Anda di halaman 1dari 17

PENDAHULUAN

Malaysia terkenal di mata dunia sebagai sebuah negara yang sedang pesat

membangun. Kejayaannya bukan sekadar menangani isu-isu tempatan, bahkan ia

turut terlibat dalam menangani permasalahan yang menimpa dan dialami oleh

masyarakat antarabangsa. Malaysia turut dikenali sebagai sebuah Negara Islam yang

unik. Penduduknya berbilang bangsa dan kaum serta mempunyai kepercayaan dan

pegangan agama yang berbeza. Majoriti terbesar warganya terdiri dari kaum Melayu

beragama Islam. Bumi Malaysia adalah tanah asal tempat tumpah darah mereka.

Pada masa dahulu, negara ini dikenali sebagai Tanah Melayu. Tanah Melayu

mendapat kemerdekaan pada tahun 1957. Pada tahun 1966, namanya ditukar kepada

Malaysia. Beberapa jenis flora dan fauna di bumi subur beriklim tropika ini sukar

ditemui di tempat lain. Hasil komoditinya menjadi idaman banyak pihak. Malaysia

terkenal sebagai negara pengeluar bahan-bahan mentah yang bernilai tinggi.

Kedudukannya juga sangat strategik dalam lingkaran laluan dagangan antarabangsa.

Walaupun rakyatnya berbilang etnik dan bangsa, tetapi mereka dapat hidup

rukun dan damai, tidak seperti penduduk di negara-negara lain yang tidak sunyi

dengan perbalahan, pertikaian dan permusuhan sedangkan mereka terdiri dari

bangsa, keturunan dan kepercayaan yang sama. Kehidupan rakyat negara ini pernah

diuji. Keharmonian hidup mereka tidak bertahan lama kerana dicemburui banyak

pihak. Beberapa kawasannya telah diserang dan dijajah oleh pelbagai kuasa seperti

Portugis, Belanda, Siam, Jepun, dan Inggeris. Segala bentuk, rupa dan rasa keperitan

dan kesukaran telah dilalui oleh ramai pemastautin tempatan apabila mereka cuba

1
menentang penjajahan asing demi memelihara tanah air tercinta. Begitu juga semasa

mereka berada di bawah cengkaman kuasa asing.

Banyak perkara telah difikir dan pelbagai usaha dilaksanakan untuk mengisi

kemerdekaan dan memajukan bumi tercinta setelah sekian lama ditadbir oleh

penjajah. Bermacam-macam rintangan dan gerakan untuk menggugat keharmonian,

keamanan dan perpaduan antara kaum dapat ditangani oleh barisan pimpinan negara.

Namun begitu terjadi beberapa peristiwa yang tidak diingini kerana masih ada niat dan

usaha jahat pihak tertentu yang enggan memberi kerjasama untuk membendungnya.

Jesteru, maka perpaduan kaum dan integrasi nasional adalah isu dan agenda utama

pemimpin dan seluruh warga negara Malaysia.

2
A. KEPENTINGAN PERPADUAN KAUM

Negara Malaysia unik dari segi penduduknya yang berbilang kaum. Dalam konteks

kepelbagaian ini, perpaduan rakyat Malaysia sememangnya penting. Demi mencapai

perpaduan yang lebih erat di kalangan masyarakat Malaysia, Perdana Menteri

Malaysia kita, Datuk Seri Najib Tun Razak telah merasmikan pelaksanaan dasar

1Malaysia. Apa yang dikatakan konsep 1Malaysia ? Konsep ini membawa makna

bahawa semua rakyat dalam negara Malaysia digelar bangsa Malaysia tanpa mengira

agama, warna kulit mahupun keturunan.

Perpaduan merupakan perkara yang amat mustahak untuk mengekalkan

keharmonian dan kedamaian rakyat di Malaysia. Malaysia yang aman dan damai

dapat manjamin kebahagiaan dan keselamatan rakyatnya. Kedamaian dan

kesejahteraan dalam kalangan masyarakat Malaysia dapat mengelakkan daripada

berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham antara satu sama lain. Sikap

toleransi turut dilahirkan daripada kedamaian dalam kalangan rakyat Malaysia. Hal ini

demikian, kerana rakyat Malaysia sedar bahawa sikap bertolak ansur penting bagi

mengekalkan keharmonian negara.

