Anda di halaman 1dari 7

PROGRAM GURU PENYAYANG 2017

LAPORAN BERTUGAS MINGGU PERTAMA 2017

Tarikh : 03 Januari 2017


Masa : 7.30 Pagi - 8.15 pagi
Tempat : Tapak Perhimpunan, SJKTLNC

Guru Bertugas
1. Pn. F. Victorya

Laporan
1. Ucapan aluan oleh Pengacara Majlis, Saudari P.Vikneswary.
2. Nyanyian Lagu Tamil Vazhtu oleh murid murid tahun 6.
3. Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Perak dibawah pimpinan Saudari A.Diwisha
4. Bacaan Ikrar Rukun Negara yang diketuai oleh Saudari M.Harrineya dan A.Monishri.
5. Memperkenalkan guru bertugas pada minggu ini.

Ucapan Guru Bertugas, Pn.F.Victorya


1. Guru bertugas mengalu alukan kedatang semua murid ke sekolah untuk tahun ini.
2. Beliau dalam ucapannya menerangkan tentang peratuan dan undang undang
sekolah.
3. Diharap semua murid dapat mematuhi semua peraturan sekolah.

Ucapan Guru Penyelaras Tahun 1, Cik. Vaisnavy Sri Shivasanharee


1. Memperkenalkan Guru Kelas Tahun 1 2017
2. Memperkenalkan lima orang murid tahun 1
3. Program Transisi Tahun 1:

Tempoh pelaksanaan transisi selama 4 hari bermula 03 Januari hingga 6 Januari


2017.

Guru matapelajaran diminta menjalankan program transisi mengikut matapelajaran


masing masing.
Ucapan Guru Displin, Cik.A.Ranjina

1. Murid hendaklah berada di sekolah selewat-lewatnya 20 minit sebelum waktu P&P


yang pertama bermula dan mematuhi waktu tamat persekolahan seperti yang
ditetapkan.

Murid Tahap 1 Murid Tahap 2


Isnin : 7.20 pg - 1.05 tgh hari 7.20 pg - 1.30 tgh hari
Selasa : 7.20 pg - 1.05 tgh hari 7.20 pg - 1.30 tgh hari
Rabu : 7.20 pg 12.35 tgh hari 7.20 pg - 1.05 tgh hari
Khamis : 7.20 pg 12.35 tgh hari 7.20 pg 1.05 tgh hari
Jumaat : 7.20 pg 12. 05 Tgh hari 7.20 pg 12.05 tgh hari

2. Waktu rehat bagi semua murid adalah 10.10 10.30 pagi.

3. Tatacara pemakaian baju sekolah dan baju sukan semasa aktiviti pendidikan jasmani.

4. Ibubapa diminta menghantar murid di hadapan pintu masuk sekolah. Tidak


dibenarkan membawa masuk kenderaan ke dalam kawasan sekolah semasa
menghantar murid pada waktu pagi dan sewaktu pulang.

5. Murid lelaki diminta tidak menyimpan rambut panjang manakala murid perempuan
haruslah mengikat ranbut dengan kemas.

6. Semua murid akan menerima buku teks pada hari ini dan diminta membalut buku teks
tersebut sebelum hujung bulan ini.

7. Semua murid haruslah mematuhi peraturan sekolah.

Ucapan Guru Kanan 1, Pn.V.Thilagam

1. Mengucapkan Selamat Datang kepada murid-murid Tahun 1 dan semua murid.

2. Semoga murid-murid berasa gembira berada di sekolah.

3. Murid-murid Tahun 2 dan 3 diminta membantu murid-murid Tahun 1 jika ada di


antara mereka tidak tahu kedudukan tandas, pusat sumber dan sebagainya.
Ucapan Guru Besar, En.A.Thamil Selvam

1. Ucapan alu-aluan:

Mengalu-alukan kehadiran murid ke sesi persekolahan 2017 terutama kepada murid


Tahun 1, yang pertama kali menjejakkan kaki ke alam persekolahan .

Semoga warga SJKTLNC dapat bekerja dengan lebih bersemangat di tahun 2016 ini.

2. Pengenalan Tahun 1 :

Jumlah murid Tahun 1 pada tahun ini adalah seramai 5 orang.

Nama Kelas tahun 1 ialah Kamban.

Nama Guru kelas adalah Cik. Vaisnavy Sri Shivasanharee

3. Pengenalan Sekolah :

Guru yang bertugas di sekolah ini adalah seramai 11 orang termasuk guru besar, 1
orang kerani, 2 orang pekerja dan 2 orang pengawal keselamatan.

Jumlah kelas adalah sebanyak 6 kelas.

4. Majlis Penyerahan Murid murid kepada Guru kelas.

Majlis Penyerahan murid dimulakan dengan tahun 1 dimana 5 orang murid


perempuan diserahkah kepada guru kelas iaitu Cik. Vaisnavy Sri Shivasanharee

Seterusnya, 2 orang murid diserahkan kepada guru kelas tahun 2 iaitu


Cik.M.Vimoshiny.

6 orang Murid iaitu 4 murid lelaki dan 2 murid perempuan diserahkan kepada guru
kelas tahun 3 iaitu Cik.A.Ranjina.

5 orang Murid iaitu 2 murida lelaki dan 3 murid perempuan diserahkan kepada guru
kelas tahun 4 iaitu Pn.Victoriya.
5 orang Murid perempuan diserahkan kepada guru kelas tahun 5 iaitu
Cik.B.Thilagam.

3 orang Murid iaitu seorang murid lelaki dan seorang murid perempuan diserahkan
kepada guru kelas tahun 6 iaitu Cik.B.Nanthini.

Jumlah murid untuk sesi persekolahan tahun 2017 ialah seramai 26 orang iaitu
7 murid lelaki dan 19 murid perempuan.

5. Pemberian alat tulis dan buku latihan .

Guru besar memberikan alat tulis kepada semua murid sebagai motivasi.

Guru penyayang mengedarkan penada buku kepada semua guru kelas untuk diberikan
kepada murid murid.

Penutup

Diharap ibubapa dapat menjalinkan kolaborasi yang lebih mantap dengan para guru
demi kecemerlangan sekolah dan agar lebih banyak kejayaan dapat diraih pada masa
akan datang.

DISEDIAKAN OLEH, DISEMAK OLEH,

(CIK.M.VIMOSHINY) (EN.R.JEGATHIS)

SETIAUSAHA PROGRAM GURU PENYAYANG GPK HAL EHWAL MURID

DIPERAKUKAN OLEH,

( EN.A.THAMILSELVAN)

GURU BESAR SJK (T) LDG NEW COCONUT


LAMPIRAN