Anda di halaman 1dari 35

PENDAHULUAN

Dalam konteks Pendidikan Kebangsaan, kegiatan kokurikulum merupakan satu


program penting yang dapat dijadikan sebagai mekanisme untuk membangunkan potensi
pelajar secara menyeluruh. Melalui kegiatan kokurikulum diharapkan guru pelatih yang
melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti anjuran Unit Beruniform dapat memperoleh dan
melengkapkan diri dengan pengalaman yang berguna seterusnya menjadi pemangkin
kecemerlangan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.

RASIONAL PERKHEMAHAN

Kursus MPU3062 Unit Beruniform melibatkan 5 unit iaitu Pengakap, Kadet Pandu
Puteri, Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM), Kadet Remaja Sekolah (KRS), dan Puteri
Islam IPG Kampus Pulau Pinang. Gabungan ini merupakan salah satu komponen wajib
dalam RMK bagi pelajar PISMP Ambilan Jun 2015. Kursus ini mendedahkan pelajar kepada
keperluan mengetahui, memahami, dan menguasai serta memperkembangkan ilmu dan
kemahiran bagi aktiviti kokurikulum. Kursus ini adalah satu komponen yang penting dalam
sistem pendidikan keguruan yang membentuk sikap positif dan nilai murni seperti yang
dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu, secara ringkasnya, rasional
perkhemahan ini diadakan adalah untuk mencapai pengisian objektif kursus.

OBJEKTIF PERKHEMAHAN

Objektif perkhemahan ini adalah membolehkan para peserta untuk:

Menyenaraikan peranan dan tanggungjawab organisasi pengurusan Unit Beruniform


(UB) serta fungsi-fungsinya.
Memperlihatkan komitmen semasa mengurus aktiviti-aktiviti kokurikulum UB.
Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran pengurusan dalam melaksanakan
aktiviti-aktiviti kokurikulum UB.
Menganalisi konsep, matlamat, dan strategi pelaksanaan kokurikulum UB.
Mengaplikasikan kemahiran kepimpinan dalam pengurusan serta persiapan
perkhemahan UB melaui kerjasama berpasukan.
Mempamerkan kemahiran asas perkhemahan serta kerjasama dalam aktiviti semasa
perkhemahan UB. 1

LATAR BELAKANG KURSUS


Seramai 81 orang pelajar PISMP Ambilan Jun 2015 yang terbahagi kepada 5
kumpulan Unit Beruniform IPG Kampus Pulau Pinang iaitu Pengakap, Kadet Pandu Puteri,
Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM), Kadet Remaja Sekolah (KRS), dan Puteri Islam IPG
Kampus Pulau Pinang mengambil kursus MPU3062. Dalam kursus ini, satu perkhemahan
dijalankan sebagai program pengisian kursus. Semua pelajar guru daripada kelima-lima Unit
Beruniform diwajibkan mengikuti perkhemahan yang telah dianjurkan oleh Unit Kokurikulum
IPG Kampus Pulau Pinang ini.

Perkhemahan ini berlangsung selama 4 hari 3 malam iaitu bermula pada 23 Ogos
2016 hingga 26 Ogos 2016 bertempat di Kem Mutiara, Pusat Kokurikulum JPN Bukit
Mertajam, Pulau Pinang. Sepanjang proses menjalankan perkhemahan ini iaitu sebelum,
semasa, dan selepas perkhemahan, kerjasama yang erat daripada setiap ahli jawatankuasa
kerja perkhemahan dan peserta perkhemahan itu sendiri telah banyak membantu
melancarkan aktiviti sepanjang program perkhemahan ini berlangsung.

JAWATANKUASA INDUK PERKHEMAHAN


Penasihat:

Tuan Haji Khalid bin Ahmad

Pengarah IPG Kampus Pulau Pinang

Pengerusi:

Puan Hajah Suriah binti Abd. Manap

Timbalan Pengarah IPG Kampus Pulau Pinang

Setiausaha:

Encik Nordin bin Sadali

Ketua Unit Kokurikulum

Bendahari: En. Abu Zaki bin Romli

Penyelaras: Cik Lau Hooi Lin

Penyelaras Unit Kokurikulum

AJK:

En. Abu Zaki bin Romli

Pesuruhjaya KLM 05

Cik Joye Ong Choon Kim

Ketua Penasihat Kadet Pandu Puteri

En. Anpalakan a/l Vadiappan

Ketua Penasihat Bulan Sabit Merah Malaysia

Pn. Wan Fazah Binti Wan Ahmad

Ketua Penasihat Puteri Islam

En. Faizul Hasmi bim Abu Hassan


3
Ketua Penasihat Kadet Remaja Sekolah

JAWATANKUASA KERJA PERKHEMAHAN


Pengerusi:

Puan Hajah Suriah binti Abd. Manap

Timbalan Pengarah IPG Kampus Pulau Pinang

Naib Pengerusi:

Encik Nordin bin Sadali

Ketua Unit Kokurikulum

Setiausaha / Penyelaras / Kem Komandan / Urusetia:

Cik Lau Hooi Lin

Sub Kem Komandan:

Pesuruhjaya KLMO5 dan semua ketua penasihat Unit Beruniform

Jurulatih:

Semua Pensyarah / Jurulatih Unit Beruniform IPGKPP

Persiapan Tapak Perkhemahan:

En. Mohd Nadzri bin Noordin

Istiadat Perasmian & Penutupan

En. Faizul Hasmi bim Abu Hassan

Pengangkutan:

Dr. Mohanaraju a/l Anamalai

Kawalan / Keselamatan

En. Bachan Singh a/l Harbant Singh

Sijil / Hadiah / Cenderamata

En. Anpalakan a/l Vadiappan


4

Peralatan / Kebersihan Kem


En. Abu Zaki bin Romli

Hal Ehwal Wanita / Kecemasan

Pn. Juliana binti Saarani & En. Puspagaran a/l Maniam

Buku Program / Dokumentasi

Pn. Wan Fazah Binti Wan Ahmad

Malam Kebudayaan / Tugas Khas

En. Mohd. Nadzri bin Nordin

Makanan / Minuman

Puan Rohani binti Ahmad

Aktiviti Unit

Semua penasihat Unit masing-masing

CARTA ORGANISASI SUB KEM PANDU PUTERI KADET


Cik Joyce Ong Choon Kim
QM Makanan:
QM Peralatan:
JPC:Jessica
AliceDewi
Genevavo
Yap Syahirah
Sue
Sara
Anne
PEN
Laeu
Binti
JPC:
Yi Asgami
Lin
Chen Hui Ying
Komandan Sub Kem

Penolong Komandan Sub Kem

AJK

PATROL MAXIS PATROL CELCOM PATROL TUNE PATROL DIGI


TALK
PL: PL: Amierah PL: Rubaa
Neteliayanana Izzati PL: Khalishah
Edmond PS: Deepa
PS: Endu Iionna PS: Venisha
PS: Annabel Dewi Syahirah
Rosfinie 6 Chen Hui Ying
Sherry Sylvester Sara Laeu
(Dokumentasi)
Jessica Yap Sue Verra Precilla
Anne Michelle Asri (Mlm
(Bendahari) Kebudayaan)
Alice Genevavo
Amelia (Mlm
7
8
LAPORAN PENOLONG KOMANDAN SUB KEM

Pada 22 Ogos 2016 (Isnin), ahli-ahli Pasukan Pandu Puteri Kadet telah meminjam
peralatan-peralatan yang diperlukan dari stor utama IPGKPP. Semua peralatan yang
diperlukan telah disenaraikan dan diikat dengan kemas serta dilabel sebelum diangkat ke
bas IPGKPP. Pada hari tersebut, taklimat juga telah diberikan oleh saya kepada semua ahli
Pasukan Pandu Puteri Kadet untuk memastikan semua barang yang diperlukan telah
disediakan dan juga supaya setiap ahli memahami tugasan masing-masing.

Pada 23 Ogos 2016 (Selasa), ahli-ahli Pasukan Pandu Puteri Kadet telah berkumpul
di gelanggara IPGKPP pada pukul 7.50pagi untuk bertolak pada pukul 8.00pagi. Selepas
tiba di Kem Mutiara Pusat Kokurikulum Bukit Mertajam, semua ahli Pasukan Pandu Puteri
Kadet bekerjasama mengangkat barang-barang dan perlatan dari bas ke tapak
perkhemahan. Setiap patrol telah diberikan tugasan untuk membuat persediaan yang
sepatutnya bagi membina gejet yand ditentukan sebelum perkhemahan. Oleh itu, semua
ahli Pasukan Pandu Puteri Kadet telah memahami tugasan dan tanggungjawab masing-
masing dalam perkhemahan. Cik Joyce Ong Choon Kim yang merupakan Pesuruhjaya
Pasukan Pandu Puteri Kadet Ke-enam IPG Kampus Pulau Pinang dan Komandan Sub Kem
turut terlibat dalam mendirikan khemah dan kraf gejet. Beliau telah banyak membimbing dan
mengajar kami semasa proses pembinaan Pada malam tersebut, Cik Joyce Ong Choon Kim
telah memberi taklimat kepada semua ahli Pasukan Pandu Puteri Kadet mengenai
perancangan program bagi Pandu Puteri Tunas. Terdapat pelbagai butiran dan syarat yang
perlu dipertimbangkan oleh seorang Kakak Setia atau Siti Setia semasa merancang
program bagi Pandu Puteri Tunas.

Pada hari kedua, 24 Ogos 2016 (Rabu), setiap ahli Pasukan Pandu Puteri Kadet
berada di dataran kawad pada pukul 6.20pagi untuk sesi kawad kaki dan istiadat menaikkan
bendera. Selepas itu, pemeriksaan pagi tapak perkhemahan telah dijalankan oleh semua
pensyarah penasihat setiap unit beruniform. Sebagai penolong komandan sub kem, saya
telah memberikan hukum arahan semas pemeriksaan pagi. Maklum balas daripada para
pensyarah adalah amat baik. Salah satu aktiviti yang dijalankan bersama pada malam
tersebut ialah pertandingan masakan rimba. Setelah kami menerima bahan-bahan
masakan, setiap ahli Pasukan Pandu Puteri Kadet telah berbincang menu yang boleh
dimasak dan tugasan telah dibahagikan. Semasa permainan luas bersama Cik Joyce Ong
Choon Kim, kami telah dapat mengaplikasi pengetahuan tanda-tanda mengesan,
9
mentafsirkan kod, dan selesaikan teka-teki. Pada malam itu, Malam Kebudayaan bertema
kemerdekaan telah dijalankan. Pasukan Pandu Puteri Kadet telah mempersembahkan
sketsa, nyanyian dan tarian.
Pada hari ketiga, 25 Ogos 2016 (Khamis), pemeriksaan pagi tapak perkhemahan
telah dijalankan oleh ketua setiap unit beruniform. Pada pagi itu juga, perlantikan ahli
Pasukan Pandu Puteri Kadet telah dijalankan oleh Pesuruhjaya Pasukan Pandu Puteri
Kadet Ke-enam IPG Kampus Pulau Pinang, Cik Joyce Ong Choon Kim. Semua ahli
Pasukan Pandu Puteri Kadet telah dilantik secara rasminya. Selepas itu, pegawai pusat
kokurikulum telah menjalankan satu sesi orienteering untuk semua pelajar guru. Sesi
tersebut adalah sungguh menarik dan merupakan satu pengalaman yang baru bagi kami.
Pada petang hari tersebut, Pasukan Pandu Puteri Kadet telah mengemas tapak
perkhemahan untuk mengelakkan hujan. Setiap ground sheet dan khemah telah dibersihkan
dengan teliti lalu dikeringkan. Semua ikatan gejet dikeluarkan dan tali-tali yang digunakan
telah diikat kemas dan disimpan untuk mengguna semula. Semua lubang yang digali telah
ditutup semula dan mana-mana batu yang dialihkan telah diletak balik ke tempat asal. Tiang
bendera tidak disimpan kerana istiadat menurunkan bendera akan dijalankan pada hari
terakhir perkhemahan. Sebaik sahaja tapak perkhemahan dibersihkan, hujan lebat telah
turun. Oleh itu, kami telah memindahkan semua barang dan peralatan ke pondok. Di
pondok, setiap kayu mop dan peralatan dikira dan direkod oleh QM Peralatan. Semua kayu
mop disusun ikut ketinggian lalu diikat dengan ketat dan kemas. Cik Joyce Ong Choon Kim
juga telah mengajar cara menjaga dan menyimpan perlatan dengan menggunakan minyak
dan dibalut surat khabar. Pada malam tersebut, Malam Pandu Puteri telah diadakan. Setiap
patrol telah menyediakan satu persembahan dan kami juga bermain pelbagai permainan
serta bernyanyi pelbagai lagu.

