Anda di halaman 1dari 1

SENARAI TUGAS PENSYARAH

PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL J42/41


PENOLONG PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL J38/36

TUGAS

1. Memantau Projek ADTEC Bintulu dalam tempoh tanggungan kecacatan


Mengenalpasti kerosakkan mekanikal/elektrikal/sivil yang berlaku di bahagian
mekatronik dan menghantar laporan kepada pihak BPPA sebelum tamat tempoh
tanggungan kecacatan. Memantau tugas kontraktor yang bertanggungjawab,
mengesahkan pembaikpulihan yang dijalankan serta merekod status kerosakkan.

2. Mengendalikan Latihan Vokasional


Menyedia dan melaksanakan program latihan sepenuh masa, menyedia dan
melaksanakan program latihan separuh masa / customized, menilai keberkesanan
latihan, melapor kemajuan latihan, mencadang pengubahsuaian latihan mengikut
keperluan, membantu menyelaras latihan dalam loji dan menyelaras dan menyelia serta
menilai projek pelajar tahun akhir.

3. Melaksanakan Tugas Mengajar


Menyedia jadual mengajar, menyedia alat bantuan mengajar, menyedia bahan
pembelajaran, menyedia bahan gunahabis, menyedia peralatan bengkel, menyedia bilik
kuliah / bengkel dan membuat penilaian latihan.

4. Mengurus Hal Ehwal Keselamatan Dan Kebersihan


Menyedia tatacara keselamatan dan kebersihan, menyedia kemudahan / peralatan
keselamatan dan kebersihan, mengawalselia peraturan keselamatan dan kebersihan
bengkel, mengawalselia peraturan keselamatan dan kesihatan pelajar.

5. Mengurus Hal Ehwal Pelajar


Mengendali rekod pelatih, menyedia program pembangunan insan, mengawal displin
pelajar, menyedia program ko-kurikulum pelajar, membantu penempatan pelajar setelah
tamat latihan, mengendali kebajikan dan kaunseling pelajar, dan menyelia pengeluaran
sijil pelajar.

6. Menjalankan Tugas-Tugas Yang Lain Yang Diarahkan Dari Masa Ke semasa

P
ROSES KERJA PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL