sekolah Agama Madrasah.
Kewujudan vernakularisme dalam sistem pendidikan pada zaman pemerintahan
Inggeris di Tanah Melayu adalah dipengaruhi oleh faktor politik, ekonomi,
sosiobudaya dan agama.

Tempah Pertama ( 1784 - 1941 )


2.1 Perkembangan Sekolah Vernakular
Kerajaan British pada awalnya tidak berhasrat memajukan bidang pendidikan
semasa memrintah Tanah Melayu. British berpendapat bahawa pendidikan tidak
membawa faedah tetapi sebaliknya akan menimbulkan kesedaran pada golongan
yang terdidik untuk menentang kerajaan. Tetapi atas desakan pembesar Melayu,
British terpaksa membina sekolah rendah vernakular Melayu sejak pertengahan
abad ke-19 hinggalah berlaku perang dunia kedua. Dasar British yang memberikan
kelonggaran dalam hal penubuhan sekolah telah menyebabkan penubuhan sekolah
4
vernakular Cina dan India. Vernakular bermaksud 'bahasa pengantar bahasa
ibunda'. Ketidakseragaman dalam orientasi dan kurikulam seterusnya menimbulkan
masalah yang rumit khususnya dari segi perpaduan kaum, apabila negara ingin
mencapai kemerdekaan. ( sila rujuk kepada lampiran 3)
2.1.1 Sekolah Vernakular Melayu
Pada zaman ini, kerajaan British telah mula mengambil perhatian terhadap
pendidikan di negeri-negeri Selat. Blundell (Gabenor negeri Selat) telah
mencadangkan supaya ditubuhkan sekolah-sekolah Vernakular Melayu di negeri-
negeri Selat dengan bantuan kerajaan British. Pada tahun 1856, Blundell dengan
bantuan kewangan daripada DYMM Temenggung Johor telah menubuhkan dua buah
sekolah Vernakular Melayu di Singapura. Selepas itu, pada tahun 1858 hingga 1863,
kerajaan British telah menubuhkan beberapa buah sekolah Melayu di Pulau Pinang
dan Melaka. Mata pelajaran-mata pelajaran yang biasa diaplikasikan di sekolah-
sekolah Vernakular ialah Bacaan, Mengarang, Ejaan, Menulis, Ilmu Hisab, Latihan
Jasmani dan Ilmu Alam. Gerakan bimbingan juga mula dikembangkan di Tanah
Melayu ketika ini. Pada awal kurun ke-20, mata pelajaran Perkebunan dan Anyaman
telah ditambah ke dalam kurikulum sekolah. Murid-murid akan memasuki Darjah 1
hingga Darjah 4. Selepas itu, hanya sebilangan kecil pelajar sahaja yang berpeluang
melanjutkan pelajaran ke Special Malay Class, di mana mereka dapat meneruskan
persekolahan di sekolah Inggeris kelak.

2.1.2 Sekolah Vernakular Cina


Pada awal abad ke-19. kemasukan orang cina ke Tanah Melayu adalah secara kecil-
kecilan sebagai peniaga dan saudagar di Negeri-Negeri Selat. Oleh demikian,
sekolah venarkular Cina yang terawal terdapat di Negeri-Negeri Selat. Sekolah
Vernakular Cina yang pertama telah didirikan oleh Persatuan Mubaligh London di
negeri Melaka pada tahun 1815, dan kemudiannya di Singapura pada tahun 1819.
Pada tahun 1900, dua orang menteri dan pendidik dari negeri China, Kang You Wei
dan Liang Qi Chau telah mendirikan sekolah Vernakular Cina dan menggabungkan
pengajaran Confucious dengan pengajaran sains Barat. Kurikulum yang
diperkenalkan adalah berorientasikan kepada negara China. Sesetengah sekolah
dijadikan pusat untuk menyebarkan sentimen anti British. Pentadbiran Inggeris
kemudiannya telah mengawal segala aktiviti sekolah dan kurikulumnya menjadi
bertambah baik. Langkag mengetatkan pengawalan keatas sekolah Cina dilakukan
sehingga Perang Dunia Kedua oleh Jabatan Pendidikan Kerajaan British.

2.1.3 Sekolah Vernakular Tamil


5
Perkembangan sekolah Vernakular Tamil bermula semasa perkembangan ladang
getah, kelapa sawit, kopi dan gula di Tanah Melayu. Terdapat ramai buruh dari
negara India telah diambil untuk bekerja di estet-estet. Pendidikan dalam bahasa
Tamil diberi di salah sebuah sekolah cawangan Singapore Free School mulai tahun
1834. Kumpulan-kumpulan mubaligh Kristian banyak memberi sumbangan kepada
perkembangan pendidikan formal dalam bahasa Tamil pada peringkat awalnya.
Sehingga tahun 1938, terdapat 13 buah sekolah Tamil kerajaan, 511 buah sekolah
estet, 23 buah sekolah mubaligh dan 60 buah sekolah Tamil swasta di seluruh
Semenanjung Tanah Melayu. Seperti mana sekolah-sekolah Vernakular Melayu,
sekolah-sekolah Vernakular Tamil terhad pada peringkat rendah sahaja dan seperti
sekolah-sekolah Cina, kurikulum sekolah-sekolah Tamil berorientasikan negara asal
mereka, iaitu India. Buku-buku dan tenaga pengajar dibawa dari Sri Lanka dan India.

2.1.4 Sekolah Inggeris


Pada peringkat awal, kebanyakan sekolah Inggeris didirikan daripada hasil usaha
kaum mubaligh Kristian. Penang Free School merupakan sekolah Inggeris yang
pertama ditubuhkan di bawah rancangan serta bantuan kewangan kerajaan British.
Penang Free School pada awalnya hanya setakat sekolah rendah sahaja, tetapi
telah menjadi sebuah sekolah menengah pada tahun 1891 setelah menerima guru
besar yang berkelulusan sarjana. Sekolah Inggeris mempunyai ciri yang berbeza
daripada sekolah-sekolah vernakular yang lain. Bahasa pengantar yang digunakan
dalam sekolah Inggeris ialah bahasa Inggeris. Seterusnya, sekolah Inggeris hanya
didirikan di bandar-bandar manakala yuran sekolah yang dikenakan agak tinggi.
Lazimnya, sekolah-sekolah Inggeris mempunyai kemudahan yang lebih bermutu
berbanding dengan sekolah-sekolah vernakular kerana sekolah-sekolah tersebut
menerima sokongan dan bantuan kewangan daripada pihak gereja, orang
perseorangan ataupun daripada pemerintah Inggeris. r supaya menghormati ibu
bapa dan agama Kristian. Pada tahun 1826, Melaka Free School ditubuhkan serta
disusuli dengan penubuhan Victoria Insitute pada tahun 1893, Sekolah King Edward
VII di Taiping pada tahun 1906. Murid-murid yang belajar di sekolah Inggeris terdiri
daripada berbagai-bagai kaum, kecuali Malay College Kuala Kangsar yang
ditubuhkan pada tahun 1905 dan hanya dikhaskan untuk kaum Melayu peringkat
atasan.

Tempoh Kedua ( 1946 - 1957 )


2.2 Sistem dan Struktur Pendidikan Di Tanah melayu Sebelum Merdeka

6
Pihak Jepun telah menakluki Tanah Melayu pada tahun 1941 sehingga tahun 1945.
Pada zaman ini, kebanyakan sekolah diajar dalam bahasa Jepun. Selepas
kekalahan pihak Jepun ke atas pihak Inggeris, kurikulum asal telah diaplikasikan
semula. Walau bagaimanapun, beberapa laporan cadangan terhadap kurikulum baru
telah digubal. Laporan-laporan yang dikemukakan ialah Laporan Barnes 1950,
Laporan Fenn-Wu 1951, Ordinan Pelajaran 1952, Dasar Pelajaran Kebangsaan dan
Laporan Razak 1956. Di antara cadangan yang telah dikemukakan ini ialah menuntut
kerajaan supaya menyediakan kemudahan-kemudahan pelajaran dan pembelajaran
serta menyediakan guru-guru terlatih di sekolah-sekolah.

