Anda di halaman 1dari 5

8.

0 CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

8.1 Penilaian Tindakan

8.2 Cadangan Tindakan Susulan

Setelah memperoleh hasil yang memuaskan daripada dapatan-dapatan

yang telah dibincangkan, pengkaji berpendapat bahawa kajian ini perlu

diteruskan untuk kepentingan pendidikan pada masa akan datang. Ini

kerana teknik kemahiran lisan berbantukan lihat dan sebut ini sesuai

digunakan dalam pdp bagi meningkatkan sebutan, kefahaman dan amalan

pedagogi guru terhadap topik yang diajar.

Penyelidikan tindakan ini menguji keberkesanan penggunaan teknik

kemahiran lisan berbantukan lihat dan sebut dalam meningkatkan

kefahaman murid dalam menguasai sebutan huruf serta meningkatkan

amalan pedagogi guru dalam topik subjek bahasa Melayu. Penyelidikan ini

dijalankan supaya dapat memberi ruang kepada pengkaji supaya dapat

merancang dan melaksanakan strategi pengajaran yang berkesan dalam

membantu murid mengingat huruf, di samping proses pdp yang berjalan

menarik dan tidak membosankan. Secara keseluruhan kajian ini berjaya

mencapai objektif yang telah ditetapkan. Namun, terdapat beberapa

kelemahan yang telah dikenal pasti dan perlu dibuat penambahbaikan bagi

meningkatkan lagi kualiti penyelidikan seumpama ini sekiranya dijalankan

pada masa akan datang. Sehubungan dengan itu, beberapa cadangan bagi

kajian lanjutan telah dicadangkan oleh pengkaji sebagai penambahbaikan

terhadap penyelidikan yang telah dilaksanakan.


Pengkaji mencadangkan agar teknik kemahiran lisan berbantukan

lihat dan sebut digunakan dalam mata pelajaran lain seperti Bahasa Arab,

Sains dan Matematik. Hal ini kerana kemahiran lisan guru sangat penting.

Komunikasi dua hala boleh menarik murid untuk kembali fokus kepada

pengajaran dan pembelajaran yang sedang berlangsung di dalam kelas.

Jadi dengan teknik pengajaran yang digunakan, maka ia dapat merangsang

kecekapan komunikatif murid agar tidak pasif di dalam kelas. Sebagai

contoh guru boleh jalankan teknik soal-jawab dan teknik dengar serta ulang

dalam pengajaran supaya murid sentiasa faham dan memberi perhatian.

Malahan itu, guru boleh gunakan teknik ini pada masa akan datang dengan

memperbanyakkan aktiviti lisan dan komunikasi di dalam kelas

pembelajaran seperti main peranan, simulasi, bercerita, dan lain-lain lagi

yang boleh dijalankan samada secara berpasangan. Tajuk-tajuk yang dipilih

untuk aktiviti lisan disarankan agar lebih realisitik dengan komunikasi

sebenar supaya ianya dapat meningkatkan kefahaman murid dan tidak

membosankan.

Seterusnya, pengkaji juga mencadangkan agar penyelidikan ini

diaplikasi secara meluas kepada murid yang berpencapaian rendah,

sederhana dan tinggi. Bagi murid yang berpencapaian rendah guru boleh

menggunakan bahasa yang mudah dan intonasi yang pelbagai supaya

murid tidak bosan ketika pdp berjalan. Guru juga boleh aplikasikan

komunikasi dua hala dengan sentiasa adakan soal jawab bersama murid

agar murid dapat mengikuti pelajaran. Untuk tahap kognitif murid yang tinggi,

guru boleh aplikasikan komunikasi dua hala dengan membuat aktiviti

kumpulan, perbentangan dan soal jawab menggunakan KBAT. Secara tidak

langsung ini akan meningkatkan keupayaan berfikir murid serta dapat

meningkatkan kefahaman murid berkaitan topik yang dipelajari.


Saya menggunakan teknik komunikasi berbantukan visualisasi.

Bahan visualisasi ini sangat bagus digunakan untuk murid-murid di semua

tahap. Teknik visualisasi merupakan kaedah yang membolehkan murid

membuat gambaran atau perlambangan terhadap sesuatu perkara seperti

gambar dan sebagainya. Alat bantuan visualisasi ini sangat luas

penggunaanya. Ia bukan sekadar lakaran gambar rajah, tetapi juga boleh

menjadi imaginasi secara abstrak dalam minda murid. Oleh itu untuk

penyelidikan akan datang guru boleh menggunakan visualisasi ini dalam

mata pelajaran bahasa sebagai contoh gambaran dalam karangan dan

untuk mata pelajaran sejarah boleh digunakan dalam topik-topik seperti

kemerdekaan, benderaku dan sebagainya. Guru boleh menggunakan bahan

ini untuk murid tahap rendah agar mereka memahami dengan lebih mudah.

Ini kerana mengikut aplikasi prinsip Bruner dalam bilik darjah murid yang

mempunyai tahap kognitif yang rendah mudah untuk memahami sesuatu

berdasarkan gambar yang bewarna-warni. Untuk murid yang mempunyai

tahap kognitif tinggi guru boleh menggunakan kaedah visualisasi ini dengan

menggambarkan perkara besifat abstrak. Jadi secara tidak langsung dapat

meningkatkan kefahaman dan kemahiran berfikir murid-murid.

Malahan itu, cadangan penambahbaikan terhadap bahan bantuan ini

juga guru boleh menerapkan unsur ICT mengikut zaman. Pada pendapat

saya, visulisasi ini boleh dipersebahkan dalam Power Point kerana

penggunaanya lebih menarik dan dapat meningkatkan kefahaman murid

untuk menumpukan perhatian dalam bilik darjah. Menurut Rashidi Azizan

(1986), kaedah pdp yang dijalankan menggunakan Power Point dapat

mewujudkan persekitaran pembelajaran yang baru dan suasana

pembelajaran yang sihat serta seronok untuk murid. Menurut Kamus Dewan
Edisi Keempat, Power Point merupakan perisian aplikasi yang digunakan

untuk membangunkan bahan persembahan yang terdiri daripada teks, imej,

visual, video, carta, dan grafik. Power Point yang digunakan bolehlah

menyeluurh berbanding penggunaan yang saya gunakan yang lebih kepada

gambar dan video sahaja. Penggunaan komunikasi dua hala berbantukan

dengan penggunaan Power Point yang mempunyai visualisasi secara tidak

langsung dapat membantu murid untuk memahami pelajaran dengan lebih

cepat. Ini kerana penggunaan Power Point telah menggabungkan

visualisasi iaitu gambar, video, dan grafik yang akan mempercepatkan lagi

proses pemahaman perkara-perkara atau konspek yang ingin disampaikan.

Dengan adanya gabungan ini, secara tidak langsung dapat meningkatkan

kefahaman murid di samping menimbulkan keseronokan dalam diri murid

untuk belajar. Jadi cadangan kajian hadapan gunakan perisian ICT yang

pelbagai agar lebih menarik dan meningkatkan kefahaman yang lebih

menyeluruh.

Di samping itu, cadangan penambahbaikan seterusnya ialah dari

segi tempoh masa pelaksanaan kajian. Saya berpendapat bahawa kajian

yang dijalankan harus dilaksanakan dalam tempoh masa yang lebih

panjang. Peruntukan masa yang lebih panjang membolehkan saya melihat

perubahan murid dengan lebih jelas terutamanya dari segi pencapaian.

Selain itu, data yang dikumpulkan dalam tempoh masa yang lama juga

mempunyai kesahan yang tinggi. Oleh itu, untuk kajian-kajian yang

seterusnya, peruntukan masa yang digunakan haruslah lebih panjang,

sebagai contoh dalam tempoh 6 bulan bagi mendapat data yang lebih jelas,

tepat, dan menyakinkan.

Kesimpulannya, berdasarkan penyelidikan yang dijalankan,

penggunaan komunikasi dua hala berbantukan visualisasi telah memberi


kelas yang positif dalam meningkatkan kefahaman murid untuk topik yang

dikaji. Keseluruhan murid menunjukkan peningkatan dalam ujian pos yang

dijalankan setelah mengaplikasikan teknik yang dipilih. Oleh itu, adalah

diharapkan penyelidikan yang bakal dijalankan pada masa akan datang

dapat mengukuhkan lagi kaijian ini. Malahan itu, penyelidikan yang

dijalankan ini telah menjelaskan kedua-dua objektif kajian iaitu teknik

komunikasi dua hala berbantukan visualisais dapat meningkatkan

kefahaman murid bagi topik Jata Negara dan penggunaan teknik komunikasi

dua hala berbantukan visualisasi dapat meningkatkan amalan pedagogi

guru. Diharapkan supaya perubahan positif dapat diteruskan oleh murid-

murid dan keberkesanan teknik ini akan memotivasikan pendidikan dalam

melakukan transformasi terhadap pendidikan umumnya dan proses

pengajaran dan pembelajaran pendidikan sejarah.