Anda di halaman 1dari 15

ni akan membolehkan penyokong memberikan buah fikiran dan cadangan

mereka tentang siapa yang mereka rasakan layak memegang tampuk


kepimpinan badan induk bola sepak negara itu.
Pendapat yang hanya diluahkan di laman sosial tanpa mengikut saluran yang
betul, tidak akan membawa sebarang kebaikan.
Kuasa yang dimiliki oleh penyokong, kata Khairy, perlu digunakan dengan
sebaiknya.
Penyokong bola yg selalu komen @FAM_Malaysia ambil tau lah tentang pemilihan
nanti. Bawa rombongan fans jumpa Presiden Persatuan Negeri.
Khairy Jamaluddin (@Khairykj) September 13, 201
Maklum pada FA Negeri untuk undi calon yang terbaik bagi Exco @FAM_Malaysia.
Gunakan kuasa peminat bola melalui state FA yg akan undi.
Khairy Jamaluddin (@Khairykj) September 13, 2016
Dalam pada itu, Khairy juga menjelaskan, presiden yang bakal dilantik perlu
mempunyai kefahaman yang jelas tentang perlembagaan FAM selain perlu
mendapat kerjasama sepenuhnya daripada ahli.
Bukan itu sahaja, presiden juga perlulah seseorang yang mampu membawa
transformasi secara menyeluruh, dan yakin bahawa dia mempunyai kebolehan
itu.
Calon Presiden @FAM_Malaysia mesti dapat kerjasama stakeholders & cari jalan
buat transformasi total. Bukan awal2 kata orang takkan terima.
Khairy Jamaluddin (@Khairykj) September 13, 2016

TONY FERNANDES
Beberapa hari kebelakangan ini, nama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan
AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes, menjadi buah mulut penyokong bola sepak
tempatan sebagai calon paling layak memegang jawatan itu.
Ini adalah susulan laporan Astro Arena yang menyebut Tony bersedia
mempertimbangkan jawatan itu jika ditawarkan.
Dalam temubual bersama akhbar The New Straits Times pada Isnin, Tony
memberitahu, jika dipilih, beliau akan melaksanakan perubahan secara drastik
dan menyeluruh, dan tidak pasti jika FAM bersedia untuk menghadapi perubahan
sebegitu. Portal New Straits Times juga melaporkan Setiausaha Kehormat FAM,
Datuk Hamidin Mohd Amin memberitahu, FAM bersedia menerima sesiapa sahaja
sebagai calon untuk memimpin organisasi itu. ULAN desas desus tentang
pemilihan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tahun hadapan, Menteri
Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin meminta agar penyokong bola sepak
tempatan agar bersemuka dengan Presiden persatuan bola sepak negeri masing-
masing.

ANUAR MUSA
Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa
memberi bayangan jelas bahawa beliau tidak akan bertanding merebut jawatan
Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sekiranya Menteri Belia dan
Sukan, Khairy Jamaluddin turut mahu mengisi kekosongan kerusi No. 1 badan
induk negara itu.

Annuar berkata, daripada keempat-empat calon yang bakal bertanding termasuk


dirinya, beliau melihat Khairy sebagai individu paling layak untuk menggantikan
Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.
Malah, Annuar turut menyifatkan sebarang usaha untuk tidak menerima ahli
politik dalam arena bola sepak tempatan bererti menafikan peranan majoriti
pimpinan bola sepak negara dan negeri pada masa kini.
Di antara mereka yang telah dicalonkan sebagai Presiden FAM, Khairy
Jamaluddin adalah calon paling layak. Bukan saja beliau adalah individu yang
dipertanggungjawabkan untuk memajukan sukan negara tetapi beliau juga
berpengalaman mengendalikan pasukan profesional (My Team). Beliau juga
berpengalaman sebagai Timbalan Presiden FAM.
Kelantan, Terengganu, Perlis, Pulau Pinang, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan,
Melaka, Sabah, Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia, Persatuan Bola Sepak
Cina Malaysia, Persatuan Bola Sepak India adalah 12 daripada 19 badan
gabungan yang pernah atau sedang dipimpin oleh orang politik (daripada
pelbagai latar belakang, DAP, PKR, PAS dan UMNO).
Sementara beberapa negara anggota FIFA (Persekutuan Bola Sepak
Antarabangsa) dipimpin orang politik termasuk menteri dan bekas menteri
kabinet. Presiden FAM yang menolak atau tidak bekerjasama dengan orang
politik bakal gagal membangunkan bola sepak negara dengan berkesan.
Ini kerana pembangunan bola sepak Malaysia memerlukan persefahaman dan
kerjasama pelbagai pihak dalam suasana saling menghormati dan penuh
muafakat, kata Annuar menerusi akaun Facebook miliknya.
Selain Annuar dan Khairy, pemilik kelab Johor Darul Tazim (JDT), Tunku Ismail
Sultan Ibrahim serta Pengerusi Jawatankuasa Integriti FAM, Tan Sri Aseh Che Mat
turut menerima pencalonan daripada ahli gabungan.
Dalam pada itu, Annuar sependapat dengan Presiden Persatuan Bola Sepak
Negeri Sembilan (PBNS), Datuk Seri Mohamad Hasan bahawa populariti calon
tidak menjadi keutamaan sebaliknya kebolehan untuk memimpin adalah elemen
yang dicari-cari
Pencalonan diri saya tidak lagi relevan apabila Khairy sudi menerima
pencalonan dirinya. Semoga berjaya Khairy, katanya lagi. - UTUSAN ONLINE
SUMBER : UTUSAN

