Anda di halaman 1dari 4

- Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.

t, salam sejahtera dan salam 1


Malaysia.
- Yang Berusaha, Guru Besar SK Bayan Lepas 2 Puan Hanzaneza Abdul Hamid, GPK
Tadbir dan Kurikulum Pn Zuraida Bt. Haris, GPK HEM En Othman Bin __________,
GPK Kokurikulum En. Encik Khairol Bin __________, guru-guru serta murid-murid yang
dikasihi sekalian.

Manis rasa buah sawa,


Masam rasa buah cermai;
Satu wangsa sehati sejiwa,
Hidup harmoni aman damai.

Alhamdulillah setinggi ucapan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan


limpah rahmat-Nya pada pagi yang penuh barakah ini, kita diberi kesempatan untuk
sama-sama berkumpul bagi Majlis Kemuncak Sambutan Hari Kebangsaan tahun 2016
dengan penuh kedamaian dan keamanan.

Kedamaian dan keamanan ini sebagai tanda bahawa negara ini berada dalam
kestabilan politik dan kita mampu berkongsi muafakat untuk hidup bersama .
Sesungguhnya sambutan kemerdekaan ini diadakan sebagai tanda bahawa para guru
dan pelajar sekolah ini dapat seiring dan sederap melangkah, dengan semangat
kesungguhan yang berkobar-kobar dan beriiltizam tinggi untuk menjadi warganegara
yang patriotik.

Bacaan doa:
Anugerah dikecap si anak watan,
Mengangkat senjata bidalan suara;
Menadah tangan memohon keberkatan,
Mendapat restu hidup sejahtera.
Bagi memberkati majlis pada pagi ini, dipersilakan Al-fadhil Ustaz ______________
untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas bacaan doa
sebentar tadi. Semoga majlis akan berlangsung diberkati.
Seterusnya, diminta para hadirin untuk berdiri bagi menyanyikan Lagu Negaraku dan
lagu negeri Pulau Pinang.

Pahlawan Melayu Gagah Perkasa,


Musuh datang habis dibasmi;
Tuan sudah diberi kuasa,
Sudilah kira, pohon merasmi.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang Berusaha Puan Hanzaneza


Abdul Hamid, Guru Besar SK Bayan Lepas 2 untuk menyampaikan ucapan dan
seterusnya merasmikan Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan tahun 2016.

Dipersilakan.

- Kalungan apresiasi buat Yang Berusaha Puan Guru Besar atas ucapan yang dititipkan
serta atas kesudian merasmikan Penutup Bulan Kemerdekaan sebentar tadi.

Pertandingan dan persembahan murid :

Bendera berkibar di rumah Pak Agos,


Di halaman rumah pasang pelita;
Menjelang tiba Tiga Puluh Satu Ogos,
Tarikh kemerdekaan negara kita.

Majlis seterusnya diteruskan dengan persembahan nyanyian lagu patriotik oleh murid
yang mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga.

Dijemput: ________________________________
________________________________
________________________________

Begitu menarik sekali persembahan sebentar tadi.

Terbang tinggi si burung helang,


Berkicau kenari sambil berterbangan;
Insan cemerlang negara terbilang,
Bakat diserlah tanda kecemerlangan.
Penyampaian hadiah murid:
Bersyukur menjadi rakyat Malaysia,
Bumi bertuah indah permai;
Lima puluh lima tahun kita merdeka,
Rakyat hidup aman damai.

- Untuk pengetahuan hadirin sekalian, murid-murid Sekolah Kebangsaan Bayan Lepas


2 telah menyertai pelbagai aktiviti sepanjang Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia.
Kini tibalah masa yang dinanti-nantikan iaitu majlis penyampaian hadiah kepada murid-
murid yang telah menyertai pertandingan sepanjang bulan kemerdekaan yang lalu.

- Oleh itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Puan Hanzaneza Abdul
Hamid, Guru Besar SK Bayan Lepas 2 diiringi oleh __________________________
untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

- Dijemput pemenang bagi pertandingan mewarna sempena Hari Kemerdekaan.

- Dijemput pemenang bagi pertandingan pakaian kebangsaan.

- Seterusnya, penyampaian hadiah cenderamata persembahan. Dijemput:


______________________________________

Majlis mengucapkan terima kasih Puan Hanzaneza Abdul Hamid atas penyampaian
hadiah kepada para pemenang.

Tiga Puluh Satu Ogos tarikh keramat,


Bersama kita menyambut merdeka;
Bersatu berazam penuh semangat,
Mari pertahankan kemerdekaan kita.
Penutup acara:

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara. Pihak majlis mohon
mengambil kesempatan waktu ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada
semua pihak yang terlibat dalam memastikan Majlis Kemuncak Sambutan Bulan
Kemerdekaan peringkat sekolah ini dapat dilangsungkan dengan meriahnya. Terima
kasih juga diucapkan kepada semua murid atas kerjasama yang diberikan bagi
mengharmonikan majlis ini.

Tenang-tenang air di kali,


Tempat mandian putra puteri;
Sempurna sudah majlis dirai,
Salah dan silap harap dimaafi.

Semua guru dan murid diminta berdiri bagi sama-sama menyanyikan enam buah lagu
iaitu lagu Jalur Gemilang, Berjaya, Keranamu Malaysia, Tanggal 31, Malaysiaku
Gemilang dan Sehati Sejiwa.

Saya akhiri majlis ini dengan lafaz yang mulia,


Wabillahi Taufik Walhidayah.
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai