Anda di halaman 1dari 3

Week7: bab 4

Nur husnina binti roslan

2016238176

4.0 PENDAHULUAN

Perkembangan sains dan teknologi yang pesat di dunia pada hari ini merupakan
cetusan dan sumbangan daripada islam. Dunia hari ini terhutang budi kepada islam
dan umatnya. Tamadun Islam yang bertapak sejak zaman Rasulullah Saw terus
berkembang pesat sehingga seluruh pelusuk dunia.

4.1 MASYARAKAT ARAB SEBELUM KEDATANGAN ISLAM (TAMADUN ARAB JAHILIAH)

Masyarakat jahiliah sebelum kedatangan islam menganuti pelbagai kepercayaan


dan agama. Kepercayaan yang diamalkan seperti menyembah berhala, api,
matahari, dan lain2. Perkataan jahiliah bermaksud jahil, bodoh, dan tidak berilmu
pengetahuan. Mereka juga hidup berpuak-puak, serta suka hidup berpindah-
randah.

4.2 TAMADUN ISLAM ZAMAN RASULULLAH SAW

Zaman Rasulullah Saw merupakan asas kepada ajaran dan tamadun islam.
Segala aspek kehidupan bagi umat islam berpunca dari teras yang satu iaitu
kalimah tauhid. Zaman Rasulullah Saw dan Khulafa al-Rasyidin R.A
merupakan zaman model tamadun islam. Rasulullah Saw dilahirkan tanggal
12 Rabial-awwal tahun Gajah. Baginda Saw dikenali sebagai al-Amin di
kalangan masyarakatnya pada masa itu. Tanggal 17 Ramadan, baginda
merima wahyu pertama daripada Allah Swt sebagai tanda kerasulan.

4.2.1 PERIOD MEKAH

Zaman ini merupakan zaman ujian untuk menempa dan memupuk jiwa
supaya tegas, kukuh dan tahan lasak. Penumpuan yang diberikan Rasulullah
Saw bersifat penyediaan individu yang mantap dan kuat dalam menandingi
kegilaan puak pelampau kafir dan musyrik kerana mereka menghalang
penyebaran dakwah Islam. Selama jangka masa 13tahun mereka
menghalang penyebaran dakwah islam. Pada masa ini adalah masa kritikal
dan menyiksakan bagi umat islam.

4.2.2 PERIOD MADINAH

Tahun 622m, Baginda Saw diperintahkan berhijrah ke Yathrib kerana banyak


menghadapi tentangan hebat daripada segi fizikal dan mental daripada
golongan kafir Quraisy. Sejak penghijrahan ini Yathrib dikenali sebagai
Madinah. Di Madinah usaha dakwah Rasulullah Saw ialah membina dan
menyusun masyarakat serta Negara islam dan memelihara serta
mempertahankan masyarakat dan Negara islam Madinah. Baginda mengatur
beberapa strategi dari segi sosial, politik, ekonomi, dakwah, organisasi
tentera,seni bina dan pendidikan.

4.3 TAMADUN ISLAM ZAMAN KHULAFA AL RASYIDIN

Selepas kewafatan Baginda SAW pada tahun 632m , kerajaan islam dipimpin
oleh para sahabat yang dikenali sebagai khlafa alrasyidin. Secara umumnya
tiada perubahan besar berlaku , Cuma beberapa penambahan dan
pembaharuan teknikal. Zaman ini menyaksikan keempat2 khalifah
meneruskan segala usaha dakwah yang dilakukan oleh Rasulullah Saw serta
meletakkan al-Quran dan Hadis sebagai rujukan dan asas dalam menjalankan
urusan pemerintahan.

4.3.1 ZAMAN KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ R.A

Khalifah ini menumpukan perhatian untuk menghapuskan gerakan murtad


dan nabi2 palsu. golongan murtad enggan mengeluarkan zakat kepada
baitulmal. Dalam masa yg sama muncul individu yang mendakwa sebagai
nabi. Suasana ini menimnbulkan ketegangan di semenanjung tanah Arab.
Justeru itu, beliau telah menubuhkan 11 pasukan tentera untuk
menghapuskan pemberontakan tersebut sehingga mereka berjaya disatukan
kembali.
Selain itu beliau meneruskan usaha Rasulullah saw mengirim tentera dengan
tujuan melindungi umat islam.
Pengumpulan al-Quran juga dilakukan
Beliau telah membelanjakan peruntukan 6000 dirham setahun yang
diberikan kepadanya untuk rakyat dan Negara. Beliau juga membahagikan
semenanjung tanah arab kepada beberapa bahagian, dan setiap wilayah
dilantik seorang Gabenor.

4.3.2 ZAMAN KHALIFAH UMAR BIN AL-KHATTAB R.A

Zaman ini amat menyerlah dan dikenali sebagai the golden age . beliau
telah menubuhkan pusat2 pengajian islam di kota2 besar. Guru2 agama telah
dihantar ke pusat2 pengajian ini sementara para imam ditempatkan di
masjid2. Beliau juga telah menubuhkan kuttab dan segala jenis pendidikan
telah ditubuhkan. Dalam aspek politik, beliau telah menubuhkan dewan,
dimana terdapat jabatan2 tentera, ganjaran dan pengagihan juga
sebagainya. Dalam aspek sosial, beliau menyediakan pelbagai kemudahan
asas kepada rakya. Beliau juga menubuhkan baitulmal, selari dengan
melicinkan pentadbiran Negara islam maka ditubuhkan institusi kewangan.

4.3.3 ZAMAN KHALIFAH UTHMAN BIN AFFAN R.A

Zaman ini tidak banyak perubahan yang berlaku. Hampir kesemuanya


mengikuti warisan peninggalan khalifah2 terdahulu. Aktiviti terbesar berlaku
adalah penulisan al-Quran yang lebih sistematik. Selain itu, banyak berlaku
pembukaan daerah dan negeri. Kemudian armada laut islam yang pertama
ditubuhkan bertujuan untuk menyerang rom timur, angkatan laut tersebut
berjaya menakluki beberapa negeri di Asia kecil, di pesisir laut, Pulau Cyprus
dan Rhodus.

4.3.4 ZAMAN KHALIFAH ALI BIN ABU TALIB K.W

Pada zaman ini, beliau sibuk menghapuskan pemberontakan yang timbul.


Walaupun begitu,beliau sempat mentamadunkan pentadbiran Negara dengan
menubuhkan dan menyusunkan pasukan polis yang diberi nama al-syurtah.
Tugasnya adalah mengendalikan perkara berkaitan jenayah yang berlaku di
tempat umum terutama di pasar besar. Beliau juga melengkapkan angkatan
bersenjata dengan menubuhkan beberapa pasukan bersenjata seperti
angkatan berkuda, angkatan berjalan kaki, angkatan perisit sayap kanan, kiri
dan belakang. Pada masa pemerintahannya juga, ilmu sains dan matematik
mula diperkenalkan.

Anda mungkin juga menyukai