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menjelaskan beliau akan
menarik diri sekiranya Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim
sedia bertanding merebut jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia
(FAM). Keadaan itu dilihat membuka peluang lebih luas buat TMJ untuk
mengetuai tampuk kepemimpinan badan induk bola sepak negara itu menjelang
Kongres Ke-53 FAM pada 25 Mac ini. Ditanya kesediaan beliau menarik diri
sekiranya TMJ mahu bertanding, Khairy berkata: "Ya, pasti (saya akan tarik diri)
dan saya rasa Tan Sri Annuar (Musa) pun akan tarik diri. "Dia (Annuar) kata kalau
TMJ bertanding dia akan tarik diri. Tan Sri Aseh (Che Mat) saya rasa automatik
(tarik diri)," katanya ketika ditemui pemberita di Parlimen, sebentar tadi.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/240236

SUKAN SEA KL 2017


Kami ikut perancangan dan ia sudah dimaklumkan lebih awal kepada pihak
penganjur." Itu reaksi Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Stadium Malaysia,
Azman Fahmi Osman, sekaligus menepis kebimbangan mengenai venue utama
Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, Sports City di Bukit Jalil, yang akan disiapkan
sepenuhnya sebelum temasya dwitahunan itu berlangsung.
Sebelum ini, wujud kebimbangan venue utama Sukan SEA 2017, KL Sports City,
lewat disiapkan dan hanya bersedia sebulan sebelum temasya.
"Kompleks Sukan Bukit Jalil akan disiapkan mengikut masa yang telah ditetapkan
seperti mana yang kami maklumkan semasa majlis menandatangani perjanjian
dengan pihak MRCB (Malaysian Resources Corporation Berhad), tahun lalu.
"Kami sudah dimaklumkan stadium akan siap diserahkan kepada kami pada Julai.
Saya rasa tempohnya cukup.
"Sebelum diserahkan kepada kami, pihak MRCB akan mengadakan ujian
terhadap semua kemudahan agar kami dapat terus menggunakan stadium
tersebut untuk apa-apa acara," katanya ketika ditemui ketika Persidangan
Undang-Undang Sukan Edisi Ke-4 yang dianjurkan oleh Pusat Timbangtara
Serantau Kuala Lumpur (KLRCA) dan Persatuan Undang-Undang Sukan Malaysia
di ibu negara, hari ini.
Malah, beliau mengesahkan pembinaan dan menaik taraf venue pertandingan
lain untuk temasya itu di Bukit Jalil turut berjalan lancar.
Difahamkan, pihak pemaju yang bertanggungjawab juga akan membentangkan
laporan penuh tahap kerja-kerja ubah suai yang dijalankan di Bukit Jalil pada
pertengahan bulan ini.
"Semuanya berjalan dengan lancar. Kami berbangga mendapat komitmen yang
tinggi daripada pihak MRCB untuk projek ini disiapkan tepat pada masanya.
"Dalam seminggu dua lagi, kami akan mengumumkan sejauh mana
perlaksanaannya.
Dalam perkembangan lain, Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tunku Tan Sri
Imran Tuanku Ja'afar, dalam ucapannya mengesahkan sukan muay thai dan
pasukan sorak bakal menjadi acara baru dalam Sukan Olimpik pada masa depan.
tua Pegawai Eksekutif, Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA Kuala Lumpur 2017
(MASOC), Datuk Seri Zolkples Embong, berpuas hati dengan persediaan
menghadapi temasya itu, Ogos depan.
Malaysia bakal menjadi tuan rumah selepas tempoh 16 tahun di mana beberapa
prasarana utama, termasuk Kompleks Sukan Negara, kini giat menjalani proses
naik taraf.
"Semua perancangan berjalan dengan baik sekali dan kami di Sekretariat MASOC
memang memantau secara terperinci supaya tidak menghadapi sebarang
masalah yang besar.

"Bagi aspek sukan dan teknikal yang melibatkan 38 sukan untuk temasya Sukan
SEA dan 16 sukan untuk Para ASEAN, kami juga telah mengadakan perbincangan
dengan persatuan-persatuan yang terlibat secara terperinci," ujarnya.
Zolkples turut bertegas dalam memastikan temasya kali ini akan dianjurkan
dengan berhemah.
"Saya akan memastikan segala peraturan harus kami ikuti kerana kos untuk
mengelolakan temasya Sukan SEA ini tinggi dan kami sebagai agensi kerajaan
mempunyai peraturan yang harus kami patuhi.
"Kami ada tatacara kewangan, arahan-arahan perbendaharaan, pekeliling dan
sebagainya.
"Saya juga bercadang untuk mengadakan lagi perbincangan dengan pihak
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membincangkan
perkara yang sama supaya nanti kami tidak menghadapi sebarang masalah
apabila selesai penganjuran.
"Saya dah janji dalam tempoh setahun, saya akan selesaikan segala penutupan
akaun, laporan dan sebagainya.
"Jadi, ini yang penting."

Skuad renang berirama negara yang akan memulakan saingan lebih awal
dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 mahu membangkitkan semangat seluruh
negara dengan pingat emas menjelang upacara perasmian temasya itu.
Jika segalanya berjalan lancar, Malaysia berupaya memperoleh tiga pingat emas
daripada renang berirama sebelum upacara perasmian pada 20 Ogos.
Skuad negara terus memandang kepada atlet paling senior, Zylane Lee dan Gan
Hua Wei, yang dijangka berupaya meraih emas menerusi acara solo dan duet
bebas serta teknikal.
Persaraan atlet tunjang senior seperti Tasha Jane Ali Taher dan Katrina Ann Abdul
Hadi sebelum ini sedikit menjejaskan kekuatan skuad negara untuk bersaing
dalam acara berpasukan.
Atas dasar itu, skuad negara berasakan emas berpasukan ibarat bonus dengan
Singapura muncul sebagai pencabar terdekat.
"Kami tidak menyasarkan untuk menyapu bersih kesemua pingat emas Sukan
SEA.
"Untuk acara berpasukan, kami akan terus berusaha dalam beberapa bulan ini
untuk meningkatkan prestasi.
"Kami perlu melipatkangandakan usaha untuk meraih pingat emas," kata
penolong ketua jurulatih negara, Shareen Png.
Lapan bulan menjelang Sukan SEA memaksa skuad negara berusaha mengenal
pasti penyertaan dalam kejohanan kompetitif bagi musim 2017.
2016 menyaksikan penampilan terhad buat atlet renang berirama negara,
antaranya di Terbuka China dan Kejohanan Asia di Tokyo.
"Separuh daripada pasukan renang berirama untuk Sukan SEA 2017 merupakan
atlet dari edisi Sukan SEA yang lepas manakala separuh lagi adalah muka baru.

"Kami akan memberikan mereka pendedahan untuk meraih pengalaman


menerusi penyertaan dalam beberapa kejohanan.
"Untuk acara berpasukan agak kurang, jadi saya berharap lebih banyak
kejohanan akan diadakan."

Konflik fam
Teraju pimpinan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bakal beralih tangan
apabila barisan exco dilaporkan akan menerima surat peletakan jawatan
presiden, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pada 15 Ogos ini.
Persoalan yang timbul kini, siapa layak untuk mengemudi badan induk bola
sepak negara itu yang sering mendapat kritikan pedas ekoran kemerosotan
pasukan kebangsaan.
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim memang disebut-sebut calon
paling layak untuk memegang jawatan tertinggi itu, namun beliau awal-awal lagi
menolak cadangan itu kerana tidak mahu menimbulkan konflik kepentingan.
Beliau juga menegaskan presiden FAM tidak sepatutnya datang daripada kerabat
Diraja dan juga mempunyai pertalian dengan mana mana persatuan bola sepak
negeri atau kelab yang mengambil bahagian.

