Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
0 Pengenalan
mendefinisikan kaunseling sebagai salah satu proses sistematik untuk membantu perhubungan
berdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor berdaftar mengikut kod
etika kaunseling untuk mencapai satu perubahan, kemajuan dan penyesuaian yang akan
berterusan sepanjang hayat klien. Kaunseling menurut Blocher (Shertzer & Stone, 1974) adalah
proses interaksi yang menggerakkan pemahaman yang bermakna, terhadap diri dan
persekitaran, menghasilkan pembentukan dan/atau penjelasan matlamat dan nilai untuk tingkah
Definisi kaunseling
pembelajaran psiko sosial pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dalam bentuk
bersemuka antara seorang yang pakar dalam psikologi kaunseling (kaunselor) dan
Kaunseling merupakan suatu proses menolong yang melibatkan interaksi dua hala
antara orang yang memberi pertolongan dengan orang yang menerima pertolongan
dalam keadaan suasana yang harmoni, penuh kesedaran dan saling memahami.
Apabila proses ini dikembangkan, sudah tentunya berlaku juga proses kesedaran
diri bagi orang yang menerima pertolongan. Manakala bimbingan pula didefinisikan
tingkahlakunya.
Membantu individu agar lebih bersikap terbuka dan mampu membuat pilihan yang
Kaunseling adalah satu proses perhubungan menolong secara profesional berdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang
dilaksanakan oleh kaunselor untuk membantu klien meneroka, menganalisis, memahami diri dan mampu membuat
keputusan sendiri mengikut Kod Etika Kaunselor (Peraturan-Peraturan - Kelakuan dan Tatatertib 1999 dan Akta
Kaunselor 1998).
Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling merupakan perkhidmatan memberi pertolongan dan bukannya memberi
arahan atau membuat pilihan atau membuat keputusan untuk individu tentang apa yang harus mereka
lakukan. Ia juga bukan bertujuan untuk mempengaruhi individu supaya menurut sesuatu idealisme, fahaman
atau sudut pandangan pegawai yang memberi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling mengiktiraf wujudnya perbezaan individu dan mengambil kira kewajipan serta
tanggungjawab individu dalam mencapai matlamat proses bimbingan dan kaunseling.
Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling juga bukan untuk mengambil alih tanggungjawab seseorang individu dalam
menyelesaikan masalahnya malah ia merupakan proses kerjasama erat antara kaunselor dengan klien dan seluruh
potensi yang ada di organisasi dan masyarakat. Secara ideal, seluruh potensi harus digabungkan agar bantuan
dapat diterima secara maksimum oleh setiap individu yang memerlukan.
Kaunseling boleh didefinisikan sebagai satu interaksi yang berlaku antara dua orang
individu yang dipanggil kaunselor dan klien, berlaku di dalam setting profesional, dan dimula
dan dikekalkan sebagai satu cara untuk menolong perubahan tingkah laku (Pepinsky, H.&
Pepinsky,P.1953:3). Good (dalam Sipora Sipon dan Wan Anor Wan Sulaiman 2002)
menyatakan kaunseling sebagai bantuan dalam menyelesaikan masalah perubahan individu
yang dilakukan oleh pembantu yang benar-benar berpengetahuan dan berkebolehan
sehinggalah seorang itu boleh membuat keputusannya dengan baik.
Bagi memahami dengan lebih jelas lagi tentang definisi kaunseling, saya memetik definisi
daripada dua tokoh iaitu Patterson (1995) dan Corey (1977). Patterson, mendefinisikan
kaunseling sebagai satu proses interaktif melalui satu perhubungan yang unik antara kaunselor
dan klien yang mengarah kepada perubahan klien dalam aspek tingkah laku, kepercayaan dan
kemahiran membuat keputusan. Corey pula menekankan tentang proses di mana seorang klien
diberi peluang untuk menerokai aspek diri dan kehidupannya yang menimbulkan masalah pada
dirinya.
Krumboltz (George & Cristiani, 1990) pula mengatakan bahawa kaunseling merangkumi
aktiviti-aktiviti yang beretika yang dilakukan oleh kaunselor dalam usaha membantu klien
melibatkan diri dengan jenis tingkah laku yang akan menghasilkan penyelesaian kepada
masalah klien. Tambahan pula, ahli psikologi pula berpendapat kaunseling sebagai ...satu
proses di mana kaunselor menolong klien membuat interpretasi fakta berkaitan pemilihan,
perancangan atau penyesuaian yang perlu dibuat (Smith,G.E.,1955: 6) Secara keseluruhan
pula, kaunseling adalah satu proses pertolongan profesional yang bertujuan untuk membantu
individu memahami dirinya dan alam sekelilingnya.