Anda di halaman 1dari 1

Terima kasih tuan pengacara majlis.Selamat pagi dan salam sejahtera.

Yang Dihormati Pn. Hj Kairulniza bte Hj Abu, pengetua SMK Tebong,Yang


Dimuliakan Yang Dipertua dan barisan kepimpinan PIBG,Guru-guru Penolong
Kanan, Guru-guru, Ibu bapa, rakan-rakan dan hadirin dan hadirat sekalian.
Selamat pagi dan salam sejahtera.

Para hadirin sekalian,

Pada pagi yang mulia ini saya berasa amat gembira dan terharu kerana
diberi peluang untuk berucap dalam majlis yang gilang gemilang ini.
Sesungguhnya, ini merupakan suatu kebanggaan bagi diri saya dan juga
keluarga saya. Saya dipilih kerana telah memperolehi keputusan yang
cemerlang iaitu 10A dalam peperiksaan PT3 tahun 2016.

Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan jutaan terima


kasih kepada semua guru dan warga sekolah ini yang sentiasa memberi tunjuk
ajar dan nasihat yang bernas kepada saya. Dorongan daripada merekalah yang
telah menjadikan saya seorang murid yang cemerlang pada hari ini. Jasa guru-
guru tetap akan saya kenang hingga ke akhir hayat.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih


yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya, semua guru dan rakan-rakan saya
yang turut sama berusaha sehingga saya mencapai kejayaan yang sungguh
cemerlang dalam peperiksaan PT3 pada tahun lalu.

Nasihat saya kepada rakan-rakan, sama-sama lah kita menuntut ilmu


dan jangan mudah menyerah kerana ilmu pengatahuan sahaja yang mampu
merubah kehidupan kita. Kita kena menetapkan niat kenapa kita belajar dan
sentiasa perbaharui niat kita supaya kita tidak lupa apakah tujuan kita belajar.
Disamping itu, kita haruslah menumpukan perhatian sepenuhnya semasa guru
mengajar di hadapan. Sekiranya ada kemusykilan jangan malu bertanya
kerana orang yang malu bertanya akan sesat jalan.

Selain tekun, mengulang kaji pelajaran, kita perlu menurut segala nasihat ibu
bapa, guru-guru dan orang yang lebih tua daripada kita. Kita juga perlu
menghormati dan sentiasa memohon restu daripada mereka. Restu daripada
ibu bapa dan guru amat penting bagi mencapai kejayaan dalam bidang
pelajaran. Akhirnya kita juga perlu berdoa setelah kita berusaha dengan
bersungguh-sungguh. Sekiranya perkara ini dapat kita lakukan dengan ikhlas,
kejayaan sudah pasti berada dalam genggaman kita.

Akhir kata, saya berjanji akan terus memberi teladan yang baik kepada murid-
murid di sekolah ini. Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai