Anda di halaman 1dari 3

Tugasan 3:

Refleksi

i) Pendahuluan

Saya mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana dengan keizinan-Nya dapat saya
menyiapkan tugasan Rancangan Pengajaran Harian ini. Dalam kesempatan ini juga
saya ingin mengambil peluang mengutarakan ucapan jutaan terima kasih kepada
dua orang pensyarah pembimbing iaitu En Abang Saifuddin Bin Abang Bohari dan
Tn Syed Hassan Bin Tn Syed Abdul Rahman Al Kap. Segala tunjuk ajar dan usaha
mereka yang begitu komited menerangkan arahan-arahan tugasan ini amat saya
hargai. Mereka dengan ikhlas berkongsi pengalaman dan ilmu supaya saya dan
rakan-rakan seperjuangan dapat melaksanakannya dengan baik.Tidak lupa juga
diucapkan terima kasih kepada suami tersayang, Mohd Akmal Bin Hj Shuhod yang
sentiasa memberi dorongan dan kekuatan untuk saya menghasilkan tugasan ini.
Tidak dilupakan juga, anak kesayangan saya Muhammad Abid Mudrik Bin Mohd
Akmal yang menjadi pencetus semangat dan sumber inspirasi kepada saya. Selain
itu, kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberi sokongan moral dan
idea, terima kasih diucapkan. Seterusnya kepada pelajar-pelajar saya di SMA Kota
Tinggi kerana mereka juga terlibat secara tidak langsung dalam penyediaan tugasan
ini.

ii) Kekuatan

Tugasan ini telah banyak membantu saya meningkatkan ilmu pengetahuan saya yang
sedia ada sebagai pendidik. Semoga segala pengetahuan yang telah saya perolehi ini
dapat memberi manfaat kepada pelajar-pelajar saya. Ilmu pengetahuan yang saya
perolehi ini juga sebagai nilai tambah kepada diri saya sendiri sebagai individu yang
masih dahagakan ilmu terutamanya dalam bidang pendidikan. Syukur kepada Allah
S.W.T kerana memberikan saya pensyarah-pensyarah yang berhati mulia dan sudi
berkongsi ilmu yang sangat berharga ini kepada saya. Sesungguhnya saya berasa
semakin bersemangat sebagai seorang pendidik setelah memiliki ilmu pengetahuan
dalam menyediakan skrip cerpen "Dendam."
Cabaran saya ialah dalam masa yang sama saya perlu menyiapkan tugasan
bagi kursus-kursus lain yang sememangnya banyak. Namun begitu, saya bersyukur
kerana dengan adanya tugasan ini, saya mampu memantapkan lagi pemahaman saya
dalam menyiapkan diri dalam penulisan skrip serta kaedah-kaedah pengajaran yang
sesuai. Saya juga semakin mahir dalam memanfaatkan penggunaan Internet untuk
mengumpul maklumat dan bahan berkaitan tugasan ini. Sebagai pendidik di alaf ke-21
ini, kita sememangnya dituntut dan tidak dapat lari daripada mengaplikasikan kemahiran
Information Communication Technology (ICT). Tugasan ini secara tidak langsung
meningkatkan lagi kemahiran sedia ada dalam diri saya bagi memenuhi keperluan
pelajar masa kini yang cukup sinonim dengan kecanggihan ICT.

iii) Kelemahan:

Dalam menyiapkan tugasan pelbagai dugaan yang telah saya hadapi. Kekangan utama
dalam melaksanakan tugas ini ialah masa yang terlalu padat dengan tugas sebagai
seorang guru di sekolah. Saya akui dari segi pengurusan masa saya hampir tewas
dalam mengagihkan masa di antara kerjaya, pelajaran dan keluarga.Namun demi
menjalankan tanggungjawab sebagai pelajar, saya akhirnya dapat mengatasi masalah
tersebut. Dengan itu, saya akan lebih bersedia apabila berhadapan dengan situasi
sebenar dalam mendidik anak bangsa yang sememangnya memerlukan pengorbanan
dari sudut tenaga dan masa. Kelemahan lain ialah saya juga kurang bertukar-tukar
pendapat dengan rakan-rakan dalam menyiapkan tugasan ini. Jika saya lebih banyak
bertukar-tukar pendapat dengan kawan-kawan sudah pasti cabaran dalam menyiapkan
tugasan ini akan menjadi lebih ringan. Malahan, kemahiran kerjasama berpasukan amat
perlu dipraktikkan di dalam sesebuah organisasi terutamanya yang melibatkan
hubungan guru dengan guru dan hubungan guru dengan pelajar. Selain itu, masalah
teknikal seperti serangan virus turut menjadi penghalang kepada kelancaran saya dalam
menyiapkan tugasan ini. Namun, berkat kesabaran yang tinggi segala masalah dapat
diatasi dengan berpandukan Falsafah Pendidikan Guru iaitu guru perlu dapat mengawal
emosi dan jasmani dengan cemerlang.
iv) Penutup:

Setelah mengharungi pelbagai cabaran dan pengalaman dalam menyediakan tugasan


ini, saya berasa sangat terhutang budi kepada semua pihak yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung dalam penyediaan tugasan ini. Segunung perhargaan
diucapkan kepada mereka semua. Memang tidak dinafikan tugasan ini telah memberi
banyak input berharga kepada saya sebagai warga pendidik. Sememangnya kemahiran
menulis skrip yang telah saya pelajari banyak mengembangkan kemahiran dan
pengetahuan saya.Semoga saya dapat mengaplikasikan segala ilmu yang telah saya
perolehi bagi memenuhi keperluan anak didik saya dari aspek jasmani, emosi, rohani,
dan intelek (JERI) yang bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai