Anda di halaman 1dari 2

CABARAN 1: LUKISAN CERMIN

Setiap kumpulan perlu melantik seorang pemandang dan seorang


pelukis, yang selebihnya akan menjadi penyampai.
Pemandang diberikan masa 30 saat untuk mengingat lukisan yang
dilihatnya.
Seterusnya pemandang akan menyampaikan maklumat tersebut
kepada penyampai pertama dan penyampai tersebut akan
menyalurkan maklumat tersebut kepada penyampai kedua
sehingga penyampai terakhir.
Penyampai terakhir akan menyampai maklumat tersebut kepada
pelukis dan pelukis perlu melukis semula lukisan tersebut secara
sendirian.

CABARAN 2: SPIDERWEB

Setiap ahli kumpulan perlu melalui pintalan tali yang telah


diikat seperti sarang labah-labah.
Setiap ruang hanya boleh dilalui oleh seorang ahli sahaja.
Cabaran tamat apabila semua ahli kumpulan sampai ke
penghujung sarang.

CABARAN 3: TITIAN

Setiap ahli kumpulan akan mengambil kedudukan di setiap kod


pada titian.
Dengan menggunakan strategi, anda perlu memindahkan ahli
kumpulan yang berada di bahagian kanan ke kiri dan ahli yang
berada di bahagian kiri ke kanan.
CABARAN 4: TRIVIA

Anda akan diberikan 5 soalan trivia dan perlu mendapatkan jawapan


yang betul bagi setiap soalan.

CABARAN 5: COPYCAT

Setiap ahli kumpulan perlu meniru tarian yang telah digunakan di


dalam video. Setelah bersedia, mereka perlu persembahkan tarian
tersebut kepada jurulatih.

CABARAN 6: TOXIC WASTE

Kumpulan ditugaskan untuk memindahkan bola pingpong yang


bertoksik ke tempatnya semula.
Setiap ahli kumpulan perlu bekerjasama dan tidak dibenarkan
untuk menyentuh bola tersebut. Setiap kumpulan dibekalkan
dengan tali dan cincin besi.