Anda di halaman 1dari 2

Aku Sebuah Rumah

Aku sebuah rumah yang tersergam indah di atas sebuah bukit. Badanku
berwarna putih dan bumbungku berwarna biru laut. Keadaan persekitaran
di sini nyaman dan udaranya segar.
Aku dibeli oleh seorang jutawan terkenal. Namanya Dato' Hazim.
Tuanku dan keluarganya mendiamiku. Tuanku berasa megah dan gembira
memilikiku kerana aku merupakan sebuah banglo yang termahal dan
tercantik di bandar ini.
Keluarga tuanku amat mementingkan kebersihan. Aku dijaga dengan
baik. Tuanku mempunyai ramai kenalan perniagaan. Hampir setiap bulan
tuanku mengadakan jamuan. Aku menjadi bualan tetamu yang hadir. Mereka
memuji kecantikanku.
Kegembiraan yang kukecapi cuma selama lima tahun. Tuanku
bersama-sama keluarganya berhijrah ke luar negara. Aku bertukar menjadi
usang. Tahun demi tahun keadaanku menjadi lebih teruk. Beberapa orang
pemuda menjadikan diriku tempat menagih dadah.
Kegiatan para penagih diketahui oleh pihak polis dan aku diarahkan
untuk dirobohkan. Walaupun aku berasa sedih, namun aku bersyukur kerana
pernah berbakti dalam hidupku.