Salam sejahtera. Terima kasih kepada Pengerusi Majlis. Yang saya hormati para
hakim, guru-guru dan rakan sekalian. Kalau ada yang terlena, sedar-sedarkan. Yang
tersedar, dengar-dengarkan. Yang terdengar fikir-fikirkan.
Di dalam sebuah hutan terdapat sebuah kolam. Banyak haiwan tinggal di kolam ini.
Haiwan-haiwan menamakannya kolam Merdeka. Antara haiwan yang tinggal di sini
ialah sebuah keluarga kura-kura. Si Biuku merupakan ketua kepada keluarga kura-
kura ini. Dia mempunyai 4 orang adik yang sangat menghormati dan menyanyanginya.
Kami memang sudah lama teringin nak ke sini, benarlah kata abang long, pokok-
pokok kangkung di sini memang segar-segar, balas Ku Uda.
Kalau kita ingin sihat, kita perlu memilih makanan yang segar, bersih dan sesuai
untuk diri kita, nasihat Si Biuku kepada adik-adiknya.
Setelah kenyang 5 beradik itu duduk berehat di bawah pohong rendang. Tiba-tiba
Ku Uda bersuara, abang long, mengapa keluarga kita tidak mati walaupun dibaling
dengan kuat,? Dia teringat peristiwa adik bongsunya dibaling oleh budak nakal
dahulu.
Oh, keluarga kita memang mempunyai kulit yang luar biasa. Kulit kita keras dan
tebal berbanding haiwan lain. Kulit kita cantuman tulang belakang, tulang rusuk dan
tulang punggung. Inilah anugerah Tuhan kepada keluarga kura-kura, jawab Si Biuku
Bahagian bawah badan kita terdapat satu lagi kepingan kulit yang keras dan leper.
Bahagian inilah yang melindungi dada kita, istimewanya, kulit kita dapat melindungi
seluruh badan kita daripada kecederaan. Tambahan pula, anggota badan ini boleh
keluar dan masuk daripada cengkerang mengikut keperluan, terang Si Biuku.
Apa yang abang long ingin tegaskan, kelebihan yang ada pada diri jangan
disalahgunakan. Kita semua jangan menyombong diri dengan anugerah yang
dikurniakan ini. Gunakanlah anugerah ini untuk perkara yang berfaedah dan
membantu haiwan lain yang lemah, nasihat Si Biuku kepada adik-adiknya.
Abang long usah risau. Kami tidak akan lupa nasihat abang long. Kami juga tidak
akan sesekali lupa diri, janji Ku Ngah.
Si Biuku menarik nafas lega. Dia berasa puas hati, adik-adiknya kini tahu dan faham
apa yang diterangkannya dan dia mengharapkan supaya Ku Ngah, Ku Alang, Ku Uda,
dan Ku Ucu mengamalkanya dalam kehidupan.
Kawan-kawan,
Pengajaran yang kita dapat daripada cerita ini ialah kita janganlah sombong atau
lupa diri dengan kelebihan yang ada pada diri kita. Kedua, kita hendaklah bersyukur
dengan anugerah tuhan dan menggunakannya untuk perkara yang berfaedah.