2.2.1 Laporan Barnes


Pada bulan Ogos 1950, L.J. Barnes telah dilantik oleh pesuruhjaya Tinggi British,
Henry Gurney. Laporan ini disediakan dengan tujuan untuk menyiasat kedudukan
dan memperbaiki pendidikan orang Melayu. Terdapat beberapa syor di dalam
Laporan Barnes ini, iaitu Sekolah dwibahasa diadakan dan bahasa pengantar yang
digunakan ialah bahasa Inggeris dan bahasa Melayu, sekolah-sekolah vernakular
dalam bahasa Melayu, Cina dan Tamil ditukarkan kepada sekolah kebangsaan.
Di mana sekolah-sekolah ini akan menggunakan bahasa kebangsaan, iaitu bahasa
Melayu. Seterusnya, bantuan kewangan negeri dan pusat kepada sekolah Cina dan
India dihapuskan. Tempoh melanjutkan persekolahan mempunyai enam tahun di
sekolah rendah dan menyediakan persekolahan percuma untuk semua murid. Tetapi
akhirnya Laporan Barnes menimbulkan beberapa penentangan dan kritikan daripada
orang bukan melayu sementara orang melayu pula menyokong laporan ini.
( sila rujuk kepada lampiran 4)

2.2.2 Laporan Fenn-Wu


Laporan Barnes ditentang hebat oleh kaum Cina dan India dan ini sebabnya
terbentuk Laporan Fenn-Wu 1951. Laporan ini telah dikeluarkan pada Januari 1951
oleh Dr. William P. Fenn dan Dr. Wu Teh-Yao. Jawatankuasa Fenn-Wu dibentuk
untuk mengkaji pendidikan Cina di Tanah Melayu. Laporan Fenn-Wu telah
mengesyorkan beberapa cadangan seperti sekolah Cina harus diteruskan dan diberi
bimbingan serta bantuan kewangan berasaskan objektif pendidikan oleh pihak
kerajaan. Bahasa Cina tidak boleh diabaikan karana ia dianggap sebagai bahasa
terbesar di dunia. Sekolah Cina tidak boleh dihapuskan malahan akan disatukan ke
dalam sistem pendidikan kebangsaan serta buku-buku teks yang diperkenalkan di
sekolah Cina mesti sesuai dengan kegunaan di Tanah Melayu. Laporan Fenn-Wu ini
telah cuba menyakinkan bahawa sekolah vernakular Cina harus diteruskan dan
7
menyumbang kepada masyarakat yang bersatu padu. Selapas Laporan Fenn-Wu
dikemukakan, ia mendapat pelbagai reaksi daripada banyak pihak. Orang-orang
melayu telah menolak laporan ini kerana mereka merasa syor-syor dalam laporan
tersebut tidak menguntungkan mereka. ( sila rujuk kepada lampiran 5)

2.2.2 Ordinan Pelajaran 1952


Sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan oleh kerajaan British untuk mengkaji Laporan
Barnes dan Fenn-Wu. Laporan jawatankuasa ini dikenali sebagai Ordinan Pelajaran
(1952). Ordinan Pelajaran 1952 menggariskan bahawa sekolah vernakular Cina dan
Tamil tidak diterima sebagai sistem persekolahan kebangsaan. Bahasa Cina dan
Tamil diajar sebagai bahasa ketiga. Walau bagaimanapun, Ordinan Pelajaran (1952)
ini tidak menjadi kenyataan disebabkan masalah kewangan.

