Anda di halaman 1dari 17

SET 2 BAHASA MELAYU 2016

KATA ADJEKTIF

Tutorial

1.Kata Adjektif atau kata sifat ialah kata yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu
benda,orang,tempat dan sebagainya.

2.Kata Penguat ialah perkataan yang berfungsi untuk menguatkan maksud sesuatu kata
adjektif atau frasa adjektif.

3.Kata Adjektif boleh disertai dengan kata penguat hadapan ,kata penguat belakang dan kata
penguat bebas.Contoh sangat ,paling ,amat dan sebagainya.

Kata Penguat
Hadapan Belakang Bebas
terlalu sekali amat
paling benar sangat
agak nian sungguh
kurang betul
makin
cukup

4.Kata Adjektif boleh dibahagikan kepada jenis-jenis yang berikut :

1
SET 2 BAHASA MELAYU 2016

LATIHAN KATA ADJEKTIF

Jawab soalan di bawah.

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang sesuai.

Soalan pertama berdasarkan gambar di bawah :

1. Barang tembaga yang ______________ itu kembali berkilat-kilat setelah digilap.


A malap
B pudar
C luntur
D kusam
2. Walaupun sudah berumur sepuluh tahun, Zarin masih _________ berkata-kata.

A pelat

B petah

C becok

D lancar

3. Puan Shanti melabuhkan kain sekolah anaknya yang kelihatan ____________ itu.

A sempit

B singkat

C rendah

D tinggi

4. Biskut yang dibuat oleh kakak itu sudah_____________ kerana penutup tin tidak
ditutup dengan rapat .
A lemau

B lembut

C rangup

D rapuh
Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah :
2
SET 2 BAHASA MELAYU 2016

5 Pakaian pengemis itu kelihatan _______________ sekali.


A hodoh
B lusuh
C reput
D remuk

KATA HUBUNG

3
SET 2 BAHASA MELAYU 2016

Tutorial
Kata hubung bertugas untuk menghubungkan klausa, ayat, frasa atau perkataan untuk
membentuk ayat majmuk.

Terdapat tiga jenis iaitu kata hubung gabungan, kata hubung pancangan dan kata
hubung berpasangan.

Kata hubung gabungan

Kata hubung pancangan

ii)Kata Hubung Pancangan Komplemen

iii)Kata Hubung Pancangan Keterangan

Kata hubung berpasangan


Kata hubung yang digunakan secara berpasangan dalam satu ayat.

4
SET 2 BAHASA MELAYU 2016

kiankian
baikmahupun

entahentah sedangkaninikan pula

bukan sahajabahkan juga sungguhpunnamun

makinmakin bukan sahajatetapi juga

sungguhpuntetapi sama adaatau

bagaimanabegitulah daripadalebih baik

jangankanpun semakinsemakin

1. Murid-murid berdiri ____________ memberi salam kepada Cikgu Rahimah.


A dan
B sambil
C serta
D lalu

2. Lori itu terbabas __________ merempuh tembok batu di tepi jalan.


A kerana
B lalu
C atau
D manakala

3. Sarina mendapat bantuan pakaian sekolah ______________ dia anak seorang


hartawan.
A tetapi
B sementara
C kecuali
D walhal

4. ___________ makanan manis boleh menjejaskan kesihatan, __________ banyak


orang yang tidak peduli akan bahayanya.
A Walaupun ... bahkan
B Sungguhpun ... namun
C Bukan sahaja ... bahkan
D Sedangkan ... namun

Pilih ayat-ayat yang betul.

5
SET 2 BAHASA MELAYU 2016

5. I Murid-murid bersorak gembira bila mendengar pengumuman itu.


II Sebelum pulang, Kuhan mengunci pintu bilik itu.
III Sejak kejadian itu, Lili dan Munirah tidak bertegur sapa.
IV Oleh kerana ketakutan, Hwang tidak dapat menjawab soalan itu.
A I dan II sahaja

B II dan III sahaja


C III dan IV sahaja
D I dan IV sahaja

6
SET 2 BAHASA MELAYU 2016

PENJODOH BILANGAN

Perkataan yang digunakan bersama-sama Kata Bilangan untuk menentukan Kata


Nama Am mengikut saiz , rupa dan bentuknya.
Penjodoh Bilangan hendaklah diletakkan selepas Kata Bilangan dan sebelum Kata
Nama Am.

Contoh :

Dua ekor burung

Kata bilangan Kata Nama Am


Penjodoh bilangan

Jawab Soalan dibawah

1. Dua __________ lanun telah ditumpaskan oleh pasukan polis marin dalam tempoh
sebulan.
A pasukan
B kelompok
C angkatan
D gerombolan

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah :

7
SET 2 BAHASA MELAYU 2016

2. Siti Hajar kehilangan tiga __________ mutiara yang dihadiahkan oleh ayahnya.
A butir
B papan
C biji
D urat

3. Baju koyak itu dijahit dengan se __________ benang.


A utas
B untai
C gulung
D lembar

4. Ayah membeli lima __________ petai dan se__________ serai di pasar malam.
A keping ... genggam
B papan ... ikat
C ikat ... potong
D batang ... kaki

5. Pak Kassim telah menemukan tiga _________ peluru dan se_________ pistol di dalam
semak di belakang rumahnya.
A biji ... laras
B biji ... batang
C butir ... pucuk
D butir ...bilah

8
SET 2 BAHASA MELAYU 2016

PERIBAHASA

Peribahasa terdiri daripada enam jenis iaitu:-

a) Simpulan Bahasa d) Bidalan


b) Perumpamaan e) Bandingan Semacam
c) Pepatah f) Kata-kata hikmat
Simpulan bahasa adalah kata-kata ringkas atau
rangkaian perkataan yang dirumuskan dalam susunan
SIMPULAN
P BAHASA tertentu yang membawa maksud tertentu. Maksudnya
terdapat daripada apa yang tersirat atau
E tersembunyi.Contoh air muka, ada hati,kaki ayam.

A Perumpamaan ialah susunan kata-kata yang indah,


PERUMPAMAA ringkas dan kemas serta mempunyai maksud yang
S N tersirat. Biasanya, perumpamaan dimulai dengan
A kata bagai, ibarat, laksana, seperti dan umpama.
Contoh perumpamaan: bagai aur dengan
tebing,seperti api dalam sekam, bak bulan dipagari
bintang.

9
SET 2 BAHASA MELAYU 2016

Jawab soalan di bawah.

1. Zalina ________________apabila melihat berbagai-bagai jenis kain yang dijual di


kedai itu.
A rambang mata
B sejuk mata
C sakit mata
D ada hati
2. Pegawai itu menuduh kami dengan ______________tanpa menyiasat terlebih dahulu.
A bulat fikiran
B hentam kromo
C membabi buta
D serkap jarang
3. Disebabkan sikap Zali yang sombong,saya tidak akan berkawan dengannya lagi.
A Menanam tebu di tepi bibir
B Alang-alang mandi biar basah
C Berpatah arang berkera rotan
D Melukut di tepi gantang
4. Rumah itu tidak dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan jika pekerjanya
bersikap __________.
A seperti kerbau dicucuk hidung
B seperti tikus membaiki labu
C seperti pahat dengan penukul
D seperti gergaji dua mata
5. Walaupun Rosli yang berbuat bising,namun kami turut didenda oleh Cikgu Adly.
A Rambut sama hitam,hati lain-lain.
B Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit.
C Sepandai-pandai tupai melompat,akhirnya jatuh ke tanah juga.

10
SET 2 BAHASA MELAYU 2016

D Lembu punya susu ,sapi dapat nama.

BAHAGIAN B

Soalan 21

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk isi pada tempat kosong dalam petikan yang
diberi.

atau agar dan lalu


apabila semoga sambil semenjak

Hujan lebat masih belum reda. Maria membuka daun jendela ________________ menjenguk
ke luar tingkap. Biasanya, ibu akan sampai ke rumah selewat-lewatnya pukul 4.00 petang.
Maria berdoa ___________________ ibunya selamat dalam perjalanan. Maria amat
memahami keadaan ibunya yang perlu mencari nafkah untuk mereka berdua
___________________ pemergian bapanya. Kemudian, Maria masuk ke bilik untuk
menyusun buku-bukunya ___________________ mengikut jadual waktu untuk persekolahan
pada hari esok. Selesai mengemas buku-bukunya, Maria menunaikan solat Asar.

[4 markah]

11
SET 2 BAHASA MELAYU 2016

Soalan 22

Teliti iklan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

a. Perkataan lain bagi diskaun ialah ________________________________________.

[1 markah]

b. Karnival Buku Kedah itu diadakan selama ______________________________.

[1 markah]

c. Siapakah yang menganjurkan Karnival Buku Kedah?

________________________________________________________________

____________________________________________________________________

[2 markah]

d. Pada pendapat kamu, mengapakah iklan seperti ini dibuat oleh pihak penganjur?

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

[3 markah]

12
SET 2 BAHASA MELAYU 2016

Soalan 23

Baca dan fahami pantun di bawah. Kemudian , jawab soalan- soalan yang berikut.

Aktiviti melancong dapat memberi banyak manfaat kepada kita. Antaranya ialah kita dapat
menikmati keindahan alam semula jadi. Contohnya, apabila kita melawat ke Tanah Tinggi
Cameron. Kita dapat menghirup udara yang segar sambil menikmati keindahan pemandangan
untuk melapangkan fikiran setelah penat belajar atau bekerja.

Selain itu, kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan tenteng cara hidup dan budaya
masyarakat di sesuatu tempat. Misalnya, di Sabah dan Sarawak. Kedua-dua negeri ini
mempunyai keistimewaan yang tersendiri dari aspek pakaian, makanan, pantang larang dan
tarian tradisional. Oleh itu, kita tidaklah seperti katak di bawah tempurung.

Kita juga dapat mengkaji, meneliti latar belakang dan sejarah sesuatu tempat seperti
Bandar Raya Melaka. Di sana, kita dapat melihat bangunan A Famosa iaitu kesan penjajahan
Portugis pada masa lampau. Terdapat banyak lagi tempat bersejarah di negeri tersebut yang
boleh dilawati seperti Rumah Melaka, Muzium Kesultanan Melayu Melaka, Muzium Setem
Melaka dan lain-lain lagi.

a. Perkataan tradisional dalam petikan boleh juga digantikan dengan perkataan

_____________________.

[1 markah]

b. Nyatakan maksud peribahasa seperti katak di bawah tempurung.

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

[2 markah]

c. Ke manakah destinasi pelancongan impian anda? Mengapa?

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________
[3 markah]

13
SET 2 BAHASA MELAYU 2016

d. Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan.

Sabah dan Sarawak mempunyai


pelbagai keistimewaan dari segi
pakaian, makanan dan pantang larang.

Kawasan tanah tinggi mempunyai udara BETUL


yang panas dan kering.
SALAH

Melaka pernah dijajah oleh Portugis


pada zaman dahulu.

[2 markah]

Soalan 24
14
SET 2 BAHASA MELAYU 2016

Baca dan fahami pantun di bawah. Kemudian , jawab soalan- soalan yang berikut.

Pokok siantan tanam di pekan,


Di tepi pandan di pokok lada;
Jaga kesihatan dengan bersukan,
Cergas badan cerdaslah minda.

Ikan sepat dapat dipukat,


Ikan belida di paya rumbia;
Amalkan gaya hidup sihat,
Penyakit tiada hidup ceria.

Ke Kuala Tahan beli keranji,


Singgah di kota beli bidara;
Jaga kesihatan amalan terpuji,
Tentu kita hidup sejahtera.

a. Perkataan minda boleh diganti dengan ____________________________________.

[1 markah]

b. Nyatakan dua kebaikan bersukan.

_________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

[2 markah]

c. Mengapakah kita perlu menjaga kesihatan diri?

_________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

[2 markah]

d. Jelaskan maksud rangkap kedua pantun di atas.

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

[3 markah]

Soalan 25

15
SET 2 BAHASA MELAYU 2016

Baca dan fahami dialog di bawah. Kemudian, jawab soalan- soalan yang berikut.

Di dalam kelas, Cikgu Suhaila telah menyampaikan berita sedih yang menimpa keluarga
Aida.

Cikgu Suhaila : Semalam angin yang sangat kencang telah menyebabkan beberapa
buah rumah buah rumah di sini rosak, termasuklah rumah Aida. Cikgu harap kamu
dapat memberi sumbangan untuk membantu keluarga Aida.
Hafiz : Baiklah, cikgu.
Ju Wei : Bagaimakah angin kencang itu boleh terjadi, cikgu?
Cikgu Suhaila : Angin kencang berpusing dengan pantas sekali dan dalam masa yang
agak singkat.
Nora : Jadi, cikgu, angin sangat berbahaya dan boleh menimbulkan pelbagai
masalah?
Cikgu Suhaila : Sebenarnya, Nora, angin banyak manfaatnya kepada kehidupan manusia.
Pada masa dahulu, anginlah yang paling banyak membantu kapal layar
meneruskan perjalanan untuk sampai ke destinasinya.
Hafiz : Selain itu, Nora, angin dapat mengubah suhu di sekeliling kita. Angin
juga boleh mengeringkan pakaian dengan cepat.
Cikgu Suhaila : Betul, Hafiz. Nelayan juga amat bergantung kepada angin untuk pergi
dan pulang dari laut. Sekiranya berlaku angin kencang, nelayan
dinasihati supaya tidak turun ke laut.
Ju Wei : Saya pernah menonton rancangan dokumentari yang menerangkan
bahawa angin boleh berfungsi sebagai tenaga elektrik menggantikan
bahan bakar diesel atau arang batu.
Cikgu Suhaila : Betul, Ju Wei. Angin amat berguna, namun ada ketikanya terlalu
membahayakan manusia.
Hafiz : Baiklah, cikgu. Esok kami akan ke rumah Aida untuk memberikan
sumbangan.

a. Apakah yang berlaku kepada Aida dan keluarganya?

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________
[1 markah]

b. Mengapakah angin penting kepada manusia?

_____________________________________________________________________

16
SET 2 BAHASA MELAYU 2016

_____________________________________________________________________

[2 markah]

c. Nyatakan dua kesan akibat angin ribut.

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

[2 markah]

d. Pada pendapat kamu bagaimanakah kita hendak membantu Aida dan keluarganya?

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

[3 markah]

17