Bekas Setiausaha Agung FAM Tan Sri Dr Ibrahim Saad bersetuju dengan
kenyataan Tunku Ismail, dan beliau berpendapat jawatan tertinggi persatuan
tidak dibarisi mereka yang mempunyai jawatan dalam persatuan negeri.
"Saya pernah mencadangkan dulu, siapa yang pegang jawatan tertinggi dalam
FAM tidak boleh mempunyai jawatan di peringkat negeri kerana tidak mahu
timbul konflik kepentingan.
"Kepimpinan FAM perlu mengambil berat kepentingan negara lebih daripada
kepentingan negeri supaya tidak timbul konflik," katanya ketika dihubungi
Bernama.
Turut senada dalam isu ini ialah bekas pemain negara era 70-an, Dali Omar yang
berkata FAM wajib membuat rombakan besar-besaran dan anggotanya diganti
dengan muka baharu yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan meluas
tentang bola sepak.
Bekas pemain, tiada kepentingan
Dali berkata calon paling sesuai bagi jawatan presiden FAM adalah dalam
kalangan bekas pemain dan bukan golongan yang mempunyai pangkat.
"Susah bekerjasama dengan mereka yang berpangkat kerana anggota bawahan
tidak berani menyuarakan pendapat sehingga menerima sahaja segala
pandangan, cadangan dan keputusan kepimpinan tertinggi FAM.
"Apa berlaku sekarang dalam FAM dan bola sepak negara tiada siapa berani
kritik kerana takut dengan risiko yang bakal diterima," kata pemain yang pernah
beraksi dengan sebuah kelab di Australia pada 1972.
Jelasnya, presiden FAM perlu mahir tentang selok-belok pengurusan bola sepak,
di samping tidak ada sikap berkepentingan dengan mana-mana persatuan
negeri.

Dali turut menyuarakan kehampaannya terhadap prestasi merosot skuad negara


yang tidak berubah dan tidak konsisten sejak beliau kembali ke tanah air 16
tahun lepas
Tokoh korporat
bgaimanapun, Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM) B.
Sathianathan berkata tokoh korporat, Tan Sri Tony Fernandes antara individu
yang layak selain Tunku Ismail.
Selain membawa sumber kewangan dalam persatuan, lebih utama lagi calon itu
perlu mempunyai masa untuk menguruskan pentadbiran FAM.
"Calon presiden FAM mesti ada visi yang jelas serta perancangan pembangunan
bola sepak untuk jangka pendek dan panjang," kata bekas ketua jurulatih
kebangsaan itu.
Ketika ini beberapa tokoh korporat tanah air telah memiliki kelab bola sepak luar
negara seperti Fernandes dengan Queen Park Rangers, Tan Sri Vincent Tan
(Cardiff City) dan Datuk Dr Noordin Ahmad (FC Bari 1908).
-Bernama

KONFLIK DANA THE RED WARRIOR


Pada beberapa hari yang lalu, KAFA melalui Naib Presidennya, Datuk Rosmadi
Ismail telah mengumumkan akan menarik diri daripada Liga Malaysia pada
musim hadapan.
Status penuh akan diumumkan pada 29 Disember ini. Kenyataan KAFA itu
mengundang banyak reaksi. Tidak kurang juga resah dan kecewa oleh peminat
bola sepak Kelantan.
Mereka rata-rata tidak bersetuju dengan penarikan diri ini. Bagi mereka, biarlah
pasukan Kelantan terus bersaing dengan pasukan murah sekalipun.
Maksudnya, mereka mencadangkan agar KAFA mempertimbangkan untuk
menggunakan khidmat pemain Piala Presiden dan pemain-pemain yang bergaji
rendah.
Kredit gambar : asiana.my

Mana tidaknya, setelah berhempas pulas cuba keluar dari zon penyingkiran, tiba-
tiba mahu menarik diri.
Dilema KAFA
KAFA menjelaskan mereka tidak dapat mencari tajaan untuk musim hadapan.
Mereka juga mendedahkan mereka cuma ada sekitar RM700,000.00 dalam
akaun mereka.
Jumlah tersebut sangat sukar untuk menampung kos operasi pasukan apatah
lagi mahu membayar gaji pemain. Mereka sebelum ini menjalin kerjasama
dengan Datuk Seri Vida.

Namun jutawan kosmetik tersebut seakan-akan sudah tawar hari untuk


meneruskan kerjasama dengan Kelantan. Pelbagai masalah dan konflik salah
faham berlaku di antara kedua-dua pihak sebelum in
Pada pertengahan musim lalu KAFA mendakwa mereka cuma menerima RM4 juta
sahaja daripada Datuk Seri Vida. Datuk Seri Vida membalas balik dengan
berkata, pihak beliau tidak pernah menjanjikan tajaan sebesar RM8 juta kepada
pasukan Kelantan.
Kini status penajaan dikatakan dalam masalah dan KAFA akan mengambil
tindakan perundangan jika pihak Vida Beauty gagal menepati perjanjian yang
masih berbaki semusim lagi.

Sathianathan : Bina Pasukan RM3 Juta


Bekas pengendali Kelantan, Datuk B. Sathianathan tampil dan mahu KAFA
memikirkan semasak-masaknya isu penarikan diri ini.
Beliau kurang bersetuju dengan anggaran KAFA yang meletakkan angka RM15
juta sebagai kos minimum untuk mereka meneruskan persaingan dalam Liga M
pada musim hadapan.
Petikan kenyataan beliau kepada Sinar Harian berbunyi :
Apa yang penting adalah kewujudan pasukan Kelantan itu sendiri yang perlu
ada dalam saingan Liga-M musim hadapan.
Kebanyakan orang tidak kira di Kelantan atau di negeri lain kenal dengan
pasukan The Red Warriors selain ramai yang masih pakai jersi pasukan itu.
Tolonglah jangan hampakan harapan peminat.
Jika tidak mampu sedia dana besar, cuba cari pemain muda dan bina kembali
pasukan dalam masa dua atau tiga tahun ini. Tiada pemain import pun tak
mengapa.
Jelaskan pada peminat bahawa untuk musim ini, sasaran kejar piala terpaksa
diketepikan dan fokus kepada pembentukan pasukan. Saya yakin ramai peminat
yang faham, katanya.
Mengulas lanjut, Sathianathan turut mahu Kafa memikirkan implikasi penarikan
diri pasukan kepada pemain dan jurulatih sedia ada.
Saya rasa untuk cari dua atau tiga juta mungkin tiada masalah buat Kafa.

Kemusykilan Peminat
Baru-baru ini heboh berita bahawa KAFA telah melantik pembantu jurulatih yang
berasal dari Thailand iaitu Sathit Bensoh.
Maka timbul keraguan, jika benar mahu menarik diri, kenapa masih melantik
penolong jurulatih yang berprofail agak baik.
Namun, ada juga berita menyatakan keputusan melantik Shahit sudah dilakukan
beberapa minggu yang lepas. Persoalan seterusnya, kenapa mereka tidak
berbincang untuk menamatkan sahaja perjanjian awal.
Ini kerana, Shahit berisiko untuk tidak menerima bayaran berdasarkan terma
yang dipersetujui di dalam kontrak beliau. Lantas, ada yang mengandaikan KAFA
mungkin sedang main wayang seperti mana sebelum ini.

Teori mereka adalah, akan muncul satu nama yang menjadi adiwira sekali lagi
dan melonjakkan populariti di mata penyokong Kelantan.

Selamatkan Bola Sepak Kelantan


Ada beberapa suara dari penyokong Kelantan yang mengajak penyokong-
penyokong TRW yang masih sayangkan pasukan ini untuk menubuhkan Yayasan
Bola Sepak Kelantan.
Kelantan memiliki fan base yang sangat besar. Jadi, jika ada kesedaran tentang
kuasa penyokong melalui Yayasan bola sepak sebegini ia sudah pasti satu
langkah besar.
Namun berdasarkan pemerhatian kami, cadangan ini kurang mendapat
sambutan daripada penyokong-penyokong Kelantan.

Pandangan Kami
Secara umumnya, kita semua tahu KAFA terbeban dengan masalah kewangan
sejak beberapa musim yang lalu. Mereka berhadapan dengan masalah
pembayaran gaji pemain dan jurulatih.
Yang peliknya, hampir setiap kali jendela perpindahan pemain mereka membawa
masuk pemain-pemain import yang baru. Ia melibatkan kos yang agak besa
Pihak KAFA sudah pasti akan membayar pendahuluan kontrak dan bayaran
khidmat ejen pemain yang tinggi. Pada masa yang sama, mereka perlu
membayar pampasan kepada pemain yang ditamatkan kontrak.
Kelantan memiliki fan base yang sangat besar. Tidak keterlaluan untuk
dikatakan, mungkin yang terbesar di Malaysia. Di mana silapnya KAFA yang
gagal untuk mendekati dan memanfaatkan lingkaran ini.
Kami bersetuju dengan pandangan B. Sathianthan yang mencadangkan pasukan
lebih murah. Mungkin jumlah RM3 juta itu agak terlalu minima.
KAFA harus menyemak semula segala butiran dalam kos operasi dan juga
perbelanjaan mereka yang meragukan dan cuba untuk menyiasat serta cuba
optimumkannya.
Dari segi pemilihan pemain, cuba sedaya upaya mencari pemain yang mahu
menerima gaji berdasarkan kemampuan yang diberikan pasukan
Sebarang tindakan terlalu emosional dalam mendapatkan pemain akan
memberikan impak seperti sebelum ini
Seterusnya, mungkin KAFA harus duduk semeja dengan beberapa pemain senior
untuk berbincang tentang rombakan kontrak yang membawa kepada
pengurangan kadar gaji.
Jika mereka tidak mahu berbuat demikian maka KAFA harus menghormati
keputusan mereka dan melepaskan mereka.