2.2.3 Laporan Razak 1956


Penyata Razak digubal pada 1956 apabila timbul keperluan untuk mengkaji semula
masalah pendidikan di Tanah Melayu bagi memastikan persoalan perpaduan kaum
tidak menjadi penghalang kepada proses mencapai kemerdekaan. Dengan
tercapainya kemerdekaan pada tahun 1957, batu asas bagi Dasar Pendidikan
Kebangsaan telah diletakkan. Batu asas kepada pendidikan Kebangsaan terkandung
dalam Ordinan 1957 yang lebih terkenal dengan Laporan Razak. Tujuan Penyata
Razak adalah untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan,
bahasa perpaduan dan bahasa pengantar di sekolah. Selain itu, ia juga ingin
mengeratkan perpaduan antara kaum Melayu, Cina dan India sebagai satu rumpun
bangsa di Tanah Melayu dan mengembangkan sistem pendidikan agar jurang
perbezaan antara kaum dapat dikurangkan. Dalam kandungan laporan ini, juga
bercadang menyediakan kemudahan pendidikan yang mencukupi untuk melahirkan
masyarakat yang berdisplin, terlatih, liberal dan progresif serta mewujudkan sistem
pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan. Melalui syor-syor yag
dicadangkan dalam penyata Razak ini supaya dapat melahirkan sebuah negara yang
merdeka dan memperkembangkan sistem pendidikan. ( sila rujuk kepada lampiran
6)

2.3 Pendidikan di Sabah dan Sarawak Sebelum 1963


Dari segi sejarahnya Sarawak pernah ditadbir oleh keluarga James Brooke (Raja
Brooke) dari tahun 1839 -1946. Sabah pula pernah ditadbir oleh North Borneo
Chartered Company dari tahun 1888 sehinggalah tahun 1963, iaitu apabila
bergabung dalam Malaysia. Di Sabah dan Sarawak, penubuhan sekolah vernakular
8
untuk kanak-kanak buniputera tidak diberi perhatian oleh kerajaan British. Usaha-
usaha menubuhkan sekolah di kawasan pedalaman dijalankan oleh pendakwah
Kristian.

2.4 Perkembangan Pendidikan Awal Kemerdekaan ( 1957-1970 )


Selepas merdeka pada 31 Ogos 1957, Malaysia merupakan negara baru dan
memulakan zaman untuk mengukuhkan semula pendidikan negara supaya selari
dengan matlamat perpaduan nasional. Pasca kemerdekaan membawa dua tahap
perkembangan di sekolah kebangsaan. Tahap pertama ialah pelaksanaan Laporan
Razak, yang diikuti oleh Laporan Rahman Talib pada tahap kedua dan dikemukan
pada tahun 1960. Akta Pelajaran 1961 dikuatkuasakan di Semenanjung Malaysia.
Pendidikan rendah percuma diperkenalkan di Semenanjung dan Sabah pada tahun
1962 dan peperiksaan masuk sekolah menengah dimansuhkan di Semenanjung dan
Sabah pada tahun 1964. Sabah, Sarawak dan Singapura memperoleh kemerdekaan
dengan cara menyertai gagasan Malaysia pada 16 September 1963 manakala
Singapura keluar daripada gagasan Malaysia pada tahun 1965. Peperiksaan
Penilaian Darjah Lima diperkenalkan di Semenanjung pada tahun 1967. Pada tahun
ini juga Penyata Jawatankuasa Perancang Pelajaran Tinggi atau Laporan Khir Johari
dikemukakan dan Akta Bahasa Kebangsaan diluluskan. Peristiwa rusuhan antara
kaum pada 13 Mei 1969 berlaku. Lanjutkan daripada peristiwa ini diusulkan Rukun
Negara dan Dasar Ekonomi Baru sebagai panduan perumusan dasar dan matlamat
pendidikan dan ekonomi.

