Anda di halaman 1dari 5

SENARAI TUGAS JAWATANKUASA PENYELARASAN

DEFINISI PENYELARASAN:

Proses penyeragaman pelaksanaan tugasan dan penskoran

OBJEKTIF PENYELARASAN:

1. Menyeragamkan skor Pentaksiran Sekolah (PS) yang diberikan oleh guru berdasarkan
pernyataan standard, deskriptor dan evidens dalam Dokumen Standard Prestasi (DSP)

2. Menyeragamkan skor Pentaksiran Pusat (PP) yang diberikan oleh guru berdasarkan rubrik
(skema penskoran untuk membuat ranking) sesuatu tugasan yang ditetapkan

3. Memastikan kesahan dan kebolehpercayaan skor dalam pelaksanaan PBS oleh guru di
sekolah

4. Memastikan skor yang diberikan menepati keupayaan dan prestasi pelajar

5. Memastikan skor yang diberi adalah adil bagi semua murid

A. Sebelum Penyelarasan

1. JK PBS peringkat JPN, PPD dan sekolah akan menentukan tarikh, tempat dan masa
penyelarasan

2. Mengadakan perbincangan mengenai:-

(a) Kefahaman tentang Standard Prestasi dan Tugasan

(b) Kesesuaian instrumen yang digunakan

(c) Kefahaman tentang penskoran

(d) Pemilihan evidens murid untuk penyelarasan skor

B. Semasa Penyelarasan

1.Memilih evidens murid mengikut aras pencapaian

2.Membanding skor yang diberikan oleh guru

C. Selepas Penyelarasan

Menyelaraskan pemberian skor

1. Menyediakan laporan penyelarasan

2. Menyelaras skor murid (jika perlu)


PANDUAN PELAKSANAAN PENJAMINAN KUALITI PBS DI SEKOLAH

Penjaminan Kualiti Dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Penjaminan kualiti adalah piawaian untuk menentukan kualiti pelaksanaan PBS mengikut garis
panduan yang ditetapkan. Penjaminan kualiti dalam pelaksanaan PBS dilakukan melalui
PEMENTORAN, PEMANTAUAN, PENYELARASAN dan PENGESANAN oleh personel di peringkat
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) , Pejabat Pendidikan
Daerah (PPD) dan sekolah. Keempat-empat komponen ini dijalankan secara formal mengikut
jadual yang ditetapkan atau secara informal mengikut keperluan KPM/JPN/PPD/Sekolah.

Penjaminan kualiti merupakan elemen yang sangat penting yang perlu diitikberatkan terutama
dalam pelaksanaannya di sekolah. Oleh itu, berikut adalah panduan bagaimana pelaksanaan
keempat-empat elemen penjaminan kualiti yang boleh dijalankan di sekolah. Pelaksanaan
penjaminan kualiti di sekolah sehingga setakat ini adalah pada tahap yang lemah dan
diharapkan dengan rencana ringkas ini dapat memberikan sedikit gambaran kepada warga
sekolah bagaimanakah pengoperasian penjaminan kualiti boleh dilaksanakan.

Pementoran

Sediakan Jadual Pelaksanaan / Takwim Pementoran untuk semua komponen PBS.

Pastikan setiap aktiviti dirancang dilaksanakan. Sentiasa berhubung dengan Setiausaha Ladap.

Jadual Pelaksanaan dan Laporan Aktiviti Pementoran semua komponen PBS (cetakan)
diserahkan kepada Guru Kanan / Ketua Panitia dilantik untuk difailkan.

Guru Kanan yang memegang fail ini perlu mengingatkan serta bertanya apa-apa pelaporan dari
unit terlibat untuk dikumpulkan.

Jens-Jenis PEMENTORAN (CONTOH)

Taklimat Oleh Su Pbs Kepada Guru-Guru (UMUM PBS)

Ladap 7 Hari (UMUM PBS)

Taklimat Oleh Pengetua / Guru Besar Kepada Semua Guru (UMUM PBS)

Taklimat Oleh PK Kokurikulum (PAJSK)

Taklimat Oleh Kaunselor (PPSI)

Perbincangan Tidak Formal Antara Guru-Guru Berkaitan Dengan PdP, Kandungan Mata
Pelajaran, Pemetaan Mata Pelajaran, Modul Perekodan Dan Lain-Lain (PS)

Mesyuarat Contact Time, Mesyuarat Panitia Matapelajaran, (PS)

Bimbingan Dan Bengkel Kepada Guru-Guru Berkaitan Instrumen, Penulisan Ringkasan Mata
Pelajaran (PS)
Latihan Pemeriksaan Item Oleh Ketua Panitia Kepada Guru-Guru Mata Pelajaran Yang Lain (PS)

Bengkel Penyelarasan Skor Kepada Guru-Guru Mata Pelajaran(PS)

Pemantauan

Sediakan Jadual Pemantauan Bagi Semua Komponen PBS dan jenis pemantauan yang akan
dibuat

Pastikan pelaksanaan pemantauan dijalankan

Pelaporan bercetak bagi jadual kerja dan aktiviti pemantauan setiap komponen PBS diserahkan
kepada Guru Kanan Atau Ketua Panitia dilantik untuk difailkan

Guru Kanan/Ketua Panitia yang memegang bahagian Ini bertindak sebagai orang yang
memastikan aktiviti yang dirancang dijalankan dan mengumpul pelaporan setiap komponen
PBS ( Ingatkan Setiap Pemegang Komponen PBS Di Sekolah )

Jenis-Jenis Pemantauan (Contoh)

Pentaksiran Sekolah Personel Pemantau Pengetua, Pk1, Guru Kanan, Ketua Panitia

A. Pemantauan PdP /Pencerapan Klinikal Guru

B. Pemantauan Buku Ringkasan Mengajar Guru/Modul Perekodan Manual Guru

C. Pemantauan Pengisian Prestasi Band Pelajar Di Komputer Khas

D. Pemantauan Buku Tulis/Buku Aktiviti/Instrumen Untuk Melihat Evidens

*** Semua Jenis Pemantauan Di Atas Ini Boleh Disekalikan Dalam Satu Sesi Pemantauan

Cadangan Instrumen Digunapakai : Standard 4 SKPM, Instrumen JNJK, Instrumen Daripada SPA
Atau Instrumen Yang Dibina Sendiri Oleh Sekolah

Pentaksiran Pusat (Pt3) - Personel Pemantau Pentadbir, Guru Kanan, Ketua Panitia

Pemantauan Setiap Peringkat Pelaksanaan Pt3 Yang Memerlukan Intergriti Yang Tinggi.
Contoh : Semasa Pelaksanaan Ujian Pelbagai Instrumen Dan Ujian Bertulis Pt3, Penyemakan
Skrip Jawapan Calon Dsb

Cadangan Instrumen : Instrumen Pemantauan Pentadbiran PT3 LP

Pentaksiran Aktiviti Sukan, Jasmani Dan Kokurikulum (Pajsk) - Personel Pemantau Pengetua /
Guru Besar, Penolong Kanan Kokurikulum, Setiausaha Sukan Dan Mereka Yang Dilantik.
a) Pemantauan Pelaksanaan Aktiviti Kokurikulum Mengikut Jadual Pemantauan Yang
Ditetapkan Sekolah

b) Pemantauan Pelaksanaan Ujian Segak

*** Personel Pemantauan Dilantik Terlebih Dahulu

Cadangan Instrumen : Instrumen JNJK / Instrumen Bahagian Koku Dan Kesenian / Dibina Sendiri
Oleh Sekolah

Psikometrik Personel Pemantau Pengetua / Guru Besar, Penolong Kanan Hem, Guru
Bimbingan Dan Kaunseling/ Kaunselor

a) Pemantauan Pelaksanaan Ujian Aptitud Tahun 3 Dan Tahun 6 Di Sekolah Rendah Dan
Pentaksiran Psikometrik Di Tingkatan 3

Cadangan Instrumen : Instrumen JNJK / Instrumen BPSH / Dibina Sendiri Oleh Sekolah

Penyelarasan

Sediakan Jadual Pelaksanaan / Takwim Penyelarasan Untuk Semua Komponen PBS. Contoh : 2
Kali Setahun Berdasarkan Peperiksaan Pertengahan Tahun Dan Peperiksaan Akhir Tahun.

Pastikan Setiap Aktiviti Dirancang Dilaksanakan.

Jadual Pelaksanaan Dan Laporan Aktiviti Penyelarasan Semua Komponen Pbs (Cetakan)
Diserahkan Kepada Guru Kanan / Ketua Panitia Dilantik Untuk difailkan.

Guru Kanan/Ketua Panitia Yang Memegang Fail Ini Perlu Mengingatkan Serta Bertanya Apa-apa
Pelaporan Dari Unit Terlibat Untuk Dikumpulkan.

Jenis-Jenis Penyelarasan (Contoh)

Penyelarasan Tugasan Dibuat Untuk Semua Guru Dalam Satu Sekolah. Contoh : Mesyuarat
Jawatankuasa PBS Akan Menentukan Hala Tuju Dan Matlamat Sekolah Dalam Sesuatu Dasar.

i. Keselarasan Dalam Penulisan Buku Ringkasan Mengajar, Bila Perlu Dihantar, Dan Kepada
Siapa Perlu Dihantar. (PS)

ii. Setiap Guru Perlu Melengkapkan Modul Perekodan Dengan Kekerapan Menanda Prestasi
Murid Samada Dalam Bentuk Band/Tahap Penguasaan. (PS)

iii. Semua Guru Yang Terlibat Dalam Pajsk Perlu Melengkapkan Pelaporan Pajsk Dan Segak
Bila? (PAJSK)

iv. Keselarasan Dalam Penentuan Personel Yang Terlibat Dalam Pelaksanaan Psikometrik Dll.
(PPSI)
Penyelarasan Skor Dalam Kalangan Guru-Guru Mata Pelajaran

( Mohon Bantuan Sisc+, Guru Cemerlang, Pemeriksa Kertas Dan Mereka Yang Ada Pengalaman
Tentang Penyemakan Kertas Dan Pemberian Skor ) Jika Sekolah Tiada Kemudahan Personel Ini.

Contoh : Dibuat 2 Kali Setahun Untuk Kertas Soalan Peperiksaan Pertengahan Dan Akhir Tahun
(Perlu Ada Jadual) (PS)

Penyelarasan Instrumen Diguna Pakai Guru Dibina Sendiri, Diambil Daaripada Buku Aktiviti
Atau Sumber Internet Dan Lain-Lain. (PS)

*** Instrumen Penyelarasan Boleh Menggunakan Instrumen Daripada PPD , LP Atau JNJK.

Pengesanan

Sediakan Jadual Pengesanan Bagi Semua Komponen PBS Dan Jenis Pengesanan Yang Akan
Dibuat

Pastikan Pelaksanaan Pengesanan Dijalankan

Pelaporan Bercetak Bagi Jadual Kerja Dan Aktiviti Pengesanan Setiap Komponen Pbs Diserahkan
Kepada Guru Kanan Atau Ketua Panitia Dilantik Untuk Difailkan

Guru Kanan/Ketua Panitia Yang Memegang Bahagian Ini Bertindak Sebagai Orang Yang
Memastikan Aktiviti Yang Dirancang Dijalankan Dan Mengumpul Pelaporan Setiap Komponen
PBS ( Ingatkan Setiap Pemegang Komponen PBS Disekolah )

Jenis-Jenis Pengesanan ( Contoh )

Pengesanan Terhadap Instrumen Yang Digunapakai Guru Sebagai Latihan Bertulis Di Dalam
Kelas.

Pengesanan Terhadap Kertas Soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun Dan Peperiksaan Akhir
Tahun.

Pengesanan Samada Instrumen Yang Guru Bina Atau Ambil Daripada Mana-Mana Sumber
Berkeupayaan Untuk Mentaksir Pelajar Mengikut Aras Sebenar Pembelajaran Mereka.

Mengesan Samada Skor Atau Data Yang Guru Masukkan Samada Ke Dalam Sistem Online
PAJSK, Modul Perekodan Serta Pelaporan Psikometrik Atau Aptitud Adalah Sah Dan Valid Serta
Mematuhi Garis Panduan Yang Ditetapkan

Anda mungkin juga menyukai