Anda di halaman 1dari 7

BAB 12: TEKNIK BERCERITA

12.1 DEFINISI

i. Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu
hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya.
ii. Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau
strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasl segera
yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.
iii. Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya
Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai
pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah
di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.
iv. Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi
menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-
pelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang
digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.
v. Cerita adalah satu susunan kejasian atau peristiwa yang berlaku sama ada
benar-benar berlaku atau diciptakan. Bercerita dianggap sebagai satu cabang
seni dan ia memainkan peranan penting sebagai sumber hiburan rakyat di
samping alat pendidikan moral dan nilai di kalangan masyarakat

12.2 TUJUAN TEKNIK

i. Menarik Minat murid


ii. Mengekalkan perhatian
iii. Membangkitkan ras ingin tahu

12.3 KONSEP TEKNIK BERCERITA

i. Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina


kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik
minat dan perhatian pelajar.
ii. Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat
disampaikan.
iii. Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca
dan menulis dikalangan pelajar.
iv. Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat
permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada
teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata.
v. Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya
jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.

12.4 LANGKAH-LANGKAH DALAM PERSEDIAAN TEKNIK BERCERITA IALAH :

i. Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid.
Kemudian, sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.
ii. Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa.
iii. Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting.
iv. Latih bercerita seolah-olah guru berada dihadapan murid-murid sekurang-
kurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini.
v. Guru bercerita dalam keadaan yang selesa.
vi. Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain BBM.
vii. Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan
dengan aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan.

12.5 TEKNIK BERCERITA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


BAHASA

i. Bercerita merupakan suatu seni yang menggunakan bahasa, pergerakan dan


mimik muka untuk melontarkan idea dan merangsang daya imaginasi
audiens. Bercerita juga boleh dianggap sebagai seni sastera dan seni teater
yang dapat memberikan nyawa kepada perkataan bertulis dalam sesebuah
buku (E.Greene : 1976).
ii. Anne Pellowski (1990) menjelaskan bahawa bercerita ialah keseluruhan
pengalaman sejenak daripada penceritaan lisan dalam bentuk berirama atau
prosa yang dipersembahkan atau dipimpin oleh seseorang di hadapan
khalayak. Penceritaannya boleh disampaikan secara lisan atau dilagukan
dengan iringan muzik, menggunakan gambar, sumber-sumber bercetak atau
direkodkan secara mekanikal.
iii. Asal usul kegiatan bercerita tidak dapat dikesan kerana tidak ada
dokumentasi yang formal. Namun demikian, cerita pertama yang pernah
dikesan adalah di Mesir, iaitu cerita yang ditulis Papyrus 5500 tahun yang
lampau dengan ungkapan Hari ini saya bercerita kepada anak lelaki
saya. Di Eropah pula lakaran idea ditemukan di atas daun nipah, dan
cerita dikisahkan untuk mengembangkan agama. Di Greek pula, penulisan
puisi dengan menggunakan muzik dikesan pada kulit belulang, manakala di
India, cerita disampaikan dengan menggunakan kain yang mempunyai plot
cerita Mahabarata dan Ramayana. Dalam suasana gelap, pencerita berdiri di
hadapan kain yang dilakarkan dengan cerita dan dia bercerita berpandukan
siri gambar dengan menggunakan lilin. Di Rantau Pasifik dan Afrika pula,
cerita disampaikan dengan menggunakan tali dan di Australia pula, cerita
menggunakan pasir.
iv. Dalam tradisi lisan masyarakat Melayu, bercerita sering disampaikan dalam
bentuk bersahaja secara berlagu atau dengan bahasa berirama serta diiringi
dengan permainan alat muzik seperti rebab, serunai atau gendang (ada
kalanya menggunakan batil atau belanga). Pencerita atau penglipur lara
dalam seni bercerita Melayu silam dipanggil mengikut tajuk cerita yang
disampaikan seperti Selampit atau Tok Selampit (selalunya bercerita
menggunakan rebab). Ada juga digelar Awang Batil (bercerita menggunakan
batil) atau Awang Belanga (bercerita menggunakan belanga). Ada kalanya
pencerita digelar berdasarkan watak dalam cerita seperti Tok Jebang atau
digelar tukang cerita sahaja. Satu lagi bentuk penceritaan dalam masyarakat
Melayu tradisi ialah Wayang Kulit dan penceritanya dipanggil Tok Dalang
(yang bercerita menggunakan patung wayang kulit).
v. Sebagai suatu seni, bercerita merupakan satu cabang seni yang tertua dan
telah berkembang secara lisan serta diwarisi dari satu generasi ke satu
generasi.
vi. Bercerita juga telah menjadi satu cara yang berkesan untuk berkomunikasai
sambil berhibur. Selain itu, bercerita juga menjadi alat untuk memberikan:
a. Pengajaran
b. Pengetahuan
c. perkongsian pengalaman.
vii. Sebagai kaedah pengajaran dalam bilik darjah, bercerita menepati kehendak
objektif pengajaran dan pembelajaran, iaitu dapat:
i. meningkatkan kemahiran dan kecekapan berbahasa khususnya lisan,
bacaan, penulisan dan kosa kata
ii. memahami dan menghayati cerita
iii. meningkatkan kemahiran mendengar
iv. mencerna minda dan daya imaginasi serta menggalakkan kemahiran
berfikir secara kritis dan kreatif
v. menambah pengalaman dan pengetahuan
vi. menanam sikap cinta akan warisan budaya
vii. menerapkan unsur nilai murni
viii. memupuk rasa peka dan prihatin terhadap masyarakat sekeliling
ix. mencungkil dan mengasuh bakat
x. membentuk insan yang harmoni dan seimbang
xi. menggalakkan sumber rekreasi dan pembelajaran sepanjang hayat.