2.4.1 Laopran Rahman Talib 1960


Laporan ini adalah satu penyata yang mengandungi usul dan saranan yang penting
untuk memperbaiki sistem pendidikan di Tanah Melayu dan memperbaikkan Laporan
Razak 1956 yang dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran pada waktu itu, iaitu Datuk
Abdul Rahman Talib. Beberapa cadangan telah dikemukakan olehnya iaitu semua
sekolah rendah akan dijadikan sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan,
semua peperiksaan akan diadakan dalam bahasa rasmi sahaja. Menukar sistem
pelajaran kepada kenaikkan darjah secara automatik sehingga Tingkatan Tiga dan
Pendidikan Teknikal dan Vokasional dipertingkatkan untuk keperluan tenaga mahir.
Implikasinya menjadi titik permulaan ke arah pelaksanaan bahasa Malaysia sebagai
bahasa pengantar utama dan proses penukaran bahasa pengantar. Ia juga memberi
penekanan kepada pendidikan moral dan keagamaan untuk keperluan kerohanian
sebagai teras. ( sila rujuk kepada lampiran 7)

9
2.4.2 Akta Pelajaran 1961
Akta ini dikemukan oleh Dato' Abdil Razak Bin Haji Hussein pada tahun 1961. Tujuan
akta ini adalah untuk melahirkan masyarakat majmuk yang bersatu padu dan
mewujudkan satu sistem pendidikan yang bercorak kebangsaan. Ini menjadikan
reformasi berlaku dalam pendidikan di Semenanjung dan Sabah. ( sila rujuk kepada
lampiran 8)

2.4.3 Laporan Khir Johari 1967


Laporan Khir Johari dikemukakan pada tahun 1967. Tujuan Khir Johari adalah untuk
menubuhkan institusi pendidikan tinggi supaya dapat melahirkan para sarjanawan
dan ilmuan yang mahir berfikir dan mengembangkan ilmu dalam berbagai-bagai
disiplin ilmu. Pendidikan tinggi adalah untuk melahirkan teknokrat bagi
melaksanakan rancangan pembangunan negara dan golongan birokrat bagi
mentadbir organisasi dan masyarakat. Prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun
Negara jelas merupakan kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum demi
kejayaan dan kestabilan Malaysia. ( sila rujuk kepada lampiran 9)

2.4.4 Rukun Negara Malaysia


Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia yang telah diisytiharkan oleh
DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Tuanku Ismail Nasuruddin Shah
pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara sempena ulang tahun kemerdekaan
Malaysia yang ke-13 iaitu selepas setahun berlakunya Peristiwa 13 Mei 1969 yang
melemahkan perpaduan antara kaum di Malaysia. Malaysia merupakan sebuah
negara yang terdiri daripada rakyat berbilang kaum yang mempunyai nilai hidup
social, kebudayaan dan kepercayaan yang berbeza. Ini menyebabkan perpaduan
agak sukar dicapai kerana setiap orangmemounyai kepercayaan dan pandangan
hidup yang berbeza. Oleh itu, kita memerlukan sesuatu yang dapat mengeratkan
perhubungan sesama rakyat dan membolehkan kita hidup bersama dengan aman
dan harmoni di bawah bumbung yang sama tidak kira sama Ada dari kaum atau
status yang berbeza. Antara tujuan Rukun Negara adalah untuk dijadikan prinsip
hidup semua rakyat negara ini dan menjamin perpaduan kaum dan keamanan
negara. Rukun Negara seharusnya dijadikan panduan oleh setiap rakyat yang
mengaku dirinya sebagai warganegara Malaysia. ( sila rujuk kepada lampiran 10)

2.5 Perkembangan Pendidikan Kebangsaan ( 1971-1990 )


Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru bermatlamat untuk mengukuhkan perpaduan
negara melalui pembasmian kemiskinan di kalangan semua kaum dan penyusunan
10
semula masyarakat. Dalam tempoh ini, pendidikan diberikan keutamaan untuk
menangani masalah ketidakseimbangan dalam masyarakat dengan menyediakan
peluang pendidikan yang sama untuk semua kaum. Sistem pendidikan mengalami
banyak perubahan, antaranya Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar
utama yang dilaksanakan sepenuhnya pada peringkat menengah di Semenanjung
Malaysia dan Sabah pada tahun 1982, manakala di Sarawak pada tahun 1990.
Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua juga turut diberi tumpuan.
Walau bagaimanapun, selaras dengan Akta Pelajaran 1961, sekolah rendah
kerajaan dan bantuan kerajaan yang menggunakan bahasa Cina atau bahasa Tamil
sebagai bahasa pengantar terus dikekalkan. Mata pelajaran Sivik diperkenalkan bagi
menyemai semangat jati diri di kalangan pelajar. Pendidikan Sains dan Teknikal
diberi lebih penekanan pada peringkat menengah bagi menghasilkan tenaga kerja
mahir.

Pada tahun 1979, semakan semula pelaksanaan dasar pendidikan oleh


Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) telah
menggariskan cadangan pendekatan dan strategi baru untuk memantapkan sistem
pendidikan. Pada tahun 1980-an, peluang pendidikan untuk warganegara
ditingkatkan dengan menambahkan kemudahan fizikal dan infrastruktur terutama di
luar bandar. Untuk mengurangkan jurang perbezaan peluang pendidikan antara
golongan kaya dengan miskin, program sokongan pendidikan seperti Skim Pinjaman
Buku Teks (SPBT), Televisyen Pendidikan, Sekolah Berasrama Penuh (SBP),
asrama desa dan asrama harian, biasiswa, Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
dan program kesihatan dipertingkatkan. Selain itu juga, usaha merekaraya kurikulum
dibuat dan ini menyaksikan lahirnya Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada
tahun 1983 dan diikuti dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)
pada tahun 1989. Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah digubal pada tahun 1988
bagi memperteguh hala tuju dan matlamat pendidikan negara. Falsafah ini
menekankan pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu bagi membentuk pelajar
yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

2.5.1 Laporan Kabinet 1979


Laporan kabinet ini ditubuhkan pada tahun 1974 dan dilaksanakan pada tahun 1979.
Laporan ini dikemukan untuk mengkaji semula matlamat-matlamat dan
keberkesanan sistem pendidikan yang diamalkan pada ketika itu. Selain itu juga
ingin memastikan keperluan tenaga manusia negara dipenuhi dalam jangka masa
pendek dan panjang di samping memastikan sistem pendidikan memenuhi matlamat
11
negara untuk melahirkan masyarakat yang bersatu, berdisplin serta terlatih. Antara
syornya termasuk penguasaan dalam kemahiran membaca, menulis dan mengira
(3M), kenaikan darjah secara automatik, bahasa Melayu sebagai mata pelajaran
wajib dalam peperiksaan dan penekanan terhadap kokurikulum dan displin sebagai
asas perpaduan. Jadi hasilnya, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) diperkenalkan pada tahun 1983
dan 1989. Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dilaksanakan
sepenuhnya pada peringkat menengah di Semenanjung Malaysia dan Sabah pada
tahun 1982, manakala di Sarawak pula pada tahun 1990. Pada tahun 1983, dasar
penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ini diperluaskan hingga ke
peringkat pendidikan tinggi dan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.
Laporan Kabinet selaras dengan Akta Pelajaran 1961, sekolah kerajaan dan bantuan
kerajaan pada peringkat rendah yang menggunakan bahasa Cina atau bahasa Tamil
sebagai bahasa pengantar terus dikekalkan. ( sila rujuk kepada lampiran 11)

2.6 Zaman Dasar Pembangunan Negara (1991-2000)


Dekad terakhir abad ke-20 menyaksikan perubahan yang pesat dalam pendidikan
negara. Asas perundangan bagi pelaksanaan dasar pendidikan diperkukuhkan
melalui penggubalan dan pindaan beberapa akta yang berkaitan dengan pendidikan,
misalnya Akta Pendidikan 1996, Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996, Akta
Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996 dan lain-lain. Selain itu, banyak lagi
perubahan berlaku dalam bidang pendidikan termasuk peningkatan aksas dalam
pendidikan khususnya peringkat tertiari, perkembangan ICT dalam pendidikan
seperti penubuhan Sekolah Bestari pada tahun 1999, menaiktarafkan kelayakan
guru-guru daripada sijil kepada diploma, menaiktarafkan Maktab Pergurusan Sultan
Idris kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan menaiktarafkan Sekolah
Menengah Vokasional kepada Sekolah Menengah Teknik.

2.7 Zaman Dasar Wawasan Negara (2001 hingga 2005)


Pada zaman ini Sistem Pendidikan Kebangsaan diperkemas sejajar dengan
perkembangan dunia teknologi maklumat. Dengan mengambil kira pelbagai
perubahan dan cabaran alaf ke-21, penambahbaikan dan pemantapan sistem
pendidikan diperlihatkan dalam perundangan, dasar dan program utama, antaranya :
Akta Pendidikan 1996 (Pindaan 2002) ; Program Bimbingan (Keputusan Jemaah
Menteri, 2002) serta Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam
Bahasa Inggeris dilaksanakan pada tahun 2003 (Keputusan Jemaah Menteri, 2002).
Bayaran insentif Subjek Pendidikan (BISP) diperkenalkan pada tahun 2003, Program
12
j-QAF diperkenalkan pada tahun 2005 dan diperluaskan pada tahun 2006 bagi
memastikan murid Islam menguasai Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain
apabila tamat sekolah rendah (Keputusan Jemaah Menteri, 2003) dan banyak lagi
program-program pendidikan diperluas. Perubahan paling signifikan dalam sejarah
perkembangan pendidikan negara ialah penubuhan Kementerian Pengajian Tinggi
Malaysia (KPTM) pada tahun 2004. Dengan pembahagian ini KPM
dipertanggungjawabkan kepada pembangunan pendidikan prasekolah, sekolah
rendah, sekolah menengah, matrikulasi dan pendidikan guru.

2.8 Zaman Dasar Wawasan Negara (2006 hingga Sekarang)


Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah merangka Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan (PIPP) KPM 2006-2010 yang akan menjadi garis panduan pembangunan
pendidikan negara secara menyeluruh sepanjang tempoh 5 tahun dalam Rancangan
Malaysia Ke-9. PIPP merupakan satu dokumen perancangan pembangunan
pendidikan yang bersepadu, komprehensif dan menyeluruh tidak tertumpu pada satu
jenis sekolah, lokasi dan kaum. Agenda utama KPM adalah untuk membangunkan
Sekolak Kebangsaan sebagai aliran perdana kerana majoriti pelajar berada di
Sekolah Kebangsaan. Walau bagaimanapun, KPM tidak akan meminggirkan SJKC,
SJKT dan SABK dalam meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah-sekolah tersebut.
PIPP merupakan satu dokumen perancangan pembangunan meliputi tiga aspek
utama iaitu infrastruktur, pengisian dan tenaga manusia.

3.0 PENUTUP
Setelah mengetahui segala kronologi pendidikan sejak zaman sebelum penjajahan
British hinggalah zaman selepas merdeka, kita dapat membuat kesimpulan bahawa
banyak perkembangan telah dilakukan terhadap sistem pendidikan negara. Bermula
daripada sistem yang berorientasikan kepada bangsa dan agama sendiri kepada
sistem pendidikan yang menitik beratkan aspek pendidikan berteknologi tinggi.
Walaupun banyak perubahan yang telah dijanakan oleh kerajaan, namun aspek etika
tidak pernah ditinggalkan begitu sahaja. Setiap perancangan akan mengambil kira
etika moral dan disiplin setiap individu pelajar untuk menjadikan mereka insan yang
berguna kepada agama, bangsa dan negara. Justeru jelas di sini bahawa telah
berlaku anjakan dan pergerakan sosial dan ekonomi masyarakat. Perubahan yang
berlaku ini amat penting dalam senario pembangunan Malaysia kini dan pada masa
akan datang yang berpaksikan kepada kekuatan dasar pendidikan negara yang telah
dirancang dengan penuh sistematik. Ini kerana pendidikan bukan semata-mata untuk
13
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran tetapi ialah untuk pembangunan modal
insan dan pembinaan perabadan yang dinikmati oleh semua orang.

14

Anda mungkin juga menyukai