Anda di halaman 1dari 5

DOA SEMPENA HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN

,


Ya Allah Ya Karim Ya Wadud
Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana mengizinkan kami
untuk mengadakan dan berada dalam Majlis Anugerah
Kecemerlangan Sekolah kebangsaan Santan bagi tahun 2015 ini.

Ya Allah Ya Faaalullimaayurid
Kami memohon kepada-Mu , agar Engkau berkati majlis ini dengan
limpahan rahman dan rahim-Mu, semoga segala usaha kami dalam
menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayah-Mu. Tidak juga lupa
kepada para pendidik yang telah lama menyumbang khidmat dan menabur
bakti mereka di sekolah yang bertuah ini .

Di saat ini juga kami rafakan tangan kehambaan mengharapkan ihsan-


Mu agar Engkau teruskan dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami
capai sama ada dalam bidang akademik mahupun aspek pembinaan sahsiah
insan dan seterusnya menganugerahkan kepada kami kecemerlangan demi
kecemerlangan yang lebih bermakna dalam pelbagai bidang pada masa-
masa akan datang.

Ya Allah , Ya Ghaniyyu Ya Hamid ,


Jadikanlah kami murid murid yang menerima hadiah dan sijil
penghargaan pada hari ini sebagai murid murid yang bersyukur atas
pengiktirafan ini. Jadikanlah kami murid murid yang akan sentiasa berusaha
dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi diri dan prestasi diri
dalam bidang akademik mahupun ketrampilan peribadi yang luhur. Malah
kami memohon daripada-Mu Ya Allah dengan penuh ketaakulan agar majlis
anugerah ini akan menjadi katalis dan sumber inspirasi kepada murid
murid lain supaya mereka sama-sama mengerah keringat dan
menggembleng tenaga untuk mencapai kecemerlangan demi
mengharumkan nama sekolah ini.











DOA MAJLIS JAMUAN PERPISAHAN TAHUN 6


,


Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana mengizinkan kami
untuk berada dalam jamuan akhir tahun, Tahun 6 sekolah Kebangsaan
Santan bagi tahun 2015 ini.

Kami memohon kepada-Mu Ya



Allah , agar Engkau berkati majlis ini. Semoga segala usaha kami dalam
menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayah-Mu. Di saat ini kami
rafakan tangan kehambaan mengharapkan ihsan-Mu memberkati guru -
guru kami dan diri kami semua yang sekarang ini berada di penghujung
perjalanan sebagai pelajar yang bergelar murid sekolah rendah.

Sesungguhnya liku-liku perjalanan yang bermula dari Pra Sekolah 6

tahun yang lalu kini, sedang berada di ambang perpisahan.



Sesungguhnya cabaran di hadapan semakin
mencabar. Semakin hebat. Tanpa guru-guru kami, diri kami yang lemah ini
tidak akan dapat mengharungi setiap cabaran yang beraja dalam liku-liku
perjalanan ini. Engkau ampunilah dosa guru-guru kami atas kegigihan
mereka membimbing kami. Berkatilah kehidupan guru-guru kami dan
kurniakanlah kebahagiaan hakiki kepada mereka kerana sesungguhnya ya
Allah, guru-guru kami semuanya layak mengecapi kebahagiaan kurniaan MU.

Ya Allah, dalam mengharungi liku-liku untuk menagih secebis ilmu Mu,


ramai musuh-musuh yang muncul bagi memesongkan hati kami. Musuh
yang sentiasa mengambil peluang di atas segala kelemahan. Kelemahan
yang sebahagian besarnya datang dari dalam diri, juga dari persekitaran. Ya
Allah kami pohon agar dilindungi kami dan guru-guru kami dari sebarang
bisikan-bisikan yang memesongkan

Ya Allah wahai tuhan kami, kami akan terus melangkah seiring dengan
pencapaian masing-masing. Samada cemerlang atau sebaliknya, sebahagian
daripada kami akan mula meninggalkan keluarga masing-masing. Hati kami
akan lebih cenderung kepada rakan-rakan. Kurnikanlah kepada kami rakan-
rakan yang dapat membina kejayaan, bukan rakan-rakan yang melalaikan.
Berilah kejayaan kepada kami dalam apa jua bidang yang bakal kami lalui.
Peliharalah kami dari sebarang kekurangan dan kelemahan agar kami dapat
melalui perjalanan hidup dengan pimpinan Mu. Buakalah hijab seluas-
luasnya. Agar kami dapat mengenalpasti segala cabaran. Hati yang dilimpahi
dengan cahaya petunjuk. Tidak sesat dan tidak menyesatkan.

Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai satu perhimpunan


yang dirahmati dan perpisahan kami pula selepas ini sebagai satu
perpisahan yang diberkati dan dilindungi. Dan janganlah Engkau jadikan
pada diri kami ini, dan mereka yang bersama kami, kebinasaan, dan
menyingkirkan kami dari memperolehi rahmat






.


.

Anda mungkin juga menyukai