12.6 CIRI-CIRI PENTING TEKNIK BERCERITA

i. Mencernakan daya kreatif dan imaginasi pelajar


ii. Melatih pelajar dengan pelbagai kemahiran dan kecekapan bahasa
terutamanya kemahiran lisan (mendengar dan bertutur)
iii. Menggalakkan pelajar berkomunikasi dengan berkesan dari segi sebutan,
nada, intonasi dan ekspresi/mimik muka
iv. Memperluaskan pengalaman dan pengetahuan pelajar dalam pelbagai bidang
yang berkaitan dengan kehidupan seharian
v. Menggalakan pelajar mendengar cerita secara kritis supaya lebih berfikiran
matang dan berketrampilan

12.6.1 Prinsip-prinsip Panduan Penguasaan Kemahiran Bercerita


i. memilih cerita yang sesuai
ii. menghafal isi-isi penting
iii. sediakan alat bantu mengajar
iv. kesediaan pelajar
v. murid boleh melihat dengan jelas wajah dan ekspresi guru
vi. mulakan cerita dengan suara yang menarik dan penuh emosi
vii. pandangan terus ke muka murid secara bergilir-gilir
viii. pastikan suara jelas dan lantang
ix. kad-kad perkataan dan gambar harus digunakan untuk membantu
murid memahami isi cerita dengan lebih jelas
x. mengemukakan soalan semasa sesi bercerita kepada murid
xi. ayat dan perkataan mudah difahami murid
xii. disampaikan dengan gerak-geri secara semulajadi
xiii. aktiviti susulan

12.6.2. Perancangan dan Pengurusan Sesi Bercerita


i. Guru bermula dengan memilih sebuah cerita yang sesuai
ii. Tema cerita harus mengandungi nilai moral yang murni
iii. Cerita hendaklah menarik dan perkataan yang digunakan
hendaklah sesuai dengan pengalaman murid
iv. Panjang atau pendek cerita hendaklah bergantung kepada masa
yang diperuntukkan
v. Guru hendaklah menghafaz dan bercerita secara sendiri sekurang-
kurangnya sekali
vi. Menyediakan alat bantu mengajar seperti kad perkataan, kad
gambar atau topeng-topeng
vii. Soalan hendaklah disediakan untuk menguji kefahaman murid
viii. Menyusun tempat duduk murid supaya memastikan semua murid
dapat mendengar dan melihat ekspresi guru
ix. Tempat bercerita hendaklah dihiaskan dengan alat-alatan seperti
gambar-gambar yang sesuai dengan isi cerita

12.6.3. Sesi Bercerita


i. Dimulakan dengan suatu set induksi yang menarik
ii. Menggunakan suara, gaya dan alat bantu mengajar yang menarik
perhatian dan membantu murid-murid memahami cerita
iii. Pastikan setiap murid telah mengambil perhatian secara
sepenuhnya
iv. Gunakan soalan bimbing murid mengikuti perkembangan cerita

12.6.4. Penutup
i. Menbantu murid-murid mengukuhkan nilai-nilai murni yang
diterapkan dalam isi cerita itu

12.6.5. Aktiviti penutup


i. Menyoal murid tentang isi cerita yang disampaikan.
ii. Menyuruh murid-murid mengulung isi cerita dengan menggunakan
perkataan sendiri.
iii. Berbincang dengan murid tentang tema dan nilai murni yang
terkandung dalam isi cerita.
iv. Membimbing murid-murid berlakon berdasarkan isi cerita yang
disampaikan.
v. Menyuruh murid-murid menulis karangan berdasarkan isi cerita
yang telan didengar
vi. Kemahiran Lisan:
a. Bahasa mudah ke abstrak, kosa kata baru/ungkapan
diulang-ulang
b. Suara jelas, lantang, bervariasi (suara kanak-kanak, orang
dewasa, orang tua,haiwan)
c. Sebutan jelas, tepat, kelajuan sesuai
d. Nada dan intonasi sesuai dengan watak dan situasi
vii. Kemahiran bukan lisan
a. Mimik muka sesuai dengan emosi
b. Hubungan mata untuk menarik perhatian dan
mengekalkan tumpuan
c. Bahasa Badan gerak anggota untuk menjelaskan cerita
dan tidak keterlaluan
d. Peka dengan reaksi pendengar dan gangguan

12.7 KRITERIA PEMILIHAN CERITA


i. Mempunyai mesej, pengajaran & nilai-nilai murni
ii. Tema yang mudah, menarik & sesuai dgn minat kanak-kanak
iii. Plot yang mudah, kronology & happy ending
iv. Bahasa yang mudah, pengulangan kata & ayat mudah / pendek
v. Kosa kata baru dapat ditambah / dikembangkan
vi. Melibatkan watak kanak-kanak
vii. Menonjolkan watak yang boleh dicontohi
viii. Dapat meransangkan minda untuk idea kreatif (KBKK)
ix. Mudah dihafaz dan disampaikan dalam jangka masa pendek
x. Bersifat universal

12.8 TEKNIK BERCERITA SESUAI DENGAN:


i. Kebolehan kanak-kanak
ii. Masa (tidak terlalu panjang)
iii. Ruang dan tempat
iv. Suasana
v. Persekitaran (tiada gangguan bising)
vi. Peralatan cerita
vii. Bentuk dan jenis cerita
viii. Kemampuan pencerita

12.9 PERSEKITARAN BERCERITA


i. Dalam bilik prasekolah di Sudut Bercerita
ii. Luar bilik darjah: di bawah pokok, di taman, di Pondok Prasekolah/Cerita

12.10 CONTOH TEKNIK BERCERITA


i. Bercerita tanpa alat
ii. Bercerita berpandu
iii. Bercerita berdasarkan gambar bersiri
iv. Bercerita menggunakan bahan maujud
v. Teka-teki
vi. Teater bercerita
vii. Boneka

12.11 CADANGAN PERALATAN BERCERITA


i. Buku besar
ii. Beg bercerita
iii. Gambar bersiri
iv. Boneka
v. Kad Cantuman
vi. Kostum
vii. Poster
viii. Topeng
ix. Alat muzik/audio/vcd dll.

12.12 PROSEDUR MENYEDIAKAN PERALATAN BERCERITA


i. Sesuai dengan cerita dan objektif P&P
ii. Dibina daripada bahan yang mudah, murah, tahan lama
iii. Warna yang terang, menarik & merangsang indera
iv. Melibatkan pelbagai deria
v. Tidak membahayakan kanak-kanak
vi. Penggunaan bahan maujud dan sumber alam
vii. Boleh dipelbagaikan kegunaan
viii. Mudah digunakan dan disimpan

Anda mungkin juga menyukai