Perpaduan rakyat Malaysia amat penting dalam menjadikan negara Malaysia

sebagai negara maju menjelang tahun 2020. Perpaduan masyarakat Malaysia penting

bagi mencapai hasrat Wawasan 2020. Bekas Perdana Menteri Malaysia kita, Tun Dr.

Mahathir Mohamad, telah mengemukakan Wawasan 2020 dalam persidangan

pertama Majlis Perdagangan Malaysia pada tahun 1991. Dalam ucapannya, beliau

3
mengemukakan perpaduan rakyat Malaysia sebagai cabaran pertama untuk

membentuk sebuah negara yang utuh. Perpaduan hanya tercapai jika rakyat kita yang

terdiri daripada berbilang kaum dan agama mempunyai perasaan kekitaan sebagai

warga Malaysia. Tanpa perpaduan kaum, kita tidak dapat membawa negara kita ke

tahap kemajuan yang optimum. Oleh itu, Wawasan 2020 akan tercapai dengan

adanya semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Salah satu langkah untuk mengekalkan keharmonian negara dalam menyokong

aspirasi 1Malaysia ialah dengan penubuhan sekolah wawasan. Sekolah wawasan

merupakan tempat yang terbaik untuk memulakan proses integrasi antara kaum.

Sekolah wawasan menyediakan ruang dan peluang untuk murid-murid pelbagai kaum

berinteraksi secara langsung kerana mereka berkongsi kantin, padang permainan,

dewan dan kemudahan lain di sekolah. Mereka berpeluang untuk saling mengenai dan

memahami antara satu sama lain. Dengan itu, mereka akan membesar dengan sikap

toleransi dan hormat terhadap budaya dan agama kaum lain. Tegasnya, sekolah

wawasan mampu memupuk persefahaman kaum dan seterusnya mempercepat

integrasi nasional.

Selain itu, pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) juga mampu

mengekalkan keharmonian rakyat serta negara. PLKN dapat merealisasikan

perpaduan nasional. Hal ini demikian, kerana aktiviti PLKN dilakukan secara

berkumpulan dan segala aktiviti yang dilaksanakan memerlukan kerjasama antara

semua peserta. Melaluinya, remaja pelbagai kaum akan ditempatkan bersama di

bawah satu bumbung. Mereka akan menjalankan aktiviti bersama - sama, berinteraksi

4
dan bergaul mesra. Mereka akan terdedah kepada corak hidup masyarakat majmuk

Malaysia secara mendalam. Persefahaman yang lebih erat akan memupuk perasaan

kekitaan. Dengan ini, tembok pemisah antara kaum dapat diruntuhkan di samping

mengekalkan keharmonian negara.

Selain daripada pihak kerajaan Malaysia yang bertanggungjawab mengekalkan

keharmonian negara, masyarakat diri sendiri turut memikul peranan penting dalam

menjamin keharmonian negara berkekalan. Demi menjamin keharmonian negara,

rakyat Malaysia perlu mengelakkan isu-isu sensitif. Usahlah rakyat kita mengungkitkan

isu perkauman. Biarlah peristiwa hitam 13 Mei 1969 tersimpan dalam lipatan sejarah.

Biarlah peristiwa itu menjadi satu pengajaran kepada rakyat Malaysia hari ini bahawa

pentingnya keharmonian dan keamanan antara kaum kepada kestabilan negara.

Rakyat Malaysia jangan iri hati terhadap kejayaan dan pencapaian kaum lain,

sebaliknya menjadikannya sebagai rangsangan. Kaum-kaum yang maju dalam bidang

tertentu juga jangan hanya mementingkan diri sahaja. Bimbinglah kaum-kaum yang

lain supaya mereka tidak ketinggalan. Jelasnya, sikap masyarakat Malaysia yang

prihatin dan penyayang dapat menjamin dan mengekalkan keharmonian negara.

5
B. KEJAYAAN-KEJAYAAN YANG TERCAPAI HASIL DARIPADA PERPADUAN

KAUM.

Bersempena dengan perayaan kemerdekaan ke-55 negara, rakyat Malaysia

tidak seharusnya lupa bahawa perpaduan semua bangsa di negara ini telah

menjadikan sebuah negara Malaysia berdaulat seperti hari ini. Banyak perkara yang

boleh dipelajari daripada apa yang pernah diperjuangkan oleh para pejuang

kemerdekaan negara dan "jangan kita lupa bahawa ia adalah hasil daripada

perpaduan antara masyarakat Melayu, Cina serta India terdahulu dan tidak ada satu

bangsa pun di negara ini yang menyokong perjuangan komunis.

