Anda di halaman 1dari 5

TAJUK:

MENGGUNAKAN KAEDAH GUK BAGI MEMBANTU MURID-MURID TAHUN 3


MENGUASAI KEMAHIRAN PENULISAN KATA NAMA BERIMBUHAN peN-

1.0 PENGENALAN

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) telah dijadikan sebagai garis panduan dan
rujukan perdana para pendidik semasa melaksanakan tugas-tugas pendidikan. Para
guru perlu menyedari hakikat bahawasanya tugas dan tanggungjawab mereka
tertumpu kepada penyampaian ilmu pengetahuan dan pembentukan modal insan
yang perlu diberikan perhatian yang serius. Dalam pendidikan negara, kurikulum
Bahasa Melayu menyediakan murid untuk menguasai kecekapan berbahasan dan
komunikasi dengan menggunakan tatabahasa secara betul dan tepat (Bahagian
Perkembangan Kurikulum, 2013).

Seiring dengan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013


2025 (PPPM) yang komited ingin meningkatkan pencapaian setiap murid dan kualiti
pendidikan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) distrukturkan kepada
pendekatan modular. Unit-unit kecil yang terkandung dalam KSSR terdiri daripada
beberapa modul termasuklah Modul Tatabahasa (Zaini, 2013)

Standard Kandungan Aspek Tatabahasa digubal bertujuan untuk menentukan


keupayaan murid menguasai asas kemahiran berbahasa dengan penggunaan nahu
yang betul dan tepat. Dalam hal ini, guru dilihat berperanan penting untuk
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran aspek tatabahasa ini secara
penggabungjalinan dengan kemahiran yang lain seperti kemahiran lisan, membaca
atau menulis. Oleh hal yang demikian, pengajaran dan pembelajaran tatabahasa
wajar diajarkan dengan berfokus dan terancang.

Kemahiran menulis adalah salah satu kemahiran penting yang perlu dikuasai
oleh murid. Terdapat sebilangan murid sekolah rendah yang masih lemah dalam
menguasai kemahiran berbahasa, terutamanya kemahiran menulis (Kamarudin
Husin dan Siti Hajar, 1997). Penguasaan kemahiran menulis amat penting dan perlu
diberikan penekanan sama da melalui perancangan pengajaran sistematik (Yahya
Othman, 2005).

1
Sehubungan dengan itu, kemahiran menulis amat penting dan perlu dikuasai
oleh murid. Penguasaan yang baik dalam kemahiran menulis ini membolehkan
murid melahirkan idea dan pendapat serta pandangan mereka melalui penulisan
(Farhan, 2013). Kemahiran menulis yang baik juga dipengaruhi oleh penguasaan
aspek tatabahasa yang baik oleh seseorang murid. Aspek tatabahasa yang
terangkum dalam bidang morfologi ini mempunyai cakupan ilmu yang luas dan salah
satu daripadanya ialah aspek pengimbuhan kata. Oleh hal yang demikian, saya
akan menjalankan satu penyelidikan tindakan untuk meningkatkan penguasaan
menulis kata nama yang menerima imbuhan peN- dalam kalangan murid.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Dalam kajian yang akan saya jalankan ini, terdapat beberapa objektif yang perlu
dicapai pada akhir kajian saya. Terdapat dua bentuk objektif yang ditetapkan dalam
kajian saya ini, iaitu objektif umum dan objektif khusus.

2.1 Objektif Umum

Kajian ini dijalankan bagi membantu meningkatkan penguasaan murid tahun


3 di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang dalam penulisan kata nama berimbuhan
peN- yang juga merupakan salah satu daripada subtajuk sistem bahasa KSSR.

2.2 Objektif khusus

Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk:


i. Meningkatkan penguasaan murid menulis kata nama berimbuhan peN-
melalui kaedah GUK.
ii. Meningkatkan mutu pengajaran guru melalui kaedah GUK ketika
melaksanakan pengajaran sistem bahasa.

2
iii. Menarik minat murid untuk mempelajari imbuhan kata nama peN- melalui
kaedah GUK.

3.0 SOALAN KAJIAN

Soalan kajian yang saya akan jalankan ini adalah seperti berikut:
i. Adakah kaedah GUK dapat membantu meningkatkan penguasaan murid
tahun 3 dalam penulisan kata nama berimbuhan peN-?
ii. Adakah kaedah GUK dapat meningkatkan mutu pengajaran guru?
iii. Adakah kaedah GUK dapat menarik minat murid tahun 3 untuk
mempelajari imbuhan kata nama peN-?

4.0 RANCANGAN TINDAKAN

Setelah mengenal pasti masalah murid, saya berasakan satu tindakan segera perlu
diambil untuk menyelesaikan masalah ini. Saya telah membuat keputusan untuk
menggunakan kaedah GUK bagi membantu murid-murid tahun 3 menguasai
kemahiran penulisan kata nama berimbuhan peN-. Antara prosedur tersebut ialah:

4.1Prosedur 1: Perbincangan bersama-sama pensyarah pembimbing.

Saya telah membuat perbincangan awal bersama-sama pensyarah


pembimbing, iaitu Puan Hasnah binti Awang mengenai tajuk dan juga kaedah yang
hendak dijadikan sebagai kajian. Perbincangan tajuk dan pemilihan kaedah telah
dilaksanakan ketika interaksi kuliah bersama-sama rakan yang lain sebagai
pendedahan dan gambaran awal terhadap penyelidikan tindakan.

4.2 Prosedur 2: Perbincangan bersama-sama guru pembimbing.

Sebelum saya melaksanakan kajian ini dengan lebih mendalam terhadap


murid-murid, saya akan berjumpa dan berbincang dengan guru pembimbing mata
pelajaran Bahasa Malaysia, Puan Rozana binti Om untuk mendapatkan khidmat

3
nasihat, idea, pendapat dan bimbingan daripada beliau bagi menambah baik lagi
kajian dan soalan-soalan yang dirancang.

4.3 prosedur 3: Membina item soalan

Setelah berbincang dengan guru pembimbing, saya telah membina item


soalan yang akan digunakan sebagai alat pengujian dan pemerolehan data daripada
murid. Pembinaan item soalan juga perlu merujuk kepada sumber-sumber yang
berkaitan dan tepat. Oleh hal yang demikian, beberapa buah buku dijadikan sebagai
rujukan seperti Tatabahasa Dewan, Siri Tatabahasa: Kata Terbitan dan buku-buku
kerja yang diakui menepati hukum tatabahasa dari segi binaan soalan dan cadangan
jawapan.

Soalan-soalan yang dibina juga mengikut tahap pencapaian murid yang


pelbagai; baik, sederhana dan lemah. Saya juga telah mendapatkan rekod
pencapaian murid-murid untuk dijadikan sebagai rujukan dan panduan semasa
membina soalan. Perkataan-perkataan yang dipilih juga tidak begitu sukar dan
mudah difahami oleh murid.

4.4 Prosedur 4: Menjalankan ujian pra

Murid diminta untuk menulis kata terbitan menggunakan imbuhan awalan


peN- berdasarkan kata dasar yang telah diberikan. Kata dasar tersebut disusun
mengikut aturan abjad dan terdapat beberapa abjad yang tidak disertakan seperti
abjad Q, X dan Z kerana jarang menerima imbuhan awalan peN-.

Murid menjawab soalan yang diberikan tanpa sebarang bantuan dan


bimbingan daripada guru serta tiada perbincangan dalam kalangan murid semasa
menjawab soalan tersebut. Hal ini bertujuan untuk menguji kefahaman dan
pengetahuan murid mengenai imbuhan awalan peN- yang sering digunakan dalam
kehidupan mereka.

4.5
4.6 rosedur 5: Intervensi Kaedah GUK

4
Latih tubi bertindak sebagai penguat kepada penguasaan murid tentang
penulisan kata nama berimbuhan awalan peN-. Latih tubi digunakan bagi mengukur
tahap perkembangan murid. Tambahan pula, kepekaan murid bagi membuat latihan
berkenaan penulisan kata nama berimbuhan awalan peN- juga membantu
meningkatkan tahap penguasaan mereka dalam penulisan yang baik dan betul.

Di samping memberikan latih tubi, saya akan menerangkan kaedah yang


boleh membantu mengatasi kekeliruan murid untuk menulis kata nama berimbuhan
awalan peN-. Kaedah tersebut dinamakan sebagai Gugur, Ubah, Kekal (GUK).
Kaedah GUK juga merupakan intervensi utama saya untuk menjalankan
penyelidikan ini. Intervensi ini juga berbentuk pemberian soalan-soalan latihan yang
berkaitan dengan fokus kajian yang akan dijalankan terhadap sampel. Dalam latih
tubi tersebut, saya akan menyediakan soalan yang berkaitan dengan kata
berimbuhan awalan peN- ini dan murid akan menuliskan jawapan yang betul di
ruangan yang disediakan. Semua hasil kerja sampel akan dikumpulkan dan
dianalisis untuk dilihat perkembangan dari segi penguasaan dan kefahaman
terhadap penulisan imbuhan awalan peN- dengan kaedah GUK ini..

Anda mungkin juga menyukai