1.0 Pengenalan
Beragama dan beraqidah adalah satu naluri semulajadi manusia sama ada secara betul
atau salah. Sebenarnya tiada manusia yang tidak beraqidah walaupun pada zahirnya dia
mengingkari Tuhan. Agama atau aqidah adalah sesuatu yang aneh di dalam dunia ini dan
sukar untuk dimengerti. Kerananya manusia sanggup bermusuhan, berperang dan mati.
Walaupun sesuatu aqidah itu buruk dan hina pada pandangan sesuatu golongan tertentu
tetapi bagi orang-orang yang menganutinya, itulah yang paling indah dan mulia di dalam
hidupnya.
Mungkin kita kehairanan apabila melihat kalangan orang-orang Hindu merenjiskan air
kencing lembu di sudut-sudut rumahnya kerana mengharapkan keberkatan daripadanya.
Lebih hairan lagi, mereka sanggup menyucuk diri mereka dengan besi-besi tajam
kononnya untuk menghapuskan dosa mereka. Kita kehairanan juga melihat orang-orang
yang memutuskan hubungan langsung dengan dunia - tiada erti wanita dan harta dalam
kehidupannya. Bagi mereka, untuk mendampingi Tuhan, semestinya manusia
memutuskan hubungan dengan segala sesuatu yang dianggap mata benda dunia.
Demikianlah dapat dilihat pada orang-orang Kristian dan Buddha.
Aqidah ( )menurut bahasa Arab (etimologi) berasal dari kata al-aqdu ( )yang
berarti ikatan, at-tautsiiqu( )yang berarti kepercayaan atau keyakinan yang kuat, al-
ihkaamu ( )yang artinya mengokohkan (menetapkan), dan ar-rabthu biquw-wah (
)( yang berarti mengikat dengan kuat. Sedangkan menurut istilah (terminologi): aqidah
adalah iman yang teguh dan pasti, yang tidak ada keraguan sedikit pun bagi orang yang
meyakininya.
Aqidah secara bahasa berasal dari kata ( )yang berarti ikatan. Secara istilah adalah
keyakinan hati atas sesuatu. Kata aqidah tersebut dapat digunakan untuk ajaran yang
terdapat dalam Islam, dan dapat pula digunakan untuk ajaran lain di luar Islam. Sehingga
ada istilah aqidah Islam, aqidah nasrani; ada aqidah yang benar atau lurus dan ada aqidah
HBIS2203 AKIDAH
Mohd Sulaiman Yasin (1997) pula mentakrifkan syirik dari segi bahasa sebagai mencampurkan atau
menyekutukan sesuatu dengan sesuatu yang lain. Manakala darisegi istilah pula membawa maksud
mensyarikatkan Allah SWT dengan makhluk atau mensyarikatkan makhluk dengan Allah pada Zat-
Nya,
Yusuf Qardawi (1986) menjelaskan seseorang yang menjadikan Allah SWT sekutu dengan sesuatu
yang berhak untuk Allah SWT. Seperti seseorang menjadikan selain Allah satu tuhan atau beberapa
tuhan lali disembah atau ditaati atau dipohon pertolongan kepadanya atau mencintainya atau
seumpamanya di mana itu sama sekali tidak layak kecuali hanya untuk Allah sahaja.
Syirik ialah perbuatan menyekutukan Allah pada sifat-Nya, perbuatan-Nya dan zatnya.
Syirik adalah lawan kepada Tauhid. Syirik bermaksud menyengutukan Allah sama ada
dari segi RububiyyahNya, UluhiyyahNya atau nama-nama dan sifat-sifatNya. Syirik
merupakan antara dosa terbesar dari dosa-dosa paling besar yang disabdakan Rasulullah
s.a.w.;
Begitu banyak ayat-ayat al-Quran dan hadis yang menjelaskan tentang syiriksama ada secara langsung
atau pun melalui perumpamaan atau contoh-contohtertentu.Allah menyatakan bahawa tujuan penciptaan
HBIS2203 AKIDAH
Khurafat lebih kepada kepercayaan karut yang dianggap ada hubungan dengan agama
Islam sebaliknya bercanggah dengan al-Quran dan hadis. Contohnya ialah:
Sihir adalah perbuatan yang mendatangkan syirik kepada Allah kerana ia melibatkan
pemujaan dan permohonan kepada roh-roh jahat seperti iblis, syaitan, jin dan sebagainya.
Sabda Rasulullah s.a.w.;
Sesiapa yang menyimpul satu ikatan, kemudian menghembus/meniup (dengan air
ludahnya) padanya, maka sesungguhnya ia telah melakukan sihir dan sesiapa yang
melakukan sihir, maka sesungguhnya dia telah syirik. Dan sesiapa menggantung sesuatu
(tangkal), akan diserahkan urusannya kepada tangkal tersebut (yakni dia tidak akan
mendapat bantuan Allah). (Riwayat Imam an-Nasai dari Abu Hurairah r.a.)
Dosa sihir tidak hanya bagi orang yang melakukannya sahaja, bahkan orang yang
mempercayainya juga turut berdosa sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.;
:
Tidak manusia yang tidak akan masuk syurga; orang yang ketagihan arak, orang yang
memutuskan silaturrahim dan orang yang mempercayai sihir. (Riwayat Imam Ahmad,
at-Thabrani dan al-Hakim dari Abi Musa al-Asyari r.a./al-Jami as-Saghir, no. 3528)
HBIS2203 AKIDAH
Jenis Kufur
Kufur ada dua jenis: Kufur Besar dan Kufur Kecil
A) Kufur Besar
Kufur besar mampu mengeluarkan seorang dari agama Islam. Kufur besar ada lima jenis:
ii) Kufur kerana enggan dan sombong, padahal membenarkan (meng-iyakan), dalilnya
firman Allah,
Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat, Tunduklah kamu kepada
Adam. Lalu mereka tunduk kecuali Iblis; ia enggan dan takkabur, dan adalah ia termasuk
orang-orang kafir. (Al-Baqarah: 34)
iv) Kufur kerana berpaling (tidak meng-endahkan), dalilnya adalah firman Allah,
Dan orang-orang kafir itu berpaling dari peringatan yang disampaikan kepada mereka.
(Al-Ahqaf: 3)
B) Kufur Kecil
Kufur kecil iaitu kufur yang tidak menjadikan pelakunya keluar dari agama Islam, dan ia
adalah kufur amali (perbuatan). Kufur amali ialah dosa-dosa yang disebutkan di dalam al-
Quran dan as-Sunnah sebagai dosa-dosa kufur, tetapi tidak mencapai darajat ke tahap
kufur besar. Seperti kufur nikmat, sebagaimana yang disebutkan dalam firman-Nya,
Termasuk juga membunuh orang muslim, sebagaimana yang disebutkan dalam sabda
Nabi , Mencaci orang Islam adalah suatu kefasikan dan membunuhnya adalah suatu
kekufuran. (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim) Dan sabda beliau s.a.w., Janganlah
kalian sepeninggalku kembali lagi menjadi orang-orang kafir, sebahagian kalian
memenggal leher sebagian yang lain. (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Termasuk juga bersumpah dengan nama selain Allah. Nabi s.a.w. bersabda,
Barangsiapa bersumpah dengan nama selain Allah, maka ia telah berbuat kufur atau
syirik. (Diriwayatkan oleh At-Tirmidzi dan dihasankannya, serta dishahihkan oleh al-
HBIS2203 AKIDAH
Hakim)
Yang demikian itu kerana Allah tetap menjadikan para pelaku dosa sebagai orang-orang
mukmin. Allah berfirman,
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu qishash berkenaan dengan orang-
orang yang dibunuh. (al-Baqarah: 178)
Allah tidak mengeluarkan orang yang membunuh dari golongan orang-orang beriman,
bahkan menjadikannya sebagai saudara bagi wali yang (berhak melakukan)
Riddah berkaitan dengan perbuatan seseorang manakala murtad berkaitan dengan status
seseorang. (QS Al-Baqarah (2): 217)
Artinya: Mereka bertanya kepadamu tentang berperang pada bulan Haram.
Katakanlah: Berperang dalam bulan itu adalah dosa besar; tetapi menghalangi dari
jalan Allah, kafir kepada Allah, Masjidil haram dan mengusir penduduknya dari
sekitarnya, lebih besar di sisi Allah. Dan berbuat fitnah lebih besar daripada membunuh.
Mereka tidak henti-hentinya memerangi kamu sampai mereka mengembalikan kamu dari
agamamu , seandainya mereka sanggup. Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari
agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di
dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya.
Riddah Terbahagi
Kepada 4 Jenis
iaitu :
HBIS2203 AKIDAH
1. Riddah dengan
ucapan
Seperti sujud kepada patung, pohon, batu, kuburan dan memberikan sembelihan
untuknya
Membuang mushaf Al-Quran ditempat-tempat yang kotor
Melakukan sihir, mempelajari dan mengajarkannya
Memutuskan hukum dengan selain apa yang diturunkan Allah dan meyakini
kebolehannya
Seperti kepercayaan adanya sekutu bagi Allah atau kepercayaan bahwa zina, khamr dan
riba adalah halal atau hal semisalnya yang telah disepakati kehalalan, keharaman atau
wajibnya secara ijma (konsensus) yang pasti, yang tidak seorang pun tidak
mengetahuinya.
2.1.3 Khurafat
Pengertian khurafat dalam Islam ialah semua cerita sama ada rekaan atau khayalan,
ajaran-ajaran., pantang-larang, adat istiadat, ramalan-ramalan. pemujaan atau
kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam. Berdasarkan takrif di atas, khurafat
merangkumi cerita dan perbuatan yang direka dan bersifat karut dan dusta.
Manakala jalan penyelesiannya ialah setiap umat Islam hendaklah mendalami ilmu
agama sebagaimana yang dinyatakan dalam hadis nabi S.A.W yang bermaksud :
" Aku telah tinggalkan kamu 2 perkara selama mana kamu berpegang teguh dengannya,
tidak akan sesat selama-lamanya iaitu al-Quran dan sunnahku"
Akidah Islam adalah antara cabang ilmu Islam yang penting dalam kehidupan setiap umat
kerana ia berkaitan keimanan dan kepercayaan kepada Allah. Malah, ilmu akidah, ilmu
fardu ain yang wajib dituntut dan dipelajari. Biarpun konsep akidah Islam mudah
difahami dan dihayati, masih ramai umat Islam terpengaruh dengan kepercayaan khurafat
yang karut-marut yang diwarisi turun-temurun daripada nenek moyang terdahulu. Pada
hal, amalan khurafat adalah bertentangan dengan akidah Islam sekali gus menjejaskan
iman seseorang atau menyebabkan syirik kepada Allah, iaitu salah satu dosa yang tidak
diampuni Allah.
HBIS2203 AKIDAH
Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa
syirik mempersekutukan-Nya (dengan sesuatu apa juga), dan akan mengampunkan dosa
yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan syariat-Nya). Dan
sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya
dia telah melakukan dosa besar." Surah al-Nisa, ayat 48)
Oleh demikian, setiap Muslim wajib berhati-hati ketika menelusuri pentas kehidupan
global supaya tidak mudah terjerumus ke kancah khurafat dengan memperkukuhkan ilmu
akidah di samping mengenal pasti ciri amalan khurafat. Khurafat ditakrifkan sebagai
cerita mempesonakan yang dicampur-adukkan dengan perkataan dusta. Syeikh Idris al-
Marbawi mendefinisikan khurafat sebagai cerita yang karut marut.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pula menyimpulkan khurafat, semua cerita
sama ada rekaan atau khayalan, ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan, pemujaan
atau kepercayaan yang menyimpang daripada ajaran Islam.
Antara ciri amalan dan kepercayaan khurafat, adalah ia tidak bersumberkan nas syarak
sama ada daripada al-Quran mahu pun hadis; cerita rekaan, dongeng, khayalan atau
kepercayaan karut; didasarkan kepada kepercayaan lama dan adat yang bercanggah
dengan Islam; berbentuk pemujaan dan permohonan kepada makhluk halus untuk tujuan
memudaratkan dan menyeleweng daripada akidah Islam; mengguna objek tertentu seperti
kubur, pokok dan sebagainya untuk tujuan tertentu dan ada unsur negatif pada akidah dan
syariat Islam.
Demikianlah antara ciri amalan dan kepercayaan khurafat jika dihalusi secara mendalam,
memang banyak berlaku dalam masyarakat Islam masa kini. Bahkan, ia masih lagi
menebal dalam tradisi dan kepercayaan umat Islam dalam kehidupan seharian.
Contohnya, kepercayaan kepada keramat seperti kubur, pokok kayu atau batu hikmat
yang kononnya boleh menyembuhkan sebarang penyakit, memuja objek tertentu, roh
HBIS2203 AKIDAH
Begitu juga kepercayaan kepada sial seperti adat mandi Safar, adat mandi membuang sial,
bunyi burung hantu pada waktu malam dan nombor sial seperti nombor empat. Masih ada
orang Islam yang tergamak memohon bantuan dari jin seperti adat memuja kampung,
adat merenjis tepung tawar, adat main pantai dan seumpamanya. Tidak kurang petani dan
nelayan yang masih percaya kepada bertambah dan berkurangannya rezeki sehingga ada
yang memuja semangat padi seperti bersemah dan membuang ancak di sungai atau laut
(nelayan). Orang Melayu pada dasarnya kaya dengan warisan pantang larang yang
sebahagiannya jelas bertentangan hukum syarak seperti anak gadis dilarang menyapu
pada waktu malam dikhuatiri menjadi andartu, tidak boleh keluar rumah ketika gagak
berbunyi dan adat melenggang perut.
Itulah antara kepercayaan serta amalan khurafat yang masih wujud dan berakar umbi
dalam setiap sendi masyarakat Islam. Justeru, Islam sebagai agama menitik beratkan
aspek akidah dan syariah menjelaskan bahawa segala amalan, adat, kepercayaan,
perkataan dan perbuatan tidak berdasarkan al-Quran, hadis, ijmak ulama dan Qias
dilarang sama sekali. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang
mengada-adakan sesuatu perkara dalam agama kami, yang tidak termasuk dalam ajaran
Islam yang suci, maka apa yang diamalkan itu tertolak (tidak diterima amalan
berkenaan oleh Allah dan tidak diberikan pahala)." (Hadis riwayat Bukhari dan
Muslim)
Amalan memuja jin dan memohon pertolongan daripadanya seperti lazim dilakukan oleh
bomoh dan dukun adalah perbuatan syirik. Begitu juga bersahabat dan menggunakan jin
seperti tukang sihir dan tukang tenung.
Oleh demikian, setiap Muslim wajib mendalami ilmu akidah untuk memelihara kesucian
akidahnya, kepercayaannya, perkataannya, perbuatannya daripada amalan khurafat yang
menyesatkan. Ilmu akidah Islam adalah perisai utama yang boleh menyelamatkan
HBIS2203 AKIDAH
Allah berfirman bermaksud: "Dan janganlah engkau menyembah atau memuja yang lain
dari Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak
mendatangkan mudarat kepadamu. Sekiranya engkau mengerjakan yang demikian, maka
jadilah engkau orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik
itu)." (Surah Yunus, ayat 106)
Oleh yang demikian, Islam melarang keras sebarang amalan khurafat sama ada melalui
perkataan, perbuatan, adat mahu pun kepercayaan yang tidak selari dengan konsep akidah
Islam. Amalan khurafat boleh membawa kepada syirik yang sudah tentu menjejaskan
akidah seseorang Muslim selain hanya mengakibatkan dosa yang tidak terampun di sisi
Allah. Oleh yang demikian, setiap Muslim wajib mendalami ilmu akidah untuk
memelihara kesucian akidahnya, kepercayaannya, perkataannya, perbuatannya daripada
amalan khurafat yang menyesatkan.
2.1.4 Nifaq
Nifaq ( )berasal dari kata -- yang diambil dari kata ( naafiqaa).
Nifaq secara bahasa (etimologi) berarti salah satu lubang tempat keluarnya yarbu (hewan
sejenis tikus) dari sarangnya, di mana jika ia dicari dari lobang yang satu, maka ia akan
keluar dari lobang yang lain. Dikatakan pula, ia berasal dari kata ( nafaq) yaitu lobang
tempat bersembunyi.
Nifaq menurut syara (terminologi) berarti menampakkan keislaman dan kebaikan tetapi
menyembunyikan kekufuran dan kejahatan. Dinamakan demikian karena dia masuk pada
syariat dari satu pintu dan keluar dari pintu yang lain. Karena itu Allah memperingatkan
dengan firman-Nya:
HBIS2203 AKIDAH
Sesungguhnya orang-orang
munafiq itu mereka adalah orang-orang yang fasiq. [At-Taubah: 67]
Nifaq menurut syara adalah menampakkan islam dan kebaikannya tapi menyembunyikan
kekufuran dan kejahatan. Allah mengelompokkan umat manusia kedalam tiga golongan,
yakni : Mukmin, Kafir dan Munafiq. Allah menjelaskan ciri-ciri orang beriman (mukmin)
secara ringkas. Lalu ciri-ciri orang kafir cukup dijelaskan secara ringkas pula. Kemudian
dilanjutkan dengan mengurai ciri-ciri orang munafiq secara panjang lebar.
Golongan orang munafiq dibahas dengan sangat panjang karena mereka adalah golongan
yang paling berbahaya di masyarakat. Oleh karena itu, sangatlah perlu kita mengenali
ciri-ciri dan nasib mereka ini serta bagaimana mereka menjalaninya tanpa memandang
warna kulit, bentuk kesaksian/syahadatnya, asal-usul, bangsa maupun afiliasinya.
Allah menjadikan orang-orang munafiq lebih jelek dari orang-orang kafir. Allah
berfirman:
Sesungguhnya orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan yang paling
bawah dari Neraka. Dan kamu sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolong pun
bagi mereka. [An-Nisaa: 145]
Sesungguhnya orang-orang munafiq itu menipu Allah dan Allah akan membalas tipuan
mereka... [An-Nisaa: 142]
Jenis Nifaq
Nifaq ada dua jenis: Nifaq Itiqadi dan Nifaq Amali.
HBIS2203 AKIDAH
1) Nifaq Itiqadi
Iaitu nifaq besar, di mana pelakunya menampakkan keislaman, tetapi menyembunyikan
kekufuran. Jenis nifaq ini menjadikan pelakunya keluar dari agama dan dia berada di
dalam kerak Neraka. Allah mensifatkan para pelaku nifaq ini dengan berbagai kejahatan,
seperti kekufuran, ketiadaan iman, mengolok-olok dan mencaci agama dan pemeluknya
serta kecenderungan kepada musuh-musuh untuk bergabung dengan mereka dalam
memusuhi Islam. Orang-orang munafiq jenis ini senantiasa ada pada setiap zaman. Lebih-
lebih ketika menampakkan kekuatan Islam dan mereka tidak mampu membendungnya
secara lahiriyah. Dalam keadaan seperti itu, mereka masuk ke dalam agama Islam untuk
melakukan tipu daya terhadap agama dan pemeluknya secara sembunyi-sembunyi, juga
agar mereka bisa hidup bersama ummat Islam dan merasa tenang dalam hal jiwa dan
harta benda mereka. Kerana itu, seorang munafiq menampakkan keimanannya kepada
Allah, Malaikat-Malaikat-Nya, Kitab-Kitab-Nya dan Hari Akhir, tetapi dalam batinnya
mereka berlepas diri dari semua itu dan mendustakannya.
2) Nifaq Amali
Iaitu melakukan sesuatu yang merupakan perbuatan orang-orang munafiq, tetapi masih
tetap ada iman di dalam hati. Nifaq jenis ini tidak mengeluarkannya dari agama, tetapi
merupakan wasilah (perantara) kepada yang demikian. Pelakunya berada dalam iman dan
nifaq. Lalu jika perbuatan nifaqnya banyak, maka akan bisa menjadi sebab terjerumusnya
dia ke dalam nifaq sesungguhnya, berdasarkan sabda Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam:
Ada empat hal yang jika terdapat pada diri seseorang, maka ia menjadi seorang munafiq
sejati, dan jika terdapat padanya salah satu dari sifat tersebut, maka ia memiliki satu
karakter kemunafikan hingga ia meninggalkannya: 1) jika dipercaya ia berkhianat, 2) jika
berbicara ia berdusta, 3) jika berjanji ia memungkiri, dan 4) jika bertengkar ia melewati
batas.
HBIS2203 AKIDAH
2. Nifaq besar adalah berbeza dari lahir dengan yang batin dalam hal keyakinan,
sedangkan nifaq kecil adalah berbeza dari lahir dengan yang batin dalam hal perbuatan
bukan dalam hal keyakinan.
3. Nifaq besar tidak terjadi dari seorang Mukmin, sedangkan nifaq kecil bisa terjadi dari
seorang Mukmin.
4. Pada umumnya, pelaku nifaq besar tidak bertaubat, seandainya pun bertaubat, maka
ada perbezaan pendapat tentang diterimanya taubatnya di hadapan hakim. Lain halnya
dengan nifaq kecil, pelakunya terkadang bertaubat kepada Allah, sehingga Allah
menerima taubatnya. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
Mereka tuli, bisu dan buta, maka tidaklah mereka akan kembali (ke jalan yang benar).
[Al-Baqarah: 18]
(i) Kelemahan diri atau tiadanya aqidah yang sebenar pada manusia itu
(ii) Godaan syaitan
(iii) Tipu daya manusia dan dunia
Penyelewengan aqidah bukan hanya telah berlaku dikalangan Ahli Kitab tetapi juga telah
berlaku di kalangan umat Muhammad s.a.w dan akan terus berlaku selagi adanya ketiga-
tiga faktor yang disebutkan tadi. Apa yang berbeza ialah ajaran-ajaran nabi-nabi selain
Nabi Muhammad s.a.w telah berubah sebegitu rupa sehingga tidak dapat diketahui lagi
manakah ajaran asal yang pernah diajar oleh nabi-nabi mereka dan mana pula yang palsu.
Untuk mengetahui sebahagian daripada penyelewengan aqidah dan ajaran sesat yang
didakwa sebagai ajaran Islam yang sebenar, sama ada secara sengaja diadakan atau tidak
sengaja, di sini akan kita kemukakan kelahirannya, sebab-sebab kemunculan dan cara-
cara mengatasinya supaya agama Islam yang suci ini tetap dengan kesucian dan
ketulenannya dan dengan itu terbuktilah apa yang difirmankan oleh Allah s.w.t berkenaan
dengan agamaNya yang bermaksud :
"Mereka mahu memadamkan cahaya Allah (agama Allah) sedangkan Allah mahu
menyempurnakan cahayaNya walaupun tidak disenangi oleh orang-orang kafir."
(Surah Saf : ayat 8)
Syiah diasaskan oleh Abdullah bin Saba', seorang Yahudi dari San'a, Yaman. Dia datang
ke Madinah semasa zaman Saidina Uthman RA dengan berpura-pura memeluk Islam
(munafik) dan berlagak alim untuk menyebarkan dakwah bahawa Ali RA adalah
pengganti Nabi SAW manakala Khalifah sebelumnya merampas kuasa dari Ali dan Ahlul
HBIS2203 AKIDAH
Pertama : Syiah percaya bahawa para imam mereka adalah maksum sehingga mengatasi
Nabi dan bebas daripada dosa atau tidak berdosa. Menurut Syiah lagi, para Imam Syiah
bebas daripada kesalahan, ghaflah (lalai) dan lupa sama ada dengan sengaja atau tidak
sengaja serta kedudukan imam itu mengatasi kedudukan kenabian. Perkara ini menurut
ulama Syiah adalah ijmak atau kesepakatan golongan terdahulu dan terkemudian Syiah.
Oleh kerana itu para imam Syiah mempunyai kuasa mutlak dan hak serta pemilihan
dalam menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.
Kedua : Syiah percaya bahawa al-Quran yang wujud di tangan kaum muslimin pada hari
ini telah mengalami perubahan. Perkara ini diakui oleh ulama mereka seperti al-Kulaini
dan Muhammad Baqir al-Majlisi dalam karangan mereka. Syiah mendakwa mereka
memiliki al-Quran yang disebut sebagai Mashaf Fatimah dan ianya tiga kali ganda
banyaknya daripada al-Quran yang kita miliki.
Lihatlah bagaimana orang Syiah menganggap bahwa Al Quran yang ada di tengah-tengah
kita belum sempurna. Dan lihatlah bagaimana Syiah berdusta atas nama Saidina Ali k.wj.
HBIS2203 AKIDAH
Maksudnya : Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-
cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redai Islam itu jadi agama bagimu. (Surah
Al Maidah ayat 3).
Ayat ini menunjukkan bahawa Islam telah sempurna, begitu pula Al Quran.
Ketiga : Syiah tidak mengiktiraf hadis-hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh
kebanyakan para sahabat seperti Abu Hurairah r.a, Samrah bin Jundub r.a, Amr bin al-Ass
r.a. dan sebagainya. Syiah juga menolak hadis-hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh
Ummul Mukminin Saidatina Aisyah r.ha.
Menurut Syiah, umat Islam telah kufur selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW kecuali
tiga atau empat orang sahabat iaitu al-Miqdad bin al-Aswad r.a, Abu Dzar al-Ghifari r.a.
dan Salman al-Farisi r.a. kerana mereka tidak berpegang dan tidak mempercayai hadis-
hadis yang diriwayatkan oleh para sahabat bahkan meletakkan hadis-hadis tersebut dalam
kelompok hadis-hadis palsu. Syiah hanya menerima hadis-hadis yang diriwayatkan oleh
ahli al- bait atau kerabat Nabi SAW sahaja.
Dr. Musa al-Musawi, seorang yang dibesarkan dalam sebuah keluarga terhormat di
kalangan masyarakat Syiah menulis sebuah buku mengajak para penganut fahaman Syiah
pada hari ini untuk kembali memperbetulkan kepercayaan yang telah diselewengkan dan
menyalahi pegangan Islam yang sebenar. Tegasnya, kebanyakan kepercayaan dan
pengamalan Syiah pada hari ini adalah rekaan atau perkara yang diada-adakan oleh ulama
serta pemimpin Syiah. Antara perkara yang ditegaskan oleh beliau ialah:
HBIS2203 AKIDAH
(Dalam Islam berpura-pura adalah sifat munafik yang dilarang keras oleh Allah SWT.)
(Amalan ini jelas bertentangan dengan ajaran Islam kerana amalan menyeksa diri adalah
haram dan berdosa.)
Syiah
juga
terkenal dengan amalan perayaan dan ritual mereka yang bid'ah lagi sesat seperti
merayakan hari Asyura 10 Muharam dengan mengingati hari terbunuhnya Saidina Husin
cucu Rasulullah SAW dengan mencederakan diri.
HBIS2203 AKIDAH
(Dalam hadis riwayat Muslim jelas nikah Mutaah telah di batalkan oleh Allah SWT
sedangkan Syiah masih mengamalkan dan mengharuskannya pula.)
Keempat : Penganut fahaman Syiah sujud di atas batu atau tanah Karbala yang dibawa
oleh mereka ketika solat. Mereka juga menganggap wujudnya keberkatan daripada batu
tersebut dengan menciumnya ataupun memakannya sebagai penawar menyembuhkan
penyakit. Batu tersebut adalah cebisan tanah yang diambil daripada perkuburan Saidina
Husain di Karbala.
Kelima : Penganut fahaman Syiah meninggalkan Solat Jumaat dengan alasan Solat
Jumaat hanya wajib ketika wujud atau hadirnya Imam al-Mahdi. Namun, ketika ketiadaan
Imam al-Mahdi, mereka boleh memilih sama ada melaksanakan Solat Jumaat atau
melaksanakan solat Zohor. Umumnya, penganut Syiah meninggalkan solat Jumaat.
(Berdosa besar meninggalkan solat Jumaat kerana solat Jumaat telah difardukan oleh
Allah SWT di dalam al-Quran)
Keenam : Penganut fahaman Syiah mengamalkan jamak solat fardu iaitu Zohor dan
Asar, Maghrib dan Isyak sama ada di dalam musafir atau tidak tanpa sebarang sebab.
HBIS2203 AKIDAH
Penyelewengan kepercayaan dan pengamalan Syiah yang berbeza daripada Ahli Sunnah
Wal Jamaah adalah jelas. Syiah menafikan dan menolak al-Quran yang ada di tangan kita
pada hari ini. Syiah menolak hadis-hadis atau riwayat-riwayat para sahabat besar
Rasulullah SAW seperti Saidina Abu Bakar, Saidina Umar dan lain-lain. Penganut
fahaman Syiah mengamalkan amalan-amalan yang telah difatwakan bercanggah dengan
ajaran Islam yang sebenar oleh para ulama dan institusi-institusi Islam.
Hadis daripada Irbid bin Sariah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya) :
Sesungguhnya aku telah tingggalkan bagimu agama yang jelas nyata dari sebarang
kesamaran. Jelasnya diibaratkan gelap malam gelita seperti siang harinya. Sesiapa pun
tidak akan tergelincir darinya selepasku melainkan mereka yang ditakdirkan binasa.
Sesiapa yang hidup selepas itu akan melihat kekeliruan yang banyak sekali. Maka
hendaklah kamu berpegang dengan apa yang telah kamu ketahui dari sunnahku dan
sunnah khulafa rashidin yang terpimpin. Peganglah kepercayaan itu dengan teguh.
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Hadis di atas menjelaskan bahawa Khulafa al-Rasyidin iaitu Saidina Abu Bakar, Saidina
Umar, Saidina Uthman dan Saidina Ali adalah para pemimpin yang terpimpin dengan
tunjuk ajar daripada Nabi Muhammad SAW. Begitu juga sekalian para sahabat, mereka
adalah umat terbaik selepas kewafatan Baginda SAW. Justeru, kita sebagai muslim
mestilah berhati-hati dengan kepercayaan, pegangan dan ideologi yang jelas menyalahi
serta menyeleweng daripada perkara asas dalam ajaran Islam, apatah lagi yang telah
HBIS2203 AKIDAH
diwartakan sesat,
menyeleweng dan seumpamanya. Dalam menghadapi kemelut kepercayaan, para ulama
adalah mereka yang berkelayakan untuk kita rujuk. Sesungguhnya Islam adalah agama
yang jelas kebenarannya dan jelas juga batas-batas kekufurannya.
Dalam surah An Nuur, Allah membantah orang-orang yang menuduh Aisyah isteri
Rasulullah SAW yang mulia dengan tuduhan keji iaitu berzina. Hal ini menunjukkan
orang-orang Syiah sangat benci terhadap Aisyah puteri Abu Bakr- bahkan sebagian
ulama mereka sampai mengkafirkan Aisyah dan menyatakan Aisyah itu di neraka.
Naudzu billahi min dzalik. Semoga Allah melindungi kita dan keluarga kita dari
kesesatan ajaran Syiah.
(i) Mut'ah
(ii) Pemujaan terhadap kubur-kubur
(iii) Penerimaan " Khumus " dari pengikut-pengikutnya dan lain-lain lagi.
Semua ajaran-ajaran yang salah di zaman lampau mempunyai pertalian dengannya atau
berpunca daripadanya seperti Khawarij dan Mu'tazilah. Selain dari mempunyai buku
rujukan yang terlalu banyak tersebar di kalangan mereka, Syiah juga mempunyai jumlah
pengikut yang besar selain dari Ahli Sunnah di dunia hari ini dan sekarang mereka
mempunyai sebuah negara yang merdeka.
4. Aqidah ar-Rajah
Salah satu aqidah Syiah yang jelas bercanggah dengan ajaran
I s l a m i a l a h kepercayaan mereka tentang akan dibangkitkan para Imam
sebelum qiamat untuk menuntut bela atau menghukum orang-orang zalim
yang telah merampas hak-hak mereka. Kepercayaan ini merupakan perkara yang
telah diijmakkan oleh para ulamak Syiah. Syaikh Mufid berkata: Golongan
Imamiah sependapat tentang wajibnya rajah (kembali) sebahagian besar dari
orang-orang mati ke dunia sebelum qiamat.
Antara gambar-gambar cara ibadah orang Syiah yang bercanggah dengan Islam:
Solat/Sujud
menghadap
ke kubur
dan Itikaf
(duduk di
masjid)
bersalahan
arah kiblat
HBIS2203 AKIDAH
Puak-Puak
Syiah
membina
Kaabah
sendiri di
bandar Najaf,
mereka akan
tawaf
sebagaimana
tawaf di
Batullah
Makkah.
Perbezaan
Antara
Agama
Islam
Dengan
Agama
Syiah
2. Rukun Islam menurut agama Islam : 1. Dua Syahadat 2. Solat 3. Puasa 4. Zakat 5. Haji
[HR Muslim no. 1 daripada Ibnu Umar ] manakala Rukun Islam ala agama Syiah : 1.
Solat 2 . Puasa 3 . Zakat 4. Haji 5. Wilayah / Kekuasaan [Lihat Al Kafi Fil Ushul 2 /18
HBIS2203 AKIDAH
3. Rukun Iman menurut agama Islam ada 6 perkara iaitu : 1. Iman Kepada Allah 2. Iman
Kepada Malaikat 3. Iman Kepada Kitab- Kitab 4 . Iman Kepada Para Rasul 5. Iman
Kepada hari qiamat 6. Iman Kepada Qadha Qadar. Manakala Rukun Iman ala Agama
Syiah ada 5 Perkara, yaitu: 1. Tauhid 2. Kenabian 3. Imamah 4. Keadilan 5. Qiamat
4. Kitab suci umat Islam Al Quran yang berjumlah 6236 ayat manakala Kitab suci Syiah
Mushaf Fathimah yang berjumlah 17.000 ayat ( lebih banyak tiga kali ganda dari Al
Qur'an milik kaum Muslimin) . [Lihat kitab mereka Ushulul Kafi karya Imam Besar
Syiah Al Kulaini 2 /634 ] .
5. Azan menurut Agama Islam : ( Allahu Akbar ) 4 kali ( Asyhadu All ilha
ILLALLAH ) 2 kali ( Asyhadu anna Muhammadan Rasulullah ) 2 kali ( Hayya 'alash
sholah ) 2 kali ( Hayya' alal Falah ) 2 kali ( Allahu Akbar ) 2 kali ( l ilha ILLALLAH )
2 kali . Manakala Azan Ala Agama Syiah: www.youtube.com/watch?v=ffuZ8Fy9Ed0
( Allahu Akbar ) 4 kali ( Asyhadu All ilha ILLALLAH ) 2 kali ( Asyhadu anna
Muhammadan Rasulullah ) 2 kali ( Asyhadu anna ' Aliyyan waliyullh ) 2 kali ( Hayya '
alash sholah ) 2 kali ( Hayya' alal Falah ) 2 kali ( Hayya ' al khoiril ' amal) 2 kali
( Allahu Akbar ) 2 kali ( L ilha ILLALLAH ) 2 kali
HBIS2203 AKIDAH
4.1 Kesimpulan
Ajaran Syiah amat membimbangkan umat Islam di negara ini yang rata-ratanya
berpegang kepada akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Ajaran yang salah, batil serta
mungkar itu disifatkan sebagai 'virus' yang berupaya merosakkan keutuhan akidah
ummah dan semakin mencengkam umat Islam.
Sebahagian umat Islam di Malaysia agak keliru dengan polemik yang ditimbulkan oleh
gerakan penyebaran ajaran Syiah. Tanggapan kononnya polemik antara Ahli Sunnah Wal
Jamaah dan Syiah cuma melibatkan perbezaan mazhab fiqah adalah tidak tepat. Kita risau
kerana selama ini umat Islam di Malaysia berpegang kepada ajaran yang benar iaitu
akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Oleh yang demikian, berhati-hatilah dengan golongan Syiah ini kerana mereka bukan
sahaja terdapat di Iran dan Iraq tetapi golongan ini telah bertapak di nusantara (Malaysia,
Indonesia, Singapura dan Brunei). Mereka cukup fanatik dengan ajaran Syiah. Mereka
cuba menyerap masuk dan mensyiahkan para pelajar IPT dan pendakwah Islam. Yang
menjadi tanda tanya ada sebahagian 'ustaz' kita boleh terpengaruh dengan ajaran Syiah.
Kerajaan Iran mempunyai dana yang besar dan cuma menyebarkan fahaman Syiah ke
seluruh dunia dan cuba menyesatkan umat Islam di negara kita . Perlu diingat golongan
Syiah ini akan memusuhi Ahli Sunnah Wal Jamaah apabila berpeluang memeranginya
contoh yang terdekat bagaimana tentera Iran Syiah dan pejuang Hasbullah Syiah telah
menbantu rejim Basyar Assad laknatullah telah membunuh saudara-saudara kita di Syria
tanpa belas kasihan. Umat Islam jangan berbangga dengan kerajaan Iran dan Hasbullah
kononnya mereka anti-Israel, hakikat sebenarnya mereka adalah musuh dalam selimut
dan bersekongkol dengan Israel dan Amerika untuk memerangi umat Islam.
HBIS2203 AKIDAH
Bibliografi
Al-Quran al-Karim
Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Abi Bakr al-Ansari al-Qurtubi. (1384H). al-Jami li
Ahkam al-Quran. Kaherah: Dar al-Kutub al-Misriyah.
Abu Abdillah Badr al-Din Muhammad bin Abdullah al-Zarkashi. (1427H). al-Burhan fi
Ulum al-Quran. Kaherah: Dar al-Hadith.
Muhammad al-Husain Ali Kasyif al-Ghita', Aslu al-Syiah Wa Usuluha, Penerbit al-Syed
Murtadza ar-Radhwi al-Kasymiri, Matba'ah al-Arabiyyah, Qahirah, t.t.
Tafsir Pimpinan ar-Rahman diterbitkan oleh Bahagian Hal Ehwal Islam (sek
arang JAKIM), Jabatan Perdana Menteri.
http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130905/re_05/Virus-Syiah-perosak-
akidah#ixzz2hQMsuXuc Utusan Melayu (M) Bhd
http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=136
http://www.ustaznoramin.com/2010/01/penyelewengan-aqidah.html