Kita juga tidak seharusnya lupa bahawa kejayaan ini adalah hasil perpaduan

kita dengan etnik Sabah dan Sarawak seperti Iban, Dayak dan Kadazan Dusun,

tatkala negara bangkit daripada kesan penjajahan.

Adalah mustahil untuk kita mengecapi kejayaan seperti hari ini secara

sendirian. Sudah pasti ia didorong oleh kepelbagaian lapisan masyarakat yang

mempunyai kelebihan masing-masing hingga menjadikan kita mampu bersaing di

peringkat global.

Segala-galanya telah dilakukan dalam semangat 1Malaysia, hingga ia telah

menjadi simbol kepada kejayaan negara. Tidak mengira perbezaan etnik, fahaman

agama mahupun bangsa, Rakyat Malaysia perlu terus mengekalkan semangat

perpaduan. Menerusi semangat kekitaan yang menjadi teras 1Malaysia telah

6
membolehkan rakyat Malaysia mengecapi kejayaan lebih baik dan masa depan lebih

cerah.

Perlu diingat, selama ini kita telah bersama-sama menempuh segala dugaan

dan cabaran sejak 55 tahun lepas. Lagipun, banyak perkara yang kita boleh

banggakan. Tidak mungkin ada negara lain yang mampu menyatukan rakyatnya

daripada pelbagai etnik. Pembangunan pesat di Malaysia mampu untuk membuatkan

rakyat berbangga mengenainya.

Ekonomi negara kini berkembang pesat dan menjadi semakin stabil tatkala

kebanyakan negara lain sedang bergelut dengan prestasi ekonomi mereka yang

semakin merudum. Ketika pasaran global menjadi tidak menentu, pasaran modal

dalam negara dicatatkan pada rekod tertinggi dengan FGVH dan IHH Healthcare

tersenarai pada kedudukan kedua dan ketiga terbesar di duni.

Kita juga berjaya memperbaiki kedudukan global apabila menduduki tangga ke-

15 terbaik dunia dalam pasaran barangan paling berkesan, menduduki tempat ke-26

dari segi pembangunan infrastruktur dan ke-18 sebagai ekonomi paling berdaya saing

di dunia.

Ini semua tidak dapat dicapai jika tiada perpaduan dikalangan kita semua.

Perpaduan itu sangat penting bagi sesebuah Negara bagi menjamin kemakmuran,

kestabilan serta kejayaan sesebuah Negara.

7
KEJAYAAN-KEJAYAAN NEGARA

Pelancongan (Tempat-tempat penarikan pelancong)

Pulau Redang

Pulau Langkawi

Kota Afamosa (Melaka)

8
EKONOMI

Pelbagai Bangunan Istimewa Yang Melambangkan Kejayaan Negara

Menara Kembar Petronas

Menara Kuala Lumpur

Kereta Nasional

9
PENDIDIKAN

Universiti Malaya

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Universiti Teknologi Mara

10
SUKAN

Dato Lee Chong Wei (Badminton)

Zabidi Sharif (Sepak Takraw)

Nicol David (Skuasy)

11
C. CADANGAN KEPADA PEMIMPIN NEGARA KITA CARA-CARA PERPADUAN

KAUM DI MALAYSIA DAPAT DIPERKUKUH DAN DIMANTAPKAN.

Sejak 31 Ogos 1957, penduduk Malaysia yang terdiri daripada masyarakat berbilang

kaum hidup bagai aur dengan tebing. Walaupun menyedari hakikat bahawa rambut

sama hitam, hati lain-lain , namun masyarakat yang berbilang kaum ini hidup dengan

aman dan damai. Oleh itu, pelbagai pihak perlu memegang pada kekuatan jata

negara, yakni Bersekutu Bertambah Mutuuntuk mengeratkan perpaduan kaum di

Malaysia. Perpaduan kaum di Malaysia seyogianya menjadi kebanggaan Negara kita.

Sebenarnya, kita bolehlah mengadakan aktiviti gotong-royong di taman-taman

perumahan untuk memupuk perpaduan kaum rakyat di Malaysia. Masyarakat yang

berbilang kaum akan keluar untuk bekerjasama membersihkan taman-taman

perumahan. Melalui aktiviti kemasyarakatan ini, mereka dapat lebih mengenali antara

satu sama lain melalui perbualan dan berinteraksi kerana tak kenal maka tak cinta.

