Anda di halaman 1dari 4

SJK(C) REDANG PANJANG

IJOK, 34510 BATU KURAU, PERAK.


E-MAIL: abc6097@1bestarinet.yes.my
TEL: 05-8801545 FAKS: 05-8801545
MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL.1/2016

Tarikh : 28 Disember 2015


Hari : Isnin
Masa : 11:30 pagi
Tempat : Pusat Sumber Sekolah

Agenda: 1. Ucapan Pengerusi


2. Pengesahan Minit Mesyuarat
3. Perkara Berbangkit
4. Perbincangan
5. Penutup

Kehadiran : 10 orang

1. KHOO LEE HWA (PENGERUSI)


2. LAI CHAI HOONG
3. YANG YET PIN
4. PHUAH MOOI QIN
5. LEE YIN KHAI
6. ABDULLAH
7. WAN NORAISYAH
8. OON HAN KUEN
9. KHOR WEI JING
10. WONG KHENG HOCK

Tidak Hadir : -

1. Ucapan Pengerusi
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru dalam
mesyuarat ini.

2. Pengesahan Minit Mesyuarat


2.1 Dicadang : En. Oon Han Kuen
Disokong : Pn. Wan Noraisyah
Minit mesyuarat yang lepas telah disahkan tanpa pindaan.

3. Perkara-perkara berbangkit
3.1 Tiada

4. Perbincangan
4.1 Pelaksanaan Task Force Dari Tahun 1 - 6

4.1.1 Jawatankuasa Task Force terbentuk:

PENGERUSI
KHOO LEE HWA
(GURU BESAR)
NAIB PENGERUSI
LAI CHAI HOONG
(GURU KANAN 1)

SETIAUSAHA
PHUAH MOOI QIN
(GURU KANAN KK)

PENYELARAS
GURU KELAS
TAHUN 1 - 6

4.1.1 Task force setiap darjah harus menyatakan sebab tidak mencapai
objektif akademik yang ditetapkan, intervensi intervensi atau
program program yang akan dijalankan, tempoh masa yang akan
diambil dan hasil yang didapati.
4.1.2 Tempoh masa harus ditetapkan di antara 1 3 bulan, tempoh masa
yang terlalu panjang harus dielakkan.

Tindakan : Semua guru


4.2 LINUS

4.2.1 Pn. Lai Chai Hoong merupakan SU LINUS tahun ini. Fail-fail LINUS
harus sentiasa dikemas kini.
4.2.2 Terdapat 4 murid dalam kelas Tahun 1, mereka akan menduduki
ujian diagnosis LINUS terdahulu supaya tahap penguasaan mereka
diketahui dan dijadikan sebagai TOV dalam Headcount LINUS.
4.2.3 Aktiviti LINUS akan dijalankan mengikut Takwim LINUS.

Tindakan : Guru LINUS

4.3 8 Fokus Pejabat Pendidikan Daerah Larut, Matang & Selama

4.3.1 Kedudukan Daerah LMS dalam Negeri Perak bagi keputusan GPS
UPSR pada tahun 2015 ialah tempat ke 7. Objektif PPD pada tahun
2016 ialah tempat ketiga.
4.3.2 Terdapat sebanyak 8 fokus bagi PPD LMS pada tahun 2016:
Kepimpinan Cemerlang
Kecekapan Pengurusan
Kebitaraan Sekolah Sekolah perlu menonjolkan suatu budaya
yang mantap, menonjolkan kebolehan guru, murid dan kehebatan
sekolah di sesuatu bidang.
Keberkesanan PdP Guru perlu melibatkan murid secara aktif
dalam pembelajaran, hasil kerja murid perlu berkualiti, guru perlu
membuat persediaan rapi untuk meningkatkan pencpaian objektif
pembelajaran, kaedah pengajaran guru harus sesuai dengan
kebolehan murid.
Kemahiran Moral 6 ciri yang perlu ada pada murid: Pengetahuan,
Kemahiran berfikir, Kemahiran memimpin, Kemahiran
dwibahasa,Etika dan kerohanian dan Identiti nasional.
Kecekapan Infrastruktur I meja I kerusi dan buku teks untuk 1
murid, 1 ruang kerja untuk 1 guru.
Keterlibatan ibu bapa dan komuniti - Ibu bapa melibatkan diri secara
sukarela dalam aktiviti sekolah, mengamalkan dasar pintu terbuka
terhadap komuniti.
Kerjasama Agensi Luar Sekolah berkerjasama dengan agensi
kerajaan dan agensi bukan kerajaan, membina jaringan dengan
institusi pendidikan dalaman dan luar negara, boleh melaksanakan
LADAP dengan agensi luar.

Makluman : Semua guru

4.4 Pengurusan sekolah

4.4.1 Pada tahun 2016, terdapat Pelaporan Pentaksiran Sekolah (PS),


Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK),
Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan pernyataan keputusan UPSR,
jumlahnya 4 sijil pelaporan akan dikeluarkan kepada murid.
4.4.2 Buku rekod mengajar guru wajib menulis elemen Kbat.
4.4.3 Guru Besar akan menyemak 5 buah buku latihan setiap hari.

Tindakan : Semua guru

4.5 Program sekolah

4.5.1 Guru - guru mencadangkan Program bacaan pagi dan Klinik UPSR
serta Kelas Bimbingan dijadikan teras program bagi sekolah kami
pada tahun 2016 sedangkan ia telah menyumbang kepada
penigkatan GPS UPSR sekolah kami dari GPS 4.39 ke 3.48 pada
tahun 2015.
4.5.2 Walau bagaimanapun, terdapat perubahan terhadap program yang
sedia ada. Bagi Program Bacaan Pagi, isi kandungan bagi Bahasa
Cina tahap tinggi telah bertukar dari pembacaan buku teks kepada
pembacaan petikan cerita. Bagi Bahasa Cina tahap rendah pula,
tumpuan akan letak pada nyayian lagu BC. (Jadual Waktu Program
Bacaan Pagi dilampirkan)
4.5.3 Kelas Bimbingan bagi murid Tahun 4 dan 5 telah bertukar nama ke
Kelas Pengayaan supaya setiap murid dari kelas tersebut dapat
meningkatkan tahap penguasaan mereka dalam bidang akademik.
(Jadual Waktu Klinik UPSR dan Kelas Pengayaan dilampirkan)
4.5.4 Program program lain akan berbincang di mesyuarat panitia
masing masing supaya program program yang lebih fokus
kepada mata pelajaran tersebut boleh diadakan. (Sila rujuk minit
mesyuarat 1 panitia teras Tahun 2016 )

Tindakan : Semua guru

5. PENUTUP

Guru Besar mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua guru dan berharap
agar semua guru bergerak secara proaktif dalam melaksanakan tugas masing-masing
dengan lancar.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.00 petang.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

..

(LAI CHAI HOONG) (KHOO LEE HWA)


GURU KANAN GURU BESAR
SJKC REDANG PANJANG SJKC REDANG PANJANG

Anda mungkin juga menyukai