Anda di halaman 1dari 2

ENAM TOPI BERFIKIR (6 THINKING HATS)

Gaya pemikiran ini diperkenalkan oleh Edward de Bono dengan bertujuan untuk
meluaskan perspektif pemikiran dan melihat isu atau masalah dengan
menggunakan sudut pandangan yang pelbagai.Hal ini bertujuan untuk
menghasilkan alternatif penyelesaian yang kreatif dan menimbangkan cadangan-
cadangansebelumkeputusanmuktamaddiambil.Enamtopiinitidaksemestinyadiaplikas
ikansecaraserentakkesemuanya.Hal ini bergantung pada kebolehan pelajar dan isu
yang dibincangkan. Berikut merupakan enam gaya pemikiran bagi setiap enam
warna topi yang boleh diaplikasikan di dalam bilik darjah.

Putih
Melambangkan pemikiran neutral dan objektif yang mementingkan fakta dan
perkara objektif semata-mata.

Merah
Melambangkan pemikiran emosional dan berlandaskan perasaan dan intuisi/ naluri.

Hitam
Melambangkan pemikiran negatif yang menekankan keburukan, kelemahan dan
kecacatan.

Kuning
Melambangkan pemikiran positif yang menggunakan kebaikan, keistimewaan dan
manfaat.

Hijau
Melambangkan pemikiran kreatif dan dengan itu mampu menjana idea-idea baru
yang bernas atau mengembangkan idea yang sedia ada, sama ada secara logik
atau tidak logik. Kedua-duanya boleh diterima.

Biru
Melambangkan pemikiran kawalan dan dengan itu mengawal perjalanan sesuatu
perkara termasuk topi-topi lain.

(Sumber: DipetikdandiubahsuaidaripadalamanAnekdot: MengasahMindaMengubahDunia.


KaedahBerfikirEnamTopi)
(Sumber: DipetikdandiubahsuaidaripadalamanAnekdot: MengasahMindaMengubahDunia.
KaedahBerfikirEnamTopi)