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pernah menegaskan bahawa bulat air

kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat; perpaduan merupakan kekuatan

negara. Oleh sebab itu, saya percaya bahawa jika kita mengamalkan prinsip berat

sama dipikul, ringan sama dijinjing, kita dapat menikmati pembangunan nusa tercinta

ini bersama-sama.

Selain itu, kita juga boleh mengamalkan amalan kunjung-mengunjung ke rumah

rakan-rakan yang berlainan bangsa sempena hari-hari perayaan untuk memupuk

semangat perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia. Kebudayaan

12
antara kaum dapat difahami dengan lebih mendalam sekali gus dapat menjana tahap

kefahaman dan membina masyarakat yang saling menghormati. Amalan rumah

terbuka juga boleh dipraktikkan untuk memupuk perpaduan kaum rakyat Malaysia

dengan amalan saling memaafkan sesama insan. Oleh itu, sikap buang yang keruh ,

ambil yang jernihternyata mampu menjalinhubungkan semangat perpaduan yang

tersedia utuh.

Seterusnya, pihak kerajaan sentiasa membuat anjakan paradigma demi

memperkuat jalinan kemesraan rakyat dengan mengadakan banyak aktiviti pada

peringkat taman-taman perumahan. Dengan langkah bestari itu, kita dapat memupuk

perpaduan kaum rakyat Malaysia. Misalnya, sambutan hari keluarga dan jamuan

tahunan yang diadakan oleh organisasi atau pertubuhan kerajaan dapat mempererat

hubungan antara pemimpin dengan penduduk tempatan. Selain dapat

mendengar rintihan hati rakyat, pemimpin turut dapat menjadi suri teladan sebagai

agen perpaduan. Saya yakin, orang ramai yang berbilang kaum akan lebih

mempercayai dan meyakini kewibawaan pemimpin dan saling menghormati antara

satu sama lain. Cara ini pasti ini akan mengurangkan pertengkaran dan perselisihan

faham antara kaum.

Di samping itu, kita juga dapat memupuk perpaduan kaum di Malaysia dengan

menghantar anak-anak ke sekolah kebangsaan . Dengan cara ini, kita akan dapat

melahirkan pemuda-pemuda yang tidak mempunyai masalah perhubungan dan

pergaulan antara kaum yang berlainan. Pergaulan mesra dan semangat bersatu padu

yang dijalin ini sudah mampu menjadi tiang kukuh untuk membuktikan bahawa rakyat

13
Malaysia patuh pada Rukun Negara. Hal ini sangat penting untuk memupuk

perpaduan kaum di Malaysia dalam sanubari anak-anak sejak bangku sekolah

kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Semua kekangan untuk mempererat

perpaduan kaum akan dapat diselesaikan jika anak-anak telah mempelajari cara-cara

untuk berinteraksi dengan orang yang berlainan kaum sejak kecil.

Oleh itu semua pihak haruslah bekerjasama untuk memupuk perpaduan kaum

rakyat di Malaysia. Hal ini penting supaya negara dapat berkembang maju dengan

lebih lancar bawah dasar 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri

Mohd Najib Tun Razak. Saya yakin dan percaya bahawa rakyat Malaysia mengenali

peribahasa ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni. Oleh itu, kita yang sudah

melalui zaman prakemerdekaan yang perit dan pahit haruslah mengisi kemerdekaan

dengan penuh semangat perpaduan kaum. Ingatlah wahai rakyatku bahawa semangat

perpaduan harus disemai dan diingati sampai bila-bila agar Wawasan 2020 menjadi

realiti, bukannya fantasi semata-mata.

14
PETA MINDA

Mengekalkan
Mecapai Hasrat Keharmonian
Wawasan 2020 dan Kedamaian
Rakyat

KEPENTINGAN
PERPADUAN
KAUM

Menjamin Menggelak
Kesejahteraan Berlaku
dalam Pertelingkahan
kalangan Rakyat dan
Perselisihan

15
Pendidikan
Pelancongan

KEJAYAAN
NEGARA

Sukan

Ekonomi

16
Gotong Royong Kunjung-
Mengunjung

CADANGAN CARA-
CARA PERPADUAN
DIPERKUKUH DAN
DIMANTAPKAN

Aktiviti Keluarga
Sekolah Wawasan berbilang kaum

17