Anda di halaman 1dari 9

BELAJAR BAHASA MALAYSIA / MELAYU PMR SPM

Pelajari hukum kata tanya dalam blog Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu PMR SPM!

KATA TANYA ( ? )

1. MAKSUD:
Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk bertanyakan sesuatu.

2. JENIS KATA TANYA:

Jenis dan Fungsi kata tanya


Apa - Untuk binatang, benda, perkara, tidak pasti (lembaga / hantu dll)

Siapa - Untuk manusia


Mana - Untuk tempat, kedudukan
Bila - Untuk masa, zaman, waktu
Berapa - Untuk jumlah, harga
Mengapa - Untuk sebab (lebih tepat berbanding kenapa)
Kenapa - Untuk sebab
Bagaimana - Untuk cara, keadaan, langkah Macamana - Untuk cara, keadaan, langkah, punca

3. KESALAHAN PENGGUNAAN KATA TANYA:

a. Ayat tanya boleh terhasil walaupun tanpa menggunakan kata tanya tetapi mestilah ada
tanda tanya ( ? ).
Betul:
-Suasana pada hari ini sungguh ceria dan tenang sahaja?
-Nama bapa saudara awak ialah Haji Kamaruddin bin Ishak?

b. Penegas kah tidak boleh diletakkan di bahagian akhir ayat tanya.


(letak di hadapan atau tengah)
Salah:
-Semalam awak tidak hadir, mengapakah?
-Awak akan melancong ke sana, bilakah?
Betul:
-Semalam awak tidak hadir, mengapa?
-Mengapakah awak tidak hadir semalam?
-Awak akan melancong ke sana, bila?
-Bilakah awak akan melancong ke sana?

c. Kata tanya tidak boleh digunakan jika ayat itu bukan ayat anya.
(tukar dengan menyebut fungsinya)
Salah:
-Saya terkejut bila melihat lelaki itu menumbuk muka awak.
-Pelanggan itu ingin mengetahui berapa harga ikan tersebut.
-Kami ingin mengetahui di mana anda tinggal sekarang.
-Kami tidak tahu bagaimana anda boleh terjatuh ke dalam longkang itu.
Betul:
-Saya terkejut apabila melihat lelaki itu menumbuk muka awak.
-Pelanggan itu ingin mengetahui harga ikan tersebut.
-Kami ingin mengetahui tempat anda tinggal sekarang.
-Kami tidak tahu punca anda boleh terjatuh ke dalam longkang itu.

d. apa tidak boleh digunakan untuk manusia. siapa tidak boleh digunakan untuk binatang.
Salah:
-Apakah nama anak lelaki Encik Kamil yang baru menjadi doktor itu?
-Siapakah nama kucing awak yang comel sungguh itu?
Betul:
-Siapakah nama anak lelaki Encik Kamil yang baru menjadi doktor itu?
-Apakah nama kucing awak yang comel sungguh itu?

e. Kata tanya boleh digunakan dalam ayat yang bukan ayat tanya dengan syarat telah
digandakan.
Salah:
-Awak boleh bertanya apa soalan kepada saya sebelum saya balik.
-Awak juga boleh berjumpa dengan saya pada bila masa pun.
-Mana pelajar yang masih berdegil akan menerima hukuman.
Betul:
-Awak boleh bertanya apa-apa soalan kepada saya sebelum saya balik.
-Awak juga boleh berjumpa dengan saya pada bila-bila masa pun.
-Mana-mana pelajar yang masih berdegil akan menerima hukuman.

f. Mengapakah dan bagaimanakah lebih tepat penggunaannya daripada kenapakah dan


macamanakah.
Betul:
-Mengapakah awak tidak hadir?
(ini lebih tepat)
-Bagaimanakah awak sampai ke sini?
(ini lebih tepat)
-Mengapa/ Kenapakah/ kenapa awak tidak hadir?
(ikut susunan mana yang lebih tepat)
-Bagaimana/ Macamanakah/ macamana awak sampai ke sini?
(ikut susunan mana yang lebih tepat)

g. Jika kata tanya diletak di hadapan ayat, partikal kah mesti diletak.
Salah:
-Mengapa awak tidur di lantai?
-Bila awak tiba di sini?
Betul:
-Mengapakah awak tidur di lantai?
-Bilakah awak tiba di sini?
Kata Tanya
1. Kata Tanya digunakan untuk menanyakan sesuatu.