Ingat! Juventus dulu, ada beberapa pemain mereka yang datang dan meminta
gaji dipotong atas dasar sayangkan kelab.

Kehilangan Kelantan dari kancah bola sepak Malaysia pada musim hadapan
pastinya mengurangkan warna dan kemeriahan bola sepak domestik kita.
Kami mengharapkan pasukan ini kekal bersaing dan berjaya mencari
penyelesaian kepada masalah semasa mereka. ALING JAYA: Kemelut penarikan
diri pasukan bola sepak Kelantan daripada menyertai saingan Liga Malaysia
(Liga-M) musim 2017 dijangka selesai selepas berjaya mendapatkan dana yang
diperlukan.
Bekas presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa turut
mengarahkan exco persatuan itu membuat pendaftaran pemain segera
memandangkan tarikh tutup penyertaan pasukan ialah pada hari ini.
Keputusan sebulat suara untuk menyertai semula liga berkenaan dicapai dalam
mesyuarat Annuar dengan barisan exco Kafa malam tadi selepas beliau sedia
membantu pasukan Kelantan mendapatkan dana.
Pertemuan dengan exco Kafa baru selesai, esok Kafa diminta daftar 23 pemain
dulu sekali gus meneruskan penyertaan Liga Super.
Ini perlu mereka lakukan demi menjaga maruah Kelantan, menghargai
sokongan penyokong setia, serta membangunkan bola sepak Kelantan, katanya
menerusi kenyataan di Facebook malam tadi.

Sebelum ini Kafa memutuskan untuk menarik diri daripada saingan Liga-M 2017
susulan ketidakmampuan untuk menyediakan dana mencukupi kepada
pengurusan pasukan The Red Warrior (TFW) itu.
Kafa memerlukan sekurang-kurangnya RM15 juta bagi membolehkan pasukan itu
kekal bersaing secara kompetitif, namun persatuan itu masih bergelut mencari
sumber kewangan selepas Annuar meletakkan jawatan pengerusi secara
mengejut Disember lalu.
Mesyuarat khas exco Kafa pada 15 Disember lalu mendedahkan dana kewangan
terkumpul persatuan itu hanya RM800,000 daripada sumbangan penaja tertentu
dan mereka perlu bekerja keras mencari dana sebelum sepak mula Liga-M, akhir
Januari.
Susulan keputusan Kafa itu, ramai yang merayu supaya ada pihak tampil
membantu menaja TRW dan memberi nafas baharu kepada pasukan itu untuk
kekal beraksi musim depan termasuklah keputusan kerajaan Kelantan yang
secara terbuka berjanji untuk memberi bantuan, walaupun tidak dinyatakan
secara jelas bentuk bantuan tersebut.
Malah, kemelut yang melanda pasukan bola Kelantan itu menarik kembali minat
pemilik Vida Beauty Sdn Bhd Datuk Seri Hasmiza Othman untuk menaja semula
TRW tetapi bersyarat.
Antara syaratnya ialah kelab penyokong dan peminat pasukan TRW itu perlu
mempromosi serta membeli produk keluaran syarikatnya sebagai tanda
sokongan kepada tajaan berkenaan.
Saya boleh pertimbangkan untuk menaja pasukan TRW bagi saingan Liga
Malaysia 2017 tetapi dengan syarat kelab penyokong dan penyokong TRW
membuat promosi dan membeli produk keluaran Vida Beauty, katanya kepada
FMT
BADAN Bertindak Bola Sepak Kelantan (BBBSK) mahu Kerajaan Kelantan campur
tangan berhubung kemelut Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) yang berhasrat
menarik penyertaan pasukan bola sepak negeri itu dalam saingan Liga-Malaysia
(Liga-M) musim 2017.

Penyelarasnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, kerajaan negeri perlu


memandang serius isu tersebut dan bersikap lebih prihatin dalam menyelesaikan
konflik yang melanda itu kerana ia melibatkan masalah rakyat.

Kita menggesa kerajaan negeri mengambil tanggungjawab menyelesaikan


masalah yang ada ini dalam apa keadaan sekali pun kerana semua tahu dari
sudut sukan, bola sepak adalah denyut nadi rakyat Kelantan.

Bola sepak adalah sukan paling popular di Kelantan, bola sepak juga menyatu
padukan rakyat Kelantan, jadi dalam keadaan kita berjaya, kita kena jaga dan
dalam keadaan kurang berjaya sekali pun, kita tidak boleh lari daripada
mempertahankan bola sepak Kelantan, katanya pada sidang media pelancaran
Tabung Dana Penyelamat Bola Sepak Kelantan di Kota Bharu, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Persatuan Bekas Pemain Lagenda Kelantan (Lagenda


Kelantan), Abdul Hamid Ramli, Pengerusi Kelab Sukan Era80 (Era80), Salim
Mahmud Muhaiddin, Dali Omar, Wan Zawawi Wan Yusoff, Nik Fauzi Nik Hassan,
Mahadi Yusof, Yassin Mohd Nor dan ramai lagi.

BBBSK terdiri daripada gabungan Persatuan Bola Sepak Melayu Kelantan


(PBSMK), Persatuan Bekas Pemain Lagenda Kelantan (Lagenda Kelantan) dan
Kelab Sukan Era80 (Era80) merupakan badan bebas dan ditubuhkan serta-
merta setelah melihat tidak ada pihak yang serius mahu menangani konflik tarik
diri skuad pantai timur itu.

Pada masa sama, Takiyuddin dalam nada tegas memberitahu, Kelantan tidak
boleh menarik diri daripada Liga-M dan pihaknya akan berusaha sedaya-upaya
bagi memastikan pasukan negeri itu kekal bersaing dalam pertandingan
tersebut.

Walaupun kita tahu badan autoriti adalah Kafa dan bola berada di kaki mereka
tetapi kami gesa mereka jangan cuba tarik diri. Masalah yang ada kita cuba
tangani sebaik mungkin.
Timbul perasaan tidak menentu dalam kalangan kami apabila Kafa mengambil
ketetapan (tarik diri) walaupun keputusan sebenar hanya akan diputuskan dalam
kongres pada 29 Disember ini.

Kami ingin menyatakan rasa dukacita jika benar perkara ini berlaku. Kafa tidak
boleh buat satu tindakan yang tidak pernah berlaku dalam sejarah bola sepak
Kelantan kerana sejak dari zaman kempen Piala Malaysia, Liga Semi Pro dan
sekarang, Liga-M, Kelantan tidak pernah tarik diri dan beraksi dalam semua
pertandingan itu, katanya.
egilaan syarikat kosmetik berlumba-lumba menaja pasukan bola sepak belum
tentu menjanjikan manfaat kepada pasukan tersebut, kata Prof Emeritus Tan Sri
Dr Khoo Kay Kim.

Pengkritik sukan itu berkata keadaan itu berlaku sekiranya pengurusan pasukan
yang ditaja diberi tekanan untuk mempamerkan aksi cemerlang sepanjang
musim.

Katanya, penajaan daripada syarikat kosmetik dan kecantikan, antaranya


bertujuan untuk memperluaskan jaringan perniagaan sesebuah syarikat
kosmetik berkenaan.

Pilihan Editor

Apa erti kerjasama HARAPAN dan parti Mahathir?


"Pada zaman dahulu, persekitaran bola sepak negara sangat berbeza
memandangkan pemain berusaha menggunakan duit sendiri untuk membantu
pasukan tanpa mengharapkan penajaan.

"Sayangnya, perkara itu tidak wujud lagi pada masa kini, dan penajaan jutaan
ringgit menjadi tumpuan utama pasukan untuk meraih kejayaan," katanya
seperti dilaporkan Bernama .

Terdahulu, pasukan Kelantan antara pencetus fenomena tersebut selepas


mendapat tajaan berjumlah RM16 juta daripada Vida Beauty Sdn Bhd.

Susulan itu, D'Herbs Holdings (M) Sdn Bhd juga berminat untuk menaja sama
ada pasukan Pahang, Terengganu atau Kedah selepas rundingan dengan juara
Piala Malaysia 2015, Selangor gagal mencapai kata sepakat.
Syarikat Nouvelle Visages yang menyatakan minat menaja salah satu daripada
tiga pasukan bola sepak tempatan namun nama pasukan tidak didedahkan.
Sementara syarikat Megah Perawan Sdn Bhd dilapor membuat pusingan U
selepas dilaporkan berhasrat untuk menaja pasukan Liga Perdana PKNS FC.
Campur tangan jejas rancangan?
Sementara itu, bekas pemain kebangsaan era 90-an, Mohd Nidzam Jamil
menyokong usaha syarikat kosmetik menyuntik dana kepada pasukan pilihan
mereka kerana sedikit sebanyak dapat mengatasi masalah kewangan pasukan
dalam Liga-M.

