Anda di halaman 1dari 16

SOALAN ULANGKAJI EDUP 3043 (IPTEK)

BAHAGIAN A (60 markah) - struktur

1. Sebagai pengurus bilik darjah, guru bertanggungjawab menyediakan persekitaran


yang teratur serta positif bagi memastikan pembelajaran berkesan.
a. Jelaskan aspek-aspek penting dalam pengurusan bilik darjah
Merancang
- Tempat
- Aktiviti dan tugasan yang sesuai
Mengelola
- Arahan jelas
- Maklumkan peraturan
Mengawal
- Memantau pastikan murid selesa.
Membuat refleksi
- Perlu menganalisis dan menilai keberkesanan amalan yang
digunakan.
Menjalin hubungan guru-murid

b. Huraikan dengan contoh yang sesuai bagaimana guru dapat menjadi


seorang pengurus bilik darjah yang berkesan

2. Hubungan guru dan murid yang baik berupaya memberi pengalaman pembelajaran
yang positif dan menyeronokkan bagi murid
a. Jelaskan factor-faktor yang mempengaruhi hubungan guru dn murid di
dalam bilik darjah
Penampilan dan bahasa badan guru
Menjadi tumpuan murid (berpakaian kemas)
Memberi persepsi baik kepada murid
Menjadi role model
SOALAN ULANGKAJI EDUP 3043 (IPTEK)

Tingkah laku guru


Mencerminkan perwatakan guru
Sikap guru yang kasar akan dibenci oleh murid-murid
Menggunakan perkataan yang baik dan sesuai
Berhemah tetapi tegas

Tunjukkan contoh teladan yang baik


Tunjuk minat supaya murid juga akan minat untuk belajar
Sentiasa ceria dan tenang
Mengamalkan komunikasi yang berkesan
Ikhlas dalam mengajar
Mengambil berat tentang murid

Persekitaran pembelajaran di dalam bilik darjah


Bilik darjah yang kelihatan bersih, ceria dan teratur
menarik perhatian murid untuk belajar
bilik yang dilengkapi dengan alat bantu mengajar
bilik yang dapat memotivasikan murid

b. Perincikan satu strategi yang boleh membantu guru membina hubungan


positif dengan murid pada awal persekolahan

Mengingati nama murid dan memanggil dengan nama


masing-masing.
Sebagai seorang guru, kita perlulah berusaha untuk mengenali dan
mengingati nama murid-murid bermula dari hari pertama persekolahan.
Elakkan memanggil murid dengan menggunakan nombor pendaftaran atau
nama-nama ganti diri am,contohnya, awak...,kamu..., atau berdasarkan
posisi di dalam kelas contohnya awak yang duduk di belakang sekali....
SOALAN ULANGKAJI EDUP 3043 (IPTEK)

kebanyakan murd berasa bangga apabila guru mengingati nama mereka.


Situasi itu menandakan guru ingat dan mereka wujud dimata guru disamping
menunjukkan usaha guru yang bersungunh-sungguh untuk mengenali murid-
muridnya. Guru yang mengingati nama murid-muridnya akan lebih cepat
menjalankan hubungan dengan murid-muridnya. Hal ini juga dapat menolong
guru mengawal tingkah laku murid di dalam kelasnya. Apabila berlaku salah
laku guru boleh memanggil nama murid dan menegurnya.
Guru juga menyebut nama murid dengan betul. Sekiranya tidak pasti
akan sebutan nama murid itu, beliau perlu mendekati murid tersebut dan
bertanya tentang sebutan yang betul. Elakkan daripada menyebut nama
dengan salah kerana situasi ini akan mengakibatkan murid tersebut
diketawakan atau dijadikan nama gelaran oleh murid-murid yang lain.
Perkara ini boleh menyebabkan murid berasa malu dan membenci guru.
Guru juga dinasihatkan tidak menunding jari, awak... bangun, kamu...
dengar sini. Cara ini agak kasar dan tidak membantu dalam membina
hubungan guru-murid.

Menanamkan semangat cintakan kelas/bilik darjah


Menanamkan semangat cintakan kelas dalam kalangan murid boleh
membangkitkan motivasi intrinsik kepada murid-murid untuk datang ke
sekolah. Guru boleh menggunakan strategi-strategi tertentu untuk
menjadikan kelas sebagai satu tempat yang seronok untuk menimba ilmu.
Guru boleh menanamkan sifat kepunyaan murid terhadap kelas melalui
aktiviti-aktiviti yang dilakukan bersama, misalnya mengadakan cogan kata
yang melambangkan semangat ahli dalam kelas. Melalui moto kelas, guru
membimbing murid untuk mencirikan sifat-sifat yang mereka inginkan untuk
kelas mereka.

Guru perlu mempunyai inisiatif dan membimbing murid bukan hanya


mengarah dan mengatur. Bincanglah dengan murid-murid cara yang terbaik
untuk menjaga keharmonian kelas. Dapatkan idea-idea bersama untuk
mencantikkan kelas. Papan-papan kenyataan kelas diisi dengan bahan-
bahan yang dipilih bersama murid-murid dan mengadakan giliran untuk
sentiasa bertukar ganti bahan-bahan yang dipaparkan mengikut kreativiti
murid. Puji dan beri peneguhan kepada usaha yang telah ditunjukkan oleh
mereka. Usaha ini perlu berterusan hingga penggal akhir. Tanamkan sikap
bangga dengan kelas hasil daripada usaha mereka sendiri. Rasa kepunyaan
terhadap kelas boleh menghasilkan suasana kelas yang harmonis dan
SOALAN ULANGKAJI EDUP 3043 (IPTEK)

membangkitkan semangat setiakawan dan kepunyaan antara murid-murid


dan guru-murid.

Tunjukkan Keprihatinan
Guru mengambil berat dan prihatin terhadap keperluan murid-
muridnya akan membantu beliau menjalinkan hubungan yang baik dengan
murid-muridnya. Sikap guru ini juga akan menjadi contoh yang baik kepada
murid-murid untuk menjadi seorang yang prihatin terhadap orang di
persekitarannya. Guru perlu menunjukkan keikhlasan dalam menunjukkan
keprihatinan. Elakkan daripada bersikap berat sebelah dengan hanya
memberikan perhatian kepada kelompok-kelompok murid yang tertentu
sahaja. Berilah perhatian sama rata kepada semua murid. Muris-murid dapat
mengetahui sama ada seseorang guru itu mengambil berat atau tidak.
Guru perlu mengetahui latar belakang dan personaliti murid.
Kadangkala murid-muris malu untuk bersemuka dengan guru. Oleh itu, guru
perlu tahu cara yang sesuai untuk mengenali latar belakang murid-muridnya.
Guru boleh membuat semakan butir-butir peribadi melalui rekod yang
disimpan. Guru juga boleh bertanya kepada guru terdahulu yang pernah
mengajar murid-muridnya. Adalah penting untuk seseorang guru mengetahui
personaliti anak didiknya. Guru boleh memberi murid-muridnya ujian
personaliti yang ringkas supaya guru boleh mendapat gambaran awal tentang
perawakan murid-muridnya. Selain itu, guru boleh membuat pemerhatian
sendiri terhadap anak muridnya. Settelah mengetahui sedikit sebanyak
tentang personaliti anak-didiknya, guru boleh menggunakannya untuk
mendekati dan memahami murid dan seterusnya membantu mereka
sekiranya mereka menghadapi masalah akademik, sosial dan emosi.
Kadangkala, murid-murid malu dan segan untuk meluahkan masalah
dan perasaan kepada guru secara bersemuka. Guru boleh menggunakan
pelbagai cara yang lain. Contohnya, aktiviti mrnghantar surat kepada guru
atau menulis jurnal harian dan dihantar secara peribadi kepada guru. Selain
itu, guru boleh menggunakan kemudahan teknologi. Guru boleh menyuruh
murid menghantar e-mail kepada guru untuk menceritakan kisah atau
masalah peribadinya.
Luangkanlah masa untuk membaca dan mendengar isi hati murid.
Keprihatinan guru mendengar dan mengambil berat tentang diri murid
menolong membina hubungan baik antara guru dengan murid. Murid yang
rapat dengan guru dapat membantu menghindarkan murid daripada terjebak
dalam masalah peribadi dan disiplin
SOALAN ULANGKAJI EDUP 3043 (IPTEK)

3. Masalah disiplin boleh dilihat sebagai keadaan atau tingkahlaku yang menunjukkan
ketidakpatuhan kepada peraturan atau nilai yang diterima oleh masyarakat. Masalah
seperti disruptif, kurang memberi perhatian dan tidak membawa buku ke kelas
adalah antara masalah disiplin yang berlaku dalam bilik daraja di sekolah rendah.

a. Nyatakan factor-faktor yang mungkin menyebabkan masalah disiplin


tersebut di dalam bilik darjah

kebosanan, guru telah gagal menyediakan aktiviti yang menarik, mencabar


dan sesuai dengan tahap pencapaian pelajar
pelajar tidak mampu menyiapkan kerja yang diberi oleh guru kerana terlalu
sukar, kurang jelas dan penggunaan bahasa yang tidak sesuai serta
tempoh masa bagi aktiviti adalah terlalu lama
pengurusan guru adalah lemah, contohnya bahan bantu visual tidak
berfungsi dan terlalu banyak halangan yang mengganggu kelancaran
pengajaran
keliru dengan ekspektasi guru, guru tidak memberitahu secara jelas dan
eksplisit tentang apa yang diinginkan daripada pelajar.
Interaksi rakan sebaya, perbualan atau tingkah laku tidak diingini dan
gangguan dari luar sekolah kedengaran dalam bilik darjah
Harga kendiri akademik rendah, dimana murid kurang yakin pada diri
sendiri.
b. Kemukakan bagaimana seseorang guru boleh mengurangkan masalah
disiplin yang tersebut dalam bilik darjah

Tiga cara menangani masalah disiplin akan dibincangkan secara ringkas iaitu
amaran konstruktif, hukuman dan pencegahan salah laku.

(a) Amaran Konstruktif


Apa yang anda faham dengan amaran konstruktif? Bilakah ia di gunakan?
Amaran ini digunakan apabila tingkah laku yang tidak diingini mengganggu
proses pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun keberkesanan
tindakan ini bergantung kepada apa yang diperkatakan dan cara bagaimana
ia disampaikan. Baca dan teliti prosedur amaran seperti berikut.

Dapatkan perhatian pelajar dan tegaskan bahawa ini adalah satu


amaran
Jelaskan tingkah laku yang diingini secara eksplisit
SOALAN ULANGKAJI EDUP 3043 (IPTEK)

Jelaskan tindakan yang disediakan bagi pelajar yang tidak memberi


kerjasama
Amaran perlu ringkas
Teruskan pengajaran serta memberi pujian kepada pelajar yang
memberi kerjasama
Beri pujian kepada pelajar yang bermasalah apabila ia menunjukkan
perubahan tingkah laku
Beri pelajar hanya satu amaran sahaja

(b) Hukuman
Tahukah anda bahawa respon yang seringkali diberikan kepada tingkah laku
negatif merupakan satu hukuman? Mengejutkan tetapi benar. Respon
berbentuk negatif merangkumi tindakan tata tertib seperti amaran lisan,
mengherdik dan memaparkan nama serta salah laku pelajar. Hukuman ialah
seperti menarik balik keistimewaan, mengasingkannya dari pelajar lain,
memecat pelajar dari jawatan yang disandang, menambah beban tugas,
digantung persekolahan dan sebagainya. Hukuman mungkin menghalang
pembelajaran (Englander, 1986), gagal mendidik pelajar cara-cara
mempelbagaikan tingkah laku dan mungkin juga tidak dapat menghasilkan
perubahan pada tingkah laku. (Emmer & Aussiker, 1987).

(c) Pencegahan Salah Laku


Memahami Dinamika Bilik Darjah
Semua tingkah laku membawa makna sosial yang hanya dapat difahami
dalam konteks sosial tertentu. Adalah penting bagi guru menangani masalah
tingkah laku dengan melibatkan semua pelajar dari kelas tersebut. Dengan
memerhatikan perhubungan pelajar dengan rakan-rakan sekelasnya yang
lain dapat membantu anda mencari punca dan matlamat masalah tingkah
laku yang ditunjukkan dan bagaimana rakan sebayanya dapat sama-sama
menyelesaikan masalah ini.
Rakan sebaya dapat mempengaruhi atau membendung tingkah laku dengan
lebih berkesan dibandingkan dengan guru sendiri. Memahami dinamika bilik
darjah merupakan kemelut bagi sebarang langkah pembetulan untuk
menangani masalah pelajar.

Pengajaran Berkesan Mencegah Masalah Disiplin Di Dalam Bilik


Darjah
Kebanyakan masalah disiplin dalam bilik darjah timbul adalah berpunca
daripada pengajaran dan aktiviti pengurusan bilik darjah yang tidak
berkesan. Strategi pengajaran yang tidak terurus dan penggunaan bahan
SOALAN ULANGKAJI EDUP 3043 (IPTEK)

bantu mengajar yang tidak berkesan akan menyebabkan murid hilang minat
dan bertukar kepada tingkah laku bermasalah.
Guru perlu merancang pengajaran dan pembelajaran dengan sistematik,
menggunakan kaedah dan teknik berpusatkan pelajar untuk menarik
perhatian dan melibatkan mereka dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Bahan bantuan mengajar perlu dapat merangsang minat
pelajar terhadap pembelajaran.

Susun Atur Tempat Duduk


Sebagai seorang guru, anda bertanggungjawab untuk menyusun atur tempat
duduk pelajar anda. Bagaimanakah caranya? Atur tempat duduk supaya
membolehkan anda memerhati dan memudahkan pergerakan untuk
mendekati pelajar. Buat kontak mata dengan pelajar sama ada semasa
pengajaran atau apabila berkomunikasi dengan kelas atau pun dengan
individu. Adakah ini menjadi amalan anda?

Prihatin terhadap pelajar


Adalah penting untuk anda membuat tinjauan seluruh bilik darjah dari masa
ke semasa untuk memerhatikan sama ada pelajar mengalami masalah
dengan tugasan mereka atau memerlukan bantuan anda. Jika keadaan ini
berlaku, beri sokongan anda supaya mereka akan teruskan dengan kerja
masing-masing. Guru juga perlu menunjukkan keprihatinan terhadap
perkembangan pelajar sama ada besar atau kecil. Di sini jelas diperhatikan
bahawa sentuhan peribadi adalah lebih berkesan berbanding dengan
memanggil nama pelajar.

Mengurus disiplin.
Selain keberkesanan persekitaran positif yang dicipta, dan implimentasi
pelbagai teknik pengajaran dalam bilik darjah, terdapat tingkah laku
mengganggu murid yang tidak dapat dielakkan. Oleh itu, guru perlu
mempunyai satu himpunan kaedah yang baik untuk mengurus disiplin dalam
bilik darjah:

i. Urus rutin bilik darjah dengan berkesan


ii. Bina hubungan rakan sebaya yang sihat melalui aktiviti kolaboratif
dalam dan luar bilik darjah
iii. Bina persekitaran pembelajaran yang boleh memberi sokongan dan
pertimbangkan perbezaan individu murid dalam situasi pengajaran
dan pembelajaran
iv. Ingatkan murid tentang akibat salah laku.
v. Wujudkan perhatian dan motivasi dalam bilik darjah
SOALAN ULANGKAJI EDUP 3043 (IPTEK)

vi. Libatkan murid dalam aktiviti pengajaran


vii. Amalkan pengurusan masa yang bijak dan uruskan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran dengan cekap dan berkesan.

4. Ahmad seorang siswa pendidik yang akan menjalani latihan praktikum di salah
sebuah sekolah rendah tidak lama lagi. Sebelum menjalani latihan praktikum, dia
telah mengambil inisiatif membuat pelan perancangan untuk mewujudkan bilik darjah
yang berkesan agar murid-muridnya dapat belajar dalam persekitaran bilik darjah
yang kondusif.

a. Nyatakan ciri-ciri bilik darjah berkesan yang perlu dipertimbangkan oleh


Ahmad semasa membuat perancangan pengurusan bilik darjah

Suasana demokratik di dalam bilik darjah


Guru perlu mengambil tanggungjawab sebagai pendidik dan fasilitator
Menimbulkan persekitaran saling mempercayai dan saling menghormati
Guru mesti percaya setiap murid mempunyai kebolehan untuk mencapai
kejayaan
Guru patut menunjukkan contoh dan teladan yang baik untuk diikuti
Jadikanlah bilik darjah sebagai tempat yang seronok dan selamat untuk murid-
murid
Guru menunjukkan rasa kecintaan dan semangat yang tinggi untuk mengajar
dan mendidik murid-murid
Pembelajaran berasaskan individu
Mempunyai semnagat kekitaan
Mengamalkan komunikasi yang berkesan di dalam bilik darjah
SOALAN ULANGKAJI EDUP 3043 (IPTEK)

b. Jelaskan komponen pelan pengurusan yang perlu diambil kira oleh


Ahmad bagi memastikan bilik darjah yang berkesan

Komponen pengajaran

- Rancang

Corak komunikasi yang digunakan autoritik , demokratik/bebas

Bagaimanakah mengetahui pengetahuan sedia ada murid /kesediaan belajar

Corak dan strategi yang digunakan

Bagaimanakah mendapatkan perjalanan pengajaran yang lancer

- Susun

Setiap perkara dirancang mengikut keutamaan tetapkan kepentingan

- Praktik

Terangkan kepada murid-murid rancangan pengajaran anda dan gaya


mengajar anda mengikut keutamaan yang telah ditetapkan

Komponen Pencegahan

- Rancang

Buat senarai rutin dan peraturan terbaik

Tetapkan rutin tetap dan boleh bertolak ansur

Bayangkan senario bagaimana anda akan latih murid menguasai


rutin/peraturan tersebut

Tuliskan langkah bagaimanakah untuk mengaplikasikan rutin tersebut

- Susun

Rutin dan peraturan mengikut keutamaan


SOALAN ULANGKAJI EDUP 3043 (IPTEK)

- Praktik

Jalankan rutin dan peraturan yang telah dirancang

Tampal rutin dan peraturan yang telah dibincangkan

Komponen Pembetulan

- Rancang

Strategi pembetulan yang akan digunakan

Strategi untuk tingkah laku mengganggu

Strategi untuk mengawal tingkah laku

Strategi untuk tingkah laku yang melampau

Rancang strategi yang ringkas

Tentukan akibat yang akan dikenakan

- Susun

Strategi disusun mengikut komponen/kategori salah laku

- Praktik

Bincangkan strategi dan akibat yang akan digunakan

Murid mendapat mesej jelas modifikasi tingkah laku

Komponen Persekitaran fizikal

- Rancang

Susun atur meja Menyokong pembelajaran P&P

Pelan susunan fleksibel panduan diberikan

Ruang cara melibatkan murid

Elemen kebersihan , keselamatan, udara dan cahaya

- Susun

Perancangan memerlukan tindakan segera


SOALAN ULANGKAJI EDUP 3043 (IPTEK)

Perancangan yang ditetapkan guru dan perbincangan murid

Praktik

Perkenalkan susun atur kedudukan murid

Tunjukkan cara penggunaan ruang

Demonstrasi penjagaan ruang yang betul

BAHAGIAN B (40 markah) - esei

1. Guru perlu memberi perhatian yang serius terhadap keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjahnya agar dapat memastikan hasrat system
pendidikan Malaysia tercapai.
Berdasarkan pernyataan di atas, bincangkan bagaimana seorang guru boleh
menjadi efektif.

Kompetensi Pengajaran dan Pembelajaran


o Kandungan mata pelajaran
o Strategi pengajaran
o Kemahiran penentuan matlamat dan perancangan
pengajaran
o Kemahiran pengurusan bilik darjah
o Kemahiran motivasi
o Kemahiran mendidik murid.
o Mahir dalam subjek yang diajar.
o Tahu topik senang atau susah.
o Kemahiran memilih teknik, kaedah.
o Mahir guna teknik menyoal.
o Kemahiran membuat penilaian.
o Kemahiran komunikasi
SOALAN ULANGKAJI EDUP 3043 (IPTEK)

2. Seorang guru Matematik yang mengajar kelas Tahun Dua telah menjalankan aktiviti
kumpulan di dalam bilik darjah. Semasa aktiviti kumpulan dijalankan, seorang
muridnya sering tidak duduk dalam ahli kumpulannya. Dia suka bergerak ke temapt
duduk di sebelah rakannya walaupun telah beberapa kali ditegur. Dalam kumpulan
itu pula, murid tersebut dan rakan-rakannya didapati gemar berbual-bual. kelas
menjadi agak riuh rendah kerana murid-murid dalam kumpulan tersebut mula
bercakap dan beregrak dari satu tempat ke tempat yang lain semasa menyiapkan
tugasan mereka. Guru ini juga mendapati murid-muridnya cuba menyelesaikan
tugasan yang diberikan tanpa berbincang dengan ahli kumpulan. Terdapat juga
murid yang meniru hasil kerja rakannya untuk menyiapkan tugasan mereka. Pada
akhir pelajaran, guru mendapati tidak semua murid menghantar tugasan mereka.
berdasarkan kes di atas, cadangkan bagaimana guru dapat mengatasi masalah
disiplin dengan mengaplikasi model pengurusan disiplin bilik darjah yang sesuai.

3. Modifikasi tingkahlaku murid merupakan satu intervensi yang berkesan untuk


menguruskan tingkahlaku murid di dalam bilik darjah.
Bincangkan bagaimana guru mengajar murid menggunakan modifikasi tingkahlaku
bagi membantu mengurus tingkahlaku mereka.

1. PENEGUHAN

Terdapat dua jenis peneguhan iaitu peneguhan negatif dan peneguhan positif. Peneguhan
positif ialah, proses di mana guru akan cuba mengawal tingkah laku murid dengan motivasi,
SOALAN ULANGKAJI EDUP 3043 (IPTEK)

hadiah, ganjaran, sentuhan serta kata-kata perangsang yang dapat membaiki atau
mengubah tingkah laku murid-muridnya. Terdapat dua ganjaran peneguhan positif iaitu,
ganjaran primer (susu, makanan, gula), ganjaran terlazim ( bintang, token, markah tinggi,
penerimaan sosial dan sentuhan, perkataan (lisan dan bertulis), permainan dan aktiviti,
ekspresi dan wajah guru (muka atau badan).

Terdapat beberapa contoh peneguhan positif yang boleh digunakan oleh guru untuk murid-
murid. Antaranya, murid disuruh untuk menjadi pembantu guru seperti membantu guru
memungut buku latihan selepas tamat waktu, diberi masa rehat selama lima hingga 10 minit
untuk melakukan aktiviti bebas iaitu murid bebas membuat aktiviti yang mereka suka namun
bukan melakukan perkara yang negatif, murid diberi masa untuk belajar di perpustakaan
dan tidak hanya belajar di dalam bilik darjah. Kemudian, guru menulis satu nota pujian
daripada guru kepada ibu bapa murid serta murid diberi peluang untuk menjadi ketua dalam
melakukan aktiviti berkumpulan.

Jika peneguhan positif tidak berkesan, maka guru boleh menggunakan peneguhan negatif
untuk mengawal tingkah laku murid seperti denda, memarahi murid, atau menyuruh mereka
menjalani times out. Jikalau peneguhan ini masih tidak berkesan, maka guru perlu
menggunakan hukuman disiplin yang lebih kuat seperti denda dan merotan. Selain itu, guru
perlu memuji murid-muridnya dan memberitahu bahawa dia menyukai mereka tetapi hanya
tidak suka tingkah laku negatif mereka sahaja. Diharapkan dengan pujian ini, murid dapat
berfikir dan berubah untuk tidak melakukan perkara negatif.

2. DENDAAN

Semua hukuman denda perlu dimaklumkan kepada murid dan pihak sekolah mesti
menentukan bahawa sesuatu hukuman itu betul-betul dilaksanakan dan mengikut prosedur
yang ditetapkan. Terdapat beberapa dendaan yang boleh dilaksanakan di sekolah seperti,
dimarahi oleh guru, diberikan amaran apabila melakukan kesalahan, mengenakan hukuman
yang dibayar dengan membuat kerja di sekolah seperti mengutip sampah dan mencuci
tandas. Seterusnya, times out sama ada dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah dan
menghantar murid ke bilik guru besar jika tidak mengikut arahan oleh guru. Tambahan lagi,
ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang bermasalah tingkah laku dikehendaki ke sekolah
untuk membincangkan masalah anak mereka.

Tujuan mengenakan adalah untuk menghentikan tingkah laku negatif tersebut. Skinner
berpendapat bahawa denda hanya boleh membawa kesan dalam tempoh yang singkat
sahaja. Selepas itu, tingkah laku yang tidak diingini biasanya akan berulang lagi. Murid yang
SOALAN ULANGKAJI EDUP 3043 (IPTEK)

didenda, kerana tidak boleh menguasai setengah-setengah kemahiran matematik, mungkin


akan menimbulkan sikap kebencian terhadap pembelajaran matematik.

3. REVERSE PSYCHOLOGY

Reverse Psycology ialah satu teknik modifikasi tingkah laku yang boleh digunakan oleh
guru untuk mendapatkan tingkah laku yang boleh digunakan oleh guru untuk mendapatkan
tingkah laku yang dikehendaki daripada murid-murid di dalam bilik darjah. Sebagai contoh,
jika seorang guru ingin muridnya diam, beliau mungkin menyatakan sesuatu yang berikut
seperti, Teruskan, dan buat bising sekuat yang anda semua boleh dalam suara yang kuat
dan tegas. Muridnya akan faham apa yang sebenar dikehendaki oleh gurunya iaitu mahu
mereka diam dengan serta- merta kerana mereka tahu guru itu tidak bermaksud dengan
apa yang beliau sedang katakan.

Teknik modifikasi tingkah laku ini ialah menggunakan psikologi untuk modifikasikan tingkah
laku negatif kepada tingkah laku positif. Teknik ini memerlukan kemahiran guru memahami
psikologi murid yang berkenaan. Tujuan menggunakan teknik ini adalah untuk menginsafkan
murid agar melepaskan sikap negatif dan memupuk sikap positif demi membentuk tingkah
laku yang diingini.

4. SHAPING

Ditakrifkan sebagai satu usaha memberikan ganjaran kepada murid setiap kali dia semakin
hampir kepada satu matlamat tingkah laku yang ditetapkan oleh guru. Dalam teknik ini,
ganjaran yang ditawarkan oleh guru menjadi semakin besar apabila murid bergerak ke arah
pencapaian matlamat tingkah laku yang ditetapkan. Contohnya, untuk murid yang
mempunyai tingkah laku bermasalah di mana selalu bergerak dalam bilik darjah, guru boleh
menetapkan matlamat tingkah lakunya sebagai Berhenti bergerak dalam bilik darjah. Jika
murid berjaya, guru akan menawarkan ganjaran yang lebih besar sehinggalah tingkah laku
bermasalah itu terhapus.

5. TOKEN EKONOMI

Guru boleh memberikan token untuk mengawal tingkah laku murid semasa pengajaran dan
pembelajaran berlangsung supaya proses pembelajaran tidak terganggu. Setiap kali murid
menunjukkan tingkah laku yang positif, akan diberikan satu token oleh guru. Token terdiri
daripada kad-kad berwarna atau bintang yang mempunyai nilai-nilai tertentu. Sebagai
contoh kad biru sebanyak lima markah, kad merah sebanyak 10 markah dan sebagainya.
SOALAN ULANGKAJI EDUP 3043 (IPTEK)

Jika murid telah mengumpul banyak markah, maka akan diberikan hadiah. Ini akan
memotivasikan murid untuk terus menunjukkan tingkah laku yang positif.

Selain itu, jika murid menunjukkan tingkah laku yang baik seperti menghasilkan kerja yang
bermutu, maka, guru akan memberikan hadiah sebagai tukaran. Ini akan memotivasikan
murid supaya lebih gigih lagi.

6. KONTRAK (LISAN ATAU BERTULIS)

Guru boleh membuat kontrak dengan muridnya supaya menunjukkan tingkah laku yang
positif. Kontrak boleh dibuat secara lisan dan bertulis diantara guru dan murid. Jika dibuat
secara bertulis perlu, menandatanganinya dan terdapat peraturan yang perlu diikuti. Jika
tidak mematuhinya maka, hukuman akan di kenakan. Contohnya, jika murid menunjukkan
tingkah laku yang baik dan prestasi kerja yang tinggi, murid akan diberikkan ganjaran seperti
yang ditetapkan oleh kontrak. Murid-murid akan terus berkelakuan baik kerana pandangan
mereka dipandang serius oleh guru.

7. TIMES OUT

Dalam teknik times out, jika murid tidak dapat mengawal diri, maka akan dikeluarkan
daripada bilik darjah dan dibiarkan dalam bilik kecil yang berdekatan atau mana-mana sudut
bilik darjah. Apabila murid tersebut berkelakuan positif, maka akan dibenarkan masuk
semula ke dalam kelas. Times out amat berkesan untuk kanak-kanak berumur empat
hingga 12 tahun. Masa yang diperuntukkan untuk duduk dalam masa times out ialah
diantara satu hingga 10 minit bergantung kepada tahap keseriusan kesalahan yang
dilakukan. Selepas masa hukuman dijalankan, guru perlu terangkan kenapa melakukan
hukuman tersebut. Kemudian arahan yang asal diberikan semula kepada murid tersebut
dan jika mengikut arahan yang diberikan akan dipuji manakala jika masih tidak mengikut
arahan maka akan terus dikenakan hukuman.

8. PENGASINGAN

Merupakan teknik di mana murid-murid disuruh keluar daripada bilik darjah atau dimasukkan
ke dalam kelas/bilik khas untuk menjalani hukuman yang ditetapkan guru. Satu konsep yang
penting dalam teknik pengasingan ialah guru membiarkan tingkah laku murid yang
bermasalah negatif serta tidak memberi apa-apa perhatian kepadanya. Teknik ini adalah
sesuai apabila murid tidak menunjukkan tingkah laku yang positif walaupun telah diingatkan
SOALAN ULANGKAJI EDUP 3043 (IPTEK)

oleh guru beberapa kali. Dalam teknik ini, guru tidak akan memberikan perhatian kepada
tingkah laku bermasalah sehinggalah murid berubah sikap. Jika masih tidak mengikut
arahan, maka pengasingan ke dalam kelas/bilik khas disyorkan.