2. Ayat untuk menanyakan sesuatu dan diakhiri oleh tanda Tanya (?) dalam
tulisan.

3. Contoh kata tanya dan penggunaannya dalam ayat:

a) Apa

- menanyakan benda atau haiwan

-Contoh: Apakah pekerjaan ayah awak?

Apakah yang ada di dalam kotak itu?

b) Siapa
- menanyakan orang atau nama orang

- Contoh: Siapakah nama adik kamu?

Siapakah yang menelefon Encik Rosli tadi?

c) Mangapa
- menanyakan sebab

- Contoh: Mengapakah kamu menangis?

Mengapakah Julia tidak keluar makan?

d) Berapa
- menanyakah bilangan jumlah atau harga
- Contoh: Berapakah harga baju itu?

Berapakah jumlah biji ping pong di dalam kotak itu?

e) Bila
- menanyakan masa dan waktu

- Contoh: Bilakah kamu akan bertolak ke Melaka?

Bilakah dia akan sampai?

f) Di mana
- menanyakan tempat

- Contoh: Di manakah letaknya Kedai Runcit Pak Amid?

Di manakah kemalangan itu berlaku?

g) Bagaimana

- menanyakan sebab

- Contoh: Bagaimanakah keadaan ibu kamu?

Bagaimanakah caranya membuat kek lapis?

4. Ayat Tanya tanpa kata Tanya

a) Latihan sukan petang ini dibatalkan, Man?

b) Ayah kamu masih di luar Negara?

C) Hadiah pertama cabutan bertuah itu sebuah computer?

5. Ayat Tanya dengan kata Tanya


a) i. Bungkusan yang kamu terima itu apa?

ii. Apakah bungkusan yang kamu terima itu?

b) i. Yang meminta kamu dating pada hari Sabtu ini siapa?

ii. Siapakah yang meminta kamu dating pada hari Sabtu?

c) i. Rita dihantar guru ke klinik mengapa?

ii. Mengapakah Rita dihantar guru ke klinik?

6. Jika kata Tanya dikedepankan maka kata tanya itu disertai oleh partikel -
kah
Kata Tanya

Kata Tanya

1) Dugunakan untuk membentuk ayat Tanya

2) Terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu

a) Kata ganti Tanya

b) Kata keterangan Tanya

c) Kata bilangan Tanya

3) Kata tanya mesti diikuti oleh partikel kah apabila digunakan di awal ayat Tanya

4) Kata tanya boleh wujud di awal, di akhir atau di tengah ayat

5) Contoh: Apakah nama kucing kamu?

Kata Tanya Pengunaannya Ayat Contoh

Apa Digunakan untuk menanya nama a) Apakah nama kucing kamu?


benda atau binatang
b) Itu apa?

Berapa Digunakan untuk menanya bilanganc) Baju ini berapaharga?

d) Kertas di dalam kotak


ada berapa keeping?

Mana Digunakan untuk menanyakan e) Di manakah kamu tinggal?


manusia, binatang, benda, tempat
f) Pulau ledang terletak
di mana?

Siapa Digunakan untuk menanyakan g) Siapakah nama adik kamu?


orang
h) Engkau ini siapa?

Bagaimana Digunakan untuk menanyakan carai) Bagaimanakah keadaan


atau keadaan emak kamu?

j) Bagaimanakah membuat
nasi tomato?

Bila Digunakan untuk menanyakan k) Bilakah kamu sampai?


masa
l) Bilakah acara itu
berlangsung?

Mengapa Digunakan untuk menanyakan m) Mengapakah merea


sebab bergaduh?

Kenapa Digunakan untuk menanya sebab n) Kenapakah kamu gagal


dalam ujian?