Mohd Nidzam yang juga jurulatih kelab Liga FAM AirAsia FC bagaimanapun
melahirkan kebimbangan sekiranya wujud campur tangan dalam urusan
pentadbiran oleh pihak penaja sehingga menjejaskan perancangan terdahulu
pasukan berkenaan yang sudah dirangka lebih awal.
"Bagi saya, penajaan daripada syarikat kosmetik ini bagus cuma apa yang saya
risaukan adalah mereka bakal mencampuri pengurusan sesebuah pasukan yang
akhirnya akan membawa kepada konflik kepentingan pasukan itu sendiri," beliau
dipetik sebagai berkata.
Selain itu menurut beliau, penaja akan mewujudkan tekanan terhadap pasukan
bola sepak untuk mencapai kejayaan kerana mereka mahukan pulangan hasil
pelaburan besar.
"Bola sepak ini adalah sukan yang sangat mendesak, dan desakan daripada
penaja untuk sesuatu pasukan raih kejayaan (setiap musim) adalah perkara
biasa. Tanpa desakan sekali pun, pengurusan sesebuah pasukan sudah
semestinya menginginkan kejayaan
"Namun mereka (penaja) harus ingat kemampuan pemain sesebuah pasukan
untuk melakar kejayaan dalam tempoh singkat bukannya satu perkara mudah
kerana ia memerlukan perancangan teliti," katanya.
Tegasnya, pemain juga harus tahu bagaimanapun untuk mengawal tekanan serta
kehendak pengurusan dan penyokong mereka sendiri.

Sementara itu, penajaan dilihat aspek penting memandangkan kos pengurusan


untuk pasukan Liga-M menelan belanja antara RM8 hingga RM18 juta
bergantung sama ada pasukan itu bersaing dalam Liga Super atau Liga Perdana.
Jumlah berkenaan dijangka meningkat tahun ini susulan penswastaan Liga-M dan
dikendalikan oleh Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP).
FMLLP pula dijangka hanya memberikan geran antara RM500,000 sehingga RM1
juta kepada setiap pasukan Liga Perdana dan Liga Super, dan jumlah ini tidak
mampu menampung keperluan kewangan pasukan terlibat hingga menyebabkan
mereka kini perlu mencari penaja pasukan masing-masing untuk bertanding
dalam Liga-M.
FMLLP merupakan sebuah badan khas yang menguruskan perjalanan Liga-M
bermula musim ini susulan kerjasama yang terjalin antara Persatuan Bola Sepak
Malaysia (FAM) dan syarikat pemegang hak media antarabangsa terkemuka,
Media Partners & Silva (MP & Silva), awal tahun lalu.

Bekas kapten futsal negara, Addie Azwan Zainal, melihat kejayaan skuad negara
meraih tempat ketiga dalam Kejohanan Futsal AFF 2016 satu pencapaian yang
baik menjelang Sukan SEA Kuala Lumpur, 19-31 Ogos nanti.

"Satu pencapaian yang baik bagi memulakan musim 2017. Daripada aspek
permainan, pada saya dalam tempoh latihan yang agak pendek untuk
menduduki tempat ketiga sememangnya amat baik," ujarnya.

SUKAN SEA 2017


Addie, yang pernah meledak hatrik dalam kemenangan 3-2 ke atas Indonesia
dalam saingan Futsal Sedunia Kuala Lumpur 2008, berpendapat masih terdapat
beberapa aspek yang perlu diperbaiki.
"Apa yang merencatkan pencapaian mereka adalah mereka menang ke atas
Indonesia tetapi tewas kepada Myanmar. Jadi, senario itu membuktikan ada
beberapa perkara yang harus diperbaiki. Skuad kendalian Chiew Chun Yong itu
hampir melakar kejutan ke atas Thailand di peringkat separuh akhir apabila
mendahului 3-0 sebelum kembali dikejar untuk tewas 5-3.
"Ketika berdepan Thailand, skuad negara bermain dengan cukup baik. Kita tidak
pernah mendahului 3-0 berdepan mereka sebelum pihak lawan bangkit
menewaskan skuad negara," tambahnya.
Dia, yang pernah bertindak selaku penolong jurulatih kepada Marcelo Serpa
sebelum ini, turut menggesa anak buah Chun Yong untuk beraksi dengan lebih
bijak, apatah lagi ketika berdepan lawan yang kuat.
"Pada saya, pemain perlu lebih bijak untuk menghadapi situasi itu. Saya yakin
jurulatih telah mengagihkan tugas masing-masing tetapi ada pemain yang
kadang kala hilang fokus.
"Kerana itulah, apabila kita mula bolos, pihak lawan mudah untuk mencari gol
kedua dan ketiga.Sementara itu, Addie turut meluahkan keyakinannya terhadap
kredibiliti Chun Yong untuk membawa skuad futsal ke final Sukan SEA nanti.
"Sebagai pencinta futsal, saya rasa tidak mustahil skuad negara mampu mara ke
final. Cuma saya berharap barisan jurulatih dapat melahirkan pemain berdisiplin
yang akan membantu skuad negara, bukan sekadar mewakili negara," jelasnya.

Anda mungkin juga menyukai