Anda di halaman 1dari 89

Rahsia Debt Collector Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

Rahsia
Debt Collector
Ketahui Hak Anda sebagai Penghutang

1
Rahsia Debt Collector Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

Penafian
Naskah ini dihasilkan untuk memberi pengajaran dan menyalurkan maklumat
umum kepada pembaca. Anda mungkin perlu merujuk kepada penasihat atau
pengamal profesional untuk sesuatu keputusan yang bersifat khusus untuk diri
anda.

Tidak ada jaminan yang diperakukan bahawa maklumat yang terkandung di


dalam naskah ini adalah tepat dan lengkap. Pengarang serta penerbitnya
dengan ini secara khususnya tidak bertanggungjawap atas apa-apa risiko
kehilangan, liabiliti, sama ada secara peribadi atau tidak, yang berlaku akibat
penggunaan dan aplikasi kandungan naskah ini, sama ada secara langsung atau
tidak langsung.

Strategi yang disebut di dalam naskah ini mungkin tidak sesuai untuk setiap
individu dan tidak dijamin dapat menghasilkan kesan tertentu kepada semua
pihak.

Hak Cipta Terpelihara 2015 Masfira Binti Abd Latif

Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana -mana bahagian artikel, ilustrasi dan
isi kandungan ebook ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama
ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum
mendapat izin daripada pihak penulis.

Terbitan Masfira Network (No. Pendaftaran Syarikat 002451034-D)

2
Rahsia Debt Collector Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

Didedikasikan buat semua yang

merasa peritnya berhutang, dan

aku turut tidak terkecuali.

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Pesuruh Allah (S.A.W.) mengatakan:

Jiwa seorang yang beriman itu diserang kerana hutangnya,

hinggalah hutangnya itu dilangsaikan.

(Shafei, Ahmad, Tirmidhi)

3
Rahsia Debt Collector Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

Prakata

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pembaca semua.

Jutaan terima kasih saya ucapkan kerana anda mendapatkan ebook ini.

Ebook ini ditulis untuk membantu para penghutang dalam menghadapi para
Debt Collector yang kejam yang tanpa belas kasihan mendesak para
penghutang hingga ke jalan buntu.

Anda akan didedahkan dengan konsep perundangan, rahsia-rahsia Debt


Collector dan banyak lagi maklumat lain untuk membantu anda menghadapi
mereka dengan lebih tenang.

Tanpa ilmu, anda akan sesat. Matlamat ebook ini adalah untuk memberi anda
panduan agar tidak tersesat jauh dan menjadi mangsa kerakusan dan
kekejaman Debt Collector yang bertindak agresif.

Ebook ini saya selitkan dengan beberapa ayat al-Quran dan hadis sebagai
pencerahan dan kerana sesungguhnya segala sesuatu itu haruslah dilakukan
dengan jalan yang baik yakni berpandukan Al-Quran dan hikmah.

Rujukan utama ayat al-Quran dan hadis pada ebook ini adalah melalui sebuah
buku yang saya sarankan semua para pembaca untuk memiliki, membaca dan
memahaminya iaitu:

THE PROHIBITION OF RIBA IN THE QURAN & SUNNAH

Penulisan IMRAN N. HOSEIN

Link download pdf percuma:

http://www.imranhosein.org/home.html ATAU

http://www.imranhosein.org/media/books/The-Prohibition-of-Riba-in-Quran-
and-Sunnah.pdf

Untuk memiliki naskah secara persendirian:

http://www.imranhosein.com/

4
Rahsia Debt Collector Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

Seperti mana anda mendapatkan ebook ini dengan cara yang baik, Allah akan
membalasnya dengan kebaikan juga, InsyaAllah.

Segala maklumat di dalam ebook ini disusun mengikut bab dan ditulis mengikut
turutan serupa namun anda boleh melompat ke topik yang anda berkenan
tanpa ada halangan.

Demi untuk mendapat berkat dan redha Allah SWT, sebahagian hasil
pendapatan ebook ini akan dihalakan untuk tujuan kebajikan dan juga derma
ke masjid-masjid.

Semoga urusan kita semua dipermudahkan oleh-Nya.

Saya doakan semoga semua pembaca mendapat manfaat daripada ebook ini.
Amin.

Selamat Membaca.

Masfira Binti Abd Latif

5
Rahsia Debt Collector Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

Pendahuluan

Saya mulakan dengan petikan hadis:

Anas meriwayatkan bahawa dia mendengar Pesuruh Allah (S.A.W.)


berkata: Antara tanda-tanda akhir zaman adalah penyingkiran ilmu dan
banyaknya kejahilan. (Bukhari, Muslim)

Rasulullah (S.A.W) merujuk kepada zaman kita hari ini, kita telah tiba di akhir
zaman di mana ilmu kebenaran telah tersingkir dan kita berada dalam
kebodohon tanpa diri kita sendiri menyedari hakikat ini. Saya memilih
menggunakan terma ilmu kebenaran kerana saya menerima hakikat bahawa
kita disogokkan dengan ilmu yang memutihkan mata, yang akhirnya
membuatkan kita memilih tindakan yang salah dan memakan diri kita sendiri.
Khusus untuk ebook ini, Loan adalah subjek pilihan.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menyuarakan pendirian saya
bahawa, saya menerima bahawa pinjaman duit itu adalah transaksi halal,
namun transaksi pinjaman duit adalah haram untuk dijadikan servis atau
sebagai satu medium perniagaan. Pendirian saya ini adalah berlandaskan ayat
Quran di bawah:

Quran 2 : 275 277

Surah Al-Baqarah (Sapi Betina)

-275. Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri


melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran
(tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah
disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu
sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan
mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya
larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), maka
baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan);
dan urusannya (terserah) kepada Allah. Orang yang mengulangi
(mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka;
mereka kekal di dalamnya.

-276. Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah. Dan Allah

6
Rahsia Debt Collector Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

tidak menyukai setiap orang yang tetap dalam kekafiran, dan selalu
berbuat dosa.

-277. Sesungguhnya orang-orang yang beriman, mengerjakan amal soleh,


mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat, mereka mendapat
pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan
tidak (pula) mereka bersedih hati.

Walau bagaimanapun bertentangan dengan Kalam Allah, kini perniagaan


pinjaman duit yang telah dibenarkan di sisi undang-undang merobek
keuntungan daripada penghutang melalui bunga, faedah atau lebih dikenali
sebagai interest, dan sistem ini ramah dikatakan sebagai Loan. Interest adalah
riba. Riba adalah haram. Kenyataan ini disimpul berlandaskan ayat Quran
diatas (2 : 275 277) dan disokong oleh hadis dibawah:

Fadalah ibn Ubayd berkata bahawa Pesuruh Allah (S.A.W) menyatakan:


Keuntungan yang terbit dari sebarang pinjaman duit adalah tergolong
dari salah satu jenis riba. (Sunan al-Bayhaqi)

Ebook ini diusahakan sebagai satu medium pencerahan untuk mencapai semua
yang terjerut dengan Loan. Agar setitis ilmu kebenaran ini dapat
menumbuhkan niat dan tekad para pembaca untuk keluar dari Loan yang telah
terlanjur diambil. Agar Loan tidak lagi dilihat sebagai jalan penyelesaian. Agar
Loan tidak lagi dilihat sebagai satu kebiasaan dan kemestian. Agar Debt
Collector digunakan sebagai pintu keluar dan pelajari bagaimana untuk
menukarkan pemangsa Debt Collector menjadi kuda perang anda.

Namun begitu, kita haruslah mengetahui bagaimana kita boleh terjerat di


dalam kancah Loan, agar apabila kita berjaya mencapai pintu keluar, pintu Loan
tidak sesekali dibuka lagi selepas ini. InsyaAllah. Ketamakan telah disinonimkan
dengan keperluan. Sikap ibubapa yang membenarkan atau lebih teruk lagi
menyarankan anak-anak mereka untuk mengambil Loan agar mereka tidak
perlu menanggung beban yuran dan keperluan sepanjang pendidikan. Sedarlah

7
Rahsia Debt Collector Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

bahawa, tiada jaminan bahawa segalanya akan berjalan lancar seperti yang kita
hendaki. Pilih tempat pendidikan yang mampu ditanggung dan kerjasama
antara ibubapa dan anak sangat diperlukan agar menjauhi Loan.

Sikap diri sendiri yang inginkan berada selaras dengan trend semasa, membeli-
belah pakaian, aksesori kereta, gila brand ternama, inginkan game terbaru, kaki
wayang, kaki gayut telefon dll perlu dikikis. Senjata utama yakni, kad kredit.
Ianya pintu anda untuk menjadi hamba kepada topeng dunia yang indah, lalu
terjerat dengan Loan yang tidak dirancang. Kad kredit kelihatan seperti
penyelamat agar anda dapat mendahulukan pembayaran Loan yang diambil,
namun yang terbaik tetap belajar untuk berdisiplin. Belanja ikut saiz poket
masing-masing. Besederhana adalah yang terbaik (walaupun saiz poket anda
besar).

Selari dengan budaya trending, kad kredit diberi secara percuma dan Loan
menjadi jalan untuk mampu milik segala-galanya dengan cepat dan mudah.
Maka budaya kegagalan untuk membayar hutang ataupun Loan turut terbit
akhirnya. Jumlah kebankrapan di Malaysia mencapai puluhan malahan ratusan
ribu sejak 1998 dan ianya masih lagi berlaku hingga ke hari ini, dan kian
meningkat. Kesan daripada peningkatan kegagalan penghutang membayar
Loan (yakni kita) maka secara tidak sedar kita sendiri telah memungkinkan
kewujudan satu pekerjaan yang dikenali sebagai Agen Kutipan Hutang atau
lazimnya dipanggil Debt Collector.

Debt Collector bekerja di bawah DCA atau Debt Collection Agency dan kerja-
kerja mereka adalah untuk menuntut hutang daripada mereka-mereka yang
gagal membayar hutang pada waktunya. Tidak dinafikan bahawa pekerjaan
Debt Collector ini boleh dilakukan dengan cara yang baik namun daripada
ribuan pekerja yang ada, boleh dikatakan hanya ~10% sahaja yang bekerja
dengan penuh etika. Selebihnya bekerja dengan melanggar etika dan hubungan
sesama manusia.

8
Rahsia Debt Collector Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

Debt Collector yang bekerja tanpa etika inilah yang memarahi penghutang
tanpa belas kasihan, mengugut dengan pelbagai cara seperti tindakan
mahkamah, saman, lori sita, lawatan ke tempat kerja malahan dipenjara
sekalipun. Pekerja kerajaan diugut dengan tindakan tatatertib, kehilangan wang
pencen malahan dibuang kerja. Yang memiliki rumah pula diugut kehilangan
harta benda dan sebagainya tanpa rasa kasihan dan timbang rasa. Sebagai
penghutang yang pernah berinteraksi dengan Debt Collector seperti ini pasti
mempunyai keluhan, Sudahlah orang susah nak bayar hutang, kini
disusahkan dengan ugutan sedemikian pula.

BENAR. Ugutan yang diajukan oleh Debt Collector boleh berlaku malahan
pernah berlaku. Namun ianya tidaklah seperti yang ditekankan oleh para Debt
Collector yang kejam ini. Setiap perkara ada proses dan langkahnya. Setiap
undang-undang dan peraturan ada konsepnya. Setiap masalah ada jalan
penyelesaiannya. Ebook ini bertindak sebagai panduan bagaimana proses dan
etika yang sebenarnya. Mudah-mudahan membantu penghutang-penghutang
untuk bijak dan tenang menghadapi para Debt Collector yang menyalahi etika.

Bersama-sama Ebook ini disertakan konsep perundangan, proses perjalanan ke


mahkamah, rahsia Debt Collector yang mereka tidak ingin anda tahu, dan
rahsia-rahsia lain. Tanpa panduan ini, anda samada menjadi mangsa ugutan
sepanjang masa atau diganggu dengan panggilan telefon (yang sebenarnya ada
batas undang-undang berkaitannya). Ketahui rahsia Debt Collector, sistem
perundangan berkaitan kehutangan, cara membayar hutang anda tanpa
tekanan-tekanan melampau dan akhirnya keluar dari kehutangan itu selama-
lamanya, InsyaAllah.

9
Rahsia Debt Collector Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

BAB 1: DEBT COLLECTOR

Apa itu Debt Collector? 12

Lain-Lain Tentang Debt Collector 12

Skop Kerja Debt Collector 13

Peralatan Kerja Debt Collector 14

Mitos Berkenaan Debt Collector Semuanya Jahat! 14

BAB 2: PERATURAN SEBAGAI DEBT COLLECTOR

Pembulian dan Keganasan 19

Pelanggaran Hak Peribadi 22

Lawatan ke Tempat Kerja Si Penghutang 24

Menipu Penghutang 27

Menuntut Hutang daripada Pihak Ketiga @ Third Parties 31

Pengesahan Kuasa Sebagai Debt Collector 33

Maklumat Pelanggan 34

BAB 3: RAHSIA DEBT COLLECTOR

9 Nombor Telefon 35

Nombor Telefon Bimbit Khas dan Pejabat 36

Masa Membuat Panggilan 36

Pelanggaran Data Kepada Pihak Ketiga 37

SMS 38

Emel 39

Tidak Boleh Bayar Sedikit 40

Menyamar 41

CTOS, CCRIS, Senarai Hitam @ Blacklist 42

Jika Anda Tidak Bayar Sekarang, HariI Ini, Jam Ini, Tindakan Akan Diambil! 43

Anda Sebagai Penjamin Mesti Langsaikan Semua Sebab Penghutang Dah Hilang 44

10
Rahsia Debt Collector Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

BAB 4: KESILAPAN PARA PENGHUTANG

Tidak Membayar Hutang 45

Bergaduh Dengan Debt Collector/ Bank 47

Tidak Menghadirkan Diri Ke Mahkamah 48

Tidak Serius Membayar Hutang 50

Tidak Mengangkat Panggilan Telefon daripada Debt Collector 52

Memandang Remeh Status Kebankrapan 52

Melarikan Diri Setelah Menerima Surat Mahkamah 55

Menganggap Debt Collector Kebanyakannya Palsu 55

Sudah Bayar Tetapi Lambat Uruskan Hitam Putih Penjadualan Semula @ Reschedulment
Tunggakan 57

Sudah Bayar Dan Abaikan 57

Menganggap Bank Itu Baik 58

BAB 5: UNDANG-UNDANG BERKAITAN KEHUTANGAN

Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 @ BAFIA ACT - (Seksyen 97-99) 59

Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 (Seksyen 119) 63

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 64

BAB 6: PERJALANAN KE MAHKAMAH (Kes Sivil) 73

BAB 7: MITOS/ KISAH BENAR

Mati 79

Interview/ Temuduga 80

Jutawan 81

Desak 82

LAMPIRAN

11
Rahsia Debt Collector Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

BAB 1: DEBT COLLECTOR


1. Apa itu Debt Collector?

Debt Collector merupakan satu pekerjaan yang menjanjikan pendapatan


lumayan. Ianya tidak mengira tahap pendidikan seseorang, malahan lepasan
SPM sekalipun boleh mendapatkan kerja dalam bidang ini.

Gaji asas kepada pekerjaan ini boleh jadi serendah RM800 dan sehingga
setinggi RM30,000 sebulan. Namun, apa yang dikejar oleh Debt Collector
sebenarnya adalah komisen yang diterima andai mereka berjaya menuntut
sejumlah tertentu hutang daripada para penghutang. (*Saya menggunakan
penghutang dan bukan peminjam bagi mewakilkan individu pengambil Loan
yang gagal membayar hutang atau Loan yang terlibat.)

Komisen yang diterima boleh mencecah RM300,000 walau dalam masa


seminggu bekerja oleh budak lepasan SPM. Ini kerana, apa yang diperlukan
adalah mereka berjaya menuntut hutang daripada para penghutang. Mereka
turut dijanjikan bonus seperti pelancongan ke luar negara secara percuma
termasuk kos perbelanjaan ditanggung sepenuhnya.

Komisen hanya akan diterima setelah mereka melepasi landasan RM30,000


(takat asas). Setiap jumlah tertentu akan diberikan komisen berdasarkan
peratusan dari sekecil 1% kepada sebesar 4%, bergantung kepada syarikat.

Inilah motivasi kebanyakan Debt Collector iaitu DUIT. Makin banyak duit
dituntut, makin banyak komisen diterima. Inilah sebabnya mengapa ada antara
Debt Collector sanggup memberi tekanan, memaksa, menipu, mengugut dan
sebagainya demi untuk mengejar komisen tersebut.

2. Lain-Lain Tentang Debt Collector

Debt Collector kebiasaannya juga dipanggil sebagai Perunding Kewangan.

12
Rahsia Debt Collector Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

Namun, kerana perbuatan para Debt Collector yang kejam, mereka dikenali
juga sebagai Along Berlesen, Agen Bank, Jerung dan nama-nama binatang
lainya yang sebenarnya lebih baik berbanding sebilangan manusia di muka
bumi ini.

Debt Collector bekerja dari awal pagi jam 9.00AM sehingga 6.30PM dan pada
waktu-waktu tertentu, mereka bekerja sehingga jam 9.00PM waktu malam.

Waktu tertentu ini tidak dikira sebagai bekerja lebih masa atau overtime
malahan dikira sebagai masa bekerja asas seperti 9 ke 5 yang biasa.

Bergantung kepada syarikat, mereka boleh bekerja dari Isnin hingga Ahad
(Sabtu dan Ahad setengah hari) atau sekadar dari Isnin hingga Sabtu (masa
penuh). Ada juga yang menggunakan sistem lompat, minggu pertama sehingga
Jumaat, minggu kedua sehingga Sabtu, minggu ketiga sehingga Jumaat dan
minggu terakhir sepanjang minggu.

Minggu terakhir biasanya dikira daripada 23 haribulan keatas. Psikologinya


adalah, ini adalah masa penerimaan gaji secara majoriti bagi rakyat Malaysia.
Kebiasaannya, sepanjang hari dari 23 haribulan, mereka akan bekerja sehingga
9.00 PM.

3. Skop Kerja Debt Collector

Pekerjaan Debt Collector yang utama, sesuai dengan namanya adalah untuk
menuntut hutang.

Cara mereka menuntut hutang adalah dengan membuat panggilan telefon,


menghubungi si penghutang melalui telefon bimbit, nombor pejabat, rumah
dan sebagainya, seperti yang dinyatakan di dalam borang permohonan hutang
terdahulu.

Apabila penghutang gagal dihubungi, mereka menggunakan khidmat Runner


yang akan menghantar surat tuntutan kepada si penghutang di rumah
kediaman mereka. Sekali sekala, Debt Collector akan turun padang untuk
menemui penghutang di rumah mereka apabila panggilan telefon sudah tidak
berkesan.

13
Rahsia Debt Collector Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

Mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana mereka boleh mendapatkan


nombor telefon penghutang walaupun mereka sudah berpindah rumah,
berhenti kerja atau menukar nombor telefon Ini akan dijelaskan di Bab
seterusnya kelak. Teruskan pembacaan anda.

4. Peralatan Kerja Debt Collector

Debt Collector biasanya dibekalkan dengan sebuah komputer lengkap (tetikus,


papan kekunci @ keyboard, skrin, CPU) dan sebiji headphone serta satu sistem
panggilan telefon. Sistem ini dilengkapi dengan 9 nombor berbeza, yang mana
setiap nombor diwakili oleh nombor ala-ala nombor telefon bimbit, private
number dan nombor pejabat.

Pada sistem sama, ianya dilengkapi dengan program untuk menghantar SMS,
menyimpan data panggilan seperti masa, merekod dan merakam perbualan,
menyimpan nota panggilan dan sebagainya.

Bagi syarikat besar, mereka memiliki sistem robotik yang mana perbualan
bahasa Inggeris dilakukan oleh Artificial Intelligence (A.I.) atau perisian untuk
bertanya soalan, dan mendapat jawapan. Ini kerana, tidak ramai Debt Collector
yang fasih berbahasa Inggeris.

Namun jangan salah sangka, pengalaman kerja mereka membolehkan mereka


mampu berbahasa Inggeris mudah seperti juga pekerjaan pramugari dan
pramugara dalam kapal terbang. Memahami dan mengetahui apa yang perlu
sahaja.

Pada sistem yang sama, mereka juga mampu mengakses maklumat pelanggan
dengan mudah seperti maklumat peribadi pelanggan, maklumat akaun, baki
pinjaman dan sebagainya.

5. Mitos Berkenaan Debt Collector Semuanya Jahat!

Pekerjaan sebagai Debt Collector ini adalah sah di sisi undang-undang. Ianya
halal untuk dilakukan dan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja di Malaysia ini.

14
Rahsia Debt Collector Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

Kenyataan ini dikiaskan dengan pekerjaan pengurus-pengurus zakat pada


petikan ayat Al-Quran 9 : 60 di bawah:

Quran 9 : 60

Surah at-Taubah (Pengampunan)

Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-


orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dibujuk
hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang,
untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan,
sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah: dan Allah Maha
Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Halal dan sah dalam konteks tiada penipuan dilakukan, berlandaskan hukum-
hukum agama dan membantu berunding dengan pelanggan agar mereka
mudah untuk menyelesaikan masalah kehutangan yang dimiliki.

Apa yang merosakkan nama pekerjaan ini adalah sifat tamak yang wujud dalam
diri sebilangan besar Debt Collector yang hanya ingin mengejar komisen
semata-mata dan mengabaikan nilai kemanusiaan dan agama.

Mereka tidak lagi berunding namun memaksa dan mendesak para penghutang
sehingga para penghutang tertekan dan ada diantaranya yang merasa terseksa
dengan gangguan yang diterima.

Berdasarkan rekod, terdapat mangsa yang meninggal dunia akibat desakan


daripada Debt Collector yang tidak bertanggungjawab ini. Mungkin ianya
bukanlah secara fizikal, namun panggilan yang terlalu mendesak boleh
menyebabkan tekanan dan membawa kepada serangan sakit jantung dan
sebagainya.

Jika anda berhadapan dengan Debt Collector yang baik, anda akan dilayan
dengan baik dan segala urusan akan berjalan dengan lancar sekali. Anda tidak
akan merasa tertekan malahan anda akan merasa bersyukur kerana dihubungi
oleh Debt Collector terbabit.

15
Rahsia Debt Collector Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

Ramai penghutang yang melakukan kesilapan dengan bersifat kasar kepada


semua Debt Collector yang menghubungi mereka. Kesilapan inilah yang
sebenarnya mempercepatkan proses saman dan tindakan daripada pihak bank.

Bahasa kasar, bahasa kesat, meninggikan suara, menipu tarikh pembayaran


merupakan kesilapan-kesilapan biasa yang menyebabkan mereka mendapat
saman pada kadar paling cepat. Berdasarkan rekod, saman terpantas adalah
selepas 3 bulan lambat membayar hutang.

Kesilapan penghutang terbabit ialah bersifat kasar kepada Debt Collector dan
menyebabkan Debt Collector terbabit menghantar laporan kepada pihak bank
akan perbuatan kasar terbabit bersertakan bukti audio dan rakaman suara.

Debt Collector adalah peluang kedua kepada para penghutang setelah pihak
bank dan sebagainya melepaskan tanggungjawab menghubungi anda, jadi,
jadikan mereka sebagai talian keselamatan anda berbanding musuh.

Ramai juga penghutang yang bertindak dengan tidak ingin bekerjasama dengan
Debt Collector dan hanya ingin bekerjasama dengan pihak bank sahaja. Ini
sesuai apabila anda berhadapan dengan Debt Collector yang kejam, namun jika
anda melakukan tindakan serupa kepada Debt Collector yang baik, anda hanya
menguntungkan pihak yang membenarkan riba kepada anda dan menolak
orang yang berusaha melepaskan anda dari riba.

Jika anda faham akan konsep ini, anda akan tahu bahawa sentiasa berbuat baik
itu penting. Pihak yang memberi bunga @ interest itu menyebabkan anda
terpalit dengan riba, dan Debt Collector yang menghubungi anda untuk
mengingatkan anda tentang hutang anda itu adalah sahabat anda. Mengapa
ramai yang ingin bekerjasama dengan pemberi riba masih menjadi misteri
kepada ramai ahli-ahli Debt Collector Association.

Ingat, memberi dan menerima riba dosanya adalah sama. Aneh bukan apabila
memilih untuk bekerjasama dengan pihak pemberi riba dan bukan dengan
'rakan yang mengingatkan' anda? Di sini saya berkongsi beberapa hadis yang
membuktikan Loan + interest adalah sejenis riba:

Abu Said al-Khudri meriwayatkan bahawa Rasulullah (S.A.W) bersabda:


Emas hendaklah dibayar dengan emas, perak dengan perak, gandum
dengan gandum, kurma dengan kurma dan garam dengan garam, barang
16
Rahsia Debt Collector Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

dengan barang (yang boleh berfungsi sebagai duit), pembayaran


hendaklah dibuat tangan ke tangan. Jika sesiapa memberi bayaran lebih
atau meminta bayaran lebih, maka dia telah berurusan secara riba.
Penerima dan pemberi bayaran (riba) adalah sama-sama bersalah.
(Muslim)

Jabir meriwayatkan bahawa Rasulullah (S.A.W) melaknat seseorang


yang mengambil (menggunakan duit/ hasil) riba, seseorang yang
memberi (membuat bayaran) riba, seseorang yang merekod (menulis
untuk mencatit) transaksi (urus niaga), dan dua orang saksi yang terlibat.
Baginda berkata: Mereka semua yang terlibat adalah sama-sama
bersalah. (Muslim)

Salah faham keatas Debt Collector yang baik, juga menyebabkan kerosakan
moral di mana perkataan kesat yang tidak sepatutnya dihamburkan keluar dari
mulut. Berdasarkan kajian psikologi di Barat, seseorang yang cenderung untuk
berkata kesat, berlaku kasar dan seangkatan dengannya mudah untuk
membawa perwatakan yang serupa terhadap orang-orang sekeliling mereka
seperti anak-anak, isteri dan kenalan yang lain.

Psikologi mungkin tidak diterima oleh semua orang, namun agama turut
melarang kita daripada bersifat kasar kepada orang lain.

17
Rahsia Debt Collector Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

BAB 2:
PERATURAN SEBAGAI
DEBT COLLECTOR
Seperti mana kerjaya-kerjaya yang lain, kerjaya sebagai Debt Collector juga
tertakluk kepada peraturan-peraturan dan garis panduan tertentu. Peraturan-
peraturan dan garis panduan inilah yang mengawal kerakusan sebilangan Debt
Collector yang begitu mengejar komisen tanpa memperdulikan perasaan dan
kehidupan para penghutang. Sikap Debt Collector yang mempunyai unsur tipu
daya untuk mengaut komisyen atas kesengsaraan penghutang adalah sikap
yang menyebabkan kemurkaan Allah seperti ayat Quran 4 : 161:

Quran 4 : 161

Surah an-Nisaa (Wanita)

-161. dan disebabkan mereka memakan riba (meragut keuntungan di


atas kesengsaraan/ kerugian orang lain), padahal sesungguhnya mereka
telah dilarang daripadanya, dan kerana mereka memakan harta orang
dengan jalan yang batil. Kami telah menyediakan untuk orang-orang yang
kafir (tidak menerima peraturan Allah) di antara mereka itu siksa yang
pedih.

Para penghutang perlu menyedari dan memahami bahawa peraturan-


peraturan ini wujud demi menjaga hak para penghutang sebagai rakyat di
Malaysia, dan hak mereka terlindung di bawah undang-undang. Tanpa
pemahaman dan pengetahuan tentang peraturan-peraturan ini, para
penghutang terbuka untuk mendapat serangan emosi dan mungkin juga fizikal
tanpa menyedari hak-hak sebenar mereka.

18
Rahsia Debt Collector Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

Suka diingatkan kepada para penghutang juga Debt Collector yang masih baru,
ini adalah peraturan asas sebagai Debt Collector dan jika ianya dilanggar, aduan
boleh dibuat dan tindakan undang-undang boleh diambil ke atas kes-kes yang
melampau.

Peraturan 1: Pembulian atau Keganasan

Debt Collector tidak dibenarkan melakukan sebarang pembulian atau


keganasan, tidak kira secara lisan mahupun fizikal ke atas mana-mana
peminjam dan penghutang. Mereka tidak dibenarkan untuk menyebabkan para
penghutang merasa terancam, merasa takut yang boleh menyebabkan tekanan
emosi melampau atau dalam kes-kes berat, menyebabkan para penghutang
merasa ingin mati.

Secara ringkas, ini adalah landasan yang tidak boleh dilanggar oleh Debt
Collector:

a) Menggunakan perkataan-perkataan yang mengugut, mengutuk,


mencemuh dan merendah-rendahkan si penghutang.

Meskipun peraturan ini adalah untuk para Debt Collector, para


penghutang juga sebenarnya tertakluk kepada peraturan sama. Jika
didapati ada bukti ancaman atau ugutan, para penghutang juga boleh
dikenakan tindakan mahkamah sesuai dengan kesalahan yang dilakukan.
Sila jaga tertib dan bahasa anda selaku penghutang kerana anda ingin
proses pembayaran hutang anda diuruskan dengan mudah dan bukan
dengan kes-kes mahkamah menghantui anda.

Setiap perbualan antara Debt Collector dan Penghutang adalah dirakam


dan disimpan di dalam arkib Agensi/ Syarikat pungutan hutang berkenaan.
Namun, nasihat kepada para penghutang yang sentiasa dibuli, diugut dan
sebagainya, anda juga boleh merakam perbualan anda sebagai langkah
berjaga-jaga. Ini adalah untuk menjaga hak anda dan bukti turut berada di
tangan anda dan bukan di sebelah pihak sahaja.

19
Rahsia Debt Collector Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

b) Menyebabkan kecederaan fizikal kepada penghutang atau kenalan


(pihak ketiga) yang mengenali si penghutang.

Debt Collector tidak hanya bekerja di dalam pejabat sahaja, ada masanya
mereka akan melakukan lawatan luar atau Field Visit. Field Visit ini adalah
di mana Debt Collector akan pergi ke alamat milik si penghutang untuk
menghantar surat amaran dan pada masa sama, melakukan rundingan
kepada si penghutang. Oleh itu, jika Debt Collector mengatakan mereka
akan datang ke alamat anda, berkemungkinan ianya adalah sesuatu yang
benar dan bukan kata-kata kosong.

Namun begitu, mereka masih tertakluk di bawah undang-undang. Para


Debt Collector tidak dibenarkan untuk merosakkan harta benda si
penghutang, bergaduh dengan si penghutang atau menceroboh masuk ke
kawasan rumah di penghutang tanpa kebenaran. Ini tertakluk di bawah
beberapa akta undang-undang seperti pencerobohan, kerosakan harta
benda dan sebagainya.

Pada masa sama, si penghutang juga tertakluk kepada akta-akta lain


seperti keganasan, buli dan sebagainya. Oleh itu, sila kawal emosi dan
tingkah laku anda. Difahami secara psikologi bahawa para penghutang
cenderung untuk bertindak ganas ke atas para Debt Collector kerana
situasi semasa, berada di kawasan selesa miliknya, jadi kawal diri anda.
Tekanan hutang sudah berat namun dipenjarakan adalah jauh lebih berat
lagi walaupun setelah anda dibebaskan kelak. Bank tetap akan
menuntut anda membayar hutang+interest meskipun anda bekas
banduan.

c) Masuk tanpa diundang atau menceroboh ke dalam kawasan milik si


penghutang atau tidak beredar setelah diminta.

Seperti yang dijelaskan pada poin b), Debt Collector tidak boleh
sewenang-wenangnya menceroboh masuk ke kawasan milik si
penghutang tanpa kebenaran. Dalam kes tempat kerja, Debt Collector
juga tidak boleh masuk tanpa kebenaran pengawal atau pegawai-
pegawai lain yang bertugas.

20
Rahsia Debt Collector Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

Setelah si penghutang berjumpa dengan Debt Collector, si penghutang


berhak meminta mereka beredar dengan cara baik. Jika mereka tidak juga
beredar, si penghutang berhak menghubungi pihak polis atas gangguan
yang diterima. Mungkin ia memalukan namun ini adalah pakej yang
datang bersama hutang; yakni malu.

d) Merosakkan atau memindahkan sebarang harta benda milik si


penghutang.

Debt Collector meskipun memiliki hak untuk menuntut hutang daripada si


penghutang, mereka tidak ada hak ke atas barang-barang si penghutang.
Mereka tidak ada hak untuk mengambil barang-barang si penghutang,
merosakkannya atau memindahkannya tanpa kebenaran undang-undang.

Kebenaran undang-undang yang dimaksudkan adalah perintah


mahkamah bagi notis sita dan lelongan. Jika anda berhadapan dengan
Debt Collector yang melanggar undang-undang ini, tangkap gambar
sebagai bukti dan buat laporan polis.

e) Mengugut untuk mendedahkan kegagalan si penghutang untuk


membayar hutangnya atau mendedahkan perihal kehutangan si
penghutang kepada pihak ketiga.

Mengugut untuk mendedahkan maklumat kehutangan kewangan adalah


salah di sisi undang-undang dan Debt Collector tertakluk di bawahnya.
Meskipun anda telah melanggar perjanjian dengan pihak bank, namun
hak kerahsiaan anda masih tertakluk pada undang-undang. Pihak bank
atau Debt Collector tidak boleh mendedahkan perihal kehutangan anda
kepada mana-mana pihak ketiga (third party) termasuklah isteri anda,
anak anda atau ibubapa anda.

Melainkan anda memberi kebenaran kepada Debt Collector, barulah


mereka boleh menyatakan kes kehutangan anda kepada pihak ketiga
tersebut. Namun harus diingat, undang-undang ini wujud namun ianya
tidak dapat menjamin hak anda 100%. Melainkan anda ada bukti, barulah

21
Rahsia Debt Collector Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

aduan boleh dilakukan. Mengulang apa yang dikatakan di atas, sila


pastikan anda memiliki bukti rakaman untuk diri anda sendiri.

Telefon bimbit moden kini boleh merakam perbualan jadi sila pastikan
anda tahu bagaimana untuk menggunakannya. Jika anda menerimanya
dalam bentuk teks seperti SMS atau MMS atau Whatsapp, pastikan anda
mengambil rekod bergambar atau menyimpannya di dalam telefon anda
untuk rujukan kelak.

f) Menyiarkan poster atau sebarang nota bertulis di kediaman si


penghutang untuk memalukan si penghutang.

Tidak sama sekali Debt Collector dibenarkan untuk melakukan tindakan


yang boleh memalukan si penghutang di kediamannya. Dalam kes along
tak berlesen, menyimbah cat merah atau melekat poster di dinding
merupakan satu jenayah dan salah di sisi undang-undang. Bagi Debt
Collector yang bekerja dengan pihak bank, mereka juga tertakluk pada
undang-undang yang sama.

Jika anda ada bukti anda dimalukan sedemikian rupa, sila buat laporan
polis untuk menjaga hak anda.

Peraturan 2: Pelanggaran Hak Peribadi

Dalam kes-kes menuntut hutang, para Debt Collector sama sekali tidak
dibenarkan:

a) Menghubungi si penghutang atau ahli-ahli keluarga si penghutang,


kenalan, rakan-rakan atau rakan sekerja si penghutang samada melalui
telefon, bersemuka atau melalui cara komunikasi yang lain pada WAKTU-
WAKTU yang tidak logik.

Ini merujuk kepada panggilan telefon pada awal-awal pagi atau larut
malam yang menggangu ketenteraman untuk tidur dan sebagainya. Ianya
haruslah bersesuaian dengan masa yang ditetapkan. Bagi Malaysia, jam-
22
Rahsia Debt Collector Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

jam tertentu iaitu waktu untuk tidur bagi kebanyakan orang bukanlah
masa yang logik untuk menerima panggilan atau gangguan daripada Debt
Collector.

b) Menghubungi si penghutang luar dari masa yang ditetapkan. Di


Malaysia, masa yang logik adalah antara 8.00AM hingga 9.00PM.

Penghutang harus peka dengan masa ini dan jika didapati mereka
diganggu lebih awal atau selepas dari waktu ini, walau seminit
sekalipun, penghutang boleh membuat aduan. Syaratnya ialah mesti
mengemukakan bukti panggilan. Debt Collector harus peka dengan julat
waktu ini, kerana ini adalah kerja mereka, jika mereka melanggar titik
waktu ini, mereka boleh dianggap mengganggu ketenteraman.

Namun demikian, untuk kes-kes tertentu, Debt Collector boleh


menghubungi si penghutang luar dari tempoh masa ini dengan syarat
mendapat kebenaran daripada si penghutang. Samada si penghutang
sendiri yang menghubungi Debt Collector pada luar waktu ini atau si
penghutang meminta untuk dihubungi luar dari julat waktu ini, maka ianya
dibenarkan dalam konteks undang-undang. Jangan pula anda membuat
aduan diganggu apabila anda sendiri yang memulakan perbualan sms atau
membuat panggilan kerana itu adalah kebodohan.

c) Menghubungi si penghutang lebih dari 3 kali seminggu atau 12 kali


sebulan jika si penghutang memberi respon akan panggilan tersebut.

Wujud kes dimana si penghutang mengatakan bahawa dia diganggu


dengan panggilan telefon yang banyak daripada Debt Collector dan
menggunakan poin c) ini dalam aduan mereka namun ini adalah
kebodohan yang nyata. Ini kerana, kebanyakan aduan adalah daripada
panggilan yang tidak dijawab langsung atau panggilan yang diangkat
namun tiada komunikasi daripada pihak penghutang (berdiam sahaja
dengan bunyi nafas kedengaran).

23
Rahsia Debt Collector Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

Jika anda ingin mengelakkan diri diganggu dengan panggilan telefon


berulang-ulang setiap minggu atau bulan, angkat telefon anda,
berkomunikasi dengan Debt Collector terbabit. Jadi, apabila mereka
melanggar peraturan ini, barulah anda boleh berkata kepada mereka,
"Anda melanggar peraturan! Ikut undang-undang anda hanya boleh
menelefon 3 kali seminggu..."

d) Berada di premis atau tempat kerja atau rumah si penghutang untuk


satu tempoh yang terlalu lama dari yang diperlukan atau tidak beredar
apabila diminta.

Apabila ada Debt Collector datang kepada anda samada di rumah atau di
tempat kerja, jangan bersembunyi melainkan mereka memang penjahat.
Jika mereka sekadar Debt Collector yang mengikut landasan undang-
undang, temui mereka dan katakan bahawa anda tidak ingin berurusan di
tempat kerja anda atau di rumah anda. Tetapkan lokasi pilihan anda
seperti pejabat Debt Collector, bank dan sebagainya.

Bersembunyi hanya akan menyebabkan mereka bertindak agresif, dan


pengawal atau rakan-rakan sekerja anda akan bertanya itu dan ini.
Meskipun mereka tidak bercerita mengenainya, surat merah yang
diserahkan oleh Debt Collector untuk diberikan kepada anda hanya akan
memalukan diri anda sahaja. Beri kerjasama dan minta mereka pergi
dengan baik.

Sila rakam percakapan anda jadi apabila mereka melangagr etika dan
memaksa-maksa anda ketika di tempat kerja anda, anda tahu anda boleh
membuat aduan. Dalam kes berat, anda boleh melakukan saman malu.

Peraturan 3: Lawatan ke Tempat Kerja Si Penghutang

Meskipun ada yang mengatakan bahawa adalah tidak patut Debt Collector
datang ke tempat kerja si penghutang, namun hak individu membenarkan
sesiapa sahaja berada di sesuatu premis itu seandainya ia terbuka. Katakan

24
Rahsia Debt Collector Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

anda bekerja di sekolah, sekolah membenarkan pelawat masuk. Katakan anda


bekerja di hospital, hospital juga membenarkan pelawat masuk.

Namun demikian, Debt Collector hanya dibenarkan datang ke tempat kerja


anda atas sebab-sebab berikut:

a) Si penghutang gagal memberi respon dalam apa-apa cara komunikasi


yang ada seperti telefon atau kiriman surat.

Dalam kes-kes ini (Kebiasaannya perpindahan atau berhenti kerja), Debt


Collector berhak datang untuk bertanya akan kemandirian si penghutang.

b) Tidak dapat dihubungi di lokasi yang lain.

Lokasi lain yang dirujuk adalah kediaman si penghutang, berdasarkan


alamat yang dituliskan pada borang permohonan membuat hutang/ Loan
dahulu. Debt Collector harus bermula di sini dan bukannya terus ke
pejabat atau tempat kerja si penghutang. Melainkan si penghutang sudah
berpindah atau tiada alamat lain yang mungkin, maka tempat kerja adalah
alamat yang logik untuk menemui si penghutang.

c) Diberi kebenaran oleh si penghutang untuk datang.

Dalam kes-kes tertentu seperti si penghutang tidak mampu untuk keluar


rumah kerana masalah kesihatan dan sebagainya, mereka berhak
meminta untuk ditemui di rumah. Sebenarnya ini merupakan satu
kelebihan kepada penghutang kerana mereka dapat menunjukkan
keadaan kesihatan mereka dengan jelas.

Pegawai yang dihantar untuk berkunjung ke rumah anda adalah manusia


dan bukannya robot. Apabila mereka datang dan melihat keadaan anda,
mereka harus membuat laporan mengapa anda gagal membuat
pembayaran pada masa yang ditetapkan. Melalui laporan itu, anda
bolehlah meminta kelonggaran dalam berapa jumlah perlu dibayar
sebulan dan sebagainya. Ianya amat-amat jarang berlaku namun ada
direkodkan penghutang yang diberi kelonggaran kerana hanya manusia

25
Rahsia Debt Collector Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

berhati batu sahaja yang tidak akan tersentuh melihat kesusahan


seseorang.

Terdapat satu petikan hadis yang memuji pihak yang memberi


kelonggaran terhadap orang berhutang yang berada dalam kesusahan:

Imran bin Husain meriwayatkan bahawa Rasulullah (S.A.W)


bersabda: Apabila seseorang mempunyai sesuatu yang perlu
dibayar kepadanya daripada orang lain, dia akan diberikan
ganjaran seperti memberi sedekah untuk setiap hari yang dia
berikan penangguhan (kelonggaran kepada si penghutang)
pembayaran (hutang) kepadanya. (Musnad Ahmad)

Jangan silap pula bahawa menganggur atau tiada kerja itu sebagai satu
alasan kukuh. Sedangkan pekerja dari negara luar boleh mendapat
pekerjaan, inikan rakyat Malaysia. Jadi, elakkan diri anda dimalukan
dengan situasi berkenaan. Dapatkan kerja walau sekecil manapun gaji
kerana ketika itu, mudah untuk membuat rundingan.

d) Si penghutang adalah pemilik atau pengarah di mana hutang itu


berkaitan.

Ini merujuk kepada pemilik premis berkenaan. Jika dia adalah pemilik
tempat kerja berkenaan, maka secara logiknya dia mampu untuk
membayar hutangnya dan dia pastinya boleh ditemui di tempat kerjanya
itu.

Dalam kes di mana si penghutang tiada di tempat kerja atau kediamannya,


Debt Collector tidak dibenarkan untuk mengugut ahli keluarga si
penghutang, kenalan, jiran tetangga atau rakan sekerja si penghutang
samada melalui panggilan telefon atau dalam apa cara sekalipun bagi
mendapatkan sebarang maklumat komunikasi di mana si penghutang
berada. Jadi, jika ada antara kenalan anda diganggu, pastikan mereka
memiliki bukti dan buat aduan kepada pihak berkenaan seperti bank atau
polis jika kes berat.

26
Rahsia Debt Collector Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

Bagi penghutang yang mempunyai kemampuan untuk melangsaikan


hutang, amat digalakkan untuk melunaskan segala hutang kerana
Rasulullah (S.A.W) menegur dengan keras perbuatan tidak membayar
hutang walaupun mampu di dalam beberapa hadis, antaranya:

Abu Hurairah berkata: Rasulullah (S.A.W) bersabda: Ia adalah satu


tindakan zulm (kezaliman dan ketidakadilan) apabila seseorang
dengan harta (yang mencukupi untuk membayar hutangnya) perlu
menunda (dalam pembayaran hutang itu). (Bukhari)

Al-Sharid meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad (S.A.W)


bersabda: Melewatkan pembayaran hutang oleh orang yang
mempunyai cara (kemampuan) untuk membayar (hutangnya),
menjadikannya boleh untuk dimalukan dan dihukum. Ibn al-
Mubarak menerangkan bahawa dimalukan bermakna penghutang
boleh ditegur (berlaku garang terhadap penghutang) dengan kasar
atau diherdik, dan dihukum bermakna penghutang boleh
dipenjarakan kerana sengaja tidak membayar hutang. (Abu Daud,
Nasai)

Peraturan 4: Menipu Penghutang

Menipu telah menjadi suatu kebiasaan antara si penghutang dan Debt


Collector. Si penghutang menipu tarikh pembayaran, jumlah yang akan dibayar
dan juga memungkiri janji akan membuat pembayaran. Debt Collector juga
menipu bagi mendapatkan si penghutang untuk membayar hutang-hutangnya
pada masa yang ditetapkan.

Penipuan si penghutang ada yang diniatkan dengan sengaja dan ada juga
kerana terdesak, dan ada juga yang tiada niat untuk menipu pada awalnya
namun, keadaan kecemasan membawa si penghutang kepada situasi berdusta
dan memungkiri janji. Senario ini telah dikatakan oleh Rasulullah (S.A.W) lebih
1400 tahun yang lalu:

Aisha meriwayatkan: Rasulullah (S.A.W) selalu memanjatkan doa ketika


mendirikan solat, dan selalu berkata: Ya Allah, aku berlindung kepadaMu
dari dosa-dosa dan dari cengkaman hutang (berada dalam berhutang).
27
Rahsia Debt Collector Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

Seseorang bertanya kepada baginda: Berapa kerap Ya Rasulullah (S.A.W)


memohon perlindungan dari cengkaman hutang (berada dalam
berhutang)? Baginda menjawab: Apabila seseorang itu dicengkam
hutang (berada dalam berhutang), dia (cenderung) untuk bercakap dan
berdusta, dan dia berjanji dan memungkiri janjinya. (Bukhari)

Namun, kebiasaan inilah yang menyebabkan ramai penghutang gagal berada


dalam landasan jutawan tetapi sebaliknya berada di landasan mangsa Debt
Collector yang jahat. Pastikan anda jujur dalam setiap perlakuan dan rundingan
anda, jadi apabila anda menyatakan kes anda kelak, kredibiliti anda diyakini
dalam mana-mana bukti rakaman yang wujud. Jangan sesekali menipu dengan
sengaja dan cubalah sedaya upaya untuk mengotakan janji.

Ini adalah peraturan untuk Debt Collector yang mana mereka tidak boleh
langgar apabila melibatkan penipuan ke atas si penghutang. Apabila para Debt
Collector menghubungi si penghutang tidak kira melalui panggilan telefon atau
notis bertulis atau secara bersemuka, mereka tidak dibenarkan untuk menipu si
penghutang dalam:

a) Jumlah Hutang Sebenar - Si penghutang haruslah diberikan jumlah


sebenar hutang mereka. Debt Collector tidak harus mengambil atau
menerima wang tunai dari si penghutang.

Pernah direkodkan kes di mana ada penghutang yang menyerahkan wang


tunai kepada Debt Collector bagi melakukan pembayaran hutang mereka
dan setelah dikesan, Debt Collector terbabit menggunakan wang terbabit
untuk urusan peribadi.

Bagi mengelakkan keadaan ini terjadi, penghutang yang ingin membayar


hutang mereka haruslah melalui bank secara langsung agar segala rekod
transaksi terus berlaku tanpa wujudnya pihak ketiga. Jangan mudah
percaya kepada resit kerana sesiapa sahaja boleh memberikan resit,
namun transaksi di bank, terutamanya di kaunter disokong oleh rakaman
kamera, maklumat digital, resit dan saksi.

Dalam Kes Debt Collector yang baik, sila beri kerjasama seperti salinan
resit. Bagi Debt Collector yang jahat, abaikan mereka, biar mereka
dapatkan rekod bayaran itu sendiri. Ia akan melambatkan kerja mereka

28
Rahsia Debt Collector Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

dalam 2 minggu hingga ke sebulan. Bagi Debt Collector yang baik, tidak
perlu susahkan mereka kerana anda membuka pintu rezeki mereka juga.

b) Menuntut jumlah lebih daripada nilai tertunggak.

Dalam beberapa kes, ada Debt Collector yang sengaja menuntut jumlah
lebih daripada tunggakan sebenar yang dinyatakan oleh pihak pemberi
pinjaman/ Loan. Ini selalu terjadi apabila melibatkan kes ingin merobek
komisen, maka tuntutan diminta adalah 3 hingga 4 bulan lebih dari nilai
tunggakan sebenar. Ini tidak terkecuali bagi mana-mana Debt Collection
Agency termasuklah bank sendiri.

Untuk kebaikan anda, sila simpan semua rekod pembayaran dan hutang
anda dan semak berapa nilai tunggakan sebenar anda. Elakkan daripada
didesak untuk mendapatkan sejumlah wang yang banyak sedangkan
tunggakan anda adalah sedikit berbanding yang diminta. Menulis rekod
pinjaman adalah perintah Allah (2 : 282) seperti dibawah:

Quran 2 : 282

Surah Al-Baqarah (Sapi betina)

-282. Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu bermuamalah


tidak secara tunai untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kamu
menuliskannya. Dan hendaklah seorang penulis di antara kamu
menuliskannya dengan benar. Dan janganlah penulis enggan
menuliskannya sebagaimana Allah telah mengajarkannya, maka
hendaklah ia menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu
mengimlakkan apa yang ditulis itu, dan hendaklah ia bertaqwa
kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangi sedikitpun
daripada hutangnya. Jika yang berhutang itu orang yang lemah
akalnya atau lemah keadaannya atau dia sendiri tidak mampu
mengimlakkan, maka hendaklah walinya mengimlakkan dengan
jujur. Dan persaksikanlah dengan dua orang saksi dari orang-orang
lelaki di antaramu. Jika tidak ada dua orang lelaki, maka boleh
seorang lelaki dan dua orang perempuan dari saksi-saksi yang
kamu redhai, supaya jika seorang lupa maka seorang lagi
29
Rahsia Debt Collector Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

mengingatkannya. Janganlah saksi-saksi itu enggan memberi


keterangan apabila mereka dipanggil; dan janganlah kamu jemu
menulis hutang itu, baik kecil mahupun besar sampai batas
waktu membayarnya. Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan
lebih dapat menguatkan persaksian dan lebih dekat kepada tidak
menimbulkan keraguanmu, tulislah muamalahmu itu kecuali jika
muamalah itu perdangan tunai yang kamu jalankan di antara
kamu, maka tidak ada dosa bagi kamu, jika kamu tidak menulisnya.
Dan persaksikanlah apabila kamu berjual beli; dan janganlah
penulis dan saksi saling sulit-menyulitkan. Jika kamu lakukan yang
demikian, maka sesungguhnya hal itu adalah suatu kefasikkan
pada dirimu. Dan bertaqwalah kepada Allah; Allah mengajarmu;
dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.

Bergantung kepada institusi kewangan, jika anda meminta penyata bank


@ bank statement, anda diminta untuk membuat pembayaran setinggi
RM100 dan sebagainya. Jadi, demi penjimatan, sila simpan rekod anda
sendiri dan jangan pilih jalan mudah yang sebenarnya menyusahkan duit
poket anda sendiri.

c) Hak dan Kuasa Debt Collector

Sesetengah Debt Collector sanggup melakukan penipuan bagi


memudahkan kerja mereka. Sebagai contoh, mereka mengatakan bahawa
senarai hitam @ blacklist boleh dijelaskan @ clear dalam masa dua
minggu, sebulan dan sebagainya. Mereka juga mengatakan penyata CCRIS
boleh dijelaskan dalam masa singkat dan sebagainya. Ini adalah penipuan.
Penyata ini hanya dikeluarkan oleh Bank Negara dan kebiasaannya mereka
mengambil masa setahun untuk memberi pelepasan. Setelah tempoh
setahun, barulah bermulanya pemprosesan untuk mengeluarkan @ clear
nama dari senarai hitam.

Ini kerana, Bank Negara tidak ingin ada penghutang yang menghabiskan
tunggakan mereka pada kali ini, membuat pinjaman lain kemudiannya dan
sekali lagi, terjerat dengan tunggakan dari banyak pihak akhirnya. Ini juga
untuk mengelakkan si penghutang berkenaan berada dalam keadaan tiada
30
Rahsia Debt Collector Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

komitmen kehutangan (bebas dari sebarang hutang) setelah nama clear


dari senarai hitam. (Anda perlu sedar bahawa bank meragut keuntungan
melalui penghutang-hutangnya. Tiada penghutang, bank akan runtuh
dengan sendirinya.)

Ramai salah sangka bahawa dalam tempoh setahun itu mereka boleh
membayar lompat iaitu bulan Januari bayar, bulan Februari tidak bayar,
bulan Mac bayar dua kali ganda dan seterusnya. Ini salah! Kerana rekod
disimpan setiap bulan dan kiraan akan dimulakan semula setelah wujud
bulan tidak berbayar. Dalam contoh tadi, kiraan setahun akan dibuat
mulai bulan Mac.

Peraturan 5: Menuntut Hutang daripada Pihak Ketiga @ Third Parties

Debt Collector tidak ada hak untuk menuntut hutang secara langsung atau
tidak langsung daripada pihak ketiga iaitu isteri, anak-anak, saudara-mara,
rakan-rakan dan kenalan si penghutang. Hutang si penghutang adalah hutang
miliknya dan bukan milik pihak ketiga berkenaan.

Si isteri tidak bertanggungjawab untuk hutang suaminya, si anak tidak


bertanggungjawab untuk hutang ibubapanya dan sebagainya. (Selagi si
penghutang masih hidup dan waras.)

Dalam kes melibatkan kematian si penghutang, pihak ketiga atau waris seperti
suami dan anak-anak harus berurusan dengan institusi kewangan secara terus
untuk urusan pembayaran semula. Dari segi kemanusiaan, mereka boleh
mendapatkan pelepasan dalam jumlah-jumlah tertentu. Dalam kes keagamaan,
si mati masih terlibat dalam hutang dan dalam Islam, mati dalam keadaan
berhutang walau syahid sekalipun tidak masuk syurga.

Hatta, adalah tanggungjawab pewaris untuk menyelesaikan isu ini sebaik


mungkin. Di sini saya kongsikan beberapa hadis yang memuliakan orang yang
menolong orang lain melangsaikan hutangnya, betapa pentingnya
melangsaikan hutang kerana hutang di bawa hingga ke alam selepas mati:

Sumarah berkata: Nabi Muhammad (S.A.W) bertanya: Adakah sesiapa


yang hadir di sini dari suku sekian-sekian? Tiada sesiapa yang menjawab.

31
Rahsia Debt Collector Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

Sekali lagi baginda bertanya. Sekali lagi tiada siapa yang menjawab.
Kemudian, sekali lagi baginda bertanya. Kemudian seorang lelaki
menjawab: Saya di sini Oh Nabi. Baginda bertanya: Apakah yang
menghalangmu dari menjawab pada (sahutan) dua kali yang pertama?
Aku ingin mengkhabarkan kepadamu sesuatu yang baik. Sahabatmu
telah ditahan dari memasuki syurga kerana hutang. Lalu aku melihat
bahawa hutang itu dilangsaikan (olehmu) dan (sehinggalah) tiada sesiapa
lagi yang tinggal untuk menuntut apa-apa darinya. (Abu Daud)

Abu Said al-Khudri meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad (S.A.W)


memberi maklum balas ketika Ali ibn Abi Talib membayarkan hutang
seorang Muslim yang telah meninggal dunia dengan keadaan berhutang
dengan berkata: Semoga Allah menebus janjimu dari neraka kerana
kamu telah menebus janji (yakni hutang) saudara Muslim-mu! Tiada
saudara Muslim yang akan mengeluarkan saudaranya dari berhutang
melainkan Allah menebuskan janjinya pada Hari Kebangkitan kelak.
(Sharh as-Sunnah)

Muhammad bin Abdullah bin Jahsh berkata: Ketika kami sedang duduk
di halaman Masjid di mana sekatan bier (kayu untuk usung keranda
jenazah) telah dibaringkan dan Rasulullah (S.A.W) sedang duduk di
tengah-tengah kami, baginda membuka matanya ke langit dan
memandang, kemudian meredupkan matanya dan meletakkan
tangannya pada dahinya baginda berkata: Maha Suci Allah! Maha Suci
Allah! Apalah keparahan telah turun! Kami tiada berkata apa-apa
sepanjang siang dan malam dan tiada mengalami apa-apa melainkan
yang baik sehinggalah pagi. Kemudian aku bertanya kepada Rasulullah
(S.A.W) apakah keparahan yang turun, dan baginda menjawab: Ianya
berkaitan dengan hutang. Demi Allah yang memegang nyawa
Muhammad, jika seseorang itu dibunuh di jalan Allah kemudian
dihidupkan semula, dibunuh kembali di jalan Allah kemudian dihidupkan
kembali, dan dibunuh sekali lagi di jalan Allah dan dihidupkan kembali
dengan keadaan berhutang, dia tidak akan dimasukkan ke syurga
hinggalah hutangnya dilangsaikan. (Ahmad)

Abu Musa melaporkan bahawa Nabi Muhammad (S.A.W) bersabda:


Dosa yang paling besar di sisi Allah, selepas dosa-dosa serius yang telah
32
Rahsia Debt Collector Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

dilarang oleh Allah, adalah seorang itu dibawa menghadap-Nya dengan


kematian yang berhutang tanpa meninggalkan secukupnya untuk
melangsaikannya (hutang tersebut). (Ahmad, Abu Daud)

Abdullah bin Amr melaporkan bahawa Rasulullah (S.A.W) bersabda:


Setiap kesalahan akan diampunkan untuk orang yang gugur syahid
kecuali hutang. (Muslim)

Abu Qatadah meriwayatkan bahawa seorang lelaki berkata: Beritakan


kepadaku Ya Rasulullah (S.A.W), jika aku terbunuh di jalan Allah dengan
penuh kegigihan, mengharap ganjaran dari Allah, sentiasa maju dan tidak
berundur, adakah Allah akan menghapuskan dosa-dosaku? Baginda
menjawab: Ya! Namun sebaik sahaja lelaki itu berpaling, baginda
memanggilnya seraya berkata: Ya, dengan pengecualian terhadap
hutang. Demikian kata Jibril. (Muslim)

Peraturan 6: Pengesahan Kuasa Sebagai Debt Collector

Apabila menuntut sebarang hutang, Debt Collector mestilah menunjukkan kad


pengesahan mereka bagi mendedahkan identiti sebenar mereka beserta
salinan surat pengesahan yang dikeluarkan oleh institusi kewangan yang
mereka wakili. Mereka tidak dibenarkan menuntut hutang tanpa ada
pengesahan-pengesahan tersebut.

Bagi anda yang berada diposisi penghutang, jangan melayan mereka yang
gagal membekalkan pengesahan ini kerana anda mungkin menjadi mangsa
komplot penipu yang menyamar sebagai Debt Collector.

Selagi mereka tidak mendedahkan surat kuasa dari pihak bank dan sebagainya,
anda berhak untuk menolak berbicara dengan mereka.

33
Rahsia Debt Collector Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

Peraturan 7: Maklumat Pelanggan

Penggunaan dan pengurusan maklumat pelanggan adalah tertakluk di bawah


Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Ini adalah antara apa yang boleh dan
tidak boleh dilakukan oleh Debt Collector berkaitan pengurusan maklumat:

a) Ketika menghubungi penghutang tidak kira melalui telefon atau secara


bersemuka dan sebagainya, Debt Collector haruslah memastikan bahawa
orang yang sedang berurusan dengan mereka adalah orang yang
dimaksudkan dan bukan pihak ketiga sebelum memberikan maklumat
kehutangan yang terlibat. Pada masa itu juga, Debt Collector harus
menjelaskan tujuan sebenar mereka menghubungi si penghutang dan
institusi kewangan mana yang mereka wakilkan. Debt Collector tidak
dibenarkan mendedahkan maklumat kehutangan kepada isteri atau
kenalan si penghutang tanpa kebenaran si penghutang.

Bagi anda yang berada diposisi penghutang pula, sila pastikan bahawa
anda mudah untuk dihubungi. Jika anda merahsiakan kehutangan anda
dengan isteri anda atau ahli keluarga anda, sila pastikan pihak berkenaan
mudah untuk berhubung dengan anda bagi mengelakkan berlaku kejadian
tidak disangka dan rahsia anda terbongkar.

Mungkin juga Debt Collector yang mendedahkan rahsia anda, namun ada
juga keadaan di mana si isteri bijak dalam mengesan perbuatan si suami
melalui tekaan sahaja. Elakkan diri anda berada di situasi seperti ini.

b) Ketika menghubungi pihak ketiga bagi mendapatkan maklumat


mengenai si penghutang, Debt Collector tertakluk untuk tidak meminta
maklumat lebih daripada yang diperlukan untuk membuat tuntutan
hutang kelak. Oleh itu, diposisi penghutang jika anak anda atau kenalan-
kenalan anda mengatakan bahawa ada Debt Collector meminta maklumat
akuan mereka, nombor pin dan sebagainya, anda harus beri perhatian
serius dan buat laporan polis jika perlu.

34
Rahsia Debt Collector Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

BAB 3:
RAHSIA DEBT COLLECTOR
Daripada bab-bab sebelumnya, anda pasti sudah dapat menangkap sebahagian
daripada rahsia-rahsia yang para Debt Collector sembunyikan dari pengetahuan
anda. Namun demikian, saya akan kongsikan rahsia tambahan yang anda perlu
tahu bagi mengelakkan anda menjadi mangsa kepada para Debt Collector yang
jahat dan kejam, yang tidak berhati perut mendesak dan memaksa para
penghutang sehingga ke jalan buntu. Berikut adalah antara rahsia-rahsia
mereka.

Rahsia 1. 9 Nombor Telefon

Para Debt Collector ini dibekalkan dengan 9 talian nombor berbeza. Namun
demikian, kesemua 9 nombor yang anda terima ini, tidak dapat dihubungi
semula melalui nombor-nombor berkenaan.
Anda boleh cuba menelefon mereka pada nombor mereka gunakan untuk menelefon anda. Biasanya tidak
akan berjawab. Mereka ini adalah Debt Collector dan jika mereka terasa seperti menggangu anda, sila
berurusan terus dengan pihak bank.

Kombinasi 9 nombor berbeza itu adalah 4 nombor ala-ala telefon bimbit (019,
017, 012 dll), dua nombor ala-ala pejabat (kebiasaannya 03-) dan satu private
number.

Untuk kebaikan anda, digalakkan menyimpan setiap nombor-nombor mereka


setiap kali mereka menghubungi anda. Jadi, apabila anda dihubungi kelak, anda
sudah bersedia berhadapan dengan pemanggil tersebut yakni, Debt Collector.

Benar, menghadapi hutang adalah satu ketakutan yang realistik namun tidak
digalakkan mengelakkan diri kerana ia hanya akan membawa kepada mereka
datang ke rumah atau tempat kerja anda - yang mana rahsia anda berhutang
dan tidak bayar-bayar berpotensi untuk terdedah. Digalakkan menjawab

35
Rahsia Debt Collector Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

panggilan, membalas dengan baik dan jika mereka bertindak di luar kawalan,
barulah letak panggilan. Jangan balas panggilan mereka dengan kasar kerana
ianya merugikan anda di masa hadapan. Baca keseluruhan ebook ini untuk
mengetahui sebabnya.

Dalam seminggu mereka hanya boleh membuat panggilan 3 kali sahaja


(panggilan berjawab), jika mereka menghubungi anda lebih dari itu untuk
mendesak anda membuat bayaran hutang, anda boleh membuat aduan di
institusi kewangan dan mengatakan anda diganggu dan tidak dapat fokus
mencari wang yang diminta oleh personel institusi kewangan berkenaan. Sila
simpan rekod panggilan mereka sebagai bukti. Anda juga boleh menghubungi
pihak polis kerana panggilan yang berlebihan ini boleh dianggap sebagai
menggangu ketenteraman.

Rahsia 2. Nombor Telefon Bimbit Khas dan Pejabat

Kebanyakan Debt Collector bekerja secara kumpulan. Oleh itu, mereka


biasanya akan menyediakan kumpulan mereka dengan telefon bimbit khas
untuk berkomunikasi dengan si penghutang.

Telefon bimbit khas ini adalah milik kumpulan, maka apabila anda
menghubungi nombor ini di luar waktu bekerja mereka (8.00 am - 9.00 pm),
ada potensi ianya akan diangkat samada oleh pegawai anda atau oleh orang
lain (cth. Ketua kumpulan berkenaan). Kebiasaannya para Debt Collector akan
mengatakan bahawa ini adalah nombor peribadi mereka.

Anda juga boleh cuba dapatkan nombor telefon pejabat mereka. Setelah itu,
buatlah panggilan tanpa memaklumkan pegawai bertugas. Kebiasaannya, ia
akan diangkat oleh orang lain dan anda boleh ketahui nama agensi sebenar
yang berurusan dengan anda dan bukan lagi pihak bank atau Astro atau
seangkatan dengannya.

Rahsia 3. Masa Membuat Panggilan

Sudah dijelaskan pada bab sebelum ini bahawa masa bekerja mereka adalah
dari 8.00 am hingga 9.00 pm. Jika mereka menggangu anda sebelum waktu ini
36
Rahsia Debt Collector Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

(8.00 am) atau selepas waktu ini (9.00pm), anda boleh membuat aduan. Ini
adalah undang-undang dan mereka tahu mengenainya. Oleh itu jangan takut
untuk menyatakan hak anda jika mereka melanggar julat waktu ini untuk
tujuan menganggu kehidupan anda.

Mereka hanya boleh menghubungi anda di luar julat waktu ini apabila anda
membenarkan mereka berbuat demikian. Selagi tiada kebenaran daripada
anda, mereka tidak berhak untuk berbuat demikian.

Rahsia 4. Pelanggaran Data Kepada Pihak Ketiga

Debt Collector TIDAK BOLEH sama sekali mendedahkan maklumat kehutangan


anda kepada mana-mana pihak ketiga. Ini bermaksud, hal kehutangan anda
adalah antara anda si penghutang dengan mereka yang
dipertanggungjawabkan dengan hutang anda. Pihak ketiga ini termasuklah
isteri/suami anda, ibubapa anda, mentua anda, anak saudara anda dan
sebagainya.

Kebiasaannya mereka akan menggunakan jumlah yang tidak jelas atau sekadar
mengatakan bahawa ianya melibatkan kehutangan sahaja apabila berurusan
dengan pihak ketiga. Seandainya mereka mendedahkan maklumat kehutangan
anda seperti jumlah hutang dengan jelas, dari bank mana dan sebagainya,
mereka boleh disaman atas kesalahan tersebut. Ini tertakluk di bawah akta
peribadi dan juga perbankan yang mana menjaga maklumat peribadi
pelanggan.
(http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ngo-melayu-mahu-rafizi-dipenjara-kerana-dedah-
maklumat-nfc)

Tidak ada alasan untuk mereka mendedahkan maklumat kehutangan anda


kecuali anda membenarkan mereka berbuat demikian. Selagi anda tidak
membenarkannya, mereka tidak berhak melakukannya.

Namun demikian, untuk melakukan saman sekalipun, anda memerlukan bukti


yang jelas seperti rakaman panggilan, masa panggilan dan laporan polis
(sebaiknya). Jika sekadar secara lisan sahaja, mereka boleh mengatakan
bahawa pihak ketiga tersebut mengetahuinya sendiri dengan melihat surat-
surat anda, anda bercakap dalam mimpi atau anda tersalah cakap semasa anda
37
Rahsia Debt Collector Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

mabuk dan pelbagai alasan lain (walaupun alasan yang kedengaran mustahil
dan tidak masuk akal akan mereka utarakan untuk kepentingan mereka
sendiri).

Jangan sesekali melakukan penyamaran kerana setiap panggilan adalah


direkod. Apabila anda melakukan penyamaran, ianya samalah seperti anda
berniat untuk menipu. Sebarang aduan anda selepas itu hilang integritinya
walaupun anda adalah mangsa. Maka fikir dahulu sebelum bertindak. Jangan
kerana keterlanjuran dalam kebejatan akal anda menambah masalah ke atas
masalah yang sedia ada.

Rahsia 5. SMS

Kebiasaannya, Debt Collector atau pihak institusi kewangan sendiri akan


menghantar SMS peringatan kepada penghutang disertakan dengan amaran
bahawa tindakan saman akan diambil dan sebagainya. Perkara ini boleh
berlaku namun saman bukanlah atas kuasa mereka tetapi pada mahkamah.
Debt Collector mahupun institusi kewangan tiada kuasa untuk menyaman
sesiapapun.

Kebiasaannya mereka akan memberikan tempoh masa yang tidak masuk akal
seperti minggu ini juga, hari ini juga, petang ini juga, tengahari ini juga untuk
membuat pembayaran jika tidak ingin dikenakan tindakan mahkamah,
namun ini semua adalah mainan psikologi.

Psikologinya ialah mereka akan menghubungi anda pada waktu pagi dengan
desakan melampau-lampau untuk membuat bayaran pada waktu tengahari itu
juga. Jika mereka membuat semakan dan anda masih belum membayar,
mereka akan menghubungi dan memarahi anda kerana menipu janji yang
diberikan untuk membayar pada waktu tengahari. Jika mereka mulai
meninggikan suara, letak panggilan.

INGAT, jangan sesekali berjanji jika anda tidak mampu tunaikan. Ini hanya akan
merosakkan rekod anda di mahkamah kelak. Jika anda rasa anda boleh
usahakan hujung bulan, katakan anda akan usahakan hujung bulan. Mereka
akan tetapkan tarikh namun katakan anda tidak pasti, minta mereka hubungi
anda pada waktu itu. Pastikan anda menjawab panggilan pada waktu yang
38
Rahsia Debt Collector Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

dijanjikan kerana jika anda tidak menjawabnya, di dalam rekod akan tercatat
anda tidak menjawab panggilan/ menipu tentang niat untuk membayar. Ianya
hanya akan mencemarkan rekod anda di mahkamah kelak.

Kepentingan mahkamah di sini akan dijelaskan kelak pada bab yang


terkemudian, maka fahamkan apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak
sepatutnya dilakukan, apa yang perlu dielakkan secara total.

Komisen yang diraih atau dikaut oleh Debt Collector dikira berdasarkan
pembayaran pada bulan sebelumnya. Oleh sebab ini para Debt Collector
biasanya akan mendesak si penghutang membayar paling lewat tiga hari
sebelum tamat hujung bulan.

Rahsia 6. Emel

Debt Collector bekerja di bawah agensi mereka sendiri. Mereka bukannya


bekerja secara langsung dengan pihak bank, syarikat telekomunikasi dan
sebagainya. Oleh itu, apabila mereka berurusan dengan anda, mereka
dimestikan untuk menggunakan alamat emel syarikat yang mereka wakilkan.

Sebagai contoh, jika mereka mewakili Bank ABCDE, emel mereka pastinya
menyertakan nama Bank tersebut seperti ahmad@abcde.com dan bukan lagi
nama agensi mereka.

Kebiasaannya mereka menggunakan emel untuk urusan persuratan dan surat


rayuan. Oleh itu, lazimnya si penghutang tidak akan mempunyai pengetahuan
tentang nama syarikat agensi pungutan hutang tersebut.

Walau bagaimanapun, pihak yang memberi hutang/ Loan/ syarikat


perkhidmatan (siaran televisyen, internet, telefon mudah alih dll) yang
mengupah agensi pungutan hutang untuk melakukan tuntutan.

Katakan anda dihubungi oleh peguam, hakim, atau polis sekalipun dan mereka
menghalakan anda kepada syarikat tuntutan hutang, ada kemungkinan besar
peguam, polis, pembawa lori sita tersebeut sebenarnya adalah Debt Collector
yang menyamar. Lihat Rahsia 8.

39
Rahsia Debt Collector Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

Rahsia 7. Tidak Boleh Bayar Sedikit

Majoriti Debt Collector akan mendesak si penghutang untuk membayar penuh


jika tidak, si penghutang akan dikenakan tindakan. Kebiasaannya, Debt
Collector yang kejam tidak akan bertolak ansur dengan si penghutang. Mereka
akan mendesak dan tidak pernah membenarkan anda sebagai si penghutang
untuk membayar walaupun separuh sahaja dahulu.

Kepada pihak yang memberi hutang dan pemungut hutang yakni Debt Colletor
terutamanya haruslah mengambil peringatan melalui kisah Nabi Syuaib (A.S)
yang telah dirakamkan di dalam Quran agar hanya pinta/ ambil jumlah yang
selayaknya sahaja:

Quran 11 : 85

Surah Huud

-85. Dan Syu'aib berkata: Hai kaumku, cukupkanlah takaran dan


timbangan dengan adil, dan janganlah kamu merugikan manusia
terhadap hak-hak mereka dan janganlah kamu membuat kejahatan di
muka bumi dengan membuat kerosakan.

Timbangan dan takaran boleh diaplikasikan dengan jumlah tuntutan hutang


yang di main-mainkan oleh Debt Collector. Pada surah terkemudian Allah
mengutuk orang-orang yang tidak berlaku adil dengan timbangan dan takaran:

Quran 83 : 1 6

Surah al-Muthaffifin (Orang-orang yang curang)

-1. Kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang curang.

-2. (Iaitu) orang-orang yang apabila menerima takaran dari orang lain
mereka minta dipenuhi.

-3. dan apabila mereka menakar atau menimbang untuk orang lain,
mereka mengurangi.

-4. Tidakkah orang-orang itu yakin, bahawa sesungguhnya mereka akan


dibangkitkan

-5. pada suatu hari yang besar


40
Rahsia Debt Collector Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

-6. (Iaitu) hari (ketika) manusia berdiri menghadap Tuhan semesta alam?

Benar. Mereka boleh menahan pembayaran anda di bank dimana pembayaran


anda tidak akan diterima namun itu bukan titik penamat. Ramai yang
menganggap ini adalah titik penamat lalu mereka tidak melakukan pembayaran
dan membiarkan hutang mereka bertimbun. Setelah sampai waktunya, mereka
akan didakwa di mahkamah dan tambahan kos saman yang dikenakan kadang-
kadang melebihi nilai tunggakan.

Dalam banyak kes, anda masih boleh lakukan pembayaran dan saya akan
menjelaskannya di dalam bab Kesilapan Penghutang. Kebiasaannya Debt
Collector menipu anda untuk kepentingan diri mereka sendiri sahaja.

Rahsia 8. Menyamar

Ingatlah, Debt Collector yang kejam sanggup melakukan apa sahaja untuk
menuntut hutang. Mereka sanggup menjadi polis, menjadi peguam, menjadi
Hakim, menjadi pegawai bank, pembawa lori sita dan sebagainya. Motif
mereka, dapat komisen banyak.

Mereka menjadi polis yang kononnya akan datang ke rumah anda untuk
menyita. Mereka akan menjadi peguam atau hakim yang menguruskan saman
dan pendakwaan keatas anda. Mereka akan menjadi pembawa lori sita untuk
datang ke tempat anda dan merampas barang-barang anda.

Mereka akan melakukan segala-galanya untuk mendesak anda sehinggalah


anda merasa tertekan dan melakukan perkara-perkara yang mungkin bodoh
sekadar untuk melepaskan diri.

Untuk memastikan bahawa mereka ini menyamar atau tidak, anda boleh
tanyakan lokasi pejabat mereka, cari nombor mahkamah dan hubungi
mahkamah tersebut. Ingat, nombor mahkamah bukan nombor telefon bimbit,
boleh disemak di internet. Ambil masa dalam sejam dua dan minta kenalan
anda hubungi nombor sama dan katakan bahawa dia (kawan anda) mencari
kawannya.

41
Rahsia Debt Collector Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

Jangan tanyakan dimana dahulu kerana mereka akan tahu tindakan anda jadi
anda perlu lebih bijak dari mereka. Guna nombor yang anda tidak pernah guna
untuk berurusan dengan Debt Collector sebelum ini. Contoh:

Hello, boleh saya bercakap dengan Samsiah Binti Ahmad? Ni kakak dia nak
bercakap pasal ...

Biasanya yang menjawab panggilan akan mengatakan tiada nama tersebut.


Anda pun tanyalah, ini bukan di Pejabat ABC ke?

Kebiasaannya, mereka akan jawab mereka syarikat nama apa dan sebagainya
dengan jujur tanpa syak wasangka.

Untuk yang tahu undang-undang, pembawa lori, pegawai sita, polis dan
sebagainya ini tidak akan dapat berbuat apa-apa kepada anda selagi surat
mahkamah tidak keluar. Anda minta mereka fakskan surat mahkamah dahulu.
Jika mereka memalsukan surat mahkamah, anda boleh membuat laporan
polis. Jika mereka berdalih, anda sudah tahu anda ditipu.

Untuk kemudahan anda, di bab berikutnya adalah rentetan kes ke mahkamah


sivil untuk panduan anda. Disertakan juga tempoh masa dan anggaran kos bagi
setiap pendakwaan.

Pengetahuan tentang rentetan kes ke mahkamah ini penting kerana disinilah


terletak rahsia bagaimana seorang guru yang berumur lebih 50 tahun, bekerja
dengan kerajaan boleh membayar RM100 setiap bulan untuk hutang yang
melebihi RM30,000 dan pihak bank tidak boleh menganggunya dengan
panggilan lagi. Mungkinkah anda ingin menjadi seperti beliau?

Ilmu itu penting.

Rahsia 9. CTOS, CCRIS dan Senarai Hitam @ Blacklist

Adalah perkara biasa di mana ada penghutang ingin membuat pinjaman/ Loan
lain setelah beberapa lama. Ini biasanya berlaku kepada kakitangan awam dan
pekerja kerajaan, biasanya melibatkan pembelian rumah dan kenderaan. Oleh
itu, mereka ingin mengeluarkan nama mereka dari senarai hitam @ blacklist.

42
Rahsia Debt Collector Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

Untuk pengetahuan anda, mengeluarkan nama dari senarai hitam tidak


semudah anda membayar habis tunggakan. Untuk membersihkan @ clear
nama, anda perlu menunjukkan komitmen selama setahun dalam pembayaran
anda setelah tunggakan dilangsaikan. Ini bermakna, setelah anda bayar habis
tunggakan, anda perlu melakukan pembayaran bulanan selama setahun tanpa
ada lagi masalah tunggakan.

Jika anda tertunggak sebulan, kiraan setahun akan bermula semula.

Cara yang lebih pantas adalah dengan membayar habis hutang anda termasuk
kos-kos pengurusan yang juga agak besar. Untuk ini, anda perlu memohon
surat pelepasan @ release letter daripada pihak bank. Terdapat kos yang
dikenakan untuk mendapatkan surat pelepasan ini bergantung kepada pihak
bank. Setelah anda sudah memilikinya, anda boleh bayar habis hutang anda
dan kos-kos terlibat dan barulah anda memohon untuk nama anda dikeluarkan
dari status senarai hitam.

Harus diingat, jika anda tidak memohon, nama anda berkemungkinan besar
akan disenarai hitamkan selama-lamanya kerana seperti kita sedia maklum,
Malaysia agak lemah dalam mengemaskini sistem dan kadangkala
menggunakan Google translate sahaja untuk laman web mereka. Maka
mohonlah dan jangan tunggu untuk nama dikeluarkan dari senarai hitam @
blacklist setelah segala hutang dilangsaikan.

Rahsia 10. Jika Anda Tidak Bayar Sekarang, Hari Ini, Jam Ini, Tindakan Akan
Diambil!

SMS atau kata-kata daripada Debt Collector tentang tindakan yang begitu tegas
akan diambil SEKARANG kebanyakannya adalah palsu. Bagi kes mahkamah,
ianya tidak diuruskan dalam masa sehari. Ianya memerlukan proses yang
panjang dan juga terlibat dengan kos, yang mana kebanyakan institusi
kewangan merasa berat untuk menanggungnya (kerana institusi kewangan
yang bakal menanggung kos, sekurang-kurangnya pada peringkat awal).

Kos-kos yang terlibat dan kelecehan inilah yang sebenarnya menyebabkan


tindakan lambat diambil keatas penghutang. Namun, apabila penghutang
bersikap biadap dan kasar, ianya bagaikan menuang minyak ke atas api. Oleh
43
Rahsia Debt Collector Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

itu, anda haruslah berkelakuan bijak dan bukan mengikut amarah hati berapi.
Sopan, tenang dan kawal diri dan hutang anda akan terurus dengan segera.

Jika personel Debt Collector yang berkasar, anda boleh menenangkan mereka
dengan kata, Jika mengikut etika, berkasar dan ugutan adalah salah, saya juga
boleh melaporkan kebiadapan encik/puan. Kemudian teruskan perundingan
dengan tenang. Jika terlalu melampau, letak sahaja telefon.

Rahsia 11. Anda Sebagai Penjamin Mesti Langsaikan Semua Sebab


Penghutang Dah Hilang

Ramai, bukan sedikit mereka yang telah terperangkap di dalam situasi


kehutangan ini dengan hanya selaku penjamin bagi sebarang pinjaman untuk
kenalan mereka.

Apabila kenalan mereka gagal membayar hutang lalu menghilangkan diri,


institusi kewangan mulai mencari si penjamin pula. Akibatnya, si penjamin yang
akan dibebani ratusan panggilan telefon, gangguan lawatan ke tempat kerja
dan sebagainya yang begitu memalukan dan menggangu emosi dan jiwa.

Hakikatnya, si penjamin sebenarnya boleh melepaskan diri mereka daripada


membayar semua kehutangan yang ada. Dalam beberapa kes, ada penjamin
yang melepaskan diri dari tanggungjawab ini dengan membayar 30% sahaja
dari kehutangan si penghutang sebenar.

Caranya ialah pergi ke syarikat kewangan, nyatakan situasi anda (si penjamin)
dan maklumkan berapa anda mampu bayar dan juga cara pembayaran yang
anda boleh lakukan. Jika pegawai rendah tidak dapat menerima tawaran anda,
cuba pula di peringkat atasan. Jika ditolak juga, minta pandangan mereka
(personel bank atau Debt Collector yang baik) akan bagaimana anda boleh
melakukan pembayaran yang bersesuaian dengan situasi anda sebagai si
penjamin.

44
Rahsia Debt Collector Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

BAB 4: KESILAPAN PARA


PENGHUTANG
Sedar tidak sedar, sebenarnya banyak kesilapan yang dilakukan oleh para
penghutang yang membuka ruang untuk mereka ditempelak dan dibuli oleh
Debt Collector yang kejam.

Untuk mengelakkan perkara seperti ini berulang lagi, di sini saya akan nyatakan
kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan agar ianya tidak diamalkan lagi oleh
para penghutang demi kebaikan penghutang sendiri.

Kesilapan 1: Tidak Membayar Hutang

Benar. Adakalanya penghutang akan mengalami jalan buntu, langsung tidak


dapat membayar hutang mereka. Akibatnya, hutang mereka makin bertambah
(Hutang asal + bunga @ interest). Keadaan ini membawa kepada Debt Collector
untuk menghubungi para penghutang lalu menuntut bayaran.

Kes 1: Apabila diminta membayar hutang, penghutang mengatakan bahawa


mereka hanya mampu sejumlah RM X sahaja dahulu dan tidak dapat
membayar kesemuanya. Debt Collector tetap akan meminta jumlah besar/
penuh. Apabila dimarahi oleh Debt Collector, si penghutang pun bertindak
dengan langsung tidak membayar tunggakan hutang kerana tunduk kepada
emosi amarah.

Kesilapan ini adalah satu kebodohan dan tidak rasional. Si penghutang masih
kekal disaman dan Debt Collector masih boleh mencari penghutang-
penghutang lain. Fail anda dibiarkan berkulat, melompat dari satu Debt
Collector ke Debt Collector yang lain, akhirnya saman dan total interest tumbuh
bagai cendawan. Saman akan bertambah-tambah mengikut nilai hutang
anda+interest+saman sebelumnya. Hutang RM2000 boleh mencecah menjadi
RM18,000 kerana saman sahaja!

45
Rahsia Debt Collector Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

Apa yang anda perlu lakukan adalah bayar hutang anda. Abaikan jumlah yang
diminta oleh Debt Collector dan bayar sebanyak yang anda mampu pada ketika
itu dan kekalkan momentum tersebut. Mengapa anda perlu kekalkan? Ianya
baik untuk mengelak saman mahkamah kelak dan akan lebih lanjut dijelaskan.

Kes 2: Apabila diminta membayar hutang, penghutang sekali lagi hanya mampu
membayar sejumlah RM X sahaja dan bukan semua. Debt Collector mendesak
dan memarahi kerana si penghutang berhutang RM YYY tapi hendak bayar RM
X sahaja. Debt Collector menyatakan bahawa mereka akan menahan
pembayaran penghutang jika penghutang membayar RM X sahaja.

Menahan pembayaran bermaksud, apabila si penghutang ke bank dan


membayar RM X, pembayaran tersebut ditolak di kaunter. Pembayaran
tersebut tidak dapat diproses.

Sebenarnya, ada kes dimana Debt Collector sekadar menipu sahaja untuk
mendapatkan bayaran penuh namun, wujud juga keadaan bahawa
pembayaran anda sememangnya benar-benar tidak akan dapat diproses. Anda
boleh mencuba dahulu membayar untuk mengetahui jika Debt Collector tadi
menipu. Sekiranya Debt Collector terbabit tidak menipu anda, pembayaran
anda sememangnya tidak akan diterima di kaunter.

Untuk mengelakkan keadaan ini, ketika anda berurusan dengan Debt Collector,
tanyakan dengan baik apakah cara-cara pembayaran alternatif untuk anda (si
penghutang) jika Bank diwakili oleh Debt Collector jauh dari tempat anda.
Ingat, Debt Collector akan memerika lokasi si penghutang dan menetapkan
untuk membuat bayaran ke bank yang khusus namun, minta sahaja cara-cara
alternatif lain dan simpan di dalam rekod anda sebagai si penghutang.

Setelah itu, jika berlaku keadaan di mana bayaran RM X anda ditolak oleh Bank
yang diwakili oleh Debt Collector, bayarkan sahaja RM X yang anda mampu
melalui bank-bank lain, atau melalui mesin Cash Deposit dll. Mereka tidak akan
menolak pembayaran anda kerana mereka tidak tahu bahawa pembayaran
anda ditolak. Anda juga boleh mencuba online banking dan melakukan hal
serupa. Simpan segala resit transaksi anda sebagai si penghutang yang
berusaha untuk membuat bayaran hutang.

46
Rahsia Debt Collector Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

Ada kes di mana pembayaran si penghutang tidak dapat dikesan. Inilah


kepentingan resit, rekod masa anda ke bank amat-amat diperlukan. Bank
sentiasa mempunyai rakaman CCTV, semua ini adalah penyokong kepada anda
si penghutang apabila masuk ke kandang perbicaraan mahkamah kelak.

Kesilapan 2: Bergaduh dengan Debt Collector / Bank

Ianya adalah perkara biasa apabila si penghutang bertindak defensif dengan


menggunakan kata-kata kasar untuk membidas kata-kata sinis Debt Collector.
Dari segi moral, ini amatlah tidak baik untuk si penghutang namun rasanya
tidak ramai yang peduli akan moral walaupun sudah ditegah oleh agama
berkali-kali. Namun, bagaimana jika ianya buruk untuk anda dari segi undang-
undang? Adakah anda akan berfikir dua kali?

Debt Collector akan mencuba sebaik-baiknya untuk tidak berkata kasar dengan
si penghutang kerana si penghutang adalah sumber pendapatan mereka.
Walaupun mereka marah, mereka tidak akan mengeluarkan perkataan yang
kasar tetapi mereka hanya meninggikan suara sahaja. Ini kerana mereka tahu,
apabila si penghutang yang berani membuat aduan, kelak akaun si penghutang
tersebut akan terlepas dari mereka, dari syarikat agensi mereka dan mereka
akan mengalami kerugian (malah akan dimarahi oleh pengurus-pengurus
mereka).

Apabila si penghutang yang memulakan pergaduhan atau menggunakan


bahasa kesat, apabila masuk ke kandang perbicaraan mahkamah kelak, integriti
si penghutang akan dipersoalkan. INGAT, semua agensi perhutangan @ debt
agency memiliki rakaman perbualan dan mereka boleh memilih rakaman
terbaik untuk menunjukkan bahawa anda si penghutang sememangnya yang
jahat walaupun hakikatnya mungkin tidak. Itu sebabnya anda perlu kekal
tenang, sentiasa mengawal diri walaupun dalam hati anda berapi-api ingin
marah. Kesabaran itu adalah satu kebaikan dan sifat sabar itu sifat ahli syurga.

Bukan itu sahaja, semua ini akan membantu anda kelak di mahkamah maka
apa-apa pun yang berlaku, kekal bertenang. Satu polisi yang sentiasa diterima
dan dihalalkan lagi digalakkan oleh mana-mana agama adalah jujur dengan
keadaan anda walaupun ianya pahit.

47
Rahsia Debt Collector Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

Katakan anda hanya mampu membayar jumlah RM X. Jika pihak Debt


Collector/ Bank marah, katakan anda tidak tahan dengan orang yang marah-
marah dan matikan talian. Kesemua perbicaraan ada di dalam rekod dan ia
akan menyebelahi di pihak anda di mahkamah kelak.

Kesilapan 3: Tidak Menghadirkan Diri Ke Mahkamah

Banyak kes di mana si penghutang tidak menghadirkan diri ke mahkamah


untuk pendengaran kes. Apabila penghutang gagal hadir, bank/ institusi
kewangan dengan sewenang-wenangnya boleh memfitnah anda si penghutang
dengan pelbagai tuduhan termasuk memang berniat tidak ingin membayar
hutang. Mereka akan katakan anda melarikan diri dari kehutangan,
bersembunyi malahan menukar nombor telefon dan sebagainya untuk
mengelak dari membayar hutang. Jika senario ini berterusan, hatta di mata
mahkamah, andalah (si penghutang) yang pesalah, anda penjahat dan saman
itu layak untuk anda kerana mereka hanya mendengar dari satu pihak sahaja.

Saman akan jatuh semudah itu. Namun, apabila anda hadir ke mahkamah, anda
boleh membela diri, mengatakan apa masalah anda, sebab-sebab anda jadi
begitu dan sebagainya.

Untuk ketiga-tiga poin di atas, saya berikan penjelasan mengapa anda perlu
menjadi watak baik di dalam segala aspek, rekod rakaman perbicaraan dengan
Debt Collector, rekod transaksi usaha membayar hutang semampunya dan
hadir ke mahkamah, agar anda kelihatan baik di mata mahkamah. Berikut
adalah penjelasan-penjelasannya:

Ini adalah sebab mengapa anda perlu membayar walaupun tidak boleh dan
mengapa anda perlu sentiasa kedengaran baik di dalam rakaman perbualan
dengan Debt Collector.

Jawapannya ialah untuk mengelakkan saman. Apabila anda masuk ke


mahkamah, bank/ institusi kewangan akan menuduh bahawa anda tidak ada
niat untuk membayar hutang. Melalui resit yang ada, anda boleh nyatakan kes
bahawa anda memang membuat bayaran malahan setiap bulan anda
membayar namun pada jumlah kecil. Dengan bukti pembayaran, bank/ institusi
kewangan telah kalah dalam tuntutan pertama.
48
Rahsia Debt Collector Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

Si penghutang akan diminta untuk mengemukakan penyata pendapatan, sebab


inilah si penghutang perlu memberikan semaksimum yang mampu untuk
membayar RM X tunggakan hutang. Ingat, pada masa ini anda telah menerima
kes saman namun ianya masih saman kecil lagi, anda masih perlu menanggung
jumlah kos tersebut kerana anda yang melanggar perjanjian. Namun, anda
akan dapat mengelakkan saman yang lebih besar dengan cara ini.

Di dalam mahkamah, nyatakan bahawa anda sentiasa berusaha membayar


hutang semampu boleh. Nyatakan sebab kegagalan anda membayar hutang
seperti dipecat, berhenti kerja, sakit dan sertakan bukti-bukti anda. Nyatakan
bahawa anda hanya mampu membayar RM X sahaja setakat ini dan jika boleh
bayar lebih, anda akan membayarnya. Di sinilah peluang anda untuk membuat
rayuan. Jika perlu menangis, menangislah kerana menunjukkan keikhlasan,
ketelusan dan kebenaran itu penting ketika di mahkamah.

Mahkamah tidak diuruskan oleh robot tapi oleh hakim manusia. Mereka
memiliki perasaan dan simpati. Berdasarkan bukti kes, mahkamah akan
memberi anda si penghutang hak untuk membayar hutang mengikut
kemampuan yang mana akan ditetapkan oleh mahkamah sendiri. Bank/
institusi kewangan tidak akan dapat menghukum anda kerana tindakan
undang-undang adalah atas kuasa mahkamah. Debt Collector juga tidak akan
menghubungi anda lagi dan anda hanya perlu membayar jumlah RM X telah
ditetapkan oleh mahkamah mengikut kemampuan anda setiap bulan.

Ketahuilah bahawa mahkamah dan institusi kewangan (bank/ Debt Collector


dll) adalah pihak yang berbeza. Mahkamah adalah tidak berpihak pada institusi
kewangan mahupun pada anda si penghutang, mahkamah adalah untuk
mengadili.

Percaya atau tidak, ada banyak kes sebegini.

Seorang guru di Sarawak memiliki kehutangan lebih RM 30, 000, si penghutang


hanya perlu membayar RM100 sahaja sebulan. Tidak lebih dan tidak kurang.
Semua ini adalah mungkin hanya untuk mereka yang memiliki kes dan bukti.
Bagi yang tiada kes, biasanya mahkamah hanya akan memberi tempoh
tambahan sahaja seperti 3 bulan untuk mencari dana tersebut dan bagi
kebanyakan penghutang, masa tidak akan dapat membantu mereka kerana
dalam tempoh ini, Debt Collector kejam masih akan menghantui hidup mereka.
49
Rahsia Debt Collector Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

Kesilapan 4: Tidak Serius Membayar Hutang

Kebanyakan kes malahan sebenarnya terlalu banyak di mana penghutang yang


sudah menerima perintah mahkamah untuk membayar sejumlah RM X, sekali
lagi sambil lewa dengan pembayaran mereka.

Manusia, apabila terlalu selesa akan lupa akan hutang mereka. Malahan ada
yang beragama sekalipun mengabaikan hutang mereka kerana alpa, walhal riba
sentiasa melekat dengan mereka selagi mereka berhutang dengan mana-mana
institusi kewangan yang wujud pada zaman ini. Hutang akan menyebabkan
kehidupan mereka tidak akan senang selagi mereka hidup dan mereka akan
melakukan kesilapan, sekali lagi.

Allah (S.W.T) memerintahkan agar kita berusaha bersungguh-sungguh untuk


keluar dari riba. Rasulullah (S.A.W) telah memberi amaran bahawa akan tiba
zaman (yakni zaman kita sekarang) di mana tiada siapa yang tidak terpalit
dengan riba, namun ini tidak bermakna kita perlu menelan setiap riba yang
terhidang. Berusahalah dengan bersungguh-sungguh untuk keluar dari riba
semampunya moga apabila kita di Hakimi oleh Allah pada hari yang telah
ditetapkan oleh-Nya, usaha kita diterima dan mendapat pengampunan.
Sesungguhnya Allah Maha Pengampun. Berikut adalah dalil:

Quran 2 : 278 279

Surah Al-Baqarah (Sapi Betina)

-278. Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan


tinggalkan sisa riba (bebaskan diri dari Loan) jika kamu orang-orang
yang beriman.

-279. Maka jika kamu tidak mengerjakan (berusaha untuk keluar dari
Loan yang jelas adalah riba) maka ketahuilah bahawa Allah dan
RasulNya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (dari
pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak
menganiaya dan tidak pula dianiaya.

Quran 53 : 39

50
Rahsia Debt Collector Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

Surah An-Najm (Bintang)

-39. dan bahawasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa


yang telah diusahakannya.

Abu Hurairah meriwayatkan: Akan datang suatu ketika, kata baginda


(Rasulullah), apabila kamu tidak akan dapat menjumpai seorangpun di
dunia ini yang tidak memakan (menggunakan harta yang terpalit dengan
riba) riba. Dan sesiapa yang mendakwa bahawa dia tidak memakan riba
maka sesungguhnya tempias riba (dalam teks lain: debu riba) akan
sampai kepadanya. (Abu Daud, Mishkat)

Kesilapan paling jelas adalah, gagal membayar sebulan dan pada bulan
berikutnya, membayar RM 2X. Sekali anda gagal membayar mengikut perintah
mahkamah, anda akan dianggap melanggar perintah mahkamah dan sekali lagi
anda si penghutang sudah membuka peluang baru untuk diburu dan dihantui
oleh Debt Collector.

Dalam kes sebegini, ada ramai yang merasakan bahawa mahkamah akan sekali
lagi berpihak kepada mereka namun malangnya, ia tidak semudah itu. Ini
kerana anda akan diganggu untuk satu tempoh yang begitu panjang dan
mahkamah hanya akan memanggil anda apabila ada pihak yang menyaman
anda. Harus diingat, jika anda disaman buat kali kedua atau untuk sekian kali,
kos-kos saman akan dimasukkan ke dalam poket si penghutang. Maka, hutang
pokok + interest + tunggakan + gandaan interest kerana lewat bayar monthly
installment + kos mahkamah 1 + kos mahkamah 2 + kos lain-lain.

Gangguan dan kesulitan yang berlaku di dalam tempoh yang panjang inilah
yang akan menyebabkan hal-hal/ hubungan peribadi turut terjejas seperti
penceraian, tempat kerja pasangan anda akan tahu bahawa anda berhutang
dan tidak membayar. Dia akan malu, pada mulanya bertahan namun apabila
sampai ke tahap kemuncak, pergaduhan akan berlaku dan membawa kepada
penceraian. Anak akan terkesan akibat pergaduhan ibubapa dan banyak lagi
kesan-kesan negatif lain. Semuanya kerana alpa dan bermain cinta dengan
hutang.

51
Rahsia Debt Collector Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

Maka hargai sebaik-baiknya terhadap satu peluang yang telah muncul,


kekalkan momentum anda untuk bayar setiap bulan, dan sedikit demi sedikit
anda akan bebas dari status si penghutang. InsyaAllah. Ditegaskan lagi sekali,
bayar setiap bulan seperti yang telah diperintahkan oleh mahkamah kepada
anda. Jangan sesekali menghina mahkamah atau melanggar perintah mereka.

Kesilapan 5: Tidak Mengangkat Penggilan Telefon daripada Debt Collector

Difahami bahawa tidak ramai yang memiliki kekuatan untuk berhadapan


dengan Debt Collector dan ini amat difahami kerana perasaan bersalah atas
kegagalan membayar hutang dan juga kerana layanan Debt Collector yang sinis
dan kejam pada awalnya. Namun, kuatkan diri anda kerana menjawab
panggilan akan membolehkan anda bergerak lebih jauh berbanding tidak
menjawab panggilan langsung.

Apabila anda tidak mengangkat panggilan, Debt Collector akan beralih kepada
maklumat-maklumat lain yang mereka ada seperti nombor telefon lain dalam
rekod perjanjian anda. Mereka akan menghubungi tempat kerja anda, rumah
anda, jiran anda dan sebagainya.

Jika kehutangan anda adalah rahsia, ianya akan terdedah. Jika kehutangan anda
memalukan anda, lebih memalukan apabila semua orang tahu anda tidak
membayar hutang meskipun anda bekerja sebagai guru, sebagai polis dan
sebagainya.

Jawab panggilan, katakan sejujurnya keadaan anda dan bayar seberapa


mampu. Jika tidak diterima, bayar melalui alternatif lain. Masuk mahkamah,
berikan bukti pembayaran dan komitmen anda sebagai orang yang memang
memiliki niat untuk membayar namun tidak ada kuasa kewangan seperti yang
dipinta. Mahkamah akan mengadili kes anda seperti yang telah diterangkan.

Kesilapan 6: Memandang Remeh Status Kebankrapan

Dalam kes kehutangan yang besar, anda boleh diisytiharkan bankrap. Ramai
beranggapan bahawa bankrap itu mudah, tidak perlu lagi membayar hutang

52
Rahsia Debt Collector Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

kerana bankrap, maka segala-galanya selesai dan boleh abaikan hutang begitu
saja. Ini adalah anggapan yang salah dan bahaya!

Anda, si penghutang dan si bankrap akan dihantui oleh kebankrapan. Sukar


mendapat kerja bergaji besar seperti dahulu, mendaftar ketakmampuan bayar
@ insolvency dan anda tidak ada kuasa ke atas kewangan anda. Bagi yang
memiliki saudara-mara di luar negeri, sukar untuk menguruskan penerbangan
anda. Hampir setiap bulan anda perlu melaporkan diri kepada Jabatan
Insolvensi Malaysia dan hampir setiap waktu itu juga mereka akan meminta
anda membuat pembayaran walaupun anda tidak mampu. Masa depan anak-
anak anda tercalar dan tebal muka adalah perkara terkecil.

Boleh dikatakan hak kebebasan seperti masyarakat normal tiada lagi bagi si
penghutang yang bankrap. Hak kebebasan telah dirampas hanya kerana
berhutang untuk mendapatkan kereta cantik, rumah cantik, barang-barang
cantik dan hebat selaras dengan arus zaman kononnya. Anda hanyalah seperti
robot yang bekerja untuk menyalurkan duit ke pihak bank dan itulah kerja anda
selagi status anda adalah bankrap.

Al-Quran memberi garis panduan bagaimana untuk hidup, namun kita semua
telah terlalu lama tidak diingatkan hinggakan garis panduan itu dirasakan
mengarut untuk diaplikasikan. Sedangkan perintah Allah (S.W.T) melalui Al-
Quran akan kekal termaktub hingga kiamat:

Quran 16 : 80

Surah an-Nahl (Lebah)

Dan Allah menyediakan bagimu rumah-rumahmu sebagai tempat tinggal


dan Dia menjadikan bagi kamu rumah (khemah-khemah) dari kulit
binatang ternak yang kamu merasa ringan membawanya di waktu kamu
berjalan dan waktu kamu bermukim dan (dijadikannya pula) dari bulu
domba, bulu unta dan bulu kambing, alat-alat rumah tangga dan
perhiasan (yang kamu pakai) sampai waktu (tertentu).

Rasulullah adalah contoh terbaik, hadis di bawah menunjukkan keadaan rumah


dan pesanan baginda Rasulullah (S.A.W):

Abu Salaam meriwayatkan bahawa Aisha, isteri kepada Nabi

53
Rahsia Debt Collector Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

Muhammad (S.A.W) berkata: Aku biasa tidur di hadapan Rasulullah, dan


kedua kakiku bertentangan dengan kiblat baginda. Ketika bersujud,
baginda akan menyenggol kedua kakiku dan aku akan menariknya.
Kemudian apabila baginda berdiri tegak aku akan melunjur (kedua
kakiku). Tambah Aisha: Pada hari-hari itu rumah adalah tanpa cahaya.
(Bukhari)

Umar berkata bahawa dia pergi berjumpa Rasulullah (S.A.W) dan


mendapati baginda sedang berbaring beralaskan tikar dedaun (seperti
tikar mengkuang) dengan tiada lapik antara baginda dan tikar tersebut,
dengan bekas-bekas tikar pada (bahagian tubuh) sisi baginda, dan
baginda menyokong dirinya (alas kepala) di atas kusyen kulit yang diisi
serat pokok palma (cth: serat pokok kurma). Aku berkata: Rasulullah,
berdoalah kepada Allah untuk meperkayakan umatmu, seperti Dia telah
memperkayakan orang-orang Parsi dan orang-orang Byzantine meskipun
mereka tidak menyembah Allah. Baginda menjawab: Begitukah
perasaanmu, Ibn Khattab? Orang-orang ini telah diberikan barang/ harta
yang baik-baik kepada mereka terlebih dahulu di dunia ini. Pada teks lain:
Adakah kamu tidak berpuas hati bahawa mereka mendapat (kebaikan)
dunia ini dan kita akan mendapat (kebaikan) dunia seterusnya (yakni
alam akhirat)? (Bukhari, Muslim)

Muadz bin Jabal berkata bahawa ketika Rasulullah (S.A.W)


mengutusnya ke Yaman baginda berkata: Berwaspadalah terhadap
kehidupan berlebih-lebihan (atau dalam kemewahan), kerana hamba-
hamba Allah tidak hidup dengan berlebih-lebihan. (Ahmad)

Bagi mengelakkan hak kebebasan diri dirampas, usahakan sesuatu, bayar


hutang anda seperti yang telah dipersetujui oleh mahkamah. Jika perlu
bertukar diet dari beras ke emping oat, tukarlah. Jika perlu bertukar siaran tv
dari ASTRO kepada tiada tv langsung, buatlah. Hiburkan hati dengan
mendengar kuliah di masjid bagi yang Islam, baca kitab suci bagi yang
beragama, berkomunikasilah dengan ahli keluarga, mula membaca buku yang
ada, berjalan kaki di taman rekreasi awam dan aktiviti-aktiviti kos minimum
(atau tiada kos lebih bagus) yang berfaedah. Redakan kesesakan aktiviti harian
untuk menenangkan jiwa, agar masalah kehutangan dapat dihadapi dengan
rasional.
54
Rahsia Debt Collector Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

Kesilapan 7: Melarikan Diri Setelah Menerima Surat Mahkamah

Dalam beberapa kes, pihak penuntut hutang @ Debt Collector boleh meminta
anda si penghutang untuk dipenjarakan kerana tidak menghadirkan diri ke
mahkamah, yakni melarikan diri dari pendakwaan. Ini sudah tentu mencalarkan
integriti si penghutang dan sekaligus merosakkan peluang si penghutang di
mahkamah semasa membuat rayuan. Walau apapun terjadi, hadirkan diri ke
mahkamah, berlaku baik dan sentiasa kedengaran baik walaupun hati
berdegup kencang, gundah-gulana atau marah.

Tindakan anda haruslah berada dalam kawalan dan segalanya perlu dibuat
pengiraan. Jangan membuat sebarang tindakan yang akan menyusahkan diri
anda kelak kerana ianya hanya akan membawa kerugian.

Kesilapan 8: Menganggap Debt Collector Kebanyakannya Palsu

Ramai yang tidak sedar akan keadaan kehutangan mereka. Ada yang membayar
sejumlah kecil hutang mereka walaupun setiap bulan, mereka sebenarnya
perlu membayar jumlah yang lebih besar. Akibatnya mereka menerima surat
saman daripada mahkamah dan kos saman juga perlu ditanggung. Wujud kes di
mana si penghutang hanya mempunyai baki tunggakan RM300 namun
menerima saman RM2,000 ke atas. Semuanya ini berlaku kerana mereka tidak
mempunyai hitam putih perihal hal kehutangan mereka.

Bagi yang berhutang sini-sana, cara terbaik yang anda boleh lakukan adalah
melakukan pembayaran secara selang-seli. Jangan bayar separuh tetapi
bayarlah penuh namun selang-seli. Kebiasaannya pihak bank akan menunggu
anda lewat pembayaran untuk 3 bulan barulah menuntut saman. Oleh itu, jika
anda jenis banyak berhutang di berlainan tempat, bayar penuh berbanding
anda bayar semua bank pada jumlah separuh setiap bulan.

Setelah anda bayar penuh, maka akan kurang sebulan rekod hutang anda. Jika
anda bayar separuh, ianya akan dikira sebagai anda tidak pernah membayar
penuh walaupun dalam dua bulan anda telah membuat pembayaran separuh-
separuh.

55
Rahsia Debt Collector Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

Namun harus diingat, setelah anda si penghutang melompat pembayaran


hutang, anda sudah terdedah kepada tindakan undang-undang pada bila-bila
masa. Oleh itu, cara ini hanyalah untuk satu tempoh yang singkat sementara
anda mengusahakan dana yang boleh menyelesaikan masalah tunggakan
hutang anda. Ramai yang SILAP DAN SALAH dengan menganggap ini adalah
sesuatu yang boleh dilakukan untuk tempoh yang panjang, maka akibatnya si
penghutang terpaksa membayar hutang dengan jumlah yang lebih besar
kerana bunga @ interest mula berkembang.

Ramai penghutang yang tidak berpuas hati dengan penambahan pada jumlah
kehutangan dan mengatakan bahawa mereka tidak akan membayar saman
atau apa sahaja kos yang dinyatakan. Namun ini bukannya satu pilihan yang
berada di bawah kuasa para penghutang mahupun institusi kewangan, tetapi di
bawah bidang kuasa mahkamah. Ada baiknya para penghutang memahami
undang-undang dan mengikutinya berbanding mengingkari perintah
mahkamah dan akhirnya merugikan diri sendiri.

Satu cara terbaik untuk menyelesaikan masalah ini adalah dengan berurusan
dengan Debt Collector terbabit untuk menguruskan surat yang membolehkan
anda si penghutang membayar tunggakan hutang sebelum tindakan diambil.
Lazimnya Debt Collector akan meminta pembayaran sebanyak 70% daripada
tunggakan hutang sebelum membenarkan anda melakukan penjadualan
semula @ reschedulment tunggakan. Ini bukan penjadualan semula bagi hutang
penuh tapi sekadar untuk tunggakan sahaja, oleh itu jangan sesekali silap
dalam pemahaman.

Ada kemungkinan bahawa anda si penghutang boleh mendapatkan


penjadualan semula pada kadar 30% dan 50% pembayaran deposit, namun
semua ini bergantung kepada pegawai Debt Collector yang berurusan dengan
anda.

Ingat, tanyakan samada anda boleh lakukan penjadualan semula tunggakan


anda ataupun tidak. Kebiasaannya Debt Collector akan meminta penuh namun
katakan dengan tegas namun tetap sopan bertatatertib bahawa anda si
penghutang ingin memohon untuk penjadualan semula tunggakan hutang. Jika
Debt Collector terbabit mengatakan tiada atau tidak boleh, maka rajin-
rajinkanlah diri anda untuk ke bank.

56
Rahsia Debt Collector Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

Kesilapan 9: Sudah Bayar Tetapi Lambat Uruskan Hitam Putih Penjadualan


Semula @ Reschedulment Tunggakan

Ini juga adalah kesilapan yang sering dilakukan oleh ramai penghutang. Mereka
(si penghutang) telah membayar 50% daripada tunggakan pada bulan A bagi
menguruskan penjadualan semula namun mereka tidak menguruskan hal
persuratan dengan segera.

Mereka (si penghutang) membuang masa entah di mana dan pada bulan
berikutnya, iaitu bulan B, berlaku perubahan dalam kehutangan mereka dan
sekali lagi, perjanjian pada bulan A tadi terbatal dengan sendirinya. Ini
mengakibatkan si penghutang sekali lagi dicari oleh Debt Collector dan sekali
lagi perlu menguruskan hal penjadualan semula tunggakan mereka. Amat
merugikan sekali.

Kesilapan 10: Sudah Bayar Dan Abaikan

Ramai juga penghutang yang beranggapan bahawa segala urusan sudah


termaterai selepas pembayaran deposit namun ini adalah satu lagi kesilapan.
Pembayaran deposit anda si penghutang adalah untuk menunjukkan komitmen
anda untuk membayar hutang dan anda masih di dalam proses rayuan.

Anda perlu menguruskan dan menghantar surat rayuan penjadualan semula


dengan segera!

Jika anda si penghutang berada di dalam situasi ini, setelah menguruskan


pembayaran deposit 10%, 30%, 50% atau 70% mengikut yang telah
dipersetujui, sila pastikan anda si penghutang menguruskan/ menyediakan
surat rayuan penjadualan semula dengan segera.

Kebiasaannya, ramai penghutang beranggapan bahawa apabila sudah


membayar deposit, maka boleh abaikan urusan kehutangan buat seketika.
Penghutang silap dan salah lagi! Akibatnya, pada bulan berikutnya, perjanjian
antara penghutang dan Debt Collector tadi secara tidak langsung terbatal
begitu sahaja kerana si penghutang kini memiliki nilai kehutangan baru pula.

Sekali lagi, si penghutang dan personel Debt Collector perlu membuat


rundingan baru dan perlu mendepositkan nilai lain pula dan ini akan berterusan
57
Rahsia Debt Collector Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

sehinggalah si penghutang menguruskan segala proses pembayaran dan


persuratan dengan baik, mendapat persetujuan daripada pihak bank amnya
(syarikat asal hutang diambil) dan menyelesaikan kes kehutangan yang ada.

Kesilapan 11: Menganggap Bank Itu Baik

Percaya atau tidak, anda boleh ditolak mentah-mentah meskipun anda melutut
di lantai bank untuk merayu agar hutang anda boleh dijadualkan semula.
Personel kewangan ataupun Debt Collector (Pegawai Bank bahagian Collection juga
dikenali sebagai Debt Collector) akan menolak anda si penghutang mentah-mentah
dan tidak akan mendengar rayuan anda. Kebiasaannya, ini melibatkan
permohonan yang tidak masuk akal.

Permohonan yang tidak masuk akal adalah meminta penjadualan semula untuk
satu tempoh yang terlalu panjang berbanding umur purata manusia contohya,
hutang akan habis dibayar setelah pembayaran bulanan selama 100 tahun. Jika
boleh, rasionalkan permintaan anda, cuba dapatkan di dalam tempoh 3 tahun
dan terangkan perancangan pembayaran anda kepada personel terbabit. Jika
ditolak, masuklah ke mahkamah dan nyatakan sekali lagi pelan pembayaran
anda dan biasanya mahkamah akan lebih rasional kepada orang yang
rasional.

Sudah banyak penulisan tentang semua bank yang ada kini mengamalkan riba
namun terlalu sedikit yang ambil peduli. Malahan orang Cina bukan Islam
pernah mengatakan kebahayaan riba namun masih ramai bermain api dengan
riba dan bank, terutamanya golongan bumiputera dan melayu. Ini adalah
bahaya yang benar wujud di dalam diri manusia pada zaman sekarang.

Abu Hurairah melaporkan bahawa Rasulullah (S.A.W) bersabda: Suatu


masa akan tiba kepada manusia (merujuk kepada zaman ini) apabila
seseorang itu tidak akan ambil peduli samada apa yang dia perolehi itu
berasal dari suatu sumber yang dibenarkan (halal) atau dilarang (haram).
(Bukhari)

58
Rahsia Debt Collector Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

BAB 5: UNDANG-UNDANG
BERKAITAN KEHUTANGAN
Kegagalan kita mengetahui perihal undang-undang berkaitan kehutanganlah
yang akan menyebabkan kita mudah ditindas samada sebagai penghutang,
sebagai peminjam, sebagai penjamin dan sebagainya yang berkaitan dalam
urusan kehutangan.

Sesiapa yang mempunyai ilmu perundangan lebih sedikit saja daripada kita
(yakni pihak yang mempunyai kelemahan menurut perjanjian hitam putih),
akan berani untuk memarahai kita, menempelak kita dan memalukan kita
dengan kehutangan yang terpalit. Sedar tidak sedar, terdapat undang-undang
yang boleh memelihara maruah kita, jika tidak pun, keselamatan data peribadi
kita daripada dikongsikan kepada orang ramai lalu menyebabkan kita
dimalukan begitu sahaja.

Berikut adalah tiga akta yang terlibat, yang mana memfokuskan kepada had
kuasa seorang Debt Collector. Anda boleh merujuk akta penuh di bahagian
lampiran di penghujung ebook ini.

A. Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 @ BAFIA ACT -


(Seksyen 97-99)

Akta ini amat dikenali dengan panggilan BAFIA ACT.

Ianya merupakan satu akta berkaitan perlesenan dan pengawalseliaan institusi-


institusi kewangan yang menjalankan kegiatan perniagaan bank, syarikat
kewangan, koperasi, bank saudagar, syarikat diskaun dan pembrokeran wang,
pengawalseliaan institusi-institusi yang menjalankan perniagaan-perniagaan
lain yang tertentu, dan mengenai perkara-perkara sampingan atau yang
berkaitan dengannya.

59
Rahsia Debt Collector Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

Untuk pengetahuan utama, anda digalakkan untuk mengetahui Seksyen 97


hingga 99 sahaja kerana ini adalah komponen terpenting di dalam akta ini
apabila melibatkan Debt Collector. Berikut adalah isi Seksyen tersebut:

Perahsiaan.

97. (1) Tiada pengarah atau pegawai mana-mana institusi berlesen, atau mana-
mana biro luaran yang ditubuhkan, atau mana-mana ejen yang dilantik, oleh
institusi berlesen untuk mengusahakan mana-mana bahagian perniagaannya
sama ada sepanjang tempoh jawatannya, atau sepanjang tempoh
pekerjaannya, atau selepas itu, dan tiada seorang pun yang kerana apa-apa jua
sebab mempunyai dengan apa-apa cara akses kepada apa-apa jua pun rekod,
buku, daftar, surat-menyurat, atau apa-apa dokumen lain, atau bahan, yang
berhubungan dengan hal-ehwal atau, khususnya, akaun, mana-mana
pelanggan tertentu institusi itu, boleh memberi, mengemukakan, membuka,
menzahirkan, menyiarkan, atau selainnya mendedahkan, kepada mana-mana
orang, atau membuat suatu rekod bagi mana-mana orang, apa-apa jua pun
maklumat atau dokumen yang berhubungan dengan hal-ehwal atau akaun
pelanggan tersebut.

(2) Seksyen ini tidaklah terpakai bagi apa-apa maklumat atau dokumen yang
pada masa pendedahan itu tersedia ada, atau telahpun tersedia ada, menurut
undang-undang kepada orang awam daripada apa-apa sumber selain daripada
institusi berlesen itu, atau bagi apa-apa maklumat yang berada dalam bentuk
ringkasan atau kumpulan maklumat yang diterangkan mengikut apa-apa cara
yang daripadanya itu tidak dapat memastikan maklumat yang berhubungan
dengan mana-mana institusi berlesen tertentu atau mana-mana pelanggan
tertentu institusi berlesen itu.

(3) Tiada seorang pun yang mempunyai apa-apa maklumat atau dokumen yang
pada pengetahuannya telah didedahkan dengan melanggar subseksyen (1)
boleh dengan apa jua cara sekalipun mendedahkannya kepada mana-mana
orang lain.

60
Rahsia Debt Collector Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

Pendedahan bagi mempermudahkan pelaksanaan fungsi-fungsi Bank.

98. Peruntukan-peruntukan seksyen 97 tidaklah terpakai bagi pendedahan apa-


apa maklumat atau dokumen

(a) kepada Bank, atau kepada mana-mana pengarah, pegawai atau pekerja
Bank, atau kepada mana-mana orang yang dilantik oleh Bank di bawah
seksyen 3 (3), atau kepada Panel Penasihat, jika pendedahan itu adalah
bagi maksud menjalankan kuasa-kuasa, melaksanakan fungsi-fungsi, atau
menunaikan tugas-tugas Bank, atau pengarah, pegawai atau pekerja bagi
Bank, atau bagi orang yang dilantik di bawah seksyen 3 (3), atau bagi Panel
Penasihat; atau

(b) kepada mana-mana orang yang memberi perkhidmatan profesional


kepada Bank berhubungan dengan apa-apa perkara undang-undang,
akauntansi, penilaian, atau apa-apa perkara lain yang memerlukan
pengetahuan profesional, di mana dia dibenarkan secara bertulis oleh
Bank untuk mendapatkan maklumat daripada institusi berlesen bagi
maksud perkhidmatannya kepada Bank.

Pendedahan bagi memudahkan pelaksanaan fungsi oleh Perbadanan Insurans


Deposit Malaysia.

98. (A) Peruntukan seksyen 97 tidak terpakai bagi pendedahan apa-apa


maklumat atau dokumen kepada mana-mana pengarah, pegawai, pekerja atau
ejen Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (selepas ini dalam seksyen ini
disebut sebagai Perbadanan) yang ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan
Insurans Deposit Malaysia 2005 jika pendedahan itu adalah bagi maksud
penjalanan kuasa, pelaksanaan fungsi atau penunaian tugas Perbadanan atau
pengarah, pegawai, pekerja atau ejen Perbadanan di bawah Akta itu.

Lain-lain pendedahan yang dibenarkan.

99. (1) Peruntukan-peruntukan seksyen 97 tidaklah terpakai bagi pendedahan


apa-apa maklumat atau dokumen

61
Rahsia Debt Collector Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

(a) yang pelanggan, atau wakil dirinya, telah memberi kebenaran secara
bertulis untuk didedahkan;

(b) dalam hal di mana pelanggan diisytiharkan bankrap, atau, jika


pelanggan itu suatu perbadanan, perbadanan itu sedang atau telah
digulung, di Malaysia atau di mana-mana negara, wilayah atau tempat di
luar Malaysia;

(c) jika maklumat itu dikehendaki oleh pihak dalam suatu transaksi
komersil secara bona fide, atau dalam suatu transaksi komersil prospektif
secara bona fide, yang pelanggan itu juga menjadi satu pihak, untuk
mentafsirkan kelayakan kredit pelanggan yang berhubungan dengan
transaksi tersebut, dengan syarat bahawa maklumat yang dikehendaki itu
adalah bersifat am dan tidak membolehkan butir-butir terperinci
mengenai akaun atau hal-ehwal pelanggan itu dipastikan;

(d) bagi maksud mana-mana prosiding jenayah atau berkenaan dengan


apa-apa prosiding sivil

(i) di antara sesuatu institusi berlesen dengan pelanggannya atau


penjamin pelanggan yang berhubungan dengan transaksi pelanggan
dengan institusi itu; atau

(ii) di antara institusi berlesen itu dengan dua pihak atau lebih yang
membuat tuntutan bertentangan mengenai wang dalam akaun
pelanggan di mana institusi berlesen itu bertujuan mendapatkan
relief dengan cara interplider;

(e) jika institusi berlesen itu telah disampaikan dengan suatu perintah
garnisan yang menahan wang dalam akaun pelanggan;

(f) kepada biro luaran yang ditubuhkan, atau ejen yang dilantik, oleh
institusi berlesen dengan terlebih dahulu mendapat keizinan bertulis
daripada Bank;

(g) jika pendedahan sedemikian dikehendaki atau dibenarkan di bawah


mana-mana peruntukan lain Akta ini;

(h) jika pendedahan sedemikian dibenarkan di bawah mana-mana undang-


undang Persekutuan untuk dibuat kepada seorang pegawai polis yang
62
Rahsia Debt Collector Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

menyiasat apa-apa kesalahan di bawah undang-undang itu dan


pendedahan sedemikian kepada pegawai polis itu adalah, bagaimanapun,
terhad kepada akaun dan hal ehwal orang yang disyaki melakukan
kesalahan itu; atau

(i) jika pendedahan sedemikian dibenarkan secara bertulis oleh Bank.

(2) Dalam apa-apa prosiding sivil di bawah subseksyen (1) (b) atau (d) di mana
apa-apa maklumat atau dokumen mungkin didedahkan berhubungan dengan
akaun seseorang pelanggan, prosiding itu bolehlah, jika mahkamah, atas
usulnya sendiri, atau atas permohonan suatu pihak dalam prosiding itu,
memerintahkan sedemikian, diadakan secara tertutup dan, dalam hal yang
sedemikian, maklumat atau dokumen itu hendaklah menjadi rahsia di antara
mahkamah dengan pihak-pihak dalam prosiding itu, dan tiada pihak itu boleh
mendedahkan maklumat atau dokumen itu kepada mana-mana orang lain.

(3) Melainkan jika diperintahkan selainnya oleh mahkamah, tiada seorang pun
boleh menyiarkan nama, alamat atau fotograf mana-mana pihak dalam
prosiding sivil itu seperti yang disebutkan dalam subseksyen (2), atau apa-apa
maklumat yang mungkin membawa kepada pengenalpastian pihak-pihak dalam
prosiding itu, sama ada semasa berlangsungnya prosiding itu atau pada bila-
bila masa selepas prosiding itu telah tamat.

B. Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 (Seksyen 119)

Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 ini merupakan sebuah akta untuk
mengadakan peruntukan bagi pengawalseliaan dan pengawasan institusi-
institusi kewangan pembangunan dan bagi perkara-perkara berkaitan
dengannya.

Bagi Debt Collector, Seksyen yang paling mempengaruhi kerja mereka adalah
Seksyen 119. Berikut adalah isinya:

Kerahsiaan

63
Rahsia Debt Collector Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

119. (1) Kecuali bagi maksud Akta ini, tiada apaapa jua dalam Akta
membenarkan Bank atau Menteri untuk mengarahkan Bank supaya menyiasat
secara khusus hal ehwal manamana pelanggan individu sesuatu institusi yang
ditetapkan atau sesuatu institusi kewangan pembangunan.

(2) Tiada pengarah atau pegawai manamana institusi yang ditetapkan atau
manamana biro luar yang ditubuhkan, atau mana-mana ejen yang dilantik,
oleh institusi yang ditetapkan itu untuk mengusahakan manamana bahagian
perniagaannya, sama ada semasa atau selepas tempoh jawatannya, atau
semasa atau selepas tempoh pekerjaannya, dan tiada seorang pun yang kerana
apaapa jua sebab mempunyai dengan apaapa cara akses kepada apaapa
rekod, buku, daftar, suratmenyurat, atau dokumen lain, atau bahan, yang
berhubungan dengan hal ehwal atau, khususnya, akaun manamana pelanggan
tertentu institusi yang ditetapkan itu, boleh memberikan, mengemukakan,
membuka, mendedahkan, menyiarkan atau selainnya menzahirkan, kepada
manamana orang, atau membuat rekod untuk manamana orang, apaapa
maklumat atau dokumen yang berhubungan dengan hal ehwal atau akaun
pelanggan itu.

(3) Seksyen ini tidak terpakai bagi maklumat yang pada masa penzahiran itu
sudah tersedia, atau telahpun dijadikan tersedia, menurut undangundang
untuk orang ramai daripada apaapa sumber atau bagi maklumat yang berada
dalam bentuk suatu ringkasan atau maklumat jika maklumat yang berhubungan
dengan sesuatu institusi yang ditetapkan atau sesuatu institusi pembangunan
kewangan atau pemegang kepentingannya tidak dinyatakan dengan jelas.

(4) Tiada seorang pun yang mempunyai maklumat yang setakat yang
diketahuinya telah dizahirkan dengan melanggar subseksyen (1) boleh
menzahirkan maklumat itu kepada orang lain.

C. Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ini dibina dengan tujuan untuk memberi
perlindungan kepada maklumat peribadi seseorang individu yang diproses
untuk tujuan transaksi komersial.

64
Rahsia Debt Collector Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

Berdasarkan data yang dipersembahkan oleh akta ini, semua individu dan
organisasi yang memproses data peribadi dalam urusan mereka mesti
mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan dalam Akta Perlindungan Data
Peribadi 2010 ini, di mana, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri
dikecualikan.

Peraturan-peraturan ini mengandungi tujuh prinsip amalan pengendalian


maklumat yang mesti dipatuhi seperti yang berikut:

1. Prinsip Am

2. Prinsip Notis dan Pilihan

3. Prinsip Penzahiran

4. Prinsip Keselamatan

5. Prinsip Penyimpanan

6. Prinsip Integriti Data

7. Prinsip Akses

Jenis-Jenis Data Yang Dilindungi oleh Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Data peribadi kepada seseorang yang individu yang masih hidup dikenalpasti
sebagai dilindungi di bawah Akta perlindungan Data Peribadi ini. Berikut adalah
beberapa contoh data yang boleh dianggap sebagai data peribadi selagi
seseorang itu masih hidup dan boleh dikenalpasti berdasarkan data-data yang
dinyatakan seperti berikut ini:

1. Nama dan alamat

2. Nombor kad pengenalan

3. Nombor Paspot

4. Maklumat Kesihatan

5. Alamat emel

6. Gambar
65
Rahsia Debt Collector Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

7. Imej dalam rakaman litar tertutup (CCTV)

8. Maklumat dalam fail peribadi

Pemprosesan Data Peribadi

Akta Perlindungan Data Peribadi ini amat menitikberatkan maksud perkataan


pemprosesan. Inilah sebabnya, apabila berbicara mengenai Akta ini,
sesebuah organisasi itu mesti mematuhi Akta ini apabila memproses data
peribadi.

Pemprosesan Data Peribadi yang dimaksudkan adalah melakukan sesuatu


terhadap data termasuklah mengumpul, merekod, memegang, menyimpan,
menyusun, mengubah, menzahirkan dan memusnahkan. Sekadar membaca
dan mengakses maklumat sahaja sudah dianggap sebagai pemprosesan.

Contoh-contoh aktiviti yang boleh dianggap sebagai pemprosesan


termasuklah:

1. Mengumpul data menggunakan borang, melalui telefon atau melalui


maklumat laman web

2. Menerbitkan data

3. Menjual data

4. Menggunakan data dalam pentadbiran

5. Menggunakan data untuk tujuan pemasaran

6. Merekodkan data

7. Mendedahkan atau memberikan data kepada organisasi lain

8. Memusnahkan data

Akta Perlindungan Data Peribadi ini terpakai kepada seseorang individu atau
organisasi sekiranya mereka adalah Pengguna data. Pengguna data pula
merujuk kepada individu atau organisasi yang:

66
Rahsia Debt Collector Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

1. Memproses data peribadi, atau

2. Mempunyai kawalan terhadap pemprosesan data peribadi, atau

3. Membenarkan pemprosesan data peribadi

Akta ini sebaliknya tidak terpakai bagi individu atau organisasi yang memproses
data bagi pihak pengguna data. Untuk mengelak kekeliruan, anda boleh
fahamkan contoh ini:

Katakan terdapat organisasi A yang mendapatkan khidmat organisasi B untuk


memproses data bagi pihaknya, maka dalam hubungan ini, organisasi A adalah
pengguna data manakala organisasi B adalah pemproses data. Contoh, anda si
penghutang memberikan data pinjaman anda kepada bank untuk mengurus
surat penjadualan semula tunggakan, maka pada situasi ini anda adalah
pengguna data (organisasi A) manakala bank adalah pemproses data
(organisasi B).

Akta Perlindungan Data Peribadi menghendaki organisasi A memastikan


bahawa organisasi B memberi jaminan untuk mengambil langkah-langkah
keselamatan bagi melindungi data yang diproses. Organisasi A juga dikehendaki
supaya memastikan bahawa organisasi B mematuhi langkah-langkah tersebut.

Subjek Data dan Hak-Hak Yang Diberikan oleh Akta Perlindungan Data
Peribadi kepada Subjek Data (individu)

Subjek Data merujuk kepada individu-individu yang mana data mereka diproses
oleh pengguna data. Contohnya, data pinjaman anda digunakan oleh pihak
bank, maka anda adalah subjek data, selaku empunya data.

Akta Perlindungan Data Peribadi telah memberikan peraturan mengenai


amalan yang baik berkenaan pemprosesan data peribadi bagi individu yang
masih hidup. Berikut adalah hak-hak yang ada untuk subjek data (individu)
seperti anda.

1. Hak untuk diberitahu samada data mereka diproses oleh sesebuah


organisasi
67
Rahsia Debt Collector Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

2. Hak untuk mengakses data peribadi

3. Hak untuk membetulkan data peribadi

4. Hak untuk menarik balik kebenaran memproses data peribadi

5. Hak untuk menghalang pemprosesan yang mungkin menyebabkan


kerosakan atau tekanan (distress)

6. Hak untuk menghalang pemprosesan bagi maksud pemasaran langsung

Data Sensitif Peribadi

Data Sensitif Peribadi didefinisikan sebagai maklumat tentang kesihatan atau


keadaan fizikal atau mental seseorang individu, pendapat politiknya,
kepercayaan agamanya dan kepercayaan lain yang seumpamanya. Perlakuan
atau sebarang pernyataan mengenai perlakuan seseorang individu juga
dikategorikan sebagai data peribadi sensitif.

Akta Perlindungan Data Peribadi tidak membenarkan pemprosesan data


peribadi sensitif kecuali untuk tujuan-tujuan yang dinyatakan dalam Akta dan
pemprosesan tersebut mestilah dengan persetujuan secara nyata daripada
subjek data.

Individu yang merasakan bahawa data peribadi mereka telah diproses dengan
cara melanggar peruntukan mana-mana peruntukan Akta bolehlah membuat
aduan kepada Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi.

Akta ini tidak secara spesifiknya memperuntukkan hak untuk menuntut


sebarang ganti rugi mengenai pelanggaran ini. Namun, dalam kes yang
melibatkan data peribadi perbankan, anda boleh melakukan saman asalkan
mempunyai bukti dan anda merasa teraniaya akibat daripada tindakan
berkenaan.

Kesalahan-kesalahan jenayah yang tertakluk di bawah Akta ini:

1. Memproses data peribadi tanpa perakuan pendaftaran

2. Memproses data peribadi selepas pendaftaran dibatalkan

68
Rahsia Debt Collector Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

3. Melakukan pelanggaran terhadap mana-mana prinsip data

4. Memproses data peribadi selepas persetujuan ditarik balik

5. Memproses data peribadi sensitif tidak mengikut syarat-syarat yang


telah ditetapkan

6. Menjual atau membuat tawaran untuk menjual data peribadi

7. Kegagalan mematuhi kehendak Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi


bagi mematuhi notis mengenai pemasaran langsung

Ulasan:

Akta Perlindungan Data Peribadi amat menitikberatkan kepentingan data


seseorang individu itu adalah tertakluk kepada perundangan dan tidak boleh
sewenang-wenangnya dikongsikan begitu saja tanpa kebenaran dan landasan
tertentu.

Pernah dikhabarkan bahawa seorang penghutang telah menjadi jutawan


setelah menyaman sebuah syarikat telekomunikasi tempatan apabila
mengesyaki syarikat berkenaan telah melanggar Akta Perlindungan Data
Peribadi dengan berkongsi maklumat bersama Agensi Perhutangan @ Debt
Agency yang terlibat melalui personel Debt Collector terbabit. Berikut adalah
antara hujah si penghutang:

1. Dia sudah menukar nombor telefon namun masih boleh dikesan oleh
pihak bank

2. Debt Collector terbabit telah secara silap mendedahkan bahawa


maklumat tersebut diberikan oleh syarikat telekomunikasi

3. Rakaman suara dimiliki oleh si pemanggil dan rakaman yang ada pada
Debt Agency membuktikan ianya benar

4. Penghutang menyaman ketiga-tiga pihak tadi

5. Syarikat telekomunikasi terbabit mendesak Debt Agency berkenaan


untuk menyelesaikan hutang kerana mereka yang mendedahkan
pelanggaran tersebut
69
Rahsia Debt Collector Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

Kedengaran seperti bukan sesuatu yang benar namun ia telah berlaku. Sila
hubungi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) atau membaca
pautan di bawah sebagai rujukan .
(http://www2.bharian.com.my/articles/Penjara5tahun_dendaRM10jutadedahmaklumatpelanggan/A
rticle/?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+yahoo%2FPUOJ+%2
8Berita+Malaysia%29

Berikut adalah jabatan-jabatan yang terlibat dengan Perlindungan Data


Peribadi:

Jabatan Perlindungan Data Peribadi Malaysia (JPDP) merupakan sebuah agensi


di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) yang berperanan
untuk memastikan pematuhan Akta berkaitan Perlindungan Data Peribadi
melalui peningkatan kesedaran/ promosi, amalan nasihat yang baik dan
memberikan nasihat umum dan bimbingan serta menjalankan
penguatkuasaan.

Tanggungjawab utama JPDP adalah untuk :

- mengawalselia pemprosesan data peribadi individu yang terlibat dalam


urus niaga komersial oleh pengguna data dan
- menguatkuasakan Akta untuk membanteras penyalahgunaan data
peribadi

Secara spesifik, JPDP bertanggungjwab untuk memastikan bahawa semua


pengguna data peribadi dalam transaksi komersial mematuhi undang-undang
perlindungan data peribadi melalui pelaksanaan penguatkuasaan yang perlu
bagi mengelakkan penyalahgunaan data peribadi.

7 Prinsip perlindungan Data Peribadi yang perlu anda tahu:

- Pertama - Prinsip Am di mana seseorang pengguna tidak dibenarkan


memproses data peribadi seseorang lain tanpa kebenarannya.
Pengertian proses di sini harus dimengertikan sebagai mengendalikan
data melalui cara atau kaedah automatis atau pengkomputeran atau
apa-apa proses lain

70
Rahsia Debt Collector Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

- Kedua - mesti mematuhi Prinsip Notis dan Pilihan di mana makluman


dan tujuan awalan dimaklumkan kepada subjek data berkenaan
- Ketiga - ialah Prinsip Penzahiran tujuan data peribadi seseorang subjek
itu demi mengenal pasti maksud yang baginya data peribadi itu hendak
dizahirkan.
- Keempat - Prinsip Keselamatan - apabila memproses data peribadi
mana-mana subjek, mengambil langkah supaya data tersebut selamat,
tidak diubahsuai, disalahguna atau diberikan kepada pihak-pihak yang
tidak berkenaan.
- Kelima - Prinsip Penyimpanan - sesuatu data peribadi itu tidak
dibenarkan disimpan di dalam sesuatu pemprosesan lebih daripada had
masa yang diperlukan
- Keenam - Prinsip Integriti Data - setiap data peribadi dipastikan supaya
tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini menepati maksud sesuatu
data itu disimpan dan diproses.
- Ketujuh - Prinsip Akses - seseorang hendaklah diberi hak akses kepada
data peribadinya yang dipegang oleh seseorang pengguna data dan juga
boleh membetulkan datanya itu supaya terkini.

Oleh yang demikian, rakyat Malaysia khususnya perlu menyedari hak-hak


mereka mengikut prinsip-prinsip yang terdapat di dalam Akta ini.

Orang ramai boleh mengemukakan sebarang aduan yang berkaitan Akta


Perlindungan Data Peribadi (APDP) 2010 (Seksyen 709) sekiranya merasakan
sebuah organisasi atau seseorang telah melanggar salah satu daripada 7 Prinsip
Perlindungan Data Peribadi yang dinyatakan diatas.

Bagi yang ingin membuat aduan, berikut adalah amalan yang boleh dilakukan:

i. Pengadu perlu membuat aduan dan memohon penjelasan kepada


organisasi yang terlibat terlebih dahulu;
ii. Sekiranya pengadu masih tidak berpuas hati dengan jawapan dan
tindakan yang diambil oleh organisasi berkenaan, maka pengadu
bolehlah terus membuat aduan kepada pihak JPDP melalui alamat aduan
yang disertakan bagi membolehkan penyiasatan dijalankan;

71
Rahsia Debt Collector Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

iii. Sekiranya pengadu masih terkilan dengan keputusan Pesuruhjaya


berhubung perkara tersebut, maka pengadu bolehlah merayu kepada
Tribunal Rayuan dengan memfailkan suatu notis rayuan kepada Tribunal
Rayuan.

Butir-butir yang perlu semasa membuat aduan:-

Anda hanya perlu menulis surat atau e-melkan kepada Jabatan Perlindungan
Data Peribadi untuk menjelaskan kes anda. Di dalam surat atau e-mel anda, sila
menyatakan perkara-perkara berikut:-

I. Nama organisasi atau orang yang anda mengadu;


II. Menerangkan sebab kebimbangan anda;
III. Memberi butir-butir tindak balas yang telah diterima daripada organisasi
yang disyaki punca kebocoran maklumat;
IV. Menyediakan salinan apa-apa surat atau e-mel mengenai perbincangan
anda dengan organisasi atau individu berkenaan.

Sebarang aduan awam dan pertanyaan sila kemukakan kepada:-

Alamat Surat Menyurat:


Ketua Pengarah
Jabatan Perlindungan Data Peribadi Malaysia
Aras 6, Kompleks Kementerian Komunikasi dan Multimedia
Lot 4G9, Persiaran Perdana
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya
Tel: 03 8911 5000/7927/7906/7965
Fax: 03 8911 7959
Aduan Awam:
aduan@pdp.gov.my
Sistem iSPAAA KPKK
http://kkmm.bpa.jpm.my/eApps/system/index.do

72
Rahsia Debt Collector Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

BAB 6: PERJALANAN KE
MAHKAMAH (KES SIVIL)
Salah satu cara kekejaman yang dilakukan oleh Debt Collector adalah membuli
penghutang dengan menggunakan undang-undang. Bagi Debt Collector,
majoriti penghutang adalah dari golongan yang tidak berilmu khususnya di
dalam bidang perundangan. Oleh itu mereka akan menyalahgunakan poin-poin
perundangan untuk menakut-nakutkan para penghutang yang ada. Akibat dari
penganiayaan ini, si penghutang tidak dapat tidur malam mengenangkan nasib
mereka yang bakal dikenakan tindakan undang-undang.

Sedar atau tidak, Debt Collector yang kejam dengan sengaja tidak menjelaskan
sebaiknya sistem perundangan ini. Mereka sekadar memetik bahagian yang
boleh menyebabkan si penghutang merasa takut, tertekan dan juga merasakan
bahawa tiada cara lain melainkan perlu langsaikan segalanya pada ketika itu
juga walau apa cara sekalipun. Antara yang paling biasa kita dengar adalah SMS
yang berbunyi ala-ala begini:

Sila buat pembayaran anda segera sebelum pukul 2.00PM atau

sila buat pembayaran anda sebelum 28 HB ini atau

anda boleh dikenakan tindakan saman... dan banyak lagi versi lain.

Benar, para penghutang boleh dikenakan tindakan saman, sita dan lelongan
barang, diisytihar muflis namun kesemua ini memerlukan langkah-langkah
tertentu dan ianya tidak berlaku dalam masa dua tiga jam sahaja. Ianya
memerlukan proses dan proses inilah yang perlu diketahui oleh para
penghutang untuk mengetahui hak mereka sebagai penghutang.

Anda sebagai si penghutang boleh menelaah rentetan proses yang terlibat


hatta menjadikan ia sebuah ilmu pengetahuaan yang boleh dimanfaatkan
sebaik-baiknya secara berhemah. Kesemua keterangan tatacara adalah di
dalam Bahasa Inggeris kerana kebiasaannya pihak mahkamah dan personel

73
Rahsia Debt Collector Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

Debt Collector akan menggunakan terma-terma ini secara langsung di dalam


Bahasa Inggeris. Jika anda memerlukan bantuan dalam pemahaman, jadikan
kamus dan internet sebagai rakan. Lebih mesra jika anak-anak anda sudi
menghulurkn bantuan.

Berikut adalah proses perundangan:

74
Rahsia Debt Collector Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

CIVIL CASES PROCEDURE

SUBORDINATE COURTS

[UNCONTESTED]

Letter of Demand (LOD)/ Recall [24 Hours]


[7/14 days]

File Summons
[within 5 days upon instruction or upon expiry of
the notice]
Extract from Court [Sealed]
[Within a month]
Service on the Defendant by A. A. Registered Unable to serve the Summons
[immediately upon extraction]
Return of A. R. Card File Application to Serve the Summons by way of
[liase with Post office] Substitute Service [7 days from the date of non-
service]
To file Affidavit of Service To obtain Order from Court
[before the next mention date]
Attend Court on the Scheduled Mention Date Substitute Service
1. Courts Notice Board
2. Advertisement
3. Defendants Premises
[To file Application For Leave in Court to Enter File Affidavit of Service
Judgement in the event if a Charge is involved] [before next scheduled date]
[to file before the next scheduled date]
If the Defendant is present in Court to obtain To attend the Court on the Scheduled Mention
Consent Judgement Date and to obtain JID against the Defendant/
Borrower
To perfect the Order
[14 days from the date of Order]
Upon extraction of sealed Judgement to serve on
the Defendant together with Notice to pay
Judgement Sum [within 2 days from extraction]
If the Defendant fails to pay Bank will give
further instruction to execute the Judgement [to
revert to Bank within 30 days to further
instruction]
Execution Proceedings

JDS Bancruptcy Winding-Up Garnishment Writ of Sale & Seizure

75
Rahsia Debt Collector Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

CIVIL CASES PROCEDURE

SUBORDINATE COURTS

[CONTESTED]

DEFENDANT TO CONTEST THE ACTION

Service to Summon On Defendant


[within 2 days]
Defendant to enter Appearance either personally
or through his Solocitors
[8 or 12 days from service]
Plaintif [Bank] to file Affidavit of Service
[within 2 days upon service]
Defendant to file Statement Of Defendant before
the next Mention date
Plaintif (Bank) to file the Summary Judgement
Order 26A of SCR
[within 14 days of Appearance]
Defendant to file Affidavit in Reply
[to be filled within 14 days]
To attend the Hearing Of the Plaintiffs
Application For Summon Judgement
In the event Court allows the Summary
Judgement
Plaintif [Bank] to perfect the Order The Defendant may Appeal to High Court
[14 days from date of Order]
Defendant fails to pay Appellant/ Defendant to file Notice of Appeal
within 14 days from Judgement
Plaintiff to execute the Judgement Appellant/ Defendant to file Record of Appeal
within 6 weeks
In the event court dismiss Plaintiffs application Court shall set a Hearing Date
Defendant to file Statement of Defense if not To file Record of Appeal
filed earlier
Parties to file Bundle of Documents, Issues to be Parties to Argue the Case
Tried and Agreed facts before the next Mention
Date
To go for full Hearing Court delivers Decision
Court delivers Decision

76
Rahsia Debt Collector Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

CIVIL CASES PROCEDURE

HIGH COURTS

[UNCONTESTED]

File Writ Summons/ Statement of Claim


[within 5 days upon instruction or upon expiry of the notice]
Extract from Court [sealed]
[within one month]
Service on the Defendant by A. R. Registered / Personal Service
[immediately upon extraction]
To file Affidavit of Service
[before the next Mention Date]
Defendant to enter Appearance
[8 to 12 days]
Defendant failed to enter Appearance
To file Certificate of Non-Appearance
[within 7 days upon non-appearance]
To obtain Judgement in Default [JID] of Appearance
[within 7 days upon non-appearance]
[to obtain leave of High Court to enter Judgement if a charge is involved]
Perfect the Order
[14 days from date to Order]
Serve the sealed Judgement on Defendant requesting The Defendant to pay
[within 2 days from extraction]
Defendant fails to pay Bank to give further Instructions to execute the Judgement
[to revert to Bank within 30 days for further instruction]
Execution Proceedings
Writ of Sale & JDS Garnishment Bancruptcy Appointment of Winding-Up
Seizure Receivers

77
Rahsia Debt Collector Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

CIVIL CASES PROCEDURE

HIGH COURTS

[CONTESTED]

DEFENDANT TO CONTEST THE ACTION

Service to Writ of Summons/ Statement of Claim


[within 2 days]
Defendant to enter Appearance either personally
or through his Solocitors
[8 to 12 days from service]
Plaintif [Bank] to file Affidavit of Service
[within 2 days upon service]
Defendant to file Statement Of Defendant
[within 14 days from Appearance]
Plaintif (Bank) may file the ummons in Chambers
[Application for O14 Summary Judgement]
[within 14 days of Appearance]
Application must be filed with a Supporting
Affidavit
Affidavit to be affirmed by Bank Officer

To serve the sealed Summons In Chambers and


Supporting Affidavit on the Defendant
[within 2 days upon extraction]
Defendant may file Affidavit in Reply
[within 14 days]
Parties to go Hearing on the scheduled date
[Parties shall file Submission and Authorities
before the next scheduled date]
Court delivers Decision
In the event Court allowed the Summary Defendant may Appeal][within 14 days]
Judgement
Plaintif to perfect Orders and serve on the Defendant to file Notice of Appeal
Defendant or Defendants Solicitors and request
the Defendant to pay
[within 14 days from date of Order]
Defendant may file Application for Stay of Defendant will be known as Appellant [Perayu]
execution if the Defendant wishes to appeal the and the Plaintiff will be known as Respondent
Decision
[as soon as possible]
If Stay of Execution is granted Plaintiff cannot Parties to file Record of Appeal
execute the Judgement. Otherwise, the Bank [within 6 weeks]
may do so
Hearing of Appeal
Court delivers Decision

78
Rahsia Debt Collector Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

BAB 7: MITOS/ KISAH BENAR


Bab ini sekadar untuk dimenungkan, namun gunakanlah akal yang sihat untuk
mencari permata kebenaran di sebalik insiden-insiden ini yang boleh dikaitkan
dengan keseluruhan isi eBook ini dan terutamanya, pengalaman hidup anda
sekalian. Ianya adalah situasi-situasi yang sering berlaku walaupun jarang
diwar-warkan oleh media. Kisah-kisah ini disampaikan dari mulut ke mulut
dalam bentuk sebuah penceritaan maka di sini juga penceritaan ini diulas dan
digambarkan untuk tatapan pembaca.

Kes 1: Mati

Ada seorang pak cik tua (Pak Mat; bukan nama sebenar) berhutang dan kini dia
memiliki tunggakan yang agak besar jumlahnya. Lalu Pak Mat menerima
panggilan daripada personel Debt Collector yang menuntut bayaran tunggakan
dengan segera walaupun Pak Mat telah menyatakan bahawa dia tidak
mempunyai kemampuan untuk melangsaikan hutangnya mengikut jumlah
tuntutan oleh Debt Collector tersebut.

Maka, Debt Collector bercerita mengenai tindakan mahkamah, rampasan harta


benda dan sebagainya sebagai ugutan yang kononnya boleh mendesak Pak Mat
untuk melakukan apa cara sekalipun, asalkan jumlah tuntutan dilangsaikan
pada ketika itu juga. Namun, data yang tiada pada Debt Collector ini adalah
mengenai penyakit sakit jantung Pak Mat. Melalui tekanan yang bertubi-tubi
yang dihamburkan oleh Debt Collector yang penuh tamak haloba, penyakit
parah Pak Mat menyerang. Jantung tuanya tidak berupaya menerima tekanan
darah Pak Mat yang kini naik dengan mendadak akibat kerisauan melampau
dan akhirnya pada waktu itu juga Pak Mat rebah dan meninggal dunia.

*****

Ini adalah kes yang berlaku di Malaysia dan syarikat terbabit mendapat
dakwaan yang begitu besar sehingga terpaksa menghentikan operasi pungutan

79
Rahsia Debt Collector Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

hutang yakni menutup syarikat. Namun, tidak lama kemudian syarikat ini
muncul semula dengan nama baru dengan melakukan operati yang sama.

Ulasan: Syarikat-syarikat sebegini sukar untuk mati maka janganlah menyimpan


harapan bahawa mereka akan berhenti mencari mangsa-mangsa mereka yakni
para penghutang. Cara yang anda boleh lakukan adalah uruskan diri anda
dengan baik seperti yang disarankan pada bab-bab terdahulu. Hadapai hutang
anda dan hentikan kehidupan penuh ngeri ini.

Kes 2: Interview / Temuduga

Pada suatu hari, seorang anak muda (Asln; bukan nama sebenar) berpakaian
kemas, kemeja putih bertali leher biru langit, berseluar hitam dan kasut hitam
yang telah digilap datang untuk temuduga kerja. Namanya dipanggil untuk
masuk ke ruang bilik dan dipersilakan duduk. Penemuduga bertanya adakah
Asln mempunyai pengalaman sebagai pemungut hutang?

Dengan jujurnya Asln mengatakan bahawa dia tiada pengalaman kerja, dan
dia berkelulusan lepasan SPM. Si penemuduga tidak menunjukkan minat
terhadap kelulusan pengajian, jurusan yang diambil, dan segala perihal
pembelajaran hanya ditolak tepi. Namun, si penemuduga menyatakan bahawa
kerja ini akan menjadi miliknya sekiranya Asln lulus dengan satu ujian sahaja.

Ujian tersebut adalah kesanggupan Asln sebagai pemungut hutang (yakni


Debt Collector) menggunakan perkataan Babi terhadap klien (yakni si
penghutang). Ujian bermula. Penemuduga mengangkat gagang telefon dan
menekan beberapa punat seketika sejurus itu gagang telefon dihulurkan
kepada Asln. Kini si penghutang yang degil dan telah lama diburu oleh Debt
Collector berada dalam talian.

Asln menyambut gagang tersebut dan kedengaran teriakan si penghutang


yang menghamburkan 1001 kata-kata kesat. Aslnpun mula membuka bicara
babi, babi, babi. Gagang telefon diserahkan kembali kepada penemuduga
yang kini bibirnya tersenyum sinis. Kata penemuduga, Esok datang jam 9 pagi.

Asln diterima bekerja.

*****
80
Rahsia Debt Collector Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

Ulasan: Ini adalah kebiasaan yang berlaku di dalam agensi-agensi tuntutan


hutang. Ramai penghutang yang agresif dan penuh tekanan. Oleh itu, mereka
memerlukan pekerja yang juga agresif dan tiada belas kasihan. Sekali lagi,
elakkan diri anda menjadi penghutang yang menjadi bahan ketawa orang lain
dan suara anda dirakam dan dikongsikan antara orang ramai. Entah berapa
banyak dosa anda telah tersebar seperti lagu MP3 yang menyuarakan kata-kata
kasar.

Biasanya jika anda bersopan dan tenang, tiada yang akan kongsikan apa yang
anda katakan. Yang lazimnya menjadi bahan perkongsian antara Debt Collector
adalah apabila anda melontar keluar ragam emosi-emosi sensitif seperti
menangis, merayu, marah-marah, memaki hamun dan segala perwatakan
negatif lainnya. Maka bertenang dan kekal berhemah adalah yang terbaik.

Kes 3: Jutawan

Seorang lelaki (Xavier; bukan nama sebenar) dihubungi oleh Debt Collector.
Xavier menyedari bahawa dia tidak pernah mengambil hutang/ Loan. Maka
Xavier mengatakan kepada Debt Collector tersebut bahawa dia tidak pernah
mengambil apa-apa Loan. Personel Debt Collector menerangkan bahawa
panggilan ini melibatkan satu set terapi penjagaan kulit muka yang pernah dia
daftarkan dan kini Xavier tidak berminat lagi akan terapi tersebut.

Xavier mengatakan bahawa terapi tersebut adalah palsu dan tidak ingin
membayar sebarang kos. Debt Collector mulai memberi respon dengan
meninggikan suara. Xavier kemudiannya bertanya, Dari mana pihak anda
dapatkan nombor telefon saya? Kerana setahu saya, saya hanya berurusan
dengan pusat terapi saja dan bukan dengan tempat lain. Malahan, saya baru
menukar nombor telefon.

Soal-jawab yang panjang lebar membawa kepada personel Debt Collector


TERsasul mendedahkan bahawa maklumat nombor telefon tersebut dibeli
daripada syarikat telekomunikasi. Xavier melakukan tindakan berani iaitu
menyaman syarikat telekomunikasi terbabit, malahan segala kos saman
ditanggung oleh syarikat majikan Debt Collector terbabit atas keputusan
perbicaraan pihak mahkamah.

81
Rahsia Debt Collector Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

Keyakinan Xavier bukan sekadar timbul di atas angin, ianya adalah atas
sokongan bukti yang berada di dalam tangannya. Rakaman perbualan antara
dia dan Debt Collector tersebut wujud dan menjadi leveraj ketika membuka kes
di mahkamah. Xavier bertindak dengan ketenangan dan kebijaksanaan. Satu
sikap rasional yang perlu dicontohi.

*****

Ulasan: Ianya adalah pendapat dan pandangan peribadi untuk mempercayai


samada syarikat komunikasi berani menjual maklumat pelanggan atau tidak.
Sebagaimana ramai yang tidak pernah berpengalaman dihubungi oleh
pemungut hutang (seperti Debt Collector atau personel syarikat kewangan
dalam tuntutan hutang) sukar untuk percaya bahawa wujudnya institusi dan
syarikat yang melakukan kerja harian dengan penuh penipuan dan barbarisme.

Kes 4: Desak

Seorang pegawai kerajaan (Hatie; bukan nama sebenar; sebutan: Hatijae)


dipanggil oleh ketuanya lalu ditanya samada benar atau tidak dia mengelak
daripada membayar hutang dan mengelakkan diri dari berurusan dengan
pegawai bank. Ketuanya turut menasihati dan menggesa Hatie untuk
menguruskan hal kehutangannya melalui pegawai bank terbabit. Senario ini
sahaja telah menjatuhkan air muka Hatie di tempat kerja.

Keesokan harinya panggilan telefon diterima dari pegawai bank tersebut, dan
personel bank meminta agar Hatie membayar hutang pada tengahari itu juga.
Jika tidak, saman akan dikenakan malahan pegawai bank tersebut turut
menerangkan perihal peraturan tatatertib bagi kakitangan kerajaan yang tidak
melangsaikan hutang. Oleh kerana terdesak, Hatie mulai meminjam secara
rawak, dari kawan-kawan, saudara-mara dan sebagainya untuk membayar
jumlah yang diminta.

Malangnya, jumlah wang yang berjaya dikumpul masih belum mencukupi.


Hatie menunggu panggilan daripada pegawai bank dan apabila dia
menyatakan bahawa dia tidak dapat membayar jumlah yang dipinta, pegawai
bank mulai mengeluarkan kata-kata amarah, "Apa ni?! Pandai hutang,

82
Rahsia Debt Collector Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

pandailah bayar! Hutang Puluh ribu nak bayar sikit sahaja! Saya bagi tempoh
masa sampai jam 5.00pm ni. Jika tidak saya akan teruskan dengan tindakan".

Hatie mulai mencari ikhtiar, mulai mengerah otak dari mana lubuk kewangan
yang boleh dijolok dan akhirnya terpaksa mengambil keputusan untuk
mengadaikan cincin kahwin yang ada. Pada jam 5 petang, Hatie selesai
membayar satu tunggakan hutangnya (yang digesa oleh pegawai bank) melalui
hasil janaan hutang-hutang keliling pinggang (yang dipinjam secara rawak dari
rakan, saudara-mara dll) dan satu gadaian yang perlu ditebus.

Pegawai bank yang kini berpuas hati menghubungi Hatie semula untuk
pengesahan pembayaran secara lisan dan dengan sopannya personel bank
mengucapkan terima kasih. Kemudian, Hatie diminta untuk me-Whatsapp
resit pembayaran kepada pegawai bank berkenaan sebagai bukti pembayaran
yang telah dibuat disamping membuktikan bahawa pembayaran yang dilakukan
oleh Hatie adalah hasil titik peluhnya, maka komisen akan masuk ke poket
pegawai bank tersebut.

*****

Ulasan: Ini adalah perkara biasa yang dilakukan oleh Debt Collector. Memaksa
sehingga ke jalan buntu dan akhirnya sesuatu yang bernilai sentimental pun
tergadai. Kadang-kadang maruah jua tergadai demi keinginan Debt Collector
untuk mendapat komisen yang lebih. Ingat, bulan depan pegawai bank/ Debt
Collector akan hubungi anda lagi sekiranya tertunggak lagi hutang. Lazimnya
ianya akan berulang seperti roda, kerana hutang Loan tak tertanggung pada
awalnya, kini ditambah dengan hutang-hutang dengan rakan, saudara-mara
dan sebagainya untuk melangsaikan tuntutan pertama. Maka pada tuntuan
kedua, bukan setakat hutang yang dituntut oleh Debt Collector malah tuntutan
hutang dari rakan dll turut diterima.

83
Rahsia Debt Collector Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

LAMPIRAN
Ada beberapa sebab mengapa ebook ini tidak meletakkan informasi tertentu di dalam dan sekadar
berkongsikan link semata-mata. Ini kerana, ada sebahagian pemilik informasi tidak membenarkan
perkongsian secara terbuka yakni anda perlu membuat bacaan sendiri di laman web mereka.

Untuk memudahkan anda membaut pembacaan lanjut, boleh layari laman web di bawah ini:

BERITA:

1. Penjara 5 Tahun, Denda RM10 Juta dedah maklumat pelanggan

http://www2.bharian.com.my/articles/Penjara5tahun_dendaRM10jutadedahmaklumatpelanggan/Ar
ticle/?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+yahoo%2FPUOJ+%28
Berita+Malaysia%29

2. Waran Tangkap untuk individu muflis jika bersembunyi atau melarikan diri bagi mengelak
membayar hutang

http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/waran-tangkap-untuk-individu-muflis-jika-
bersembunyi-elak-bayar-hutang-1.51359

3. Tidak mampu membayar ansuran bulanan RM 100 sebulan, tindakan menghina mahkmah telah
diambil oleh pihak OA untuk mensabitkan pasangan suami isteri ini ke penjara.

https://www.facebook.com/notes/wardina-safiyyah-officialpage/nasib-si-bangkrap-satu-kisah-sedih-
untuk-kita-terus-renung-bersama/227521903978579

4. Zalim kerajaan BN, tak bayar hutang RM150 kena penjara

http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=print&sid=9792

5. Individu Bankrap Gagal Bayar Ansuran, Dipenjara Sebulan

http://www.mstar.com.my/berita/berita-mahkamah/2012/05/13/individu-bankrap-gagal-bayar-
ansuran-dipenjara-sebulan/

6. Tiada Kompromi Dedah Rahsia Pelanggan Bank

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20120804/ek_01/Tiada-kompromi-dedah-rahsia-
pelanggan-bank

84
Rahsia Debt Collector Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

Informasi

1. Saman Dari Bank

http://dululainsekaranglain.com/undang-undang/saman-dari-bank

2. Cerita Hutang Bank Dan Anda

https://ceritahutangbankdananda.wordpress.com/

3. Baca ini dulu sebelum berhutang

http://hidupringkas.com/keusahawanan/baca-ini-dulu-sebelum-berhutang/

4. Semua Tentang Kebangkrapan

http://eforum1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=57927

5. Mazidul Akmal (TV3)

http://www.mazidulakmal.com/2012/12/pendedahan-ini-mungkin-mengelakkan.html#

6. Jabatan Insolvensi (pengurusan hutang selepas diisytihar bangkrap)

http://www.insolvensi.gov.my/

7. Jabatan Insolvensi Cekik Darah dengan Akta Lapuk 1967???

http://arisawang.blogspot.com/2009/07/jabatan-insolvensi-cekik-darah-dengan.html

8. Akta Bafia (Penuh)

https://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=5&cad=rja&uact=8&ved=0CD
8QFjAEahUKEwjnhq7v8ZPHAhUOA44KHW3xApg&url=http%3A%2F%2Fwww.bnm.gov.my%2Fdocum
ents%2Fact%2Fbm_bafia.pdf&ei=wgbDVeedN46GuATt4ovACQ&usg=AFQjCNFJlufwhkcIzfHv57LDM3
w4I6nhUw&sig2=TEr_1UBc-cxnEhTVFNf8ig&bvm=bv.99556055,d.c2E

9. AKTA INSTITUSI KEWANGAN. PEMBANGUNAN 2002 (Akta 618)

https://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=1&cad=rja&uact=8&ved=0CB
0QFjAAahUKEwib9ZKL8pPHAhXTco4KHQDLD4o&url=http%3A%2F%2Fwww.agc.gov.my%2FAkta%2FV
ol.%252013%2FAkta%2520618.pdf&ei=_QbDVduCC9PluQSAlr_QCA&usg=AFQjCNFQAQvkNd7RJaDQ
GT3dlP2AOZsFmQ&sig2=ncrce6tv6wgAfAVC2V59fg&bvm=bv.99556055,d.c2E

dan banyak lagi info-info lain yang anda boleh cari sebagai rujukan tambahan.

Sekali lagi, terima kasih kerana memiliki ebook ini. Sekian.

85
Rahsia Debt Collector Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

86
Produk Lain Daripada Penulis:

Ebook Buat Duit Dengan YouTube Adsense

Laman Web Produk: http://buatduitdenganvideo.com/

Ebook ini adalah dalam bentuk PDF.

Tawaran: Purata Pendapatan per channel: RM30 perhari bergantung kepada usaha anda

Jumlah channel per akaun: Bergantung kepada anda

Namun, anda tidak perlu beli sekarang. Anda boleh miliki ebook Mini Buat Duit Dengan YouTube
Adsense sahaja dahulu secara PERCUMA.

Ebook Mini ini sahaja sudah cukup untuk membantu anda mulai buat duit dengan YouTube Adsense.
Namun, untuk menjimatkan masa anda, anda boleh beli ebook penuh untuk strategi rahsia yang
tidak didedahkan pada umum. InsyaAllah.

Isi kandungan ebook mini:

a. Cara buat akaun YouTube Adsense.

Khidmat buat akaun YouTube Adsense ini dijual pada harga RM50-RM100 di pasaran Malaysia.
Namun di sini saya menawarkannya secara PERCUMA sahaja. Dengan adanya akaun adsense barulah
anda boleh menjana pendapatan dengan YouTube Adsense.

b. Bagaimana untuk download video YouTube dan upload semula tanpa risau copyright.

Bagi yang malas atau tidak pandai menghasilkan video, asalkan anda tahu mendownload dan
mengupload video dari internet sudah memadai. Jangan risau, ebook mini ini akan mendedahkan
kepada anda bagaimana untuk mengelakkan amaran copyright.

c. Menghasilkan banyak channel dalam satu akaun.

Jika anda boleh jana RM30 per channel setiap hari, bayangkan jika anda ada 10 channel?

RM30 X 10 X 30 hari = RM 9000! Ianya benar-benar bergantung kepada usaha anda.

d. Mencari Video Trending.

Trending aka viral adalah penting dalam pemasaran video YouTube. Jika anda tahu apakah jenis
video yang trending, mudah untuk anda mendapatkan trafik/ views yang mana, bagi setiap klik pada
iklan tersebut akan mendatangkan komisen kepada anda.

Dapatkan ebook mini Buat Duit Dengan YouTube Adsense di sini sekarang:

http://buatduitdenganvideo.com/
Rahsia Debt Collector Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

5 Sebab Anda Perlu Miliki Ebook Ini?


Anda suka duit USD masuk dalam akaun setiap hari atau setiap bulan.
Anda minat nak buat duit dengan YouTube Adsense tapi masih buntu
Anda tak nak membuang masa mencari dan membaca tips yang biasa-biasa sahaja
Anda suka bila pihak Bank tanya, macam mana kau boleh dapat duit dari
Google ni? Senyum...
Anda nak join orang-orang yang tergolong dalam kategori comel.. Hehe..

Ebook ini sudah cukup untuk anda belajar sendiri bagaimana untuk menjana pendapatan dengan
YouTube Adsense. Kunjungi laman web ini:

http://buatduitdenganvideo.com/
ATAU

Jika anda inginkah personal coaching bernilai RM670, di mana anda boleh berjumpa, bersoal

jawab face to face dan jaminan full support seumur


hidup , malah jika anda rasa tak suka dan inginkan wang dikembalikan, anda boleh

kunjungi laman web ini:

http://bit.ly/RASHYTRM670

P/S: Kedua-duanya boleh digabungkan untuk


pendedahan lebih. InsyaAllah.

40

Anda mungkin juga menyukai