Anda di halaman 1dari 9

SET 1-BAHASA MELAYU 2016

SOALAN OBJEKTIF ( SET I )

KATA GANTI NAMA

Kata Ganti Nama Diri Pertama


aku digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa atau dengan Tuhan.
saya digunakan apabila bercakap dengan seseorang.
beta digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat.
patik digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan.
hamba digunakan untuk diri sendiri pada zaman dahulu.
kami digunakan untuk menggantikan diri orang yang bercakap dan mewakili beberapa orang yang lain.
kita digunakan untuk menggantikan diri orang yang bercakap dan orang yang diajak bercakap.

Kata Ganti Nama Diri Kedua


awak digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita. (dalam perbualan sahaja)
kamu digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita.
engkau digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita dan dengan Tuhan.
anda digunakan apabila tidak ada hubungan secara langsung seperti dalam pengumuman atau iklan.
tuanku digunakan apabila bercakap dengan raja atau sultan.
kalian digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap.

Kata Ganti Nama Diri Ketiga


dia/ia digunakan untuk diri orang biasa/ kebanyakan.
beliau digunakan untuk orang yang dihormati.
baginda digunakan untuk raja atau sultan.
mereka digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada seorang.

1
SET 1-BAHASA MELAYU 2016

DIRIMANANTIGAAKAT PETA KONSEP KATA GANTI NAMA DIRI

aku TUNGGAL
Kata saya
Ganti beta BAHASA
Diri patik ISTANA
Pertama hamba
(KGND1) kami JAMAK
kita
awak TUNGGAL
Kata kamu
Ganti engkau
Diri anda
Kedua tuanku BAHASA
(KGD2) tuan hamba ISTANA
kalian JAMAK
Kata dia TUNGGAL
Ganti ia / nya
Diri beliau
Ketiga baginda BAHASA ISTANA
(KGND3) mereka JAMAK

2
SET 1-BAHASA MELAYU 2016

Latihan

1 Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ialah mantan Perdana Menteri Malaysia. ___________
diberi gelaran Bapa Kemerdekaan.

A Dia
B Beliau
C Tuanku
D Baginda

2 Buku yang manakah menjadi pilihan __________? tanya Zaki kepada Ahmad.
A kita
B kami
C kamu
D kalian

3 "Tarian yang ___________ persembahkan di hadapan ___________ merupakan tarian istana

Melayu zaman silam," kata Norli kepada pemberita.

A aku ... tuanku

B patik ... tuanku

C saya ... baginda

D hamba ... baginda

4 "Mengapakah tuan puteri bersedih? Katakanlah kepada __________ kata Mak Inang Suri
kepada Tuan Puteri Mayang Sari.

A beta

B patik

C hamba

D tuan hamba

3
SET 1-BAHASA MELAYU 2016

5 "Tolong telefon setiausaha ___________ apabila ____________ sampai nanti," kata Dato'

Rauf kepada pemandunya.

A saya ... kita

B awak ... dia

C kita ... mereka

D kamu ... awak

6 Menurut rakan Hashimah yang juga berjaya dalam pelajaran, antara faktor kejayaan
____________ adalah kerana kerap mengadakan perbincangan.
A kita
B kamu
C saya
D mereka

7 "Doktor Nora ada di klinik? Saya ingin berjumpa dengan ____________ tanya Amran kepada

jururawat.

A dia

B anda

C kamu

D beliau

4
SET 1-BAHASA MELAYU 2016

8 "Tuan puteri, izinkan ___________ ke taman untuk memetik bunga mawar itu," kata dayang
kepada Puteri Intan.

A beta

B patik

C adinda

D kekanda

9 "Kejayaan ___________ merupakan hasil usaha para jurulatih. Tunjuk ajar ____________

telah mengubah corak permainan selama ini," kata ketua pasukan bola baling itu.

A kita ... mereka

B mereka ... saya

C saya ... beliau

D kami... kamu

10 Bapa Farah seorang doktor pakar di sebuah hospital swasta. ___________ bertugas di

hospital itu sejak tiga tahun yang lalu.

A Beliau

B Saya

C Dia

D Aku

5
SET 1-BAHASA MELAYU 2016

11 "Permaisuri sedang bersantap bersama-sama keluarga ___________, kata dayang kepada

Laksamana.

A beta

B patik

C tuanku

D baginda

12 "Mengapakah ___________ sering termenung sejak akhir-akhir ini?" tanya Tunku Permaisuri

Dayang Sari.

A patik

B beta

C tuanku

D hamba

13 "Usah melawan perintah ____________ tidak, __________ akan dipenjara," kata

Muzaffar Syah kepada Hang Nadim.

A baginda ... hamba

B beta ... tuan hamba

C baginda ... patik

D beta ... hamba

6
SET 1-BAHASA MELAYU 2016

14 "Tuan Pengarah ada di pejabat? Saya ingin bertemu dengan __________ , tanya pelawat

itu kepada kerani yang bertugas.

A engkau

B anda

C kamu

D beliau

15 "____________ akan junjung titah perintah ____________ sembah Laksamana kepada

Sultan Mansor Syah.

A Beta ... patik

B Patik ... tuanku

C Beta ... hamba

D Patik ... tuan hamba

16 Setelah Salina berpindah ke Temerloh, ___________ tidak pernah berjumpa dengannya

lagi.

A kami

B awak

C kamu

D engkau

7
SET 1-BAHASA MELAYU 2016

17 Menurut rakan Puan Halimah yang juga bergelar Ibu Mithali, antara faktor kejayaan

___________ mendidik anak-anak adalah kerana selalu memberi perhatian.

A mereka

B kita

C saya

D kami

18 "Tolong beritahu bos __________ apabila ___________ tiba di lapangan terbang nanti,"

kata Sanusi kepada pekerja itu.

A saya ... kalian

B awak ... kita

C kamu ... awak

D kamu ... kami

19 "__________ memohon ampun sekiranya khabar ini menjadikan __________ tuanku," kata

Bendahara Tun Perak kepada Raja Melewar.

A Patik ... kemurkaan

B Hamba ... kemasyghulan

C Tuan hamba ... kedukaan

D Patik ... kedurjanaan

8
SET 1-BAHASA MELAYU 2016

20 "Setiap pagi __________ akan berjoging di tepi Tasik Layang-layang itu," kata Zamani dan

adiknya kepada sepupu mereka.

A saya

B kita

C awak

D kami

21 "Tuan puteri, izinkan ___________ ke hutan untuk mencari bunga bakawali itu," kata

dayang kepada Puteri Kirana.

A beta

B patik

C adinda

D kakanda

Anda mungkin juga menyukai