Pada hari terakhir, selepas sesi komunikasi radio amatur, majlis penurunan bendera
Jalur Gemiliang telah dijalankan oleh wakil Pengakap. Majlis penutupan telah dirasmikan
oleh Ketua Unit Kokurikulum iaitu Encik Nordin bin Sadali. Pasukan Pandu Puteri Kadet
telah menjalankan istiadat menurunkan bendera Pandu Puteri. Selepas itu, Pasukan Pandu
Puteri Kadet telah diberikan tugas untuk membersihkan tapak perkhemahan. Kami telah
menyikat atau comb seluruh kawasan perkhemahan untuk membersihkan semua sampah-
sarap. Selepas kerja pembersihan telah dilengkapkan, kami telah bertolak balik ke IPG.
Sebaik sahaja di IPG, semua ahli Pasukan Pandu Puteri Kadet bekerjasama memindahkan
semua barang dan peralatan ke stor untuk dipulangkan.

Daripada perkhemahan ini, semua ahli Pasukan Pandu Puteri Kadet telah menimba
banyak pengetahuan tentang perkhemahan. Perkhemahan ini juga melengkapkan kami
10
dengan ilmu yang diperlukan semasa satu perkhemahan dan ilmu mengendalikan sebuah
unit beruniform sebagai seorang penasihat di sekolah rendah pada masa yang akan datang.
Aktiviti perkhemahan ini telah berakhir dengan jayanya.
Laporan disediakan oleh, 27 OGOS 2016

..
(SARA LAEU YI LIN)

Penolong Komandan Sub Kem Pandu Puteri Kadet,


Perkhemahan Unit Beruniform PISMP Ambilan Jun 2015,
IPG Kampus Pulau Pinang.

11
LAPORAN AJK PERALATAN

Pada 22 Ogos 2016 iaitu pada hari Isnin ahli-ahli Pandu Puteri telah mengambil
barang dari stor yang terdapat dalam Blok Beringgin dengan dibantu oleh Cik Joyce Ong
Choon Kim yang merupakan pensyarah penasihat untuk Pasukan Pandu Puteri. Beberapa
tempahan barang telah diambil dengan menggunakan borang yang terdapat di stor tersebut.
Selepas mendapat semua barang yang diperlukan ahli-ahli Pandu Puteri bersama-sama
dengan pensyarah penasihat telah mengangkat barang-barang tersebut ke dalam bas IPG
yang akan digunakan untuk pergi ke Kem Mutiara Pusat Kokurikulum Bukit Mertajam.

Pada 23 Ogos 2016 iaitu pada hari pertama perkhemahan, semua AJK peralatan
untuk setiap unit telah diarahkan untuk mengambil barang-barang yang diperlukan semasa
perkhemahan tersebut daripada stor peralatan Pusat Kokurikulum tersebut. Antara barang
yang dibekalkan oleh Pusat Kokurikulum tersebut ialah cangkul, pencakar, parang dan
khemah. Barang-barang tersebut telah digunakan dengan cara yang baik dan berhemah
untuk mengelakkan kerosakan.

Pada hari terakhir perkhemahan tersebut iaitu pada 26 Ogos 2016, sebelum balik ke
IPG semua AJK peralatan telah diarahkan untuk mengembalikan semula barang-barang
yang telah dipinjam di stor Pusat Kokurikulum dengan dipantau oleh Cik Lau selaku ketua
semasa perkhemahan tersebut. Sebelum memulangkan barang-barang tersebut kami telah
diajar oleh pensyarah kami iaitu Cik Joyce Ong Choon Kim untuk membersihkan peralatan
yang telah digunakan dan cara mengendalikan peralatan agar tidak berkarat iaitu
meletakkan minyak pada peralatan yang digunakan dan membungkusnya menggunakan
surat khabar.

Semasa sampai di IPG, semua ahli Pandu Puteri telah menghantar barang-barang
yang dipinjam dalam stor IPG dengan dipantau oleh pensyarah penasihat. Sebelum barang-
barang tersebut dihantar kami telah membuat pemeriksaan untuk memastikan barang-
barang yang dipinjam adalah mencukupi. Kami juga telah diajar oleh Cik Joyce Ong Choon
Kim tentang cara mengikat kayu-kayu yang telah digunakan dengan cara yang betul dan
mudah untuk diangkat. Semasa menghantar barang ke stor IPG kami tidak menghadapi
masalah kerana barang-barang yang dipinjam mencukupi walaupun ada diantara kayu yang
digunakan patah namun kami juga telah memaklumkan kepada pegawai yang bertugas di
stor tersebut.
12
Gambar-gambar yang berkaitan:

Borang untuk menempah barang dengan Stor IPG Kampus Pulau Pinang

AJK peralatan menghantar barang-barang yang dipinjam dari stor Pusat Kokurikulum
13
Ahli-ahli Kadet Pandu Puteri menghantar barang yang telah dipinjam ke Stor IPG.

Ahli-ahli Kadet Pandu Puteri menyusun semula barang-barang yang telah dipinjam
dari Stor IPG
14
LAPORAN QM MAKANAN

Perkhemahan tersebut diadakan selama 4 hari dan 3 malam iaitu, dari 23hb Ogos
(Selasa) sehingga 26hb Ogos (Jumaat). Selaku quartermaster makanan, kami ditugaskan
untuk mengagihkan makanan kepada rakan-rakan kamimengikut setiap unit beruniform.
Namun, bagi unit Pandu Puteri, kami mempunyai 4 patrol di mana setiap patrol akan bergilir-
gilir bertanggungjawab mengagihkan makanan pada hari yang berkenaan.

Sebelum perkhemahan tersebut, kami mengundi berapa kali untuk makan di kem
iaitu sama ada 3 kali atau 6 kali. Keputusan yang didapati ialah 6 kali makan iaitu pada
wkatu pagi, petang dan malam. Pada hari pertama iaitu hari Selasa, makan pagi tidak
dihidangkan kerana kami baru tiba di situ dan pada hari Jumaat, kami telah pulang dalam
waktu petang. Oleh itu, kami tidak mempunyai makan malam di situ. Namun, pada hari
Selasa, didapati seekor ulat di dalam makanan daripada salah satu ahli BSMM. Waktu
makan tersebut adalah pada waktu malam. Oleh hal yang demikian, ahli BSMM
memaklumkan kepada unit lain agar kami berwaspada.

Makanan yang disediakan di tempat perkhemahan tersebut juga amat menyelerakan


dan cukup bagi semua orang. Namun, bagi yang vegetarian, makanan tidak berbaloi
dengan yang tidak vegetarian. Kalori makanan tersebut tidak sama seperti yang bukan
vegetarian dan pembayaran yang dikenakan adalah sama rata. Selain itu, makanan
vegetarian diambil juga oleh yang bukan vegetarian seperti makanan roti dan sosej. Kami
telah memaklumkan kepada mereka setelah apa yang berlaku supaya bagi yang vegetarian
mempunyai makanan yang cukup.

Kesimpulannya, kami telah banyak dari kesilapan dan memperolehi pengalaman


sebagai quartermaster makanan dan berharap agar pada masa hadapan, kami dapat
membuat dengan lebih baik daripada ini.

15
Menu Makan Perkhemahan

HARI/ HARI PERTAMA HARI KEDUA HARI KETIGA HARI KEMMPAT


WAKTU

PAGI -Bihun goreng -Bihun goreng -Nasi goreng


- -Air the o panas -Air teh o - Air teh o
panas panas
PETANG -Nasi -Nasi -Nasi ayam, -Nasi
-Ayam goreng -Ayam masak -Sos cili -Kurma ayam
-Air Ribena kicap -Kicap -Sayur
-Buah tembikai -Air anggur -Air Ribena campuran
-Buah tembikai -Buah pisang
-Sup putih
Vegetarian: Vegetarian:
-Nasi -Kurma
-Tauhu goreng -Tauhu goreng
-Vege telur -Sup
-Sayur -Buah pisang

MALAM -Nasi -Nasi -Nasi


Ayam kicap -Ayam -Kari pedas -
-Air oren -Kuah kuning -Ayam goreng
-Air sirap -Buah pisang
-Air oren

16
LAPORAN PERTOLONGAN CEMAS.

Pada 23 Ogos 2016, Pasukan Pandu Puteri telah mengikuti perkhemahan di Pusat
Kokurikulum Bukit Mertajam, Pulau Pinang bersama dengan ahli unit beruniform yang lain
selama 4 hari.

Pada hari pertama perkhemahan, iaitu pada 23 Ogos 2016, semua ahli Pasukan
Pandu Puteri dilaporkan berada dalam keadaan yang sihat dan tiada kecederaan yang
berlaku.

Pada hari kedua, iaitu pada 24 Ogos 2016, seorang daripada ahli Pandu Puteri telah
mengalami kecederaan ringan di bahagian dahi. Hal ini berlaku ketika aktiviti permainan luas
dijalankan iaitu sekitar pukul 5.30 petang di mana ahli tersebut telah tersadung lalu terjatuh
di atas jalan. Rawatan awal telah diberikan di mana luka yang dialami di bahagian dahi
dicuci menggunakan antiseptic dan ditampal dengan plaster sebelum dibawa ke hospital
untuk pemeriksaan lanjut.

Pada hari ketiga dan terakhir, semua ahli Pasukan Pandu Puteri dilaporkan sihat dan
tiada kecederaan yang berlaku.

17
Laporan Harian Perkhemahan Unit Berunifrom PISMP Ambilan Jun 2015

(23/8/2016: Hari pertama)

Perkhemahan Unit Beruniform pada kali ini bertarikh dari 23 Ogos 2016 sehingga 26
Ogos 2016. Pada 23 Ogos bersamaan hari Selasa iaitu hari pertama perkhemahan,
perjalanan ke Kem Mutiara, Pusat Kokurikulum Bukit Mertajam, Pulau Pinang bermula pada
pukul 8 pagi. Kami telah berkumpul di Gelanggara pada 7.55 pagi. Bagi mereka yang hadir
awal, mereka telah memeriksa barangan dan peralatan bagi memastikan tiada yang
tertinggal. Pada pukul 8, kami telah membuat barisan untuk mengira ahli pasukan yang
hadir. Pada pukul 8. 30 pagi, kami bertolak dari Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau
Pinang. Perjalanan tersebut mengambil kira-kira satu jam setengah dan kami tiba di
destinasi pada pukul 10 pagi. Setelah sampai, kami telah mendengar taklimat berkaitan
penempatan semasa perkhemahan selama 4 hari 3 malam ini. Kemudian, kami
mengemaskan barang-barang dan minum pagi sebelum memulakan aktiviti khusus
perkhemahan. Selepas itu, setiap unit beruniform pergi ke tapak perkhemahan masing-
masing dan mula melakukan aktiviti yang ditetapkan seperti membersihkan tapak khemah,
mendirikan khemah, membuat gadget, dan sebagainya.

Seterusnya, pada pukul 12.30 tengah hari, kami telah bergerak ke dewan makan
untuk makan tengah hari. Lauk ayam dengan nasi dan air anggur sejuk telah dihidang oleh
patrol yang bertugas, iaitu patrol Tune Talk. Dua orang ahli Tune Talk bertanggungjawab
untuk mencedok air anggur dan menghidang ke meja makan. Tiga lagi orang ahli Tune Talk
bertanggungjawab untuk mencedok nasi, meletak ayam dan membahagi buah-buahan ynag
disediakan oleh pihak pusat kokurikulum. Sebelum makan, doa ringkas dijalankan oleh
emapat agama, iaitu Islam, Hindu, Kristian dan Buddhist. Selepas habis menjamu selera,
ahli muslimah bergerak ke bilik mandi untuk persiapan sembahyang mankala ahli-ahli lain
berehat sambal membincangkan cara penambahbaikan gajet yang telah diikat dan
membincang idea untuk membina gajet baru.

Tepat pada pukul 4.30 petang, ahli-ahli Pandu Puteri Kadet bergerak ke tapak
perkhemahan untuk meneruskan usaha untuk membina dan menambahbaikan gajet dan
khemah. Rak sebaya guna telah siap dibina dengan kerjasama ahli. Dua tripod dibina
sebagai base dan satu palang diikat untuk 18
menyambung kedua-dua tripod dan terjadilah
ampaian. Kemudian, ahli telah menggunakan ikatan lilit kacang untuk menyikat dua
lapissan. Satu lapisan digunakan untuk meletak pelbagai jenis barang manakala lapaisan
bawah digunakan untuk meletak barangan basah atau kasut.
Selain itu, ahli turut membuat dua rak kasut. Satu rak kasut berbentuk segi empat
dengan dua lapisan menggunakan ikatan manuk dan seraya. Rak kasut yang satu lagi
berbentuk segi tiga dan boleh lipat menjadi segi empat yang boleh digunakan untuk melapik
barang. Lilitan kacang turut diguna untuk mengikat kayu-kayu ke bawah tripod papan
kenyataan dan telah digunakan untuk meletak peti kecemasan. Kedudukan ini amat sesuai
kerana papan kenyataan terletak di kawasan lapang untuk aktivit bersama. Apabila berlaku
kecemasan, peti kecemasan dapat dicapai dengan mudah dan segera.

Di samping itu, kami turut membuat rak serbaguna dapur. Dua tripod diikat dan
ikatan manuk dan seraya digunakan untuk menyikat kayu-kayu menjadi tempat memotong
dan meletak bahan basah atau bahan panas untuk sementara waktu. Pada masa yang
sama, kedua-dua khemah turut diperiksa untuk memastikan ikatan empat penjuru diikat
dengan kukuh dan dapat menahan hujan lebat dan angina kuat.

Seterusnya, ahli turut meneruskan kerja-kerja memacak pagar dan mengikat pagar.
Usaha untuk memacak pagar diteruskan dengan menggunakan parang, air dan cangkul
untuk menumbuk kayu ke dalam tanah sehingga kukuh. Selepas kayu menjadi kukuh di
dalam tanah, ahli menggunakan tali raffia untuk menyambung kesemua kayu. Pada pukul
6.30 petang, kami telah bergerak ke dewan makan untuk makan malam. Lauk ayam dengan
nasi dan air oren sejuk telah dihidang oleh patrol yang bertugas, iaitu patrol Tune Talk. Dua
orang ahli Tune Talk bertanggungjawab untuk mencedok air oren dan menghidang ke meja
makan. Tiga lagi orang ahli Tune Talk bertanggungjawab untuk mencedok nasi, meletak
ayam dan membahagi buah-buahan ynag disediakan oleh pihak pusat kokurikulum.
Sebelum makan, doa ringkas dijalankan oleh emapat agama, iaitu Islam, Hindu, Kristian dan
Buddhist. Selepas makan mlaam, ahli bergerak ke bilik air untuk mandi. Ahli muslimah
bersiap sediauntuk sembahyang mankala ahli-ahli lain berehat sambil membincangkan cara
penambahbaikan gajet yang telah diikat dan membincang idea untuk membina gajet baru.

Aktiviti hari pertama diteruskan dengan aktiviti dalam unit masing-masing. Bagi
pasukan Pandu Puteri Kadet, bermula pukul 8.00 malam semua ahli pasukan pandu puteri
telah berkumpul di tapak perkhemahan untuk aktiviti unit. Slot ini telah dijalankan oleh
Komaden Sub Kem Miss.Joyce Ong Choon Kim. Dalam aktiviti ini, Miss.Joyce telah
berkongsi maklumat yang kami perlukan sepanjang perkhemahan ini. Setiap ahli telah
diberikan dengan buku program perkhemahan Pandu Puteri dan buku kemajuan Pandu
Puteri Tunas. Miss.Joyce telah menerangkan kepentingan buku kemajuan.
19
Selepas perbincangan tentang buku kemajuan, Miss.Joyce telah menerangkan
tentang aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang perkhemahan. Pada malam ini juga
kami telah memilih nama manito masing-masing. Selain itu, Miss.Joyce mengajar
permainan dan lagu yang baru. Semua ahli pandu puteri telah bergiat aktif dan berasa
sungguh gembira. Sebelum balik, kami telah membersihkan dan mengemaskan semua
ground sheet yang kami gunakan sebagai alas untuk duduk.

Gambar Gambar Berkaitan

Miss.Joyce menerangkan tentang


kegunaan buku kemajuan.

Ahli pasukan pandu puteri mendengar


maklumat diberikan oleh Miss.Joyce

Semua orang menyayi lagu Girl Guiding

Is For Me.

Laporan Harian Perkhemahan Unit Berunifrom PISMP Ambilan Jun 2015


20
(24/8/2016: Hari ke-2)
Pada hari ke-2 perkhemahan, aktiviti untuk hari ini dilakukan terbahagi kepada
beberapa slot. Slot pertama ialah slot senaman dan perbarisan pagi. Pasukan Pandu Puteri
tiba awal pada hari kejadian, maka kami memulakan pagi kami dengan nyanyian lagu
beraksi Pandu Puteri dan permainan. Bagi sesi slot senaman, Pasukan Kadet Remaja
Sekolah yang dipimpin oleh Encik Faizul bertugas untuk mengetuai slot tersebut. Slot
tersebut diisi dengan aktiviti kawad statik. Tepat pada jam 6.30 pagi, kami memulakan slot
senaman diikuti dengan perbarisan pagi.

Pasukan Pandu Puteri mengetuai acara perbarisan pada hari pertama, 24 Ogos 2016.
Saudari Amierah Izzati Aisyah binti Mohd Nazri yang menjadi Komandan pada pagi itu
manakala saudari Amelia Jayne Tee Chu Ying mewakili kami untuk menaikkan bendera. Cik
Joyce Ong Choon Kim, Pemimpin Pasukan Pandu Puteri Kadet memberi ucapan pada hari
tersebut.

Seterusnya ialah slot pemeriksaan pagi. Slot pemeriksaan pagi dilaksanakan agak
lewat daripada yang dijadualkan kerana keadaan cuaca yang kurang baik. Pemeriksaan
pagi merupakan pemeriksaan tapak perkhemahan unit beruniform. Semua pensyarah unit
beruniform terlibat dengan diketuai oleh Cik Lau Hooi Lin dan diiringi oleh pensyarah lain
iaitu:
1 Cik Joyce Ong Choon Kim

2 Encik Anpalakan

3 Encik Faizul

4 Puan Wan Fazah

Pemeriksaan kem merangkumi aspek kebersihan sekitar tapak perkhemahan,


21
kebersihan peralatan, ikatan gajet dan penampilan ahli pasukan unit beruniform. Semua
pensyarah yang membuat pemeriksaan akan diiringi oleh semua Quartermaster daripada
keempat-empat patrol unit. Setiap pensyarah ditugaskan untuk menyemak aspek yang
berbeza-beza. Pada hari pertama pemeriksaan, semua berjalan dengan lancar dan
kawasan tapak perkhemahan cukup bersih serta penampilan ahli pasukan juga kemas.
Ikatan gajet juga kemas dan kukuh.
Selanjutnya ialah aktiviti mengikut unit masing-masing. Bagi pasukan Pandu Puteri
Kadet, aktiviti yang dijalankan ialah slot orientasi kurikulum sekolah rendah (pengujian 1
item). Dalam slot ini, kami telah memahami sedikit sebanyak mengenai perancangan
kurikulum sekolah rendah serta telah diberikan tugasan dalam setiap patrol mengenai
pelaksanaan aktiviti untuk dilaksanakan bersama-sama ahli pasukan mengikut buku
kemajuan Pandu Puteri Tunas. Pelaksanaan berjalan dengan lancar kerana patrol masing-
masing sangat memberi komitmen dan penglibatan positif. Semua telah merancang aktiviti
yang bersesuaian dengan Pandu Puteri Tunas. Kelihatan ahli kumpulan sudah memahami
sedikit sebanyak cara untuk mengendalikan program Pandu Puteri Tunas.
Pada hari ke-2 ini juga, aktiviti
Masakan Rimba yang melibatkan
semua unit beruniform telah
dijalankan. Semua ahli unit
beruniform masing-masing akan
mendapat bahan masakan
termasuklah bahan mentah dan
kering untuk dijadikan sajian. Bagi
aktiviti pertandingan ini, kami
diminta untuk menyediakan sajian
makanan mengikut kreativiti
masing-masing. Namun demikian, kami tidak dibenarkan untuk menambah bahan masakan
selain daripada yang telah disediakan oleh pihak pengelola perkhemahan. Pada awal acara,
semua unit telah berusaha untuk membersihkan kawasan tempat memasak bagi
mengekalkan kebersihan tempat memasak skali gus makanan yang akan dihidang. Semua
ahli yang bertanggungjawab akan membersihkan bahan-bahan mentah yang akan dimasak
nanti.

22
Aktiviti masakan rimba

Selepas selesai membersihkan kawasan serta bahan-bahan mentah yang akan


dimasak dan dihidang sebentar lagi, semua unit bertungkus lumus untuk menyediakan api
menggunakan arang, ranting kayu dan daun-daun kering.

Semua unit menggunakan


kreativiti serta pengetahuan yang telah
diajar oleh pensyarah semasa waktu
kuliah dan diaplikasikan semasa
Masakan Rimba. Gambar diatas
menunjukkan ahli Kadet Pandu Puteri yang berjaya menghidupkan api sebelum memulakan
aktiviti memasak sajian utama.
Antara bahan mentah dan kering yang disediakan oleh pihak penganjur adalah,
ayam, ikan, bawang merah, ubi kentang, telur sebiji, adunan roti, gula dan garam. Semua
bahan-bahan ini mestilah digunakan oleh semua unit semasa menyediakan masakan rimba.
Melalui proses ini, kreativiti dan inovasi pelajar guru akan dinilai.
Pada pukul 2 petang, semua unit beruniform diminta untuk menyajikan masakan-
masakan yang telah selesai dimasak ke kawasan yang disediakan untuk proses penilaian
daripada pensyarah. Setelah aktiviti masakan rimba selesai, sesi perkhemahan diteruskan
dengan aktiviti-aktiviti seterusnya seperti Malam Kebudayaan yang menggabungkan semua
Unit Beruniform untuk mempersembahkan persembahan khas dari unit masing-masing.
Malam Kebudayaan ini berlangsung dengan jayanya dan menjadi antara aktiviti yang
memeriahkan sepanjang perkhemahan berlangsung.
23
Laporan Harian Perkhemahan Unit Berunifrom PISMP Ambilan Jun 2015

(25/8/2016: Hari ke-3)

Pada 25 Ogos 2016 yang lepas, kami dikehendaki bangun pagi pada pukul 5.45 pagi
untuk menguruskan diri. Pada pukul 6.30 pagi, kami semua dikehendaki untuk berkumpul di
tapak kawad kaki untuk membuat latihan kawad kaki. Pada waktu ini, semua unit berunifrom
perlu memaklumkan kehadiran ahli setiap pasukannya pada komander yang bertugas pada
tersebut. Setelah tamat latihan kawad kaki tersebut, kami pasukan Pandu Puteri telah
melakukan istiadat dengan membuat perlantikan kepada ahli-ahli baru Pandu Puteri. Kami
perlu melafaskan persetiaan Pandu Puteri semasa dilantik untuk menjadi ahli Pandu Puteri
dunia. Setelah habis makan sarapan pagi, kami dikendaki untuk pergi ke tapak
perkhemahan untuk melakukan pemeriksaan pagi kawasan kem. Pada waktu, setiap wakil
daripada unit berunifrom Pandu Puteri, Pengakap, Pandu Puteri Islam dan Kadet Remaja
Sekolah akan melakukan pemeriksaan pagi tapak perkhemahan setiap uniy berunifrom.

Setelah tamat pemeriksaan pagi tapak perkhemahan, kami pasukan Pandu Puteri
mengadakan aktiviti bersama unit berunifrom sendiri iaitu Orientasi Kurikulum Sekolah
Rendah tentang istiadat Pandu Puteri. kami diajar cara-cara melakukan istiadat untuk Pandu
Puteri Tunas. Banyak ilmu pengetahuan yang telah kami pelajari semasa belajar istiadat
Pandu Puteri Tunas ini. Selepas melakukan aktiviti bersama unit berunifrom sendiri, kami
telah melakukan aktiviti bersama dengan unit berunifrom yang lain. Aktiviti bersama kami
adalah Orienteering yang dilakukan oleh Pegawai Pusat Kokurilum sendiri. Pegawai
kokurilum tersebut meminta kami semua untuk mencari nombor kod yang terdapat dalam
peta yang telah diberikan. Setiap pasukan terdiri daripada dua orang ahli pasukan. Catatan
masa yang terpantas dalam membuat aktiviti oreentaring ini adalah 25 minit.

Selepas makan tengah hari, kami telah melakukan aktiviti bersama unit berunifrom
sendiri iaitu Pasukan Pandu Puteri. Pada masa ini, kami telah diajar untuk melakuka gerak
kerja luar iaitu mengesan tanda mengesan yang terdapat dalam nota yang telah diberikan.
Setelah belajar tentang tanda mengesan tersebut, kami dikendaki membuat tanda
mengesan tersebut dan meminta rakan-rakan yang lain meneka tanda mengesan tersebut.
Pensyarah kami juga telah melakukan aktiviti tanda mengesan yang dibuat oleh pensyarah
24
kami sendiri iaitu Madam Joyce. Kami juga telah melakukan program pemimpin yang
melibat kami membuat satu aktiviti untuk Pandu Puteri Tunas yang terdapat dalam Buku
Kemajuan mereka. Setiap patrol dalam Pasukan Pandu Puteri perlu melakukan satu aktiviti
yang melibat semua orang.

Pada waktu malam pula, kami mengadakan malam Pandu Puteri dengan melakukan
persembahan setiap patrol. Setiap patrol membuat persembahan yang menarik dan
menghiburkan kami semua. kami semua berasa seronok dan bergembira pada malam
tersebut. Setelah tamat malam Pandu Puteri kami, ketua pasukan Pandu Puteri membuat
mesyuarat dengan AJK yang terlibat dalam membincangkan perkara yang perlu dilakukan
pada keesokan harinya.

Laporan disediakan oleh :

________________________
NETELIAYANA AK EDMOND
(KETUA PATROL MAXIS)

25
Laporan Harian Perkhemahan Unit Berunifrom PISMP Ambilan Jun 2015

(26/8/2016: Hari ke-4)

Pada 26 Ogos 2016 yang lalu bersamaan dengan hari jumaat merupakan hari
terakhir perkhemahan unit beruniform di Kem Mutiara Pusat Kokurikulum Bukit Mertajam.
Pada pukul 5.45 pagi, semua pelajar beragama Islam menunaikan solat subuh secara
berjemaah di surau yang terdapat dalam pusat kokurikulum tersebut. Semua pelajar dari
semua unit juga menggunakan masa tersebut untuk menguruskan diri sebelum kawad kaki
dijalankan.

Pada pukul 6.30 pagi, semua pelajar guru dari unit beruniform masing-masing telah
berkumpul di dataran kawad. Kawad kaki pada hari tersebut telah diketuai oleh unit
beruniform Puteri Islam. Ketua pasukan untuk setiap unit beruniform juga diarahkan untuk
menjalankan kawad statik dan kawad dinamik untuk unit beruniform mereka sendiri.

Selepas kawad kaki dijalankan iaitu pada pukul 7.00 pagi, istiadat menaikkan
bendera dan nyanyian lagu Negaraku juga telah diketuai oleh unit beruniform Puteri Islam.
Pensyarah penasihat untuk unit beruniform Puteri Islam iaitu Puan Wan Fazah telah
berucap mewakili pensyarah-pensyarah penasihat yang lain bagi memberikan nasihat dan
peringatan kepada pelajar-pelajar guru yang lain.

Selepas istiadat menaikkan bendera dan nyanyian lagu Negaraku, semua pelajar
guru telah bersarapan di kafe yang terdapat di Pusat Kokurikulum tersebut. Semua pelajar
juga makan dengan tertib dan membersihkan pinggan,sudu dan cawan yang telah mereka
gunakan selepas makan.

Pada pukul 9 pagi, semua pelajar setiap unit telah menghadiri satu bengkel
mengenai komunikasi radio amatur. Seorang penceramah, En. Khoo, dijemput untuk
mengendalikan bengkel tersebut.

Bengkel komunikasi radio amatur bermula dengan pengenalan alat-alat radio amatur.
Beliau memperkenalkan pelbagai jenis radio amatur dan juga kegunaan berkomunikasi
26
menggunakan radio amatur. Selain itu, beliau juga mengedarkan brosur mengenai kod yang
digunakan untuk abjad yang hendak dihantar oleh semua pengguna radio amatur seluruh
dunia.
Selepas itu, beliau juga memasang radio untuk memberi peluang kepada pelajar
guru supaya dapat mencuba berkomunikasi melalui radio amatur. Beberapa orang wakil
daripada setiap unit beruniform dapat berkomunikasi dengan salah seorang pengguna radio
amatur di Parit Buntar, Perak.

Aktiviti bengkel komunikasi radio amatur berakhir pada pukul 11 pagi dengan
penyampaian cenderamata kepada penceramah.

Selepas Program Komunikasi Radio Amatur, tibalah masa untuk istiadat penutupan.
Semua pelajar guru dan pensyarah-pensyarah penasihat berkumpul di dataran kawad.
Dalam istiadat penutupan, upacara menurunkan bendera telah diketuai oleh wakil
Pengakap. Selepas menurunkan bendera, Madam Lau Hooi Lin memberikan sepatah dua
kata dan memberikan syabas kerana menjayakan kem ini.

Seterusnya, kami telah membentuk satu bulatan dan saling bersalaman antara satu
sama lain. Selepas itu, majlis penutupan telah diadakan. Majlis tersebut telah diketuai oleh
pelajar guru Kadet Remaja Sekolah. Majlis penutup dimulakan dengan bacaan doa. Selepas
bacaan doa, ketua unit kokurikulum iaitu Encik Nordin bin Sadali telah memberikan ucapan
dan merasmikan majlis penutupan. Selepas itu, seorang wakil pelajar guru telah
menyampikan ucapan.

Majlis penutup diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada unit-unit beruniform.


Pandu Puteri menjadi johan dalam pertandingan tapak perkhemahan manakala Pengakap
pula merupakan johan persembahan Malam Kebudayaan. Bagi pertandingan masakan
rimba, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia menjadi johan dan bagi pertandingan
orienteering Puteri Islam berjaya memenangi tempat pertama. Anugerah Pemimpin pula
dimenangi oleh Kadet Remaja Sekolah. Selepas penyampaian hadiah, semua pelajar guru
dan pensyarahpensyarah bersama-sama mengambil gambar sebagai kenangan.

Setelah itu, semua pelajar guru Pandu Puteri telah berkumpul di tapak perkhemahan
untuk istiadat penurunan bendera Pandu Puteri. Pasukan panji-panji telah mengetuai
istiadat penurunan bendera Pandu Puteri. Selepas itu, kami telah menyanyikan lagu Pandu
Puteri dan bersalam-salaman antara ahli Pandu Puteri.

27
Seterusnya, kami ditugaskan untuk membersihkan tapak perkhemahan. Aktiviti ini
lebih dikenali dengan istilah combing. Ahli-ahli pandu puteri seramai 17 orang bertungkus-
lumus membersihkan tapak perkhemahan supaya kami meninggalkan Kem Mutiara Pusat
Kokurikulum Bukit Mertajam dengan bersih. Setelah aktiviti combing dilaksanakan kami
menuju ke arah dewan makan untuk mengambil bungkusan makanan tengah hari.
Seterusnya, kami sekumpulan makan makanan tengah hari di Dewan Astaka. Makanan
tengah hari yang dibekalkan pada hari tersebut ialah ayam kurma, kubis, nasi, epal dan
sebotol air mineral bagi setiap orang.

Seterusnya, kami bersiap sedia untuk pulang ke Institut Pendidikan Guru Kampus
Pulau Pinang. Kami sekumpulan mengalihkan barang-barang kami dari Khemah ke Dewan
Astaka. Kami juga memastikan semua barang yang diberi oleh Pusat Kokurikulum Bukit
Mertajam dipulangkan dalam keadaan yang baik. Setelah memulangkan barang-barang
yang diberi oleh mereka kami juga membawa barang-barang pandu puteri seperti kayu mop,
cerek, baldi, tali raffia, beg plastik dan sebagainya. Lebih kurang 1.30 petang kami telah
menyusun semua beg peribadi, barang-barang yang dibawa dari stor IPG dan barang-
barang pandu puteri di Dewan Astaka. Seterusnya, kami menunggu untuk ketibaan bas dan
van IPG di Dataran Astaka.

Setelah bas dan van IPG tiba kami pun menyusun segala barang yang kami bawa di
dalam bas IPG. Kami juga bertolak dari Pusat Unit Kokurikulum Bukit Mertajam lebih kurang
pukul 2.00 petang. Perjalanan kami ke IPG mengambil masa lebih kurang 30 minit. Setelah
sampai di IPG kami pun mengambil semua barang yang kami simpan di dalam bas untuk
memulangkannya di stor IPG. Ahli-ahli pandu puteri dibahagikan kepada dua kumpulan kecil
untuk memulangkan barang-barang yang dibawa ke kem. Sekumpulan kecil membantu
Kapten kami untuk memulangkan barang-barang pandu puteri di stor pandu puteri dan lagi
satu kumpulan ahli pandu puteri memulangkan barang-barang di stor IPG. Setelah
memulangkan barang-barang, kami juga membawa beg-beg peribadi kami dan menuju ke
arah kolej kediaman masing-masing. Beginilah kisah perkhemahan kami selama 4 hari 3
malam di Kem Mutiara Pusat Kokurikulum Bukit Mertajam. Daripada perkhemahan ini, kami
menimba banyak pengetahuan tentang perkhemahan. Perkhemahan ini juga melengkapkan
diri kami dengan ilmu perkhemahan, ilmu orienting, ilmu mengendalikan sesebuah unit
beruniform sebagai seorang penasihat di sekolah rendah pada masa yang akan datang.
Aktiviti perkhemahan ini juga berakhir dengan pelbagai kenangan manis yang terpahat di
dalam hati kami. Sekian, terima kasih. 28

Laporan disediakan oleh, Tarikh:


GAMBAR-GAMBAR YANG BERKAITAN:

Puteri Islam mengetuai perbarisan dan menaikkan bendera.

Ketua Puteri Islam membuat laporan kepada pensyarah penasihat mereka yang bertugas
pada hari tersebut.

29
Ahli-ahli Kadet Pandu Puteri bersarapan selepas kawad kaki.

30
Penceramah, En. Khoo, sedang memberi taklimat tentang Radio Amatur.

En. Khoo mengajar pelajar guru menggunakan radio amatur.


31
Pasukan Pandu Puteri Kadet menggunakan radio amatur.

32
Istiadat penurunan bendera.
Istiadat penurunan bendera

33

Bacaan doa dalam majlis penutup.


Ucapan oleh ketua unit kokurikulum.

34 pelajar guru.
Ucapan oleh wakil
Istiadat penurunan bendera Pandu Puteri.

35