Teks Pengacara Majlis Program Jom Ke Sekolah Serta
Pelancaran Peti Aduan Disiplin Murid 2017
Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.
Yang Berusaha, Guru Besar SK Bayan Lepas 2 Pn. Hanzaneza
Abdul Hamid, Yang berbahagia, Pegawai Perhubungan Sekolah ______________________________ , Yang berusaha, Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum En. Sugumaran A/L M.Kathrasan, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid En. Othman Bin Mat, GPK Kokurikulum En. Khairol Azmin Bin Bashah, guru-guru serta murid- murid yang dikasihi sekalian.
Majlis pada pagi ini dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku,
lagu negeri Pulau Pinang dan lagu sekolah. Para hadirin dipersilakan berdiri.
Pada hadirin dipersilakan duduk.
Bagi memberkati majlis pada pagi yang penuh barakah ini,
marilah kita sama-sama menadah tangan mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh Al-Fadhil Ustaz ___________________________. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Ustaz _________________________
atas bacaan doa itu tadi.
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan
limpah kurnia-Nya kita dapat berhimpun dalam program Jom Ke Sekolah, Pelancaran Peti Aduan Disiplin Murid, serta Pentauliahan Pengawas Sekolah Kebangsaan Bayan Lepas 2 Sesi 2017. Untuk pengetahuan semua, program Jom Ke Sekolah ini adalah satu usahasama antara Kementerian Pendidikan dan Polis Diraja Malaysia bagi mengurangkan masalah ponteng sekolah, sekaligus mendidik murid untuk menghormati serta mengikuti peraturan sekolah.
Seterusnya, majlis diteruskan dengan bacaan ikrar murid yang
akan diketuai oleh adik ________________________. Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada adik _____________________ atas
bacaan ikrar itu tadi.
Majlis diteruskan lagi dengan pembacaan Perutusan Ketua
Pengarah Pendidikan Malaysia yang akan dibacakan oleh yang berusaha guru besar Sekolah Kebangsaan Bayan Lepas 2, Pn. Hanzaneza Abdul Hamid. Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada guru besar Sekolah Kebangsaan
Bayan Lepas 2, Pn. Hanzaneza Abdul Hamid.
Seterusnya, majlis menjemput pula yang berbahagia, pegawai
perhubungan sekolah, Tuan _______________________________ untuk membacakan perutusan Ketua Polis Negara Polis Diraja Malaysia. Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada yang berbahagia, pegawai
Seterusnya, tibalah kita ke acara perasmian Peti Aduan Disiplin
Murid. Peti aduan disiplin murid ini adalah bertujuan untuk membendung salah laku dan jenayah dalam kalangan murid di sekolah. Oleh itu, dijemput ____________________________________________________ untuk merasmikan perasmian Peti Aduan Disiplin Murid Sekolah Kebangsaan Bayan Lepas 2.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada ______________________________
atas kesudian merasmikan Peti Aduan Disiplin Murid Sekolah Kebangsaan Bayan Lepas 2.
Untuk pengetahuan para hadirin, baru-baru ini, sekolah kita telah
berjaya menganjurkan program asas kepimpinan pengawas selama 2 hari.
Oleh itu, kini tibalah masanya bagi sesi pentauliahan para
pengawas Sekolah Kebangsaan Bayan Lepas 2. Majlis dengan segala hormatnya menjemput yang berusaha, guru besar Sekolah Kebangsaan Bayan Lepas 2, Pn. Hanzaneza Abdul Hamid bagi mengiringi yang berbahagia pegawai perhubungan sekolah, Tuan _______________________________ untuk menyempurnakan majlis pentauliahan pengawas Sekolah Kebangsaan Bayan Lepas 2 sesi 2017. Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan.
*Baca senarai nama pengawas sekolah dulu. Lepas tu baru baca
senarai nama pengawas pusat sumber.
Terima kasih diucapkan kepada yang berbahagia pegawai
perhubungan sekolah, Tuan _______________________________ atas kesudian beliau menyampaikan sijil pentauliahan kepada kesemua pengawas Sekolah Kebangsaan Bayan Lepas 2 sesi 2017. Majlis diteruskan lagi dengan bacaan ikrar oleh semua pengawas sekolah yang baru ditauliahkan. Majlis dengan segala hormatnya menjemput adik Avinash A/L Mogan untuk mengetuai lafaz ikrar. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada adik Avinash.
Dengan berakhirnya bacaan ikrar itu tadi, maka berakhirlah
program Jom Ke Sekolah serta majlis pentauliahan pengawas Sekolah Kebangsaan Bayan Lepas 2 sesi 2017 pada hari ini.
Saya memohon maaf andai ada tersalah tutur bicara sepanjang
majlis ini berlangsung. Sekian, terima kasih.
Dokumen Serupa dengan Teks Pengacara Majlis Program Jom Ke Sekolah 2017