Anda di halaman 1dari 3

BAB 6 : CIRI-CIRI MUKMIN BERJAYA

Intisari Ayat

Allah janjikan kemenangan kepada orang yang tunaikan solat dengan khusyuk, menjauhi
daripada perbuatan sia-sia , mengeluarkn zakat, jaga kehormatan diri, bersifat amanah,
menepati janji. Golongan ini pewaris syurga Firdaus dan kekal di dlmnya untuk selamanya.
Islam menyeru umat mencapai kejayaan (al-Falah) dunia dan akhirat

Huraian Ayat

Ciri-ciri mukmin berjaya

beriman kepada Allah

solat dengan khusyuk

menjauhi perkara keji dan sia-sia

keluarkan zakat

jaga kehormatan diri


tunai amanah dan janji

jaga waktu solat

Khusyuk Dalam Solat

Khusuk dalam solat ialah tunduk dan rendah diri dengan tumpukan fikiran, hati dan angota
ketika solat semata-mata kerana Allah

Cara khusyuk dalam solat

mangagungkan kebesaran dan kemuliaan Allah

memahami maksud ayat dan lafaz

menumpukan pandangan ke tempat sujud

tidak bergerak atau berpaling ke kiri dan ke kanan

menunaikan solat dengan ikhlas

solat dengan tidak tergesa-gesa

Mengeluarkan Zakat

Peranan zakat dalam masyarakat

membangunkan ekonomi

memberi biasiswa kepada pelajar

membantu fakir miskin yang hidup dalam kedaifan

memberi latihan kemahiran kepada para penerima zakat

Menjaga Kehormatan Diri

Menjaga kehormatan diri adalah memelihara maruah diri daripada perbuatan yang dilarang
Islam

Cara jaga maruah diri

tutup aurat dengan sempurna

jauhi zina dan pergaulan babas


hindar diri daripada terlibat dengan perkara keji seperti rasuah dan penipuan

amal akhlak mulia

Memelihara Amanah Dan Menepati Janji

orang yang mengkhianati janji termasuk dalam golongan munafik

tanda-tanda munafik

bercakap bohong

mungkir janji

pecah amanah

melampaui batas ketika bertengkar

Menjaga Waktu Solat

cara menjaga waktu solat

kerjakan solat apabila masuk waktu

menjaga segala rukun qalbi (hati), qauli (perkataan) dan fikli (perbuatan)

bersungguh-sungguh tunaikan solat

Pengajaran Ayat

solat hendaklah ditunaikan dengan khusyuk dan ikhlas kerana solat tiang agama

umat Islam hendaklah menjaga maruah dan kehormatan diri setiap masa

menunaikan janji dan amanah merupakan sifat yang mencerminkan peribadi Muslim

Anda mungkin juga menyukai