Anda di halaman 1dari 4

Bil AGENDA TEKS

1. Ketibaan para Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Tn. Mat Nadzari


jemputan dan ibu bin Ahmad Dahlan (Ahli Dewan Undangan Negeri Batang
bapa Kali) dengan diiringi En. Mahmud bin Karim (Yang
Dipertua PIBG), En. Mohamad Akhwan bin Jamil (Guru
Besar), Guru-Guru Penolong Kanan dan AJK PIBG
Sekolah Kebangsaan Batang Kali.

Nyanyian Lagu Negeri Sidang Hadirin yang dihormati,


2. Selangor dan Lagu Marilah kita sama-sama berdiri dan seterusnya
Negaraku menyayikan lagu negeri Selangor dan lagu Negaraku.

Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi.
Hadirin dipersilakan duduk.

Kata Alu-aluan Kompang Bergema Pusaka Bangsa


3. Pengacara Majlis Dipalu oleh Si Anak Muda
Hadir Tuan Puan meriah suasana
Kami menyambut penuh gembira.

Bismilahhirahmanirahim...

Yang Berhormat Tn. Mat Nadzari bin Ahmad Dahlan


Ahli Dewan Undangan Negeri Batang Kali

Yang Berbahagia
_________________________________
Wakil Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Selangor

Yang Berusaha En. Mohamad Akhwan bin Jamil


Guru Besar SK Batang Kali

Yang Dihormati En. Mahmud bin Karim


Yang Dipertua PIBG SK Batang Kali
En. Azhar bin Jusan
Naib Yang Dipertua PIBG SK Batang Kali

Barisan Guru Penolong Kanan

Barisan Ahli Jawatankuasa PIBG

Barisan pendidik,

Seterusnya, Tuan-tuan, Puan-puan hadirin sekalian


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... dan
selamat pagi.
Alhamdulillah, bersyukur kita pada pagi ini, dengan izin
serta limpah rahmat-Nya dapat kita berkumpul dalam
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-39 tahun 2014 ini.

Pihak majlis serta seluruh warga SK Batang Kali, turut


sama merakamkan ucapan terima kasih yang tidak
terhingga kepada seluruh hadirin dan hadirat khususnya
kepada Yang Berhormat Tn. Mat Nadzari bin Ahmad
Dahlan kerana sudi meluangkan masa bagi bersama-
sama menjayakan Mesyuarat Agung PIBG yang kita
rencanakan pada hari ini.

Bacaan Doa Bagi memberkati majlis, marilah sama-sama kita mendah


4. tangan dengan penuh ketakwaan untuk mengaminkan doa
yang akan dibacakan oleh Ustaz Mohd Irwan bin Ismail.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

.......................................

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Mohd


Irwan bin Ismail atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian.


Kecemerlangan dan kemenjadian anak-anak adalah aset
yang amat bernilai dalam sesebuah keluarga. Lantaran itu,
permuafakan antara ibu bapa dan guru adalah tunjang
pemangkin kepada kejayaan dan kecemerlangan
sesebuah institusi pendidikan dalam usaha menjana
modal insan yang berdaya saing dalam melayari bahtera
kehidupan yang semakin mencabar ini.

Justeru, kerjasama dan komitmen yang dicurahkan oleh


guru dan ibu bapa, amat penting dalam usaha melahirkan
murid yang berketerampilan bukan sahaja dalam bidang
akademik, kokurikulum, bahkkan sahsia diri yang
cemerlang.

Ucapan Alu-aluan Seterusnya, majlis menjemput En. Mohamad Akhwan bin


5. oleh Guru Besar Jamil, Guru Besar SK Batang Kali untuk menyampaikan
ucapan alu-aluan.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan
.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En.


Mohamad Akhwan bin Jamil atas ucapan alu-aluan itu tadi.

Ucapan Perasmian Kini tibalah masa , untuk kita mendengar amanat dan
6. ADUN Batang Kali ucapan yang akan disampaikan oleh Yang Berhormat Tn.
Mat Nadzari bin Ahmad Dahlan, ADUN Batang Kali dan
seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK
Batang Kali kali ke 39 bagi tahun 2014.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.


.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan


ucapan terima kasih kepada YB Tn. Mat Nadzari bin
Ahmad Dahlan atas ucapan dan perasmian itu tadi.
Semoga segala amanat dan ucapan YB itu tadi dapat kita
hayati dan ambil tindakan bersama.

Majlis Penyampaian Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati


7. Cenderahati AJK kepada AJK PIBG sesi 2013/2014. Untuk itu, majlis
PIBG sesi 2013/2014 menjemput YB Tn. Mat Nadzari bin Ahmad Dahlan,
dengan diiringi En. Mohamad Akhwan bin Jamil untuk
menyampaikan cenderahati tersebut.

Dipersilakan....

En. Mahmud bin Karim YDP PIBG


En. Mohamad Azhar bin Jusan NYDP PIBG
Pn. Shafiah binti Hussain Setiausaha
Pn. Suriha binti Shamsuddin Bendahari

AJK Ibu Bapa


En. Muzammil bin Mohd Nor
En. Abd Rani bin Napi
En. Sharizal bin Shahidin
Pn. Faridah Hanim binti Mohd Ali
Pn. Zarina binti Marjunit
Pn. Norashikin binti Jumaan

AJK Guru
En. Hamka bin Ramlan
En. Mahadi bin Omar
En. Afifuddin bin Mohamad
En. Norsalawati binti Shafie
Pn. Israhana binti Mohd Shahril
Pn. Maria Wan

Majlis mengucapkan terima kasih kepada YB Tn. Mat


Nadzari bin Ahmad Dahlan atas penyampaian cenderahati
itu tadi.

Sebagai tanda terima kasih dan kenang-kenangan,


dipersilakan En. Mohamad Akhwan bin Jamil untuk
menyampaikan sedikit cenderahati kepada YB Tn. Mat
Nadzari bin. Ahmad Dahlan.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar.

Majlis Penutup Dengan berakhirnya penyampaian cenderahati itu tadi,


8. maka selesailah sudah Majlis Perasmian Mesyuarat Agung
SK Batang Kali, kali ke-39 bagi tahun 2014.

Dari mana asalnya, usah diusul


Molek budinya menambat hati
Dua tiga bicara salah tersasul
Jangan dibawa ke dalam hati.

Kami mewakili AJK PIBG dan SK Batang Kali,


merakamkan penghargaan terima kasih kepada YB Tn.
Mat Nadzari bin Ahmad Dahlan atas kesudian meluangkan
masa pada pagi ini untuk merasmikan Mesyuarat Agung
PIBG kali ke-39. Tidak dilupakan juga kepada ibu bapa,
guru-guru dan Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian.

Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum


warahmatullahi wabarakatuh..

Seterusnya, kami serahkan kepada En. Mahmud bin Karim


untuk meneruskan agenda Mesyuarat Agung PIBG SK
Batang Kali, kali ke-39 bagi tahun 2014.

Anda